Award

Salam Perpaduan.Ini bulan kemerdekaan.Saya sedar.Tapi yang saya tak sedar-sedar, dah nak sampai ke penghujung rupanya bulan ni!Time flies.Terbang macam Super Jet.Hoih.Kena kejar.Help!

Semalam dah habis test.Ok,fine macam dah boleh buat goyang gerudi sekarang.Haip, ada lagi 2 test di masa hadapan sebelum berakhir musim pertama sebagai pelajar sarjana.Err..ni bukan test sangat kot.Sebab macam boleh lagi godek-godek tanya dekat kawan di tepi sambil buat test.Ok, saya panggil kuiz.Lecturer saya yang panggil test.Baru gempak sarjana kan!Haha.

Sebelum bangun sahur tadi, dah set in mind nak tidur selepas Subuh yang damai.Tapi bila habis baca koran,tiba tiba datang seru yang saya ada project phase 1,nak kena submit HARI NI pun tak siap nak key in data tapi sanggup saya key in dulu data dalam belogsempot ni.Owh, apa kejadah ni?Tolong lah bersikap rajin!


***pause : berhenti jap sambung kerja.Kepentingan yang perlu di susun secara rawak!***

Eh, saya ada dapat award!Mari kita ambil tanpa buat perwakilan kepada sesiapa.Thanks adik Wandy.Esok lusa boleh bagi Kek Lapis Sarawak pulak buat bekalan raya.~blink.blink~


~Hoihh!!Gambar kaki siapa ni?~

Ok, dah tempel gambar di sini.Kena jawab soalan.Ucapan penghargaan tak payah.Bukanlah diva popular sangat yang orang nak kesah dengan segala ucapan.Soalan berbentuk subjektif.Markah akan di beri lebih jika tepat.Tak boleh jawab, boleh hentam.Tak tahu lagi, boleh tulis....Saya tak ingat sebab tak baca buku.Eh, tu anak murid aku yang buat!Kejujuran dalam kepahitan...Murid bersikap jujur.Cikgu menerima secara pahit.


Apakah yang bermain di fikiran anda sekarang?
Nak tido!Tadi bangun sahur 4.30 pagi.Sampai sekarang tak tido tido lagi.Habis tulis blog ni saya nak tido sebentar bersama kit kat.Ok tipu.Saya puasa hari ni.Tak miss lagi barang sehari.Semoga tahun ni berlaku keajaiban untuk berpuasa penuh!


Apakah nama samaran anda?
Angelina Jolie.Nak panggil angel pun boleh.Percayalah kalau nak.Hahahaha.

Siapakah 3 orang yang anda paling sayang?
Nak jawab ahli keluarga macam tipikal answer kan.Siapa tak sayang family hoih.Dunia akhirat, family saya adalah yang terbaik di jadikan Allah untuk saya walaupun adik tak kemas bilik lagi sebelum pergi sekolah pagi tadi buat aku terasa sengal tengok bilik adik, sebab aku lah yang nak kena kemas nanti lepas ni.Takpela, soalan ni saya bagi jawapan jugak....

Suami, special boyfren dan kekasih hati.Tapi 3-3 masih tiada dalam stok simpanan.Hohoho..

Kemudian, rakan rakan.Semua puan puan housemate saya yang di kasihi.Rakan rakan sekerjaya di Alang Iskandar.All my besties , Cataluna 9802 yang diasaskan oleh Puan Athiah Ilyana dan sehingga kini setiausaha group yippie yippie ni dah hilang tanpa di kesan setelah pulang dari tanah arab.Siapa-siapa kenal Siti Arbaiyah , orang Gopeng yang mempunyai ciri-ciri ketakutan secara melampau terhadap lipas, sila bagitau saya.Kabar-kabar nya dah jadi lecturer di Darul Quran.Ok, boleh hantar anak di masa hadapan lah macam ni!

Alamak...dah lebih.Macam tak menjawab soalan.....


Panggilan untuk si dia?
Brad Pitt chibidibidi...

Hadiah yang anda impikan dari seseorang yang istimewa?
A bouquet of red rose segar fresh dari ladang!.Teringin.Tapi tak pernah dapat.Sumpah sedih.Time konvo pun aku buat wish dalam hati nak bunga tu tapi tak dapat.T____T

Blog yang anda selalu lawat
Sekarang aku dah tak banyak masa sangat nak lawat blog orang.Dalam sehari, nak buka blog sendiri pun kadang kadang belum pasti.Tapi aku akan pergi sentiasa ke blog rakan rakan blogger,Permasuri Lyana, Yonna, Liz, Rose kawan UKM, Wandy, Asada, Wani , Tya and Chika punya blog.

Tag 15 orang blogger
Untuk 15 orang blogger yang datang membuat blog walking selepas entry ini di publishkan, take this as a reward from me to you.......Thanks for visit dis blog yang tak seberapa sangatlah penulisan nya.Hanya datang dari bicara sekeping hati........Sekian.Dah habis.Boleh letak tapak kaki di blog anda sekarang..ianya di jamin wangi tanpa kesan cekam di kaki.....^_^











Comments

Salam...

Cikgu anis, tahniah la dpt bonus utk raya..hehe...
Nak duit raya..hehehe...
LUVLYDIYANA said…
Okeh.Boleh.Meh alamat!

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar