10 Perkara Berkaitan Hati

Pertama

1. Aku nak rasa kecik hati.Entah.Tapi aku memang rasa kecik hati.Mungkin aku bermood sensitif sekarang.Tapi aku kecik hati sekarang.Aku kecik hati sebab bila aku dah bersungguh , tapi aku rasa orang buat nak taknak.Aku kecik hati.Lain kali aku tak nak bersungguh.Aku nak menyombong.Boleh?Buat muka sombong sikit.Macam ni.....



~sombong dan sedih.tapi comel.~

Kedua

2. Aku kadang-kadang tak dapat yang membayangkan kehidupan di masa depan.Sampai kadang-kadang aku rasa aku terlalu berhati hati dalam every single step yang aku ambil.Takut tersilap langkah.Tapi terlalu berhati hati pun aku rasa tak baik juga untuk kehidupan normal yang abadi.Cis.Gila unggul punya ayat!Kehidupan mana entah yang abadi.Abby Abadi adala.....

Ketiga

3. Aku tak suka di nilai tanpa pengetahuan.Yang suka kata aku itu dan ini.Entah.Aku semakin tak suka.Aku rasa nak duduk dalam gua sambil tulis blog.Boleh?

Keempat

4. Aku tak suka aku di jadikan bahan persaingan tanpa pertandingan.Just be urself babe.Rimas.Tapi nak buat macam mana.Dalam dunia ni memang ada spesis manusia yang di ciptakan tuhan, tak boleh tengok orang lebih dari dia, kan.Biarla.Eh, aku tak rasa aku melebih lebih.Tapi dah banyak dah faktor pemerhatian yang aku dah buat dari segi spesis manusia tak tahan kelebihan ni.Biarlah.Lama lama dia akan penat dalam pertandingan yang di cipta sendiri.Jelas?Tapi aku boring sejak dulu macam ni.Semoga bila aku semakin dewasa kelak, aku tak berjiran dengan orang yang bila tengok aku beli sofa baru dia nak beli.Aku beli kereta baru, dia nak beli.Aku suka hias rumah, dia pun tiba tiba nak jadi suka hias rumah. Aku suka pergi memancing [ tipu ja ] , tiba tiba dia pun nak rasa suka.Macam tu la.Jangan la aku berdewasa nanti terjumpa dengan orang berspesis macam ni jugak.Penat aihh jadi bahan ujikaji tiruan nih.Bukan perasan okeh.Tapi nyata!Esok lusa aku nak buat benda yang orang tak suka.Nanti aku pikirkan yang pelik pelik sikit.Otak tak ligat lagi.Puasa kot.Cess.Alasan.


Kelima

5. Tolong bersikap jujur dengan aku boleh tak?Maksudnya.Aku tak suka berkias kias sangat.Otak saintifik aku kadang-kadang tak boleh menerima unsur kiasan.Nak buat hipotesis pun , takut pulak hipotesis aku di tolak .Syook sendiri pulak nanti. Nak bereksperimen , sikit sangat pulak selang keyakinan aku.Aku hidup berdasarkan bukti.Ewah.

Keenam

6. Dah puasa kan?Aku harap aku dapat khatam 1 qoran sepanjang Ramadhan ni.Rajin bangun tahajjud, Rajin pergi terawikh, Rajin baca buku!Please be more rajin.rajin.rajin.rajin.

Ketujuh

7. Kadang-kadang macam tak maw jadi Anis.Aku nak jadi Angelina Jolie.Boleh? *Tetiba*

Kelapan

8. Eh, apsal macam teremo di awal Ramadhan ni.Setan kat badan aku ni termiss nak kena ikat kot.Syuhhh syuhhh syuhhhh.Astagfirullahalazim!

Kesembilan

9. Dah stop!Aku puasa ni.Kang cakap banyak hanya dosa mengundang binasa.

Kesepuluh

10.Bersurai.







Comments

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar