Tuesday, August 31, 2010

31 OGOS


Pic from DeviantArt

Salam Kemerdekaan....

Dimana kita berada, bersyukurlah kita menjadi rakyat Malaysia, yang tidak terhitung nikmatnya!

Syukur Ya Allah!



Azam kemerdekaan : Semoga saya berjaya menghabiskan masterji dengan jayanya!

Monday, August 30, 2010

Bukan Promote




Persatuan Pengguna Islam : PPIM

Boleh klik sini untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk Yahudi kalau rasa nak boikot.Err...sekarang,kurma pun ada di jual dari Israel yang boleh di dapati di Tesco pun ada!Saya baru googling tadi baru taw.Tak tahu lah saya ni antara yang terlambat taw atau tidak.Sebab selama ni percaya pada produk Yusuf Taiyoob ja, sekarang baru tahu, penjualan kurma pun Yahudi nak eksploitasi.Sungguh bijak la bukan?Bijak dalam kekejaman.Choi!!!




Err...saya berminat nak baca buku ni.Sebab saya dah baca sikit tentang Jeffry Lang ni, kisah dia macam menarik.Haritu pergi Popular dan MPH Queensbay tak ada pun bukul ni.Ada siapa tau buku ni di jual di mana selain boleh beli dekat AmazondotCom yang saya pun tak pernah beli dekat situ dan tak retilah nak membeli belah secara maya sangatlah ni......

Ini Cerita Tak Baik

Ini cerita tak baik sebab saya rasa jika di bongkarkan secara menyeluruh kisah ni, pasti saya akan naik court di sekolah lagi.Paling tidak tidak,orang nak hantar surat layang atas meja saya lagi.Paling tidak pun macam nak mula anggap saya lah si pengkuang hajau itu.Paling tidak pun, ada yang nak bermasam muka.Biarlah.Ramalan masing masing.

Makanya entry ini adalah beralas sikit.Saya tak menceritakan tentang siapa siapa.Tapi menceritakan tentang hak asasi yang telah di ceroboh yang saya rasa agak lama saya pendam kan tapi bila nak luahkan ianya pasti akan menyinggung hati perasaan orang tapi perasaan haku siapa nak jaga?

Meja kerja adalah cantik.Pertama sebab saya memang suka kepada kecantikan.Bagi lah apa saja segala jenis benda yang cantik, mesti saya obses nak bawa balik.Sebab saya adalah cantik.Err..tak.Itu bukan.Eh, tapi macam lumrahlah kan.Semua orang suka pada kecantikan.Yang laki pun asal tengok muka cantik je,nak buat stok bini. Yang cantik sikit sikit ni, patutlah tak kawen-kawen lagi.Eh?Waka waka eh eh.

Meja kerja adalah kemas.Sebabnya memang saya tak boleh buat kerja dalam keadaan berselerak dan semak.Jadi unsur kekemasan adalah tidak terlibat sama sekali dengan faktor nak menang Pertandingan Meja Tercantik Peringkat Sekolah.Ini kepuasan peribadi.Kalau semak, saya stress.Itu perangai peribadi.

Tapi, bukan atas sebab dua faktor di atas yang kita perlu tengok untuk saya bersikap rasa jelak kebelakangan ni.Tapi, saya mudahlah berasa tak senang hati bila time saya nak buat kerja, ada yang nak menumpang kasih untuk bergurau senda di meja saya.Alah, nak sembang pergi la meja lain boleh tak?Itu meja aku.Kau pun ada meja.Isk, macam mana nak cakap ni.Tapi serius weh aku tak suka macam ni,Rasa nak pergi request bilik pengetua yang kosong tu untuk aku ja.Hahaha.

Ok, sekarang macam mana nak cakap dengan nada sopan supaya tak ada yang terkilan....?

"Cik Adik manis manis, boleh tak blah dari meja saya sebab kalau time petang petang ni, cik anis yang lagi lagi manis ni of coz la nak duduk meja dia!"

Sunday, August 29, 2010

Nuetral

~saya rindu rakan-rakan.SEMUANYA!!~

Hari Isnin yang ceria

Sekarang kita ketepikan semua masalah hati.Saya rasa itu adalah perkara yang jatuh ke nombor 10 untuk dipikirkan.Baju raya liplapliplap saya pun tak ada lagi.Itu lebih penting sempena Hari Raya bukan?Ya, saya sedang berusaha lah!2, 3 hari ni hidup dalam keadaan terkenang kenang buat kan satu assignment harem apa pun tak buat.Aisayman betul la kan!

It's tough when someone starts to ignore u, but it's even tougher to pretend that u dont mind

Dear Yonna : kalau ko baca ni, ko akan sedar aku kutip kat mana.Ewah!

Tapi biasalah, adat kehidupan memang macam ni.Ada jatuh bangun nya.Dan di nilai bukan dari seteruk mana kita jatuh, tapi sekuat mana kita bangun dari kejatuhan.

*************************************

Oh my!Dah sampai ke arena 10 malam terakhir kan?Sekejap sangat rasa Ramadhan.Pagi tadi dengar Tanyalah Ustaz tentang Fadilat Malam Lailatul Qadar, subhanallah....memang Allah tu Maha Penyayang kan.Apa lagi.This is the time.Jom buat pecutan saujana!

Ok , sekian saja tazkirah pagiEwah.Ewah......

**************************************

Saya macam tengah melalui satu fasa pembahagian masa yang kena bijak sekali untuk sebulan ini.Tup tap tup tap.Hujung bulan 10 nanti saya dah nak final year di semester pertama.Takut dan cuak jugak.Assigment lagi 3 dalam que tak siap.Tapi sekarang saya kuat tidur.Menci ah.Sebab tu saya tak suka bermasalah hati.Buat saya kuat tidur!Lepas tu assignment tak siap.Suka tak?Suka tak?Suka tak?TAKKKKK!!!!

**************************************

Raya tahun ni saya dah buat projek peribadi untuk ingatan rakan - rakan di kejauhan.Jauh Di Mata dekat Dihati.

*************************************

Ok, dah boleh bersurai.Angkat beg boleh pergi sekolah.



Friday, August 27, 2010

Ringkasan

  • Saya nak update blog ni..tapi 5 kali buka Google Chrome, 2 kali buka Firefox, semua page belogsemput tak boleh nak buka.Memang semput lah kau!Akhirnya, apa ntah yang saya nak tulis tadi dah hilang terbang melayang.
  • Malam tadi laptop menunjukkan ciri ciri kemudaratan.Sekarang saya rasa macam dah terjebak sama diserang virus kedurjanaan terhadap laptop.
  • Saya MALAS.Damn!!Pencapaian terbaik hari ni.Berjaya menghabiskan satu jurnal dan satu soalan tutorial ja.Lagi 2 tak siap.Tahniah la kan!Tolonglah macam mana ni nak boost kan balik semangat!
  • Baju raya lip lap lip lap tade lagi.Macam tak semangat nak raya sebab lepas raya nak kena submit semua projek.Tapi bila dah banyak sangat sampai tak tahu mana satu nak buat, saya dah jadi jammed!Nanti last minutes mesti saya kelam kabut.Always be last minutes punya kerja lor.Tapi kadang-kadang yang last minutes tu jugak yang terbaik.Aha!


Thursday, August 26, 2010

Hey Ladies! : Jika Tidak Boleh Berpuasa.....

Saya maw share satu benda.Untuk si anak gadis chantek manis.Pagi tadi saya wondering dengan amalan-amalan di bulan puasa, untuk anak gadis yang di berikan cuti tanpa mohon di bulan puasa.Owh!!ianya sudah masuk hari ke 16 berpuasa kan.Half way to go, sepatutnya waktu ini lah kita makin tingkatkan amalan.Ramadhan sudah nak berakhir.tahun depan belum tentu dapat ketemu lagi.Thanks mia for the info!Mari kita share ya......Owh, kalau siapa-siapa yang tahu , apa lagi yang kita boleh buat di bulan Ramadhan ni jika time bercuti secara bebas, boleh kita share juga ya...Sharing is Caring rite??


Question


~klik pada rajah untuk tumbesaran ~


Answer


~klik pada rajah untuk tumbesaran ~


Info tambahan : Klik SINI untuk lebih jelas.Mungkin boleh membantu.

Taqabballahu minna wa minkum
Shiyamana Wa Shiyamakum

Semoga Allah menerima amalan aku dan amalan kalian,
Puasa aku, dan puasa kalian




Video : Best Versi Indon

Ngapain ya, semua cerita indon itu....asyik bangat?Aku suka!!!!!!


video

Maria : Kamu percaya jodoh,Fahri?

Fahri : Ya, setiap orang memiliki.....

Maria : Jodohnya masing masing.Itu yang slalu kamu bilang.Aku rasa, Sungai Nil dan Mesir ..itu jodoh. Senang ya, kalau kita bisa bertemu dengan jodoh....yang di berikan Tuhan dari langit

Fahri : Bukan dari langit Maria.Tapi dari hati....dekat sekali.....!

~Ayat - Ayat Cinta~



p/s : aku tidak bisa lelap.kerja nonton video aja....asyik!!!!!!





Burn Puasa


Alhamdulillah.Dah selamat solat terawikh 8 rakaat secara sendiri tadi.

Petang tadi saya tidak puasa.Eh, apakah?Dah elok boleh solat tapi tak puasa.Kalau kantoi dengan Jabatan Agama, boleh try nak tayang muka secara chomel di dalam van mayat.

Ini kali pertama berperasaan macam ni.Saya sakit perut secara double trouble petang tadi.Err, sakit nya bagaikan senggugut yang heavy di hari pertama.Tapi bukan senggugut.Sangat cranky macam nak terkeluar usus perut.Saya pergi kelas pun tak mengajar.Duduk secara menayang muka saja di meja depan.Nasib baik hari ni students pun tak bertindak secara luar biasa normal.Kalau tak maw dah kena lempang saja sorang-sorang jika saya sihat kelak.Hahahaha.

Pukul 3, time rehat saya dah minta kebenaran untuk pulang.Nak tunggu sampai pukul 5 pun macam boleh membawa kemudaratan saja di bilik guru, baiklah saya membawa diri pulang.Puasa saya masih bertahan dalam kelemahan pada pukul 3.Kak Kani dah siap suggest suruh saya buka puasa untuk amik ubat.Tapi kan saya berharap nak puasa penuh sepanjang satu bulan,degil bertahan sehingga lemau....

Tapi, kita hanyalah perancang tegar dalam kehidupan kan?Sampai rumah saya tewas jugak.Cuba bertahan dengan minyak mustajab peramping badan pun macam tak kena gaya.Last last puasa saya setakat pukul 5 sahaja.Yeay!Sekarang dah boleh nyanyi 'Puasa Yang Yuk, Petang petang bukak periuk'. Saya minum air suam.Makan ubat dan tido sampai pukul 6.Baru terasa sedikit melegakan dari kesengsaraan sebelum ni.Tapi saya dah rasa rugi sehari.Sedih.T____T.

Bila di buat imbas kembali, perut saya mungkin masuk angin kot.Buat check list, semalam saya makan nasi 2 sudu ja sebab saya order nasi goreng paprik di gerai depan USM tu, langsung tak memenuhi selera.Siap terasa kehanyiran bau sotong.Then pagi tadi, time sahur boleh pulak nak hentam sambal udang secara tamaknya.Ok, salah sendiri kan yang terlupa nak heran dengan masalah perut.

Sekarang, perut saya dah mula nak rasa cranky balik.Omaigod!


p/s : tiba tiba rasa nak beli kad raya secara banyak dan pos kat orang sempena wang raya yang berganda..wowwweeeee.............

Wednesday, August 25, 2010

Award

Salam Perpaduan.Ini bulan kemerdekaan.Saya sedar.Tapi yang saya tak sedar-sedar, dah nak sampai ke penghujung rupanya bulan ni!Time flies.Terbang macam Super Jet.Hoih.Kena kejar.Help!

Semalam dah habis test.Ok,fine macam dah boleh buat goyang gerudi sekarang.Haip, ada lagi 2 test di masa hadapan sebelum berakhir musim pertama sebagai pelajar sarjana.Err..ni bukan test sangat kot.Sebab macam boleh lagi godek-godek tanya dekat kawan di tepi sambil buat test.Ok, saya panggil kuiz.Lecturer saya yang panggil test.Baru gempak sarjana kan!Haha.

Sebelum bangun sahur tadi, dah set in mind nak tidur selepas Subuh yang damai.Tapi bila habis baca koran,tiba tiba datang seru yang saya ada project phase 1,nak kena submit HARI NI pun tak siap nak key in data tapi sanggup saya key in dulu data dalam belogsempot ni.Owh, apa kejadah ni?Tolong lah bersikap rajin!


***pause : berhenti jap sambung kerja.Kepentingan yang perlu di susun secara rawak!***

Eh, saya ada dapat award!Mari kita ambil tanpa buat perwakilan kepada sesiapa.Thanks adik Wandy.Esok lusa boleh bagi Kek Lapis Sarawak pulak buat bekalan raya.~blink.blink~


~Hoihh!!Gambar kaki siapa ni?~

Ok, dah tempel gambar di sini.Kena jawab soalan.Ucapan penghargaan tak payah.Bukanlah diva popular sangat yang orang nak kesah dengan segala ucapan.Soalan berbentuk subjektif.Markah akan di beri lebih jika tepat.Tak boleh jawab, boleh hentam.Tak tahu lagi, boleh tulis....Saya tak ingat sebab tak baca buku.Eh, tu anak murid aku yang buat!Kejujuran dalam kepahitan...Murid bersikap jujur.Cikgu menerima secara pahit.


Apakah yang bermain di fikiran anda sekarang?
Nak tido!Tadi bangun sahur 4.30 pagi.Sampai sekarang tak tido tido lagi.Habis tulis blog ni saya nak tido sebentar bersama kit kat.Ok tipu.Saya puasa hari ni.Tak miss lagi barang sehari.Semoga tahun ni berlaku keajaiban untuk berpuasa penuh!


Apakah nama samaran anda?
Angelina Jolie.Nak panggil angel pun boleh.Percayalah kalau nak.Hahahaha.

Siapakah 3 orang yang anda paling sayang?
Nak jawab ahli keluarga macam tipikal answer kan.Siapa tak sayang family hoih.Dunia akhirat, family saya adalah yang terbaik di jadikan Allah untuk saya walaupun adik tak kemas bilik lagi sebelum pergi sekolah pagi tadi buat aku terasa sengal tengok bilik adik, sebab aku lah yang nak kena kemas nanti lepas ni.Takpela, soalan ni saya bagi jawapan jugak....

Suami, special boyfren dan kekasih hati.Tapi 3-3 masih tiada dalam stok simpanan.Hohoho..

Kemudian, rakan rakan.Semua puan puan housemate saya yang di kasihi.Rakan rakan sekerjaya di Alang Iskandar.All my besties , Cataluna 9802 yang diasaskan oleh Puan Athiah Ilyana dan sehingga kini setiausaha group yippie yippie ni dah hilang tanpa di kesan setelah pulang dari tanah arab.Siapa-siapa kenal Siti Arbaiyah , orang Gopeng yang mempunyai ciri-ciri ketakutan secara melampau terhadap lipas, sila bagitau saya.Kabar-kabar nya dah jadi lecturer di Darul Quran.Ok, boleh hantar anak di masa hadapan lah macam ni!

Alamak...dah lebih.Macam tak menjawab soalan.....


Panggilan untuk si dia?
Brad Pitt chibidibidi...

Hadiah yang anda impikan dari seseorang yang istimewa?
A bouquet of red rose segar fresh dari ladang!.Teringin.Tapi tak pernah dapat.Sumpah sedih.Time konvo pun aku buat wish dalam hati nak bunga tu tapi tak dapat.T____T

Blog yang anda selalu lawat
Sekarang aku dah tak banyak masa sangat nak lawat blog orang.Dalam sehari, nak buka blog sendiri pun kadang kadang belum pasti.Tapi aku akan pergi sentiasa ke blog rakan rakan blogger,Permasuri Lyana, Yonna, Liz, Rose kawan UKM, Wandy, Asada, Wani , Tya and Chika punya blog.

Tag 15 orang blogger
Untuk 15 orang blogger yang datang membuat blog walking selepas entry ini di publishkan, take this as a reward from me to you.......Thanks for visit dis blog yang tak seberapa sangatlah penulisan nya.Hanya datang dari bicara sekeping hati........Sekian.Dah habis.Boleh letak tapak kaki di blog anda sekarang..ianya di jamin wangi tanpa kesan cekam di kaki.....^_^











Sunday, August 22, 2010

Sekadar Bicara...



Kadang-kadang, dalam hidup ni kita perlu korbankan suatu benda yang kecil, untuk dapatkan satu benda yang besar! ~Anis Diyana Halim, PHS,11.30a.m,21/08/10,Ahad~

1

Pagi semalam , saya bertingkus lemas juga.Habis tusyen pukul 10, terus bawa diri mengukur Jambatan Pulau Pinang....

Alhamdulillah, sampai Hamzah Sendut 1, buku tu still ada.Tu pun setelah saya godek godek bermulut manis sama pustakawan tu.Sebab buku tu dah ada pustakawan lain simpan dalam stor.Ok, lepas ni pengajaran.Kalau dah suka, usahakan.Jangan di peram.Berusahalah atau kau mungkin akan terlepas satu perkara yang terpenting dalam hidup.Time Not Wait For Us!Kalau lambat, kaunter peminjaman tutup.T_______T

2

Semalam saya tengok Jejak Rasul.Ada yang tengok tak?Ada satu statement yang menarik bila tengok rancangan tu.Nabi Yaakub adalah Israel makanya Israel adalah Nabi!dan, Baitulmaqdis adalah di buka oleh Israel.Makanya, Israel bukan penjajah.Menarik nih...isu seterusnya.Kena tunggu Jejak Rasul 16 Bani Israel seterusnya....


3

Tarikh Penting Dalam Pembelajaran : ( TERKINI! )

25/08/2010 - Test!Wallawehh...!!
26/08/2010 - Hantar Project Statistik( Phase 1 )


4.

Alamak...dah pukul 12..kena pergi sekolah ni.Sambung menulis malam nanti.To be continue!




















Saturday, August 21, 2010

Kesemangatan! #2


The Time You Get The Scroll, The Time You Feel Worth It
~ingat tu!!mahirah cakap kat saya petang tadi~

Makanya,
Tak payah nak depress sangat bila termiss nak pinjam buku.Siap dah rasa best sangat dah bila dapat semua buku nak guna buat rujukan assign ment saya kelak.At last, atas kesalahan diri yang tersalah tengok jam, pukul 4 baru tehegeh hegeh nak buat pinjaman.Padahal kaunter pinjaman dah tutup.Padan muka saya lah kan!Kesilapan sendiri.Tanggung lah akibat sendiri.Lain kali, sila bersikap lebih berhati hati..... Belajarlah dari kesilapan.T_____T

Tadi,
Saya dah explore jalan dari USM ke Queensbay.Dekat mak nek!.Boleh belajar bershopping juga macam ni.Err..bershoping tu macam tak payah nak ajar kot.Ciri semulajadi wanita.Tak payah pergi belajar tapi pergi bershopping pun saya suka wakakakakakaka.

Esok,
Kena pergi USM lagi nak pinjam buku.Saya harap buku tu masih ada.Masih ada rezeki untuk saya.Jangan lemah dengan satu halangan kecil macam ni ja.Esok lusa yang lebih besar, kita tak tahu lagi.Haruslah KESEMANGATAN tanpa henti!


Friday, August 20, 2010

Currently Watching.....Sepanjang Ramadhan

JEJAK RASUL 16 - SRI KANDI


Dah siri ke 16 Jejak Rasul.Lama gila.Dan ini saya rasa adalah program tv terbaik sepanjang Ramadhan.Untuk kali ni pulak, kisah tentang srikandi islam.Best.Petang tadi dia cerita tentang Asiyah, isteri Firaun yang di janjikan syurga.Program ni bersiaran untuk setengah jam sahaja.Pukul 6 sampai 6.30.Lepas balik sekolah, boleh la tengok kan.Tapi macam kejap sangat siaran dia.Saya rasa macam perlu di panjangkan ke sejam.Sirah Islam adalah banyak.Srikandi Islam pun banyak.Rasa nak cerita dalam setengah jam darab 30 hari,hanya 15 jam! macam tak puas.Sumaiyah, Zainab, Nailah Al Farafisyah, Rabiatul Adawiyah, Fatimah Azzahra....banyak lah lagi.Tak cukup sebulan nak tahu semua kisah srikandi islam!

GENG SURAU


Cerita ni best.Lawak.Kisah tentang geng surau lah.Cerita yang sempoi,tapi ada unsur positif jugak.Yang penting, lawak buat saya terhibur.Macam - macam la perangai geng surau ni.Tapi walaupun lawak, ada motif yang nak di sampaikan.Suka!Pelakon dia Razak Ahmad.Jadi imam.Dah lama tak tengok dia ni berlakon huh!Crrita ni tayang time buka puasa, 7.30-8.00 dan ada ulangan pukul 9.30-10.00 malam.Balik terawikh 9.30, boleh la tengok kan....

EPILOG SYURGA CINTA

Cerita ni tak berapa nak follow sangat.Tapi tengok jugak sebab ada budak kecil comel kiut miut yang tengah cekak pinggang tu.Mia Sara!Tapi lagu dia best.Siapa eh nyanyi lagu OST Epilog Syurga Cinta ni?

CINTA KIRANA


Hohoho.Dah mula addict kot dengan cerita ni.Sebab tu saya lebih bagi tumpuan kepada cerita ni berbanding Epilog Syurga Cinta.Ayah cakap, " Asyik tengok indon ja"...Tapi ok la dari tengok Epilog yang sedikit lembab.Tapi kalau cerita indon, tak lari la dari watak antagonis yang jahat dan menyampah.Kalau tak tu bukan indon la.Indon yang bukan dalam tv pun kadang kadang boleh buat menyampah!Cerita ni pukul 6.30 sampai 7.30.So, sementara tunggu waktu berbuka, leh la layan lagi cerita ni.Tu pun time adik adik semua duduk kat asrama ni, boleh la nak layan.Tak de sape kat umah.So, time nak berbuka tu takde kelam kabut sangat.Banyak ah masa nak tengok tv.

SYURGAMU RAMADHAN


Cayalah Ellie Suriati.Lakonan tip top.Boleh buat orang menyampah.Tapi kalau bagi ranking diantara cerita ni, Epilog Syurga Cinta dan Cinta Kirana, saya rasa cerita ni lebih lagi jadi pilihan kot.Tapi boleh tengok hari Khamis ja.Selasa dengan Rabu kelas.Kalau nak tengok online, jangan haraplah.Aku malas!

Thursday, August 19, 2010

Update!

Alhamdulillah, sekarang dah masuk puasa ke 9.Sehari tak pernah miss lagi.Terawikh dah miss 2 hari.Faktor utama.Kepenatan.Nak buat secara sendirian pun badan terasa sengal.Selalu macam ni bila saya balik dari USM, drive secara tanpa hentilah.Dengan puasa lagi, dengan mengajar lagi, dengan kelas lagi.Ok, its sound alasan.T_T

Eh, sebenarnya tiada apa - apa dengan aktiviti memprivacy kan wall sendiri.Hanya untuk melatih diri supaya tak rasakan FB tu terlalu berkepentingan sangat.Lepas tu terpikir pikir nak cek notifications yang banyak macam sampah.Lepas tu terjenguk jenguk gambar orang.Lepas tu gi intai intai wall orang.Lepas tu kesudahan nya keja aku?Macam sampah lah jugakkan.Memang menyampah.Sekarang, lepas dah 2, 3 hari berkeadaan hidup tanpa notifications, aku rasa hidup tak semakin mendadahkan sangat lah.Saya sepatutnya berasa dadah dengan semua academic artical yang kena baca nih kan?Sepatutnya lah.Tapi slumber yaya memang perangai students part time kot.Ke saya je?Huahuahuahua

Assignment?Ok.Bagi sem ni saya ambil dua subjek.Itu bilangan minima kena amik dalam satu sem.Nak amik 3 or 4 ke pun boleh.Tapi larat ke kau?Dengan kerja sekolah lagi.Bawa-bawa lah muhasabah balik.Sila belajar dengan tenang.

Untuk course Statistik dan Penaakulan.Dah dapat 1 projek berkumpulan semalam.Kursus ini adalah sebagai asas persediaan untuk buat penyelidikan kelak.Gegaran untuk tekanan bagi kursus ni dah mula nak rasa sikit sikit dah.Dan sekarang boleh la nak cakap yang tesis time saya buat final year di undergraduate dulu adalah senang macam makan kacang.Tapi dulu punyalah terasa debaran nak buat.Siap takut nak gagal.Untuk research yang bermasterji ni, belum lagi buat proposal, baru je belajar asas, dah mula terasa debaran.Tapi belajar ni bukanlah satu ketaktan yang nak di takutkan sangat.Cuma saya berharap saya dapat habis dalam tempoh dua tahun tak maw lebih.Harap-haraplah!

Untuk kursus Sains, Teknologi dan Pendidikan, saya ada 3 projek yang sedang menanti.Dua by group dan satu by individual.Belajar dalam arena kemasteran ini, macam ni lah, anda takkan buat kerja secara individu.Banyak melibatkan aktiviti secara jemaah.Sebab itulah, the most valuable thing yang saya belajar ketika dalam proses bermasterji adalah bersilaturahimi!Ianya indah sebab kau akan jadi rapat tanpa semena mena dengan segala ahli kumpulan anda!

Tik tok tik tok.Dah hampir 10 hari dah berpuasa.Jangan lupa tingkatkan amalan selagi stok umur masih ada.Baju raya?Saya tiada lagi.Selalu akan beli last minutes ja.Lagipun, sejak terasa dewasa, baju raya bagi saya bukan perkara yang berkepentingan sangat.Bulan lepas pun saya dah beli baju baru.Dua minggu lepas pun saya beli baju baru lagi yang tiada berkepentingan untuk raya.Nanti minggu depan gaji, boleh beli lagi baju yang secara rasmi nya akan jadi baju raya.Tiada sebarang masalah kan untuk baju!Sebab kerja cikgu ni memang akan buat kau rajin beli baju.Pergi sekolah macam nak buat fashion show!

Baiklah.Cukuplah untuk setakat ini.Rujuk balik perenggan ke 4 dan ke 5 di atas.Ada yang lebih berkepentingan sedang menanti.Calo!

Monday, August 16, 2010

Nekad Ramadhan


Semalam saya dah privacy setting kan segala macam wall.Harap berjaya hidup tanpa FB dalam keadaan kerja yang sedang bermusim terkujuh sekarang nih.Ok sekian.Hiduplah bergembira tanpa FB mulai sekarang!

Sunday, August 15, 2010

Iftar Ramadhan 2010


Semalam Iftar pertama secara jemaah bersama rakan rakan persekolahan.Wah, rakan persekolahan gituw.Sejak kecik sehingga dewasa, macam tak boleh nak lari dari sekolah kan?

Majlis di adakan di Hotel Sunway,Seberang Jaya.Majlis di meriahkan oleh Kak Bani,Niza,Kak Miza,Shima dan Zai yang Kecik.Pemeriah majlis ini lah untuk meja kitaorang.Yang lain-lain tu adalah orang ramai.Tapi mana kenal!

Actually, ingat plan nak berbuka ni nak buat hujung-hujung Ramadhan kelak.Habis berbuka boleh buat shopping raya.Ya rebba Ya rebba.Tapi since hotel ni tengah buat promotion half price sampai semalam ja, so kitaorang decide buat majlis berbuka beramai ramai awal pun tak pa.Yang penting, bleh makan secara jemaah.Itu yang best!

Makanan ok.SUPER banyak!Nama pun buffet kan.Orang pun boleh makan dengan SUPER banyak.Dari segala jenis makanan seafood, makanan darat, manisan, puding-puding, kuih-muih, satay, rendang dan lemang, makanan kampung, makanan tak kampung, ABC, aiskrim, semua adalah.Boleh pilih nak makan semua.Jika perut masih tak tenat.Saya makan pun banyak.Kak Bani makan pun banyak.Niza makan banyak.Kak Miza makan banyak.Shima pun.Kecuali kecik makan sikit no!Patut la kau kecik!Agagagaga..

Tapi satu benda yang tak best, surau dia.SUPER kecik.Kalau nak ambil air semayang pun kena kongsi tempat dengan lelaki.Tapi nasib baik kitaorang pergi semayang awal, so tak payah la nak berebut sangat dengan tempat dan nak ambil air semayang.Kalau semayang last-last minutes, macam mana la agaknya.Boleh ke nak semayang dalam tempat yang kecik dan bershare macam tu.Macam satu bilik hotel yang di belah dua.Tapi time saya,Kak Bani,Kak Miza dan Niza semayang tu, datang 3 orang makcik nak semayang sekali.Tu pun dah buat tempat tu sesak dah.See?Hotel besar bertingkat tingkat.Tapi kena sembahyang bersendat sendat.T_____T

Habis makan kami pulang.Tak lewat lewatkan sebab Kak Miza dah kecoh sejak dari awal nak tengok Arsengal.Game semalam.Tapi tak dapat nak tengok kan.Sebab balik lewat jugak!.Singgah kejap dekat Juru Autocity sebab nak tempah Audi.Ok,Berangan!Kami tak beli Audi,kami hanya beli McD.Belikan GCB untuk Kak Pah yang tak maw ikut sebab nak buat soalan sastera trial STPM.Guru Cemerlang ni!

Hari semalam best.Makan banyak boleh hilangkan stress.Cubalah!


Saturday, August 14, 2010

Jalan Kehadapan

Kehidupan saya sekarang macam ni lah, buat tutorial, baca nota kuliah,buat assemen.Tapi tadi cadang nak cuba buat assemen tapi macam tak cukup maklumat lagi.Saya perlu berumah di Hamzah Sendut!Nama komersial untuk library USM.Cadang pagi tadi maw pergi sama-sama dengan Mahirah n Kak Ida.Tapi cancel last minutes sebab dua dua pun ada hal di saat akhir.Takpa lah, next week kita pergi.Tak cukup sehari, esok lusa kita berkhemah di sana!Cess, nak pergi library pun susah.Dah bercadang nak berkhemah.Tapi rutin part time students macam ni kot.Sebab tu part time students tak payah study struggle-struggle.Siapa kata ni?Siapa kata?Siapa kata?Hahahaha.

Dah habis buat tutorial.Saya buat blog.Tugasan kehidupan.

Pejam celik pejam celik, saya dah sebulan melangsungkan kehidupan sebagai pelajar.Time flies.Kehidupan macam ni lah.Sekejap ja dah nak habis satu sem, kejap ja dah nak kahwin.Kejap jap dah nak dapat anak.Errr...tapi tu bukan saya lah.Saya masih muda maw kahwin.Sekarang saya baru 24.Ikut perkiraan sebenar.Nanti bulan 11 baru genap 25.Masih muda bukan?Agagagagaga.

Kehidupan saya di meter kesibukan sekarang.Tapi saya suka.Kehidupan saya padat.Tapi saya suka.Kehidupan saya kadang kadang sampai tertangguh tangguh semua kerja.Tapi saya suka.Saya suka.Sumpah tak tipu.Saya suka.Kehidupan yang sibuk kadang-kadang memaksa diri untuk tidak memikirkan benda yang bukan bukan melayan perasaan.What the hell la kan kalau setakat aku nak memerah kepala hotak memikirkan mendalam permasalahan bila nak cuci kereta.Bila nak cuci kereta.Sedangkan banyak lagi perkara berkepentingan perlu aku pikir sekarang.Dan semua darjah kesibukan saya ini, saya suka sebab saya tahu apa yang saya buat sekarang buka sekadar syiok syiok membuang masa.Saya yang pilih sendiri dan usahakan sendiri sampai terpilih menjadi siswazah USM.Bila dah berada dalam landasan ni, saya wajib wajib dan wajib go on sampai jangan pandang belakang lagi.Susah tapi akan senang.Tiap tiap kesukaran akan di susuli kesenangan.Itu janji tuhan.Kita wajib percaya!


Pheww...
Baiklah.Sudah pukul 4.Saya perlu bersurai.Nak masuk gelanggang kedapuran.Dah waktu cuti ni nak tolong mak lah di gelanggang kedapuran.Selalu time weekdays, balik sekolah dah tak perlu risau dah tentang makanan....hari ni saya maw membantu.Mak , kalau kakak tolong sediakan perut saja boleh?Agagagaga!


Thursday, August 12, 2010

What Goes Around Comes Around

Dulu...
Bila time keputusan peperiksaan keluar, kalau saya tak score, saya mesti akan pergi kat cikgu mintak maaf sebab result yang mengecewakan.For what reasons, saya tak tahu.Tapi mungkin sebab perasaan bersalah kot.Pernah dulu saya siap nangis depan Ustaz Ziyad pergi mintak maaf dekat ustaz sebab saya tak boleh jawab soalan pemahaman trial Bahasa Arab.Sebab dah rasa tak boleh nak score A dah Bahasa Arab time tu.Beria saya pergi mintak maaf...

Sekarang...
Bila time keputusan peperiksaan keluar pun, ada jugak students saya yang datang mintak maaf sebab keputusan menurun.Siap janji segala bagai nak tingkatkan keputusan.Sejuk hati cikgu mengajar!Sekurangnya dia bersemangat waja terhadap subjek saya kan.Try ur best next time!

Dulu...
Saya suka buat cikgu marah.Tambah tambah bila senoir dan kepala sudah besar,lagi suka buat cikgu marah.Suka tak siap kerja.Biologi tiap hari saya tiru Yanti sebab tak suka.Tapi fizik tiap hari Yanti tiru saya sebab dia tak suka.Pernah ponteng kelas Bahasa Arab sebab takut nak masuk bila dah ustaz dah masuk dalam kelas.T____T

Sekarang...
Students saya pun suka buat saya marah.Kalau saya mengajar pun ada yang buat tak kesah.Tiap hari membebel sampai nak muntah memang saya menyampah.Boleh mendatangkan kesan penuaan yang cepat jika suka marah-marah.Kuat ponteng memang dah satu masalah.Ikut hati yang marah, nak ja saya blender kan semua students saya yang nakal jadi garam sebab saya geram!

Dulu...
Ramai yang cakap, apa yang kita buat kat orang akan kena balik kat kita

Sekarang..
Apa yang students buat tu adalah karma ka?

My Second FB Account

Minggu lepas, saya dah create akaun FB yang baru.Bukan menggantikan akaun Cik Seri. Tapi macam tak best bila akaun ni dah semakin hari semakin ramai students saya nak add jadikan kawan.Banyak chantek.I'm your teacher.Not ur friend.Even in a FB! Hohohoho.


~akaun bukan untuk students~

Sebab students sekarang dah tak main My Space lagi, terpaksalah nak create akaun baru ni kan.Sekarang boleh la add saya jika anda murid dan berminat nak jadi murid.Akaun ni saya approve ja siapa-siapa.Tapi setakat ni semua students la yang datang nak add.Baguslah.Boleh jugak saya nak himpun kan students saya yang kuat online ni.Siapa ajar ni ha?


~akaun baru~

Bila fikir sekali, susah jugak nak ada banyak akaun ni.Bila pikir dua kali, bagus jugak ada dua akaun.Banyak sikit privacy yang macam tidak keprofesionalisme sangat boleh nak cover dari students.Students ni kadang-kadang sangka nya kuat!~Sighhhhhh~





Wednesday, August 11, 2010

Laporan Puasa 1

AMARAN : Entry ini tiada unsur adegan penggambaran.Tiada aktiviti penggambaran di lakukan ketika nafsu yang tinggi terhadap makanan.Sekian.

Hari pertama di bulan puasa.Alhamdulillah, berjaya juga saya selesai kan sehari puasa dengan jayanya walaupun tengahari tadi tiba-tiba terniat nak minum Nestle Yogurt Drink perisa Strawberi.Urm, sedapnya di minum di waktu sejuk.Nafsu bulan puasa memang bukan-bukan.Benda yang kadang-kadang tak bernafsu nak makan pun jadi terliur liur.Tengok air masak dalam tupperware students pun rasa sedap.Nafsu.Nafsu.

Pengkuliahan berjalan seperti biasa di bulan puasa.Tiada alasan.Nabi pun pergi berperang time puasa.Jangan tiba tiba nak kata menyeberangi Jambatan Pulau Pinang itu mendatangkan kemudaratan untuk melakukan aktiviti pembelajaran.Tersesat mazhab agaknya kalau ada yang bilang macam ni.Kalau lah....

Kelas tutorial tamat pukul 7.Yang beragama islam, semua bergegas cepat keluar dari kelas.Sekejap ja dah ghaib.Memang tak sabar nak makan.Saya, Kak Su, Kak Qis, Kak Ida, Kak Sumi pergi cari port makan luar USM.Memang banyak kedai makan.Tak perlu risau.Kak Fi ngan Kak Lin kata nak join tapi buat keputusan terakhir menjadikan Pizza Hut sebagai pilihan.Tak jadi join lah.

Saya order Nasi Goreng TomYam.Sederhana sedap.Not recommended.Tak sesuai selera berbuka kot.

Selesai berbuka, kena cepat cepat pergi sembahyang.Pengkuliahan seterusnya bermula pukul 8.30.Kena pantas dan tangkas.Sembahyang di masjid USM.Tengok ramai yang berimarah kan masjid di bulan puasa.Saya jadi suka.Rasa nak join sama.Syook tengok students-students ni rajin semua nya baca koran di bulan puasa.Bagus dik bagus!

Yang syook juga, ramai arabian di bumi USM.Tengok anak anak diaorang comel berlari lari depan masjid, rasa syook dan nak culik jap pinjam buat main.Dulu time belajar di UKM, saya tak nampak pulak orang arab seramai macam ni.Yang ramai warga Indon.Mungkin UKM terkenal di Indonesia berbanding di bumi Arab sana kot....

Minggu depan, akak - akak sekuliah bercadang nak berkelah.Masak dan makan bersama.Wow.Ini boleh mendatangkan rejeki di bulan puasa.Menu dengar dengar adalah Nasi kerabu.Yess!!saya suka.Ni la salah satu kelebihan berkuliah bersama rakan dewasa.Makan free.Eh?hehehehe.Harap harap jadi.Saya mungkin menghidangkan perut ja.Agagagagagaga.

Berkuliah di bulan puasa.Memang mendatangkan kemengantukan dan keletihan yang abnormal.Tapi yang penting, kena berusaha!Jangan rapuh di bulan puasa..!Chaiyok anis Chaiyok!




Tuesday, August 10, 2010

10 Perkara Berkaitan Hati

Pertama

1. Aku nak rasa kecik hati.Entah.Tapi aku memang rasa kecik hati.Mungkin aku bermood sensitif sekarang.Tapi aku kecik hati sekarang.Aku kecik hati sebab bila aku dah bersungguh , tapi aku rasa orang buat nak taknak.Aku kecik hati.Lain kali aku tak nak bersungguh.Aku nak menyombong.Boleh?Buat muka sombong sikit.Macam ni.....



~sombong dan sedih.tapi comel.~

Kedua

2. Aku kadang-kadang tak dapat yang membayangkan kehidupan di masa depan.Sampai kadang-kadang aku rasa aku terlalu berhati hati dalam every single step yang aku ambil.Takut tersilap langkah.Tapi terlalu berhati hati pun aku rasa tak baik juga untuk kehidupan normal yang abadi.Cis.Gila unggul punya ayat!Kehidupan mana entah yang abadi.Abby Abadi adala.....

Ketiga

3. Aku tak suka di nilai tanpa pengetahuan.Yang suka kata aku itu dan ini.Entah.Aku semakin tak suka.Aku rasa nak duduk dalam gua sambil tulis blog.Boleh?

Keempat

4. Aku tak suka aku di jadikan bahan persaingan tanpa pertandingan.Just be urself babe.Rimas.Tapi nak buat macam mana.Dalam dunia ni memang ada spesis manusia yang di ciptakan tuhan, tak boleh tengok orang lebih dari dia, kan.Biarla.Eh, aku tak rasa aku melebih lebih.Tapi dah banyak dah faktor pemerhatian yang aku dah buat dari segi spesis manusia tak tahan kelebihan ni.Biarlah.Lama lama dia akan penat dalam pertandingan yang di cipta sendiri.Jelas?Tapi aku boring sejak dulu macam ni.Semoga bila aku semakin dewasa kelak, aku tak berjiran dengan orang yang bila tengok aku beli sofa baru dia nak beli.Aku beli kereta baru, dia nak beli.Aku suka hias rumah, dia pun tiba tiba nak jadi suka hias rumah. Aku suka pergi memancing [ tipu ja ] , tiba tiba dia pun nak rasa suka.Macam tu la.Jangan la aku berdewasa nanti terjumpa dengan orang berspesis macam ni jugak.Penat aihh jadi bahan ujikaji tiruan nih.Bukan perasan okeh.Tapi nyata!Esok lusa aku nak buat benda yang orang tak suka.Nanti aku pikirkan yang pelik pelik sikit.Otak tak ligat lagi.Puasa kot.Cess.Alasan.


Kelima

5. Tolong bersikap jujur dengan aku boleh tak?Maksudnya.Aku tak suka berkias kias sangat.Otak saintifik aku kadang-kadang tak boleh menerima unsur kiasan.Nak buat hipotesis pun , takut pulak hipotesis aku di tolak .Syook sendiri pulak nanti. Nak bereksperimen , sikit sangat pulak selang keyakinan aku.Aku hidup berdasarkan bukti.Ewah.

Keenam

6. Dah puasa kan?Aku harap aku dapat khatam 1 qoran sepanjang Ramadhan ni.Rajin bangun tahajjud, Rajin pergi terawikh, Rajin baca buku!Please be more rajin.rajin.rajin.rajin.

Ketujuh

7. Kadang-kadang macam tak maw jadi Anis.Aku nak jadi Angelina Jolie.Boleh? *Tetiba*

Kelapan

8. Eh, apsal macam teremo di awal Ramadhan ni.Setan kat badan aku ni termiss nak kena ikat kot.Syuhhh syuhhh syuhhhh.Astagfirullahalazim!

Kesembilan

9. Dah stop!Aku puasa ni.Kang cakap banyak hanya dosa mengundang binasa.

Kesepuluh

10.Bersurai.







Sunday, August 8, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan


Gambar yang comel bercirikan kanak-kanak.Suka!

Puasa kembali.Setahun memang tak rasa.Saya rasa macam baru ja saya pergi terawih sama-sama dengan kawan saya Zila.Sekarang Ramadhan datang lagi.Tapi takkan pergi dengan Zila.Zila pun dah jadi isteri orang, mak orang, dah siap berpindah dah dari kawasan kediaman saya.Terawih tahun ni mungkin tak sama dengan tahun lepas yang pergi berjemaah bersama gadis-gadisan.Kehidupan 25 tahun macam ni la.Semuanya akan berubah.Sama ada yang positif atau negatif, kita sendiri yang boleh tentukan.Bulan puasa : bulan menggandakan ibadah.Boleh berubah ke arah positif kan? Insha Allah!

Tahun ni saya menyambut bulan puasa di dewan kuliah.Jika Rabu adalah hari pertama puasa,esok ketika korang sedang berjemaah di masjid Solat Terawih yang pertama, sayamasih belajar di dewan kuliah.Sedang korang semua sibuk-sibuk nak berplanning untuk bersahur esok hari.Saya mungkin di dalam perjalanan balik dari kuliah.Dan tahun ni saya menyambut Ramadhan pertama di USM!Bersama rakan sekuliah dan juga lecturer.Pengalaman kan.Tapi yang tak best, terskip berjemaah terawih untuk Selasa dan Rabu tahun ni.T________T

Selamat Menyambut Puasa buat kalian.Semoga kita berlumba lumba untuk mengerjakan ibadah di bulan ini.Pahala berganda weh!.Harapan kepada anak murid, janganlah terlalu bersifat aktif di bulan puasa.Mahu longlai saya nanti di buatnya.Tenaga students ni macam Mutant X juga saya rasa.Bulan puasa pun tak pernah letih!

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

" Selamat Datang Wahai Ramadhan "

SELAMAT BERPUASA !
2 hari lagi...... [ 28 Shaaban 1431 ]


p/s : saya dah tengok SALT : SUPER best!






Saturday, August 7, 2010

Aktivitas Persekolahan Hujung Minggu

video

Yes!dah habis hari hari cuti saya.Esok tinggal sehari.Tapi ada tusyen pulak.Minggu ni bekerja 7/7.Phewwww.......

Nisbah pelajar dengan cikgu yang datang sekolah tadi lebih kurang sama banyak ja.Sekolah di hari Sabtu.Pelajar saya semua liat ja nak datang.Kalau saya jadi pelajar pun saya liat.Tapi sebab saya adalah cikgu yang memang kena datang, kalau tak datang kena buat surat nak tunjuk sebab segala bagai.Jadi saya kena datang.Besides, ni amanah babe!Tanggungjawab.Malas macam mana pun kena la jugak datang.

Saya nak masuk kelas tadi.Dari jauh students dah awal-awal jerit.

"Cikgu, taknak belajar.Cikgu tak nak belajar"

Melayan kanak kanak yang baru nak meningkat dewasa.Macam ni lah!

Tadi dalam bilik guru, time tak ada kelas, saya buat kerja baru.Melayan cerita Perempuan Berkalung Sorban.Cerita ni tak habis lagi saya tengok.Saya rasa sekarang macam saya dah makin mula nak jatuh cinta pada cerita cerita indon.Ayat Ayat Cinta cerita terbaik saya paling suka!Sekarang saya suka Benci Bilang Cinta jugak!Kisah next Cinta Karina pun macam best nak layan.Saya suka indon sejak dulu kot.Dulu pun saya pernah suka Peterpan.Tapi bila dah jadi porn, naik geli la pulak.Nasib baik perempuan hot!Aishhh.Semoga saya tak bertemu jodoh dengan orang Lombok.Eh,tetiba.Hahaha.

Nak online, wi fi kat sekolah dah nazak.Tak boleh online dah.Saya tak tahu apa punca.Biarlah.Kalau ada pun saya bukan sempat nak guna.Ada atau tiada, langsung tak beri kesan.Bukan sempat sangat pun nak online kat sekolah sekarang.Tambah-tambah bila jadual peribadi saya kat sekolah makin padat sebab nak sesuaikan dengan waktu kuliah saya di USM.Lagila macam kadang-kadang tak sempat pun nak merasa betapa empuk nya kerusi saya di bilik guru!Sedih bukan?

Urm, apa nak tulis ni sebenarnya? Mood blogging!Silalah datang.Saya hanya asyik mencarut karut saja sekarang!

Bersurai sebelum terkeluar landasan.Aku blurr nih.Sekian.

Friday, August 6, 2010

Kesemangatan!


Aku letak tutorial kat tepi jap.
Aku letak assignment yang semua nak submit after raya kat tepi jap.
Aku letak senarai tugas untuk pendaftaran tingkatan 1 2011 kat tepi jap.

Semuanya sekejap.Sekejap ya untuk blog.Macam anak yang sedang menangis nak bagi susu.Wakawaka eh eh.

Hati aku sekarang dah macam tak tahu nak buat mana dulu.Semuanya berkepentingan after raya.Dan aku rasa, sempena bulan puasa ni, aku bukan saja akan bertadarus bersama koran ja.Tapi dengan kerja yang dah semakin menuju puncak ni.Harap impian shortbread aku terlaksana.Kalau tak, aku pergi cari saja dekat pasar di malam raya.Ada jualan lelong kuih raya di tempat aku.Selalunya lah!

Rakan sekuliah aku adalah best.Semuanya enjoy.Kak Fi,Kak Lin,Mary,Heah,Kak Su,Kak Balqis,Kak Mas,Kak Ida.Semuanya adalah menseronokkan!Kalau tak paham, sama - sama tak paham.Kalau tak reti buat sama sama tak reti.Kalau riuh nak pergi pesta konvo, semua sama sama riuh.Best kan!Dan kami harap, kami boleh konvo lagi 2 tahun sama-sama kelak.Sebab susah payah ni semua sama-sama.Dalam banyak-banyak,Kak Su suka bagi penguat semangat bila dah down dalam dewan kuliah.Kak Su suka bilang :

Tiada siapa yang paksa kita nak buat benda ni.Susah mana pun kita kena buat jugak.Tak paham pun kena buat-buat paham jugak.Sebab kita yang pilih.Tiada siapa yang paksa kita nak buat benda ni kan?

Ya benar!Tiada siapa.Sebab tu kalau dah mood sentiasa merah bila lecturer cakap laju-laju padahal otak dah tepu, badan dah extremely exhausted tetap juga rasa nak belajar bila ingat balik statement ni rasa macam tak boleh berpaling lagi.

Baiklah.Saja menulis untuk menyuntik semangat aku yang kadang-kadang layu... T______T




PHD IS A LONELY JOURNEY