Friday, July 30, 2010

Aku Kah Yang Tertipu?


Tadi saya pergi tengok pelajar buat latihan silat.Saya guru silat.Tapi saya tak ajar silat.Bertindak sebagai pemerhati.Sebab saya dulu belajar Silat Gayung Fatani.Kat sekolah saya Silat Lintau.Asas dah lain.Saya tak reti.Tapi tiap minggu tengok students berlatih,macam teringin jugak nak belajar Silat Lintau.Tapi tersegan segan.Saya kan pemalu.Hahaha.

Dua hari sebelum ni, ada seorang students saya, texting mintak tolong top up.Dalam hati saya wonder juga, 'pehal dia ni mintak top up kat aku?' .Tapi saya malas nak pikir negatif sangat sebab student tu nampak macam terdesak, saya just pikir, mebi dia urgent ni.Tapi saya tak dapat nak tolong top upkan pun sebab hari tu hari Rabu.Saya kan sepanjang hari sampai ke malam didalam kuliah.Mana nak cari top up.Just dapat baca jela mesej terdesak dia.Sampai dia mesej saya cakap..'Cikgu, malam-malam 7e bukak kot'..Hamboih!Student aku!Mana pergi mak bapak dia kalau terdesak sangat tengah malam?Tapi saya tak top up kan pun sebab kan dah balik lewat malam.Badan pun dah extremely exhausted!

Then, the next day dia texting saya lagi ingatkan nak suruh topup.Tapi saya tak top up kan jugak pun lagi.Sebab saya no money.Serius ada 10 ringgit ja dalam purse time tu.Purse ja Liz Claiborne.Duit tak dak.Haha.Malas nak withdraw.Itu dah macam tabii kot.Malas nak keluarkan duit secara banyak.Makin banyak aku keluarkan, makin banyak duit habis.Lebih baik makin banyak aku simpankan,makin banyak duit aku.Hohohoho.

Sampaila hari ni, saya tetiba teringat nak tanya.[ Saya tak tau la apa motif saya tanya,saja suka suka.].Then dia cakap, 'Saya tak topup lagi cikgu.Ni pun msg guna kredit free'.Ok fine.

Tadi bila saya pergi silat, saya sembang la dengan students silat saya.Tapi diaorang siap cakap kat saya ' Cikgu, jangan percaya dia.Dia memang suka tipu'.Then sekarang sebenarnya budak tu cuba tipu aku ke hapa ha?Cesss...cikgu pun nak tipu ka?Damn!

Fakta budak tu yang si anggap tidak benar melalui kajian tinjauan.

1. Budak tu bilang ke saya dia takde di Bagan Serai sekarang, tapi di Langkawi sebab kaki injured sangat kronik!

Fakta budak silat :
Budak tu pergi Langkawai sebab nak buat perasmian kedai ayah dia.Bukan buat rawatan kaki.See?Aku di tipukah?

2. Budak tu bilang dia guna kredit free.

Fakta aku
Takkan dari hari Rabu kredit free.Tiap tiap hari, hari jadi dia ka?

Fakta budak silat :
'Cikgu, dia nak cikgu topup, sebab dia nak mesej dengan boyfren dia.Cikgu percayalah!'

Entah la, tak tau la apa dah nak cakap.Apa da students sekarang, cikgu pun siap nak tipu.Kalau betul dalam kesusahan, bagitau la betul-betul.Tapi aku tak amik hati pun.Cuma aku nak cerita perangai students yang pelik-pelik.Cikgu pun nak di jadikan bahan penipuan.Semoga students aku berubah jadi orang baik-baik.

1 comment:

Q said...

Q pulak serik bagi no kat anak murid. ramai yang mcm psiko. makan pun nak tanye. hm...

REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI