Sunday, July 18, 2010

Traffic Kehidupan

Saya dah berjaya melalui satu fasa kehidupan yang baru selama seminggu!Hep hep yahoo!

Kehidupan selama seminggu adalah tak tentu arah.Sayalah tak tentu arah nak biasakan dengan kehidupan baru.Kehidupan masih berjalan seperti biasa.Jangan ingat menjadi pelajar tu mudah.Tapi, ianya satu pengalaman indah.Sangat indah!

Kau takkan dapat tengok, betapa semangat nya golongan aunty-aunty pergi belajar.Kau takkan dapat rasa betapa umur tu bukan jadi penghalang untuk buat apa-apa.Kau takkan dapat tengok, betapa berusaha kerasnya golongan aunty-aunty ni untuk belajar walaupun dah berpuluh tahun tinggal kelas dah saya rasa faktor ke'jem'an otak pun memang ada.Sedang kan saya yang dah 2 tahun tinggal kuliah ni pun dah mula berkarat dah.Tapi dioarang semangat.Aktif dalam kelas.Datang kuliah pun awal.Buat saya bila pergi kuliah, pun jadi semangat!

Itu yang saya kagum.Semangat golongan tua untuk belajar.Tabik ah!Kita yang muda pun kena semangat lah!

Belajar part time memang penat.Tapi ini buat seminggu yang pertama.Pulak tu, minggu ni la yang nak kena susun jadual kuliah, minggu ni la nak ke rearrange balik jadual kelas saya di sekolah, jadual tusyen saya. semua nak kena susun balik.Memang lah memeningkan!

Tapi saya suka.Totally suka dengan perjalanan kehidupan baru yang banyak kerja, lagi kena banyak baca dan lagi kena banyak korbankan masa.Mencabar dalam keriangan.

Yang penting, apa pun keputusan dalam kehidupan, tak kira lah samada belajar atau tidak, bekerja atau tidak, berkahwin atau tidak, kita haruslah gembira dengan segala keputusan tentang kehidupan yang kita buat.Kalau tak rasa gembira,cari titik punca untuk buat kehidupan tu bahagia.Pasti ada.Barulah kehidupan itu bermakna dan membahagiakan!Be positive dalam setiap perlakuan.Pasti gembira.

Eh, perenggan terakhir macam pakar motibasi la pulak!Takpela, mungkin.Sebagai pengkongsian saya dan anda.Tak salah kan.






2 comments:

prince_86 said...

Memang memenatkan but ni sume pengorbanan demi mencapai kejayaan.. so bersama2 la kita berjuang..chaiyok2...........

LUVLYDIYANA said...

chaiyok untuk ko jugak!berusaha!

REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI