Test PowerRoot!


Hohoho.Ni gambar 11 tahun yang lampau.Dulu aku rasa semua budak asrama, hobi nya kerja tidur ja.Asal cikgu takda , tidur.Asal cikgu lewat 10 minit ja tidur.Macam kena dadah.Ini gambar 11 tahun yang lampau.Kat kelas aku.Kat sekolah aku.1 Al-Bukhari.Sedap gila nama kelas.Tiada warna-warna pelangi.

Gambar ni antara gambar memori dalam simpanan.Semua budak laki kelas aku pengsan time ni.Aku rasa sampai ke sudah kot diaorang tak tau aku senyap-senyap pegi tangkap gambar diaorang time tido nih.Hohoho.Ni aku buat pendedahan.Siapa-siapa kelas 1 Al-Bukhari time ni.Sila-sila lah buat pengakuan.


Ni gambar testing.Testing scan kat printer baru.Aku beli semalam.Selalu aku guna printer sekolah ja.Sebab semua kerja aku semua nya hal-hal sekolah.Hak kerajaan kena manfaatkan.Tapi bila dah mula belajar ni, jangan lah lupa diri.Kena la beli printer ganti printer HP yang aku rasa tak syiok nak pakai tu.Catridge mahal nak mampuih!

Aku beli printer time pagi.Tapi bila time petang aku datang sekolah, aku risik-risik kat cikgu sekolah, dia beli printer yang sama, jenama yang sama, sebijik colur tak ubah RM 248, aku beli pulak dengan harga RM 300 cash!!.Rugi aku RM 50.Takpela, redha jela.Mungkin bukan rezeki aku kali ni.Rezeki cina jual printer.Esok lusa rezeki melayu pembeli printer pulak.Hohoho.

Baiklah.Aku tak mandi lagi.Perlu mandi sekarang.Baru pulang dari membuat lawatan keluarga ke asrama adik aku.Asyik seronok dok belek printer baru ni.Lepas ni aku boleh scan gambar banyak-banyak secara pukal.Tapi kalau aku rajin lah.Kerja macam ni bukan aku gemar sangat.Hahaha.


~printer aku macam ni la.Sejibik.Tak la bertaraf laser ke hapa.Tapi masih mampu menyenangkan kerja!~

Comments

Q said…
puasa ke masa tu. melepek je semua. huhuhuhu

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar