Terima Kasih

Selama 3 minggu pembelajaran, sekalung terima kasih buat yang terlibat....

  • Terima kasih buat mak, ayah dan family yang tak henti bagi support moral.Ketika saya down.Ketika saya rasa tak pasti, ketika saya rasa tak yakin.Saya kuat kerana adanya family yang kuat!I Love My Family!
  • Terima kasih kepada pentadbir, pengetua lama, Hajah zariah, Pn Hajah Noraini, Puan Kalsom yang bagi kerjasama besar.Sanggup bagi kebenaran untuk saya sambung belajar.Ada saya dengar cerita, ada juga orang yang tak dapat sambung belajar buat part time sebab tak dapat kelulusan dari pentadbir.Saya syukur pentadbir saya bagi.Alhamdulillah.
  • Terima kasih buat Puan Tan yang sanggup bersusah payah edit dan rombak balik semua jadual cikgu sesi petang demi saya tanpa banyak merungut.Phew!Lega!Saya pun terisau jugak.Rombak jadual melibatkan banyak cikgu.Risau ada yang terganggu.Tapi jadual saya memang kena rombak jugak nak tak nak pun sebab saya hanya ada di sekolah sampai pukul 3 waktu hari saya pergi belajar.
  • Terima kasih buat cikgu cikgu sesi petang yang tolong gantikan kelas saya minggu lepas sebelum jadual baru bermula.Terima kasih.
  • Terima kasih buat rakan-rakan yang bagi sapot moral.Yang bagi semangat ketika lemah.Yang bagi idea.Yang bagi kekuatan.Shima , Kecik , Kak Miza, Kak Bani, Niza,Shira, Yanti, Tya.I Miss Them A LOT!!!!!!!
Terima kasih.Anda semua baik hati... :)


Comments

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar