Friday, July 9, 2010

Selamat Sudah


Hoyeaah hoyeaah.Dangdut sikit.Sekarang hati rasa lega.Saya dah selesai satu stage sebagai pelajar pra sarjana.Macam baru nak mula masuk tadika.Macam tulah.

Academic Briefing selama dua hari berakhir dengan gemilang tadi.Acara last siap nyanyi lagu USM beserta upacara angkat sumpah jadi pelajar yang tak selalu main FB, berfoya di blog, layan movies secara tamaknya.Nehi nehi nehi.Aktiviti kesosialan macam kena jadikan less and less.Maka dengan ini kita buat pengisytiharan secara tak rasmi.Selamat tinggal FB kesayangan.Esok lusa kita online lagi.Via mobile.Gila kempunan.

Saya dah settle dengan semua time table.Kelas 2 kali seminggu.Tusyen 2 kali seminggu.Jadi sekarang cuba kira ada berapa malam yang saya free dalam seminggu?Hanya 3 kan?Waka Waka Eh Eh.

Rakan sekuliah juga dah dapat tadi.Yang takjub,satu course dengan saya 25 orang sahaja.Yang saya sempat berkenalan, 6 orang ja.And i'm the youngest!Ok, sekarang dah boleh bersorak 25 tahun adalah muda.Sila percaya.Ini zaman kegemilangan.Tetiba.

Kak Fid, Mary, Heah, Kak Lin, Sumathi dan saya.Kami berenam saja yang amik Pendidikan Sains yang sempat berkenalan sama.Berkawan dengan orang dewasa adalah syiok.Buat saya rasa saya adalah kerdil dan sangat banyak perlu belajar dengan diaorang.Pengalaman diaorang adalah sangat bermakna untuk di ambil pusing.Yang penting, semangat diaorang adalah tinggi.Ada anak yang sedang sakit, ada yang suami duduk jauh, ada yang tinggal di Ipoh.Tapi sanggup juga nak datang belaja.Saya?Anak tak ada.Suami tak ada.Rumah pun nak pergi paling lambat sejam ja.Ada perlu ka saya nampak sebarang masalah pada saya.Seharusnya tak ada kan!

Minggu depan saya dah start kuliah.Tapi boleh tak kita lompat saja ke hari Selasa.JPN nak datang sekolah, saya nak kena present analisa peperiksaan tingkatan satu, tapi satu preparation saya tak buat apa.Nak mati ka???

No comments:

REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI