Monday, July 5, 2010

Saya Memang Single Tapi Bukan Desperate


~Sumber Gas Asli : Google [ jangan percaya ]~

Kawan biar beribu, berkasih biar satu.Itu peribahasa nenek moyang dah ajar.Saya pakai konsep ini.Mungkin cara saya tak sama dengan cara orang.Mungkin bila baca orang rasa saya perasan cun tapi hakikat manis tu ada.Kalau senarai dalam top 10 orang cun seMalaysia, memang aku takde dalam list langsung pun.Senarai top 10 peringkat kampung pun belum tentu berjaya kot melepasi peringkat saringan.Tapi aku tak heran pun pasal kecunan.Yang penting hati cun.Hati aku cun.Bebas dari norma norma hitam.Aku tak mudah dengki dekat orang yang ada baju baru ka, perfume baru ka, suami baru ka, boyfren baru ka walaupun aku tak ada , aku tak pernah rasa dengki.Itu dah buat aku rasa hati aku cun.Bebas dari sifat dengki mendengki sesama manusia.Berbunga bunga dan baik hati kadang-kadang.Aku rasa la.Kau tak rasa apa yang ku rasa.

Aku memang suka kawan dengan orang.Tak payah kira darjat.Aku bukan anak raja pun.Nama seri hanya aku tambah untuk publisiti.Esok lusa aku boleh buang macam tu ja sebab nama tu tak tersenarai pun dalam kad pengenalan apatah lagi surat beranak.Aku pun bukan tergolong dalam golongan bijak pandai sangat.Kalau tanya tahun keberapa Argentina merdeka, memang confirm la aku tak dapat jawab.Setakat ni tentang Argentina aku taw, dia ada penduduk yang bernama Messi dan Maradona yang berkeinginan untuk berbogel.Nehi.Nehi.Nehi.Sejarah Malaysia pun aku tak hafal 100%.Yang aku ingat, tahun Parameswara datang ke Melaka.Tu pun aku ingat sebab cikgu Sejarah aku suruh buat presentation dalam kelas, group kawan aku buat presentation siap buat ala DJ radio dalam kelas.Best!Dia nyanyi lagu Keluang Man yang di reka jadi Sejarah Malaysia.Sebab tu aku ingat.Pembelajaran berkesan.Jadi buat apa aku nak memilih orang dalam berkawan?Tiada sebab untuk itu yang tiba -tiba selalu sangat nak keluarkan dakwaan palsu.Menuduh tanpa bukti.Memang aku boleh saman fitnah nanti.

Tolonglah aku tak suka.Kalau orang baru kenal saya dah mula nak bermanja manja.Yerks, serius aku geli.Dah ramai dah berperangai macam ni.Sebab tu aku rasa menyampah.Tolonglah!Aku memang single tapi bukan tahap desperate lagi.Aku memang nak kawen, tapi tak sampai nak serkap jarang asal ada lelaki yang bermulut manis semua boleh aku sapu buat somi.Lepas tu bila aku takde respon, mendakwa saya memilih, high taste, sombong, tak sangka saya ni macam tulah, macam ni lah.Mengecam saya secara kejam.Engkau kawan dengan aku dah berapa lama?Dah kenal saya 100% ka yang nak mendakwa saya dengan dakwaan tak berasas?Grrrrrr.....Aku selalu pura pura buat tak kesah.Tapi hati aku kesah.Hati aku cun.Tapi mudah terguris.

Perangai yang mengannoyink buat saya makin menyampah dari hari ke hari.Kadang-kadang buat saya rasa cepat nak kawen bukan sebab desperate tapi sebab banyak sangat dah fitnah dekat saya macam ni.Kalau kawen tu sesenang beli keropok mamee , bayar 30sen dah dapat makan, aku dah lama kawen.Tapi sebab kawen tu bukan bernilai 30sen lah aku tak kawen lagi.Aku memang single , tapi bukan desperate lagi. Kawan baik saya memang semua dah kawen,tapi saya masih enjoy dengan kehidupan saya lagi.

Sekian.


8 comments:

my note said...

anis.. ko jgn nk uat kerja pelik-pelik..., x suke wokeh.., ko biar jer org nk cakap apa yg penting ko taw apa yg ko buat.. ak sokong ko dari jauh sbb ak bukan dok seumah ngan ko lagi.. gegegegegeg

queenlyana said...

teringat pulak aku bila ex-boyfie tetiba call nak bermanja sedangkan aku tak dak perasaan ke arah tu langsong..! hahaha

Terkasima kejap. AKu mungkin dah tak pandai bercinta. ngehhhhhhhhh

LUVLYDIYANA said...

wani :
huishhh..sungguh pun aku emo, ke emo an aku masih bertaraf normal lagi.tidak di bawah pengaruh dadah.dun wori babe!

LUVLYDIYANA said...

lyana :
aku pun dah tak reti nak buat ayat kata manis pujangga.kena cari skill balik kot baru leh bercinta.hehe

liz said...

ahaha..buduh ok..mmg ade org mcm tu.nak pilih ikan kat pasar pon kene belek satu2.ni kan plak nak pilih somi smpai hujung nyawa...

LUVLYDIYANA said...

memang!aku memang nak kawen, tapi taklah ke tahap desperate sangat.T_T

ASaDa RyutaRo said...

kenapa ni cikgu?? siapa yg desprate sangat tu? hahaha..

buat selamber sudeyh.. tp hati sudah terguris. hurmm..

err.. bila parameswara dtg ke melaka ea? terlupa.. siyes.. ingat time portugis menyerang melaka je. 1411 kan?

LUVLYDIYANA said...

asada :
entahla..cuma kadang2 terasa diri dikotak katikkan...T____T

REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI