Monday, July 19, 2010

Ringkasan Kehidupan


KISAH 1
Saya ke pasar malam selepas sekolah.Dengan niat nak beli cendol.Sebab saya memang suka cendol.Berkaler hijau berkrim tinggi.Suka!

Lepas beli cendol.Saya baliklah.Nak beli ayam percik kegemaran, macam tak berselera pulak hari ni.Then, saya terserempak dengan seorang cikgu sekolah rendah,Kak Ida, tempat saya pernah jadi Guru Ganti dua tahun lampau.

Saya tengur dia.Kak Ida tanya.

"Nak beli apa?"

Saya jawab.

"Nak beli cendol ja.Teringin.Sebab tu singgah"

Kak Ida buat muka pelik.Dengan penuh kesangsian tanya.

"Dah kawin ka?"

Huh.Dah sah sangka saya tengah ngidam

"Eh, tak kak!Saya single lagi.Ni beli sebab suka!"

KISAH 2

Pagi tadi ada Majlis Perpisahan seorang cikgu di sekolah saya.Cikgu Wanda.Bukan nama sebenar.Nama glamer.Ewah.Guru Cemerlang yang memang patut di kagumi.Siap tersedu sedan time majlis.

Time Wanda bagi ucapan, Wanda siap nyanyi

"Tiada Kata Secantik Bahasa,
Untuk Ku Puji Adinda.
Tiada Gambar Secantik Lukisan,
Nak Ku Tunjuk Perasaan"

Lagu evergreen.Zaman Wanda muda muda.Lagu kenangan buat semua.

Macam manalah agaknya keadaan saya untuk 30 tahun akan datang kalau bersara.Kalau saya nyanyi lagu, lagu evergreen golongan mak , haramlah saya tak tau.Lagu Ahmad Jais ka, Hetty Koes Endang ka, memang saya tak tahu.Saya hanya tau lagu masa kini.Rock tak kalau time bersara, di masa depan kita nyanyi

"Tiada bintang, Dapat meleraikan hati yang telah di cela,
Bagai ku lumpuh tak mampu berdiri"

~mode : sedih dalam kawalan ketika itu~
*berangan*


Haha.Memang mengancam ah di dunia 30 tahun akan datang.Tabiklah cikgu Hard Rock!!

*Selingan*

Buat Kecik,Niza,Shima,Kak Bani,Kak Miza n Kak Pah.
Jika di masa tua kita tidak bersama lagi sebagai satu pasukan yang meriuh rendah kan sekolah, yang suka tidur dalam chalet di Ulu Kenas lepas tu kecoh takde air, yang suka makan banyak time jamuan, yang bergotong royong sama dengan pantun,pengawas,multimedia,yang suka kemlam kabut sama sama siapkan fail panitia, yang bertungkus lumus nak panjat Bukit Larut kelak,dan banyak lagi lah 'kenangan sekolah'.Jika salah seorang dari kita mengundur diri dari arena perguruan yang mencabar ini di atas kehendak usia, saya harap kita akan tetap bersama di hari terakhir masa emas itu.Walau dimana kita berada kelak.Walau siapa pun kita kelak.Janji ya!! ~Wish~





2 comments:

miza said...

waaahhhh aku tersentuh la ngan ayat ang anis.....insya Allah kita akan bersama-sama walaupun dalam keadaan susah n senang kita...tguk mcm arinie kita ada jodoh...x pasal-pasal jumpa kat tesco (tempat kita lepaskan penat n kepanasan..hehehehe)hehehehe pastu ang siap jumpa kchik hehehehe...insya Allah kita akan bersama selalu walaupun dimana-2 kta berada...

miza said...

waaahhhh aku tersentuh la ngan ayat ang anis.....insya Allah kita akan bersama-sama walaupun dalam keadaan susah n senang kita...tguk mcm arinie kita ada jodoh...x pasal-pasal jumpa kat tesco (tempat kita lepaskan penat n kepanasan..hehehehe)hehehehe pastu ang siap jumpa kchik hehehehe...insya Allah kita akan bersama selalu walaupun dimana-2 kta berada...

PHD IS A LONELY JOURNEY