Rewang Bukan Rawang


~tell me what you want to hear, something that were like those years, i'm sick of all insincere, i'm gonna give all my secrets away.....[ secret : aku dah ulang2 lagu ni dekat 10 kali kot malam ni ] ~

Hullahop.Macam dah lama tak menulis.Tangan saya kejang.Menggedik.Sejak dalam kuliah tadi rasa macam ni.Kebas semacam.Mungkin tak tahan air con di tahap membunuh.Ces, habislah impian nak duduk di bawah salji sambil berlari lari kutip salji yang jatuh.Kesejukan aircon tak sampai paras beku pun dah tak tahan.*Ok, aku berangan.Tapi part kutip salji tu aku teringin nak buat.Sejak tengok cerita My Girl sumpah punya best!!*

Hari Rabu adalah hari kesengsaraan dalam seminggu.Setakat ini masih boleh bertahan.Paling teruk pun kalau dah penat, saya susah nak tidur.Macam ni.Saya terasa pelik dengan sistem badan saya.Lagi makin penat, lagi tak boleh tidur.Saya bekerja dari pukul 10 pagi sebab ada kokurikulum kat sekolah.Kelas direct tanpa henti dari 12.30 sampai pukul 3.Pukul 3.45 saya dah kena pergi ke USM.Kuliah sampai 10 malam.Makan pun kena bersegera di hari Rabu.Untuk hari Rabu sahaja.Kalau tiap-tiap hari adalah hari Rabu, mesti badan saya dah tinggal tulang.Dah la hasrat nak kurus sikit semakin tercapai.Eh, berat saya dah turun 52 kg taw! Turun 2 kg.Kira bagus dari naik 2kg kan.

Assignment?Tipulah kalau tak ada.Ada.Tapi sungguh malas nak buat.Sebab kena sungguh banyaklah kena baca.Liat.Saya suka baca benda yang saya nak baca.Benda ilmiah berjurnal jurnal ni hadoihhh.Kalau jurnal tu adalah kelakar macam buku Karipap Karipap Cinta kan best.Memang sehari saja dah boleh siap ulasan satu buku.Ini di suruh nya saya baca Sejarah Sains.Erk?Sejarah!Bukan Karipap Karipap Cinta!Sebab sampai sekarang saya asyik nak mengulas buku tu ja.Thanks la kepada Zai sebab membuat hari hari ku ceria dengan karipap.Eh?

Puasa dah semakin dekat.Serius memang dah tak sabar nak meraikan bulan puasa.Semoga di panjangkan umur saya, untuk melengkapkan sebulan puasa.Ameeen.

~Nak rewang apa lagi?~

Owh.Jeng.Jeng.Jeng.

Sekarang makin galak orang suruh saya kahwen.Lepas sorang-sorang.Maksud saya orang-orang tua di persekitaran.Kalau rakan seperjuangan tu macam soalan cepumas yang konfem boleh jawab.Sampai saya rasa ntah-ntah tak lama lagi saya kawen.Cewaahh..lepas habis baca ni boleh buat spekulasi saya nak kawen , lepas tu habis kau dapat dosa kering.Relax.Bertenang dulu dengan berita ini.Biasalah dengan orang-orang tua.Mungkin risaukan saya yang semakin lanjut usia.Owh!T______T. ~25 tahun adalah muda.Agree?~

~Saya dengar bunyi burung tadi.Ada burung ka keluar malam-malam?*Horror!*~

Tetiba teringin rasa nak pakai beriberi hitam.Dengan alasan boleh update selalu blog.Dimana jua saya berada.Dengan bergayanya.Ewah.Lepas tulis entry ni, harap henfon lama tak merajuk dengan saya.Usia dah macam boleh hantar pergi tadika.Takpela, saya harap-harap dapat walaupun tak nampak bayang di celah mana.Perjuangan saya menuntut ilmu ni bukan setakat menuntut pergorbanan masa dan juga tenaga.Wang juga.I'm 100% self-sponsered.Teringin.Tapi kena bersabar.Mungkin lepas 2 tahun selepas beriberi hitam bertukar warna kepada warna - warna pelangi kot baru dapat.Owh, henfon.Khidmat kau masih di perlukan dalam tempoh 2 tahun yang genting ini.


Luahan rasa cap Adabi dah habis kot.Saya dah mula di serang virus kemengantukan.Dah pukul 1.Esok konfem saya tak bangun ikut jadual selalu.Saya rindu nak update blog tiap hari.Macam dulu.Tapi sekarang, e-learning USM tu macam lagi membuat godaan melampau dari blogspot ni.Jadi, anda harus paham kenapa saya sudah jarang sekali berapa di dunia social network ni.Eh, saya ada.Tapi wujud sebagai nazir sahaja.Boleh kan?

Sekian.Bersurai.Dan Titik.


Comments

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar