Saturday, July 10, 2010

Proses Pengembangan


Sumber Asli : Google.
Gambar : Suri di kala bayi.

"Abang Tom, napa bikin hati cair ni?Knight and Day tak tengok lagi....".


Sedar tak sedar, sudah hampir dua tahun jagung saya jadi cikgu pot pet pot pet membebel depan kelas dan saya semakin hari semakin rasakan...............

  • Lebih cantik.Haha.Syook Sendiri.Adatlah.
Dush....^#@%#^
Versi Serius.Muka garang bermuncung ke depan.*Sengal*

  • dah hafal syllabus sikit dalam Buku Teks Mathematics.Patutla kalau cikgu yang berpuluh tahun mengajar dia siap boleh hafal ayat beserta muka surat dan tafsiran lengkap di buku teks.Dulu saya siap kagum dekat cikgu Geografi saya.Cikgu Syed Noh.Pergi kelas, buku teks pun tak bawa.Peta siap boleh lukis slumber.Aku 10 tahun akan datang macam tu jugak kot.Kalau 10 tahun ngajar math lagi la.Math bukan bidang saya.Saya majoring in Physics.Biasalah kalau pergi sekolah, nak dapat subjek sendiri cukup la punya payah.Dapat mengajar Math sepenuhnya ni pun dah kira syukur dari ajar Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan Negara Jamaica.Ok, sila bungkus beg kau sekarang Anis.Buang negara!!ke Jamaica!
  • dah paham strategi pengajaran berkesan.Ewah.Selama ni belajar 4 tahun terasa memahami tapi kenapa sekarang baru nak mengaku paham.Benarlah kata orang dan aku pun kata benda yang sama.Teori dan praktikal adalah dua perkara yang sangat berbeza.Setiap pelajar dilahirkan berbeza.Pendekatan juga kena berbeza.Bukan semua pelajar yang teruja bila kau buat lakonan tak rasmi depan kelas.Set induksi.Mungkin perlu, mungkin tidak.
  • dah boleh nak tackle soalan di mana.Soalan lazim selalu keluar.Macam dah boleh kaji dekat mana.Dulu, bila buat soalan adalah main hentam suka hati aku ja.Tapi bila dah taw bentuk soalan kegemaran ramai, macam dah boleh berstrategi sikit nak buat soalan.Soalan saya buat susah.Tak penah senang.Aku dah selalu pesan dekat student awal-awal.Soalan aku bertahap U.Memang melampau.Cis.Ini tipu.Bertaraf PMR ja.Standard la kan.Saja bagi gempak.Suruh diaorang baca buku secara tamak.Lepas tu student aku awal-awal dah cuak.Hahaha.
Adatlah.Ini semua ciri teori perkembangan.Kalau setiap tahun anda tak mengembang tapi mengempis, itu tanda abnormal.Jadi cacat dan pelik.Semoga menjadi saya berkembang berterusan.Untuk semua benda kecuali body!Habislah cita cita nak ramping yang kerempeng.Haha.( Acah je )

Sekian.



No comments:

REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI