Wednesday, July 7, 2010

Pelayaran Saya Baru Bermula

Sekarang secara rasmi saya bergelar pelajar bernombor pendaftaran SPM0018/10.Saya tengok nombor itu macam aneh.Ada huruf yang banyak.Siap berpalang dan bernombor.Memang aneh!Dulu , nombor pendaftaran saya senang saja A 99366.Senang kan.Sampai sekarang saya ingat.

Saya pergi mendaftar di waktu pagi.Time orang semua sibuk ke tempat kerja, saya pun join the club sama untuk menyibukkan diri di jalan raya.Tapi Alhamdulillah traffic di Jambatan Pulau Pinang hari ni macam buat red carpet untuk saya.Tak jem la pulak!Selalu saya dengar dalam radio Hit.Fm berfrekuensi 93.6 ,di atas jambatanlah yang selalu bikin jem tat nenas pagi-pagi.Senang kerja hari ni.

Saya pergi mendaftar bersama ayah.Saya nak pergi sendiri.Tapi ayah offer diri nak jadi driver peribadi sebab harini ayah tak kerja, negara kePulauan Pinang cuti.Ayah memang kadang-kadang suka buat saya terasa gadis 25 tahun adalah muda dan kecil seperti bayi.

Saya sampai awal.Pendaftaran mula pukul 8.30 pagi.Pukul 8 pagi saya sudah ada di IPS.Ini memang semangat waja sampai boleh pacak bendera.Haha.Untuk rekod setahun, ni boleh masuk list keajaiban dengan masa.Selalu saya asyik lewat ja.Kalau awal , itu pelik.Ayah awal, saya tak pelik.Sebab tu dah lumrah.Ayah memang suka awal.Anak memang suka lambat.Bapa borek anak tak rintik.

Masa sampai tak ramai lagi orang.Saya tengok semua yang datang daftar, semua macam boleh di panggil kakak-kakak dan abang-abang saja.Yang adik manis, boleh panggil saya.KahKahKah.*Terkasima*.Mungkin sebab saya datang awal kot, yang adik manis belum sampai lagi.

Saya mendaftar tak lama.Dari pukul 8.35 kaunter pendaftaran di buka, pukul 9 saya dah setel semua.Siap ambil gambar untuk Smart Card lagi.Harap cun gambar aku.Baru syiok untuk di tayang.Haha.

Tadi saya ada dapat seorang kawan baru.Nama dia Faz.Sempat juga saya berkenalan dalam kekelam kabutan untuk mendaftar.Tapi lupa pulak nak suruh dia add FB saya.Sempat ambil nombor telefon ja.Tak apalah kawan baru, kita add next time.Tapi Faz bukan se'kos' dengan saya.Dengan ambil Master In Business.Buat full time pulak tu.Tak kesah lah.Kawan harus beribu.Untuk rakan sekosmetik saya, saya tak jumpa lagi.Mungkin esok atau lusa.Harap jumpa.Tak best la kalau nak terkontang kanting bersendirian di bumi orang.

Esok, saya ada Academic Briefing sehari.Siap ada taklimat tentang library.Library?Library itu apa?Haha.Dah lama tak pergi.Rasa aneh pulak nak masuk tempat-tempat macam ni.

"Pelayaran saya baru saja bermula.Keadan lautan samada tenang ataupun bergelora, saya harus sentiasa bersedia, asalkan saya selamat sampai ke destinasi.Saya sekarang adalah Jack Sparrow yang sedang mencari harta!"





6 comments:

queenlyana said...

nombor aku 805750 hehehe. Selamat berjuang untuk kita beb. Kesemangatan okey..!

obet said...

anis..gud luck..blaja kali ni lagi banyak cabaran yg ko akan dapat tau...kdg2 xterjankau dek akal hahahha..masa ni kawan dan keluarga sgt diharapkan..tp aku tau ko pasti boleh..yeayy caiyyookkkk...

cheche said...

ko cikgu yg jd student balik erk..bgs3s

LUVLYDIYANA said...

lyana :
tak ada huruf pun!ok..jangan putus asa!be strong taw!

LUVLYDIYANA said...

obet :
thanks obet... :)

LUVLYDIYANA said...

yaser :
meneruskan perjuangan..eceh.

REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI