Sunday, July 18, 2010

Emosi Guru


"Lelaki itu akal nya sembilan, nafsu nya satu,
Perempuan itu akalnya satu , nafsunya sembilan"

Perempuan : Tindakan di pengaruhi emosi.

Kisah Benar

Kejadian berlaku di hari Khamis.Saya dah setengah jam mengajar.Lepas tu barulah datang 5 orang students ni nak masuk kelas.Untuk separuh masa pertama, memang ponteng lah kan!

Memang saya hangat.Hangat sebab kelas tu panas.Cuaca pulak memang bermusim panas.Kalau panggil ramai-ramai Irish sana datang ke kelas saya.Memang pakat-pakat berseparuh bogel agaknya.Students saya?Konfem la suka.Cikgu muda depan kelas pun tak pandang dah.

Haishhh.Apa yang saya mengarut kerut ni.Berbalik pada cerita asal.

Biasala kalau dah lambat, saya tak terus bagi masuk.Kena soal selidik sikit sebelum masuk kelas.Macam polis.Sebagai tanda saya prihatin.Budak ponteng memang saya tak bagi.

"Ni kenapa lambat?Pergi mana tadi?"

Cuma bezanya, saya tak amik ic.Pastu, keluarkan saman.Kalau tak, dah banyak dah saman budak-budak ni kena bayar.Maw beriban riban!Tiap hari kerja pergi sekolah, ponteng ja.Port terbaik, dekat tandas.

Bila saya tak marah.Hanya berniat untuk menyoal siasat, then dari 5 orang, ada sorang yang menjawab

"Kami pun tak hingin nak masuk kelas cikgu"

Saya memang tengah hangat.Bila student X tu semburkan kata kata yang menghiris hati benak jiwa kalbu, saya yang sedang berada di dalam keadaan kehangatan, senang pengaruhi emosi.Dari adegan soal selidik, terus saya naik geram.Saya tak bagi student X masuk kelas.Sebab dia tak nak.Saya tak bagi.

Pengajaran cerita
Saya memang geram.Student X tu pun, bukan sekali dua mengecam saya secara kejam macam tu.Saya memang geram.Di waktu itu.

Tapi , naluri keguruan saya masih ada.Lepas dah tak bagi student X tu masuk dan student X tu dah pergi merayau kemana, saya naik risau pulak.Kalau jadi apa2 pada student tu, memang salah saya kan.Dah la saya dah menidakkan hak budak tu untuk masuk kelas walaupun dia kata tak nak.Tapi saya tau, dia nak.Sebab lepas tu dia terjengok jengok nak masuk kelas.Sayan nampak.Tindakan luar kawal di pengaruhi emosi.Last last aku yang tak terkawal.Habis PnP untuk setengah jam yang mendatang terganggu!

Hari Selasa nanti akan ada Matematik di kelas yang sama.Saya akan bagi dia masuk kelas.Tapi saya nak tanya dekat dia betul-betul.

"Kamu ni nak belajar kat kelas cikgu tak?"

Alternatif lain?Ada?Tanpa suruh budak tu keluar kelas.Saya tak suka cara saya denda macam tu.Saya dah tersilap percaturan.Dia berhak untuk belajar walaupun tak pernah dengar apa yang saya ajar, tak pernah bawa buku teks, tak pernah nak tulis selagi saya tak membebel.

Ucapan Penutup
Jadi cikgu kau ingat senang?




7 comments:

Azwandy Bin Muhamad said...

Salam...

Kesian cikgu anis...
Kalau sy kat tempat cikgu anis, siap la bdk tu kne ceramah dgn sy...

Ape2 pon tugas cikgu mmg bukan senang... Sape2 yg ckp jd cikgu tu senang, korg try la jd cikgu...Hehe...

yonna said...

sebab tu aku selalu kagum dengan orang yang jadi cikgu ni. kau kena tahan emosi dan mental kuat2. macam kes ko ni, pergh kalau aku pun tak sabar weh. silap2 aku rasa aku lempang budak tu dengan buku. aihh. but still cikgu2 yang kena fikir perasaan student. tp student?

ASaDa RyutaRo said...

hoOo.. rasanya kalu tanya dia lagi sekali "nak masuk kelas saya ni tak?" dengan lembut.. n teruskan dgn bagi pilihan.. "kalu tak nak masuk, awak boleh berdiri di luar.. bukan merayau."

err.. ni cadangan je, bukan arahan.. hahaha..

sangat susah bila ada student bermasalah. isk!

LUVLYDIYANA said...

wandy :
cabaran donia perguruan.Eh, hari ni ada kuar paper, guru2 yang asal sarawak n sabah mmg akan di tempatkan di negeri sendiri kan.ok la!

LUVLYDIYANA said...

yonna :
student tak penah pk.tapi aku selalu pk, apa yang aku buat, aku nak benda yang baik jugak suatu hari nanti cikgu anak2 aku buat kat anak2 aku.

[ tengok, belum kawin dah berangan.haip! ]

LUVLYDIYANA said...

asada :
tula, hari tu teremosi sgt.sampai lupa nak suruh dia duduk luar ja jangan merayau

Azwandy Bin Muhamad said...

yup... Dah lama dah nak buat mcm tu... Hehe...

PHD IS A LONELY JOURNEY