Entry Raya Advance

Sekarang, orang macam semua dah sibuk-sibuk pergi tempah baju raya kan.Saya tak tempah pun lagi.Memang takde perasaan terhadap baju raya.Baju saya yang 2 almari tu pun dah muak nak tengok dah.Seriusly, memang tak berperasaan terhadap baju raya.Tapi yang pasti, last-last saya taw mesti ada jugak.Tak payah risau lah sangat.Yang penting, saya nak handbag dan kasut raya.Haha.

Impian raya tahun ni,nak buat biskut ni.Sungguh!Ni impian tahun lepas yang tak jadi.Baki kita bawa ke hadapan.Tahun lepas dah beria segala bagai beli barang, last-last baru saya perasan, kat rumah mana ada acu biskut ni.Sebab apa maw buat biskut ni?Sebab paling senang nak buatlah.Dah la di taburi coklat yang menggiurkan.Konfem saya ja yang makan.Mak cakap, tak payah tunggu raya nak buat biskut.Buat sekarang pun habis.


Tapi kalau raya,biskut kegemaran biskut ni.Tat Nenas.Meleleh babe!Tapi kalau buat biskut ni, part buat jem tu malas nak buat.Kekangan masa.Eceh.Tapi sekarang kan zaman instant, jem nenas pun dah ada jual siap.Tapi saya kadang-kadang banyak songeh nak beli jem tu sebab tak semua kadang-kadang menepati selera.Sebab tu last-last buat sendiri jugakjem nenas kalau nak buat tat nenas.SAYA SUKA TAT NENAS!


Ini biskut kelapa.Jangan tak percaya.Dulu saya pernah buat biskut ni dan berniaga!Tapi pelanggan saya seorang ja.Jual pulak secara murah.Haha.Sebenarnya bukan niat nak berniaga pun.Saya buat biskut ni secara suka-suka.Lepas tu adik saya Fatin siap bungkus bagi dekat kawan dia.Lepas tu mak kawan dia mintak order pulak.Haihh.Selangkah ke arena bisnes nih!


Tapi biskut ni, memang sedap la.Dan wangi!Makan biskut pun bau cocunut bodyshop.Haha.

Urm,sedap nya tengok biskut raya.Tetiba teringin!

Comments

Liz said…
aku nak kuih sarang semut! kat mane nak dpt..tak ramai org reti buat T__T
LUVLYDIYANA said…
aku rasa dalam list order kuih raya kat sekolah aku pun takdak kuih sarang semut.sarang tabuan tamaw?hehe

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar