Monday, July 5, 2010

Akhirnya Kini Pasti.....

~ Pernah memakai : 2 tahun yang lalu~

Saya bakal mendaftar 7hb nanti.Saya pun tak berapa pasti dengan corak kehidupan apakah yang bakal saya hadapi di masa hadapan.Samada tertunggang langgang atau cool men saja.Yang sibuk tu macam dah pasti.Sekarang macam asyik nak bergoyang kaki.Kalau masih tak mengabaikan FB dan blog, kira tak sibuk lah lagi.Kan kan.

Sekali melangkah, mengundur jangan.Saya sedar keputusan yang saya buat nampak syiok di mata orang, tapi kemanisan dan kepayahan saya sorang ja yang bakal lalui.Saya sedar ini bukan kerja mudah yang saya pun tak pasti apakah kesenangan dan kepayahan yang saya bakal hadapi kelak.Segala keputusan yang saya buat ini, masih di bawah pengaruh sedar bukan di bawah pengaruh dadah.Apa yang pasti, saya tak henti mendoakan segala yang datang untuk saya adalah kesenangan melebihi kepayahan.Dan jika satu hari kepayahan yang datang adalah melebihi kesenangan, saya amat berharap saya dapat bersabar dan bertabah dalam menempuh segala kepayahan.Kadang kadang saya cuak dalam excited jugak ni.Ameeen Ya Rabbb!!!

Ramai suka tanya kepada saya, kenapa jalan ini yang saya pilih.Kenapa tidak pergi mendaftar diri saja ke agensi mencari jodoh.Waka Waka Eh Eh.Soalan cepumas di usia jubli perak.Jodoh itu suatu yang pasti.Bukankah sudah tercatat di Loh Mahfuz suatu nama untuk saya nanti.Cuma saya tak tahu bila dan siapa.Itu semua rahsia tuhan yang saya akan redha dengan ketentuanNya nanti.Jodoh adalah suatu tanggungjawab bukan sekadar untuk pelengkap.Jadi, tiada sebab untuk saya risau tentang jodoh walaupun kadang-kadang risau jugak sikit-sikit takut terkawen lambat sebab itu bukan impian!.Waaaaa........

Cuma impian saya, untuk bergraduasi bersama cik somi.Mesti suwitkan.Wallaweh register pun belum dah berangan chenta!

Sekarang dah boleh tidur dengan nyaman.Kadang-kadang, bila ada satu perasaan terbuku di hati , bila di luah rasa lega umpama kentut.Ok, contoh kurang sopan.Tapi itu normal lah.Tabii normal seorang manusia.Kalau tak buat, kau mungkin mawas.Tapi mawas kentut ke tak?Fakta yang saya tidak ketahui.Ada info kita boleh share di sini.Tentang mawas saja bukan pengawas.

Akhirnya kini hampir pasti.Untuk sebuah impian yang saya dah lama pendam dah.Doakan saya berjaya berperang sampai ke penghujungnya!Jika saya goyah, jadilah mensupport saya yang setia.Kerana itulah ciri-ciri kawan bukan lawan kan?









No comments:

REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI