Posts

Showing posts from July, 2010

Test PowerRoot!

Image
Hohoho.Ni gambar 11 tahun yang lampau.Dulu aku rasa semua budak asrama, hobi nya kerja tidur ja.Asal cikgu takda , tidur.Asal cikgu lewat 10 minit ja tidur.Macam kena dadah.Ini gambar 11 tahun yang lampau.Kat kelas aku.Kat sekolah aku.1 Al-Bukhari.Sedap gila nama kelas.Tiada warna-warna pelangi.
Gambar ni antara gambar memori dalam simpanan.Semua budak laki kelas aku pengsan time ni.Aku rasa sampai ke sudah kot diaorang tak tau aku senyap-senyap pegi tangkap gambar diaorang time tido nih.Hohoho.Ni aku buat pendedahan.Siapa-siapa kelas 1 Al-Bukhari time ni.Sila-sila lah buat pengakuan.

Ni gambar testing.Testing scan kat printer baru.Aku beli semalam.Selalu aku guna printer sekolah ja.Sebab semua kerja aku semua nya hal-hal sekolah.Hak kerajaan kena manfaatkan.Tapi bila dah mula belajar ni, jangan lah lupa diri.Kena la beli printer ganti printer HP yang aku rasa tak syiok nak pakai tu.Catridge mahal nak mampuih!
Aku beli printer time pagi.Tapi bila time petang aku datang sekolah, aku r…

Aku Kah Yang Tertipu?

Image
Tadi saya pergi tengok pelajar buat latihan silat.Saya guru silat.Tapi saya tak ajar silat.Bertindak sebagai pemerhati.Sebab saya dulu belajar Silat Gayung Fatani.Kat sekolah saya Silat Lintau.Asas dah lain.Saya tak reti.Tapi tiap minggu tengok students berlatih,macam teringin jugak nak belajar Silat Lintau.Tapi tersegan segan.Saya kan pemalu.Hahaha.

Dua hari sebelum ni, ada seorang students saya, texting mintak tolong top up.Dalam hati saya wonder juga, 'pehal dia ni mintak top up kat aku?' .Tapi saya malas nak pikir negatif sangat sebab student tu nampak macam terdesak, saya just pikir, mebi dia urgent ni.Tapi saya tak dapat nak tolong top upkan pun sebab hari tu hari Rabu.Saya kan sepanjang hari sampai ke malam didalam kuliah.Mana nak cari top up.Just dapat baca jela mesej terdesak dia.Sampai dia mesej saya cakap..'Cikgu, malam-malam 7e bukak kot'..Hamboih!Student aku!Mana pergi mak bapak dia kalau terdesak sangat tengah malam?Tapi saya tak top up kan pun sebab kan…

Entry Raya Advance

Image
Sekarang, orang macam semua dah sibuk-sibuk pergi tempah baju raya kan.Saya tak tempah pun lagi.Memang takde perasaan terhadap baju raya.Baju saya yang 2 almari tu pun dah muak nak tengok dah.Seriusly, memang tak berperasaan terhadap baju raya.Tapi yang pasti, last-last saya taw mesti ada jugak.Tak payah risau lah sangat.Yang penting, saya nak handbag dan kasut raya.Haha.
Impian raya tahun ni,nak buat biskut ni.Sungguh!Ni impian tahun lepas yang tak jadi.Baki kita bawa ke hadapan.Tahun lepas dah beria segala bagai beli barang, last-last baru saya perasan, kat rumah mana ada acu biskut ni.Sebab apa maw buat biskut ni?Sebab paling senang nak buatlah.Dah la di taburi coklat yang menggiurkan.Konfem saya ja yang makan.Mak cakap, tak payah tunggu raya nak buat biskut.Buat sekarang pun habis.

Tapi kalau raya,biskut kegemaran biskut ni.Tat Nenas.Meleleh babe!Tapi kalau buat biskut ni, part buat jem tu malas nak buat.Kekangan masa.Eceh.Tapi sekarang kan zaman instant, jem nenas pun dah ada ju…

Rewang Bukan Rawang

Image
~tell me what you want to hear, something that were like those years, i'm sick of all insincere, i'm gonna give all my secrets away.....[ secret : aku dah ulang2 lagu ni dekat 10 kali kot malam ni ]~
Hullahop.Macam dah lama tak menulis.Tangan saya kejang.Menggedik.Sejak dalam kuliah tadi rasa macam ni.Kebas semacam.Mungkin tak tahan air con di tahap membunuh.Ces, habislah impian nak duduk di bawah salji sambil berlari lari kutip salji yang jatuh.Kesejukan aircon tak sampai paras beku pun dah tak tahan.*Ok, aku berangan.Tapi part kutip salji tu aku teringin nak buat.Sejak tengok cerita My Girl sumpah punya best!!*

Hari Rabu adalah hari kesengsaraan dalam seminggu.Setakat ini masih boleh bertahan.Paling teruk pun kalau dah penat, saya susah nak tidur.Macam ni.Saya terasa pelik dengan sistem badan saya.Lagi makin penat, lagi tak boleh tidur.Saya bekerja dari pukul 10 pagi sebab ada kokurikulum kat sekolah.Kelas direct tanpa henti dari 12.30 sampai pukul 3.Pukul 3.45 saya dah kena…

Adakah Anda Tahu?

Kita di ajar dalam buku Biologi ( terbitan Kafir ) bahawa sumber vitamin B yang baik datangnya dari hati ayam dan hati haiwan-haiwan yang lain, tetapi Nabi SAW tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman haiwan.Hati ayam dapat melembabkan otak kerana hati merupakan organ dimana semua toksin akan di kumpulkan da di neutralkan.Oleh itu kepekatan toksin adalah tinggi di dalam hati.Kita sibuk di maklumkan bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan.Namun sebenarnya kopi adalah kegemaran Nabi SAW selain susu dan madu.Cuba tengok Yahudi dan orang-orang barat, mereka minum kopi sejak dahulu lagi. Dan sehingga kini, para profesor di universiti barat semua ada segelas kopi di tangan mereka.Kita di beritahu bahawa daging kambing tinggi kolestrol.Tetapi kambing sebenarnya adalah makanan Nabi SAW. Buku-buku sains ini seolah - olah cuba merendahkan gaya pemakanan Nabi kita. Sebenarnya, daging kambing adalah daging yang paling kurang kandungan kolestrol Kita di kaburi gaya dengan gaya hidup McDonalds yan…

Terima Kasih

Selama 3 minggu pembelajaran, sekalung terima kasih buat yang terlibat....

Terima kasih buat mak, ayah dan family yang tak henti bagi support moral.Ketika saya down.Ketika saya rasa tak pasti, ketika saya rasa tak yakin.Saya kuat kerana adanya family yang kuat!I Love My Family!Terima kasih kepada pentadbir, pengetua lama, Hajah zariah, Pn Hajah Noraini, Puan Kalsom yang bagi kerjasama besar.Sanggup bagi kebenaran untuk saya sambung belajar.Ada saya dengar cerita, ada juga orang yang tak dapat sambung belajar buat part time sebab tak dapat kelulusan dari pentadbir.Saya syukur pentadbir saya bagi.Alhamdulillah. Terima kasih buat Puan Tan yang sanggup bersusah payah edit dan rombak balik semua jadual cikgu sesi petang demi saya tanpa banyak merungut.Phew!Lega!Saya pun terisau jugak.Rombak jadual melibatkan banyak cikgu.Risau ada yang terganggu.Tapi jadual saya memang kena rombak jugak nak tak nak pun sebab saya hanya ada di sekolah sampai pukul 3 waktu hari saya pergi belajar. Terima kasih …

Ringkasan Kehidupan

Image
KISAH 1
Saya ke pasar malam selepas sekolah.Dengan niat nak beli cendol.Sebab saya memang suka cendol.Berkaler hijau berkrim tinggi.Suka!
Lepas beli cendol.Saya baliklah.Nak beli ayam percik kegemaran, macam tak berselera pulak hari ni.Then, saya terserempak dengan seorang cikgu sekolah rendah,Kak Ida, tempat saya pernah jadi Guru Ganti dua tahun lampau.
Saya tengur dia.Kak Ida tanya.
"Nak beli apa?"
Saya jawab.
"Nak beli cendol ja.Teringin.Sebab tu singgah"
Kak Ida buat muka pelik.Dengan penuh kesangsian tanya.
"Dah kawin ka?"
Huh.Dah sah sangka saya tengah ngidam
"Eh, tak kak!Saya single lagi.Ni beli sebab suka!"
KISAH 2
Pagi tadi ada Majlis Perpisahan seorang cikgu di sekolah saya.Cikgu Wanda.Bukan nama sebenar.Nama glamer.Ewah.Guru Cemerlang yang memang patut di kagumi.Siap tersedu sedan time majlis.
Time Wanda bagi ucapan, Wanda siap nyanyi
"Tiada Kata Secantik Bahasa, Untuk Ku Puji Adinda. Tiada Gambar Secantik Lukisan, Nak Ku Tunjuk Perasaan…

Emosi Guru

Image
"Lelaki itu akal nya sembilan, nafsu nya satu, Perempuan itu akalnya satu , nafsunya sembilan"
Perempuan : Tindakan di pengaruhi emosi.
Kisah Benar
Kejadian berlaku di hari Khamis.Saya dah setengah jam mengajar.Lepas tu barulah datang 5 orang students ni nak masuk kelas.Untuk separuh masa pertama, memang ponteng lah kan!
Memang saya hangat.Hangat sebab kelas tu panas.Cuaca pulak memang bermusim panas.Kalau panggil ramai-ramai Irish sana datang ke kelas saya.Memang pakat-pakat berseparuh bogel agaknya.Students saya?Konfem la suka.Cikgu muda depan kelas pun tak pandang dah.
Haishhh.Apa yang saya mengarut kerut ni.Berbalik pada cerita asal.
Biasala kalau dah lambat, saya tak terus bagi masuk.Kena soal selidik sikit sebelum masuk kelas.Macam polis.Sebagai tanda saya prihatin.Budak ponteng memang saya tak bagi.
"Ni kenapa lambat?Pergi mana tadi?"
Cuma bezanya, saya tak amik ic.Pastu, keluarkan saman.Kalau tak, dah banyak dah saman budak-budak ni kena bayar.Maw beriban riba…

Traffic Kehidupan

Saya dah berjaya melalui satu fasa kehidupan yang baru selama seminggu!Hep hep yahoo!

Kehidupan selama seminggu adalah tak tentu arah.Sayalah tak tentu arah nak biasakan dengan kehidupan baru.Kehidupan masih berjalan seperti biasa.Jangan ingat menjadi pelajar tu mudah.Tapi, ianya satu pengalaman indah.Sangat indah!
Kau takkan dapat tengok, betapa semangat nya golongan aunty-aunty pergi belajar.Kau takkan dapat rasa betapa umur tu bukan jadi penghalang untuk buat apa-apa.Kau takkan dapat tengok, betapa berusaha kerasnya golongan aunty-aunty ni untuk belajar walaupun dah berpuluh tahun tinggal kelas dah saya rasa faktor ke'jem'an otak pun memang ada.Sedang kan saya yang dah 2 tahun tinggal kuliah ni pun dah mula berkarat dah.Tapi dioarang semangat.Aktif dalam kelas.Datang kuliah pun awal.Buat saya bila pergi kuliah, pun jadi semangat!
Itu yang saya kagum.Semangat golongan tua untuk belajar.Tabik ah!Kita yang muda pun kena semangat lah!
Belajar part time memang penat.Tapi ini bua…

Terkini

Image
Benci Bilang Cinta : Setiap Selasa - Khamis [ 6.30 - 7.30 petang ] Ulangan pun ada!Hari Ahad start pukul 4.
Dimas dan Winda comel hokeh! Sesuai lah kan.Tapi , kawan saya bilang, cerita ni sampai 200 lebih episod dia.Entah larat ke tidak saya nak tunggu sampai ke penghujung.Cerita indon kalau dah terlalu panjang, tak lama lagi akan tersasul di akhir rancangan.

Samarinda : Laila Asyikin : Selasa - Khamis [ 10.30 - 11.00 malam ]
Fahrin bukan hero.Tapi ada pelakon baru, nama sebenar tak di ketahui.Tapi nama di dalam rancangan Mikhail.Tak suka!Muka baik sangat.Tak sesuai di buat lelaki yang kahwin 2.Kalau muka Fahrin kahwin 2, aku percaya.Boleh lah amik pengajaran cerita, lelaki baik pun boleh kawin 2.Sighhhhhh!Dasar lelaki!!

Dear Teachers { Intake 11/2008 }

Image
Kawan-kawan di Perak,
Induksi kita lambat lagi.Bersabarlah.Sekarang baru habis untuk Kumpulan 1.Kumpulan 2 pun belum lagi.Belum ada peruntukan untuk itu.Kumpulan 1 hanya untuk guru-guru ambilan dari Januari hingga Mac 2008.Yang kita posting bulan 11 ni, bersabar lah lagi.
Kawan-kawan di Perak, Yang tersenarai dalam kumpulan 2 pun, induksi anda pun masih belum tentu bila.Saya yang berada di kumpulan 4 ni, lagila tak nampak bayang nya.Setialah kita kepada perkhidmatan demi negara dan anak bangsa.Ayat patriotisme.Memang!
Kawan-kawan di Perak, Tempoh percubaan kita bagi ambilan November 2008 adalah sehingga Ogos 2011.Tak lama dah.Sila ambil perhatian mengenai perkhidmatan.Jika ada yang mempunyai sedikit informasi, boleh la kita kongsi.
Kawan-kawan, Harap kita cepat di sahkan jawatan.Senang esok lusa cepat kita jadi pengetua yang muda.
Kawan-kawan, Yang posting di negeri lain apa cerita? Ada tak lagi sesiapa yang dah kena pergi induksi? BTN hanya perlu untuk PTK kan?Sila jawab kepada yang…

Kali Pertama

Image
Pengkuliahan hari ini adalah kuliah pertama setelah 2 tahun.Pheww....Gila dah terasa lama tak masuk bilik kuliah.Feel it again,and it's so fun!Terasa macam bukan pergi kuliah.Macam pergi tengok cerita Spongebob lepas tu kau gelak kuat kuat bila tengok Patrick dengan tiada perasaan berbogel di khalayak ramai.Patrick menyumbang kepada adegan menggelikan ulu hati.Memang benar.

Lecturer saya adalah sangat kelakar kah kah kah.Dr Hazri Jamil.Timbalan Dekan Program Pengurusan Siswazah.Dulu, dengar nama dekan saja dah rasa macam nak kecut perut.Hari ni, dengar nama dekan macam nak senak perut.Lecturer ni keja buat lawak ja.Sampai rasa tak puas kuliah 2 jam.Please please, extend lagi please.Biar berbaloi bayar duit tol!Sebab tu saya kata, pergi kuliah macam tengok cerita Spongebob.Tapi lecturer saya bukan seperti Spongebob yang bersegi tu.Patrick pun bukan.Squidward si pendengki itu apatah lagi.Lawak macam Spongebob, itu mungkin.Agagagagaga.
Semua kuliah saya di hadiri oleh cikgu-cikgu se…

Dasar Kemanusiaan

Image
I wish i can be @ PWTC
today!!
[ kalau rumah saya dekat, dah lama tempah tiket nak pegi! ]
Sebab saya teringin.... Nak mendengar sendiri pengalaman anak kapal Rachel Corrie dan Mavi Marmara.... Saya teringin.... Nak menghayati lagi perjuangan rakyat Palestin di sana Saya teringin.... Nak taw lagi lagi dan lagi lagi lagi lagi.tentang perangai terkutuk Israel Laknatullah.Diaorang sangat kejam.Memang aku geram! Kan best kalau saya boleh join sama!Mesti best kan!
Kita tak mampu nak buat apa.Tapi, kita boleh berdoa.Doa senjata kita.Kita boleh buat selalu.Allah akan tolong.Insha Allah.Palestin, tak dapat saya bayangkan betapa tabahnya umat Islam di sana.Kita?Dah hidup dalam nikmat Allah pun kita masih banyak lupa.
Eh, jangan lupa boikot!


Sekali anda beli, tak pernah terpikir kah nasib saudara kita?
Apalah ada pada jenama.Jika kita menjadi penyumbang kemusnahan kehidupan saudara kita.Tidak ada sedikit kah rasa prihatin di dada?
Renung renungkan!!



Proses Pengembangan

Image
Sumber Asli : Google. Gambar : Suri di kala bayi.
"Abang Tom, napa bikin hati cair ni?Knight and Day tak tengok lagi....".

Sedar tak sedar, sudah hampir dua tahun jagung saya jadi cikgu pot pet pot pet membebel depan kelas dan saya semakin hari semakin rasakan...............

Lebih cantik.Haha.Syook Sendiri.Adatlah. Dush....^#@%#^ Versi Serius.Muka garang bermuncung ke depan.*Sengal*
dah hafal syllabus sikit dalam Buku Teks Mathematics.Patutla kalau cikgu yang berpuluh tahun mengajar dia siap boleh hafal ayat beserta muka surat dan tafsiran lengkap di buku teks.Dulu saya siap kagum dekat cikgu Geografi saya.Cikgu Syed Noh.Pergi kelas, buku teks pun tak bawa.Peta siap boleh lukis slumber.Aku 10 tahun akan datang macam tu jugak kot.Kalau 10 tahun ngajar math lagi la.Math bukan bidang saya.Saya majoring in Physics.Biasalah kalau pergi sekolah, nak dapat subjek sendiri cukup la punya payah.Dapat mengajar Math sepenuhnya ni pun dah kira syukur dari ajar Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaa…

Selamat Sudah

Image
Hoyeaah hoyeaah.Dangdut sikit.Sekarang hati rasa lega.Saya dah selesai satu stage sebagai pelajar pra sarjana.Macam baru nak mula masuk tadika.Macam tulah.

Academic Briefing selama dua hari berakhir dengan gemilang tadi.Acara last siap nyanyi lagu USM beserta upacara angkat sumpah jadi pelajar yang tak selalu main FB, berfoya di blog, layan movies secara tamaknya.Nehi nehi nehi.Aktiviti kesosialan macam kena jadikan less and less.Maka dengan ini kita buat pengisytiharan secara tak rasmi.Selamat tinggal FB kesayangan.Esok lusa kita online lagi.Via mobile.Gila kempunan.
Saya dah settle dengan semua time table.Kelas 2 kali seminggu.Tusyen 2 kali seminggu.Jadi sekarang cuba kira ada berapa malam yang saya free dalam seminggu?Hanya 3 kan?Waka Waka Eh Eh.
Rakan sekuliah juga dah dapat tadi.Yang takjub,satu course dengan saya 25 orang sahaja.Yang saya sempat berkenalan, 6 orang ja.And i'm the youngest!Ok, sekarang dah boleh bersorak 25 tahun adalah muda.Sila percaya.Ini zaman kegemilang…

Pelayaran Saya Baru Bermula

Image
Sekarang secara rasmi saya bergelar pelajar bernombor pendaftaran SPM0018/10.Saya tengok nombor itu macam aneh.Ada huruf yang banyak.Siap berpalang dan bernombor.Memang aneh!Dulu , nombor pendaftaran saya senang saja A 99366.Senang kan.Sampai sekarang saya ingat.

Saya pergi mendaftar di waktu pagi.Time orang semua sibuk ke tempat kerja, saya pun join the club sama untuk menyibukkan diri di jalan raya.Tapi Alhamdulillah traffic di Jambatan Pulau Pinang hari ni macam buat red carpet untuk saya.Tak jem la pulak!Selalu saya dengar dalam radio Hit.Fm berfrekuensi 93.6 ,di atas jambatanlah yang selalu bikin jem tat nenas pagi-pagi.Senang kerja hari ni.
Saya pergi mendaftar bersama ayah.Saya nak pergi sendiri.Tapi ayah offer diri nak jadi driver peribadi sebab harini ayah tak kerja, negara kePulauan Pinang cuti.Ayah memang kadang-kadang suka buat saya terasa gadis 25 tahun adalah muda dan kecil seperti bayi.
Saya sampai awal.Pendaftaran mula pukul 8.30 pagi.Pukul 8 pagi saya sudah ada di I…

Perempuan Melayu Tradisional

Image
~Singer..menawan keluarga yang bahagia........~
Lagu intro cap Singer.
Saya ada satu keinginan.Belajar menjahit baju.Memang ini perasaan yang sudah lama di simpan di kalbu.Ewah.Memang bercirikan perempuan melayu tradisional saya sekarang.
Skill menjahit saya tak sampai lah tahap mengkagumkan sangat.Paling terbaik, jahit butang baju dan jahit silang pangkah.Tu pun belajar skill time ambil ERT dulu.Sekarang memang terasa teringin nak belajar jahit baju.Dapat belajar jahit baju kurung pun , saya dah rasa satu kebanggaan. Senang tiap bulan , saya tak payah dah pergi tempah baju.Save budget.Duit bertambah, baju bertambah.Ok, part duit bertambah saya paling suka.Everybody Loves Money.$$$$$.Bukan aku ja kan?.Duit banyak, beli baju. Duit banyak , beli baju.Duit banyak , beli baju.Eh, tu je ke kerja aku bila duit banyak?
Saya dah pernah pergi tanya ke kelas - kelas menjahit.Tapi kebanyakan kelas ada yang 3 bulan kelas, ada yang ikut masa tukang jahit.Mana saya ada masa!Kena mintak cuti 3 bulan …

Saya Memang Single Tapi Bukan Desperate

Image
~Sumber Gas Asli : Google [ jangan percaya ]~
Kawan biar beribu, berkasih biar satu.Itu peribahasa nenek moyang dah ajar.Saya pakai konsep ini.Mungkin cara saya tak sama dengan cara orang.Mungkin bila baca orang rasa saya perasan cun tapi hakikat manis tu ada.Kalau senarai dalam top 10 orang cun seMalaysia, memang aku takde dalam list langsung pun.Senarai top 10 peringkat kampung pun belum tentu berjaya kot melepasi peringkat saringan.Tapi aku tak heran pun pasal kecunan.Yang penting hati cun.Hati aku cun.Bebas dari norma norma hitam.Aku tak mudah dengki dekat orang yang ada baju baru ka, perfume baru ka, suami baru ka, boyfren baru ka walaupun aku tak ada , aku tak pernah rasa dengki.Itu dah buat aku rasa hati aku cun.Bebas dari sifat dengki mendengki sesama manusia.Berbunga bunga dan baik hati kadang-kadang.Aku rasa la.Kau tak rasa apa yang ku rasa.

Aku memang suka kawan dengan orang.Tak payah kira darjat.Aku bukan anak raja pun.Nama seri hanya aku tambah untuk publisiti.Esok lusa ak…

Akhirnya Kini Pasti.....

Image
~ Pernah memakai : 2 tahun yang lalu~
Saya bakal mendaftar 7hb nanti.Saya pun tak berapa pasti dengan corak kehidupan apakah yang bakal saya hadapi di masa hadapan.Samada tertunggang langgang atau cool men saja.Yang sibuk tu macam dah pasti.Sekarang macam asyik nak bergoyang kaki.Kalau masih tak mengabaikan FB dan blog, kira tak sibuk lah lagi.Kan kan.

Sekali melangkah, mengundur jangan.Saya sedar keputusan yang saya buat nampak syiok di mata orang, tapi kemanisan dan kepayahan saya sorang ja yang bakal lalui.Saya sedar ini bukan kerja mudah yang saya pun tak pasti apakah kesenangan dan kepayahan yang saya bakal hadapi kelak.Segala keputusan yang saya buat ini, masih di bawah pengaruh sedar bukan di bawah pengaruh dadah.Apa yang pasti, saya tak henti mendoakan segala yang datang untuk saya adalah kesenangan melebihi kepayahan.Dan jika satu hari kepayahan yang datang adalah melebihi kesenangan, saya amat berharap saya dapat bersabar dan bertabah dalam menempuh segala kepayahan.Kadang ka…

Checklist Pelajar Baru USM

Medical Check Up - Dah buatYuran - Dah bayar! RM 2160.Saya ingat USM yang termahal.Rupanya yuran UUM lagi mahal menjerat!Bertabahlah Lyana di UUM!Dokumen yang perlu bawa - dah susun!Cuti - Dah apply tapi tak hantar lagi dekat Penolong Kanan.Buat pagi ni okeh!Saya apply cuti satu hari ja.8hb.Sekarang terasa nak apply cuti 2 hari.Tapi bila terover cuti ni mula nak terbayang muka students yang melompat di kelas bergembira bila saya takde.Kalau bagi kerja pun, haram la nak buat.Huh.Tak boleh jadi!Hati - excited bersulam debaran!Dup Dab Dup Dab.Overall ......
I'M READY!!!

Gemuruh jiwa semangat membara Dari puncak ingin ke angkasa Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Malaysia Oh Malaysia

Image
Petang tadi saya, Niza , Kak Bani dan Kak Miza ke Matta Fair 2010 di PISA dan ianya sungguh mentensionkan.Bagaikan melihat kekalahan Argentina di tangan Jerman.Sungguh mencabar keutuhan hati.
Kami pergi membawa niat untuk bercuti di hujung tahun.Bergembira bersama rakan selagi bergelar gadis.Ini pertama kali saya datang ke Matta Fair di PISA.Ingat best, cantik , menarik tertarik kau memang da booom.Tapi.......
TAK BEST!!
Kami bagaikan alien di tempat sendiri.Macam kami adalah pelancong yang sesat di China dan berusaha cari tiket pulang.Sekarang paham tak?Semua yang datang tu 90% adalah Cina.Brochure pun semua tulis bahasa Cina majoritinya.Macam mana nak paham.Booth-booth majoriti Cina.Yang tukang jaga booth pun Cina.Grrr.....
Saya bukan racist.Tapi kalau dah macam ni, siapa tahan wehh!.Seluas luas Matta Fair tu, ada la saya nampak 3 group Melayu je kot yang datang serbu.2 group yang datang bercouple.Yang lagi 1, datang sefamily bawa anak.Sebab pakai tudung.Saya perasan la.Kalau yang M…

My World Cup Team Is Over

Image
Bye Bye BRAZIL
Waka Kaka Eh Eh ..........
Sekarang boleh tampal muka Kaka di sini. Esok lusa bukan boleh tengok lagi
'Lelaki Cute, Untuk Di tonton, Bukan Di Miliki'.......