Yang Pertama Kali

Ini ceritera cuti sekolah hari tu.Baru nak tulis.Kisah ini panjang.Sila bertenang dan tarik nafas sebelum menulis.Pesanan untuk aku la tu.Haha.

Yang Pertama Kali : Jumpa Blogger yang manis
Ini kenangan manis yang boleh di catat dalam buku biodata diri.Pertemuan bersama blogger, Lyana dan Yonna.Sebelum ni hanya berkicauan di dunia twitter saja.FB membuatkan hubungan menjadi bertambah mesra.Ewah.Untuk pertemuan pertama memanglah saya berdebar dan termalu malu macam nak menyorok dalam baju.Dulu, saya adalah follower kepada blog diaorang yang best , menarik , tertarik kau memang daboom.Dan sekarang macam tak sangka dari follower boleh jadi kawan blogger yang best.Memang diaorang best dan mesra Bob AF.See?Dari blog pun kita boleh bersilaturrahim kan?Memang blog banyak kegunaan.Eh.Macam buah seribu guna ja saya dengar!


Luvlydiyana n LuvlyYonna....Ini bukan model Lovely Lace.


LuvlyLyana.....yang cintakan sandals...

Mid Valley menjadi saksi pertemuan.Eh.Tak Tak.Mc D di KL Sentral yang jadi saksi pertemuan.Mid Valley tu tempat membeli selipar Lyana.Aha!Kasihan diaorang tunggu saya lama kot sebelum nak sampai ke KL Sentral tu.Komuter punya hal la ni.Grr.Grrr.

Sepanjang pertemuan adalah menghiburkan.Sampai preview untuk filem LBS pun menjadi isu ungkitan.Tapi hari tu saya tak boleh nak memperkatakan tentang Farid Kamil secara banyak sebab saya tak tengok lagi.Tapi bila dah tengok, memang betulla LBS tu tak best.Tak rugi pun kalau tak tengok.Tapi rugi bila tengok.T_____T

Kami adalah suka makan dan kuat sembang dan extra untuk Lyana n Yonna : kuat mengambil gambar.Best!Suka tengok Lyana dengan skill kamera besaq dia.Siap boleh buka kelas tutorial kejap dekat Yonna.Saya?Hanya menjadi objek untuk ditangkap.Itu memang kesukaan saya pun dari menangkap gambar.

Kenangan sebelum berpisah.Kami menangkap gambar - gambar artis belian.Excited bertiga macam tak kesah dengan orang dah.Sekarang, bila tulis tengah terasa rindu dan harap dapat berjumpa lagi.Kali ni wish saya harap-harap ada dengan Liz sekali.Kan?



Artis belian yang menjadi pujaan.....
~Nikko, Dayang Nur Faezah , Rosnah Mat Aris~
Untuk Rosnah, engkau juga berhak glamour.Agagagaga :p

Yang Pertama Kali : Naik Bas
Di tahun 2010.Eh, lebih tepat.Selepas ada kereta kot.Entah di masa bila saya naik bas, saya pun dah lupa.Selalunya, saya pergi naik kereta ja.Tapi untuk kali ni,saya malas sebab Zai dah pergi dulu.Takde kawan saya nak drive.Drive sorang sorang adalah mengantuk hokeh!Eh, naik bas adalah tidak terlalu pelik.Tapi, kejadian berkaitan naik bas adalah kejadian pelik yang saya hadapi.Dahla kali ni tak turun di Puduraya, lagila saya macam terpelik pelik di Bukit Jalil hari tu.Ntah hapa hapa lah plan saya kali ni!

Bukan Pertama Kali : Tertinggal Bas lagi hokeh!
Read : Sila baca secara ulangan.Ini bukan kejadian pertama kali.Maksudnya, kejadian ni pernah berlaku ke atas diri saya.Tapi sebelum ni, saya tertinggal bas, ada Ajlaa.Tertinggal bas di Ipoh.Ada Laa time tu.Tapi kali ni saya sorang.Memang tercuak macam nak nangis hokeh.Waddahel......

Hari tu,saya dah beli tiket siap-siap untuk balik Hari Jumaat.Sebab hari Sabtu tu saya dah plan dengan Dayah, nak menjadi tulang belakang di majlis tunang dia.Dah plan sama Tya, nak pergi kenduri kahwin Zai.Dah plan dalam hati, nak pergi kenduri kawin Shida.See?Memang banyak plan saya hari Sabtu tu kan.Dan memang saya kena balik lah hari Jumaat tu!!

Tiket saya adalah 4.30pm, bas transnasional, Bukit Jalil-Kamunting.Sebelum naik bas, saya dengan Ayu pergi ke KPM dulu.Nak selesaikan beberapa urusan yang patut.Lebih kurang 3.30pm saya gerak dari KPM dan Ayu hantar saya ke Putrajaya Sentral.

Sepatutnya, memang akan sampai tepat masalah ikut perkiraan saya.Tapi kalau dah memang malang, ia akan berada di mana mana.Petang tu pulak, hujan selebat alam, kilat sabung menyambung sampai ERL yang laju , yang penuh godaan dengan pramugari cun tu pun boleh ter'stuck' dua kali.Sampai 20 minit kena tunggu.Hati saya berdebar tak payah nak cakaplah.Dalam hati menangis macam hujan yang turun lebat.Bas pukul 4.30.Tapi jam 4.20,saya masih dalam ERL yang tak jalan-jalan.Uwaaaaaa!!Kalau ada kuasa terbang.Dah lama saya nak terbang dah!

Saya dah siap-siap call semua talian hayat yang ada.Tapi seperti ditegaskan seperti ayat yang berbold, malang berada di mana mana, semua kawan sekampung saya dah balik hari Jumaat tu.Saya call Alah, Alah dah sampai kampung.Dayah lagi la dah lama kat kampung.Ema tumpang kawan dia, tapi kereta dah full.Saya paksa Romong balik pun tak boleh dia ada Kursus Induksi.Call aunty saya, dia dah balik pukul 6 pagi.Think Anis Think.Memang aku tak boleh think langsung time tu.Gilo!

Saya gagahkan jugalah ke Bukit Jalil, mana taw nasib saya masih ada.Memang sahlah bas tu dah terlepas.Kan dah cakap, malang tu ada di mana mana.Think Anis ThinkMemang tak boleh think.Rasa nak pengsan lagi ada.Aku dah macam pelarian kemboja di negara sendiri weh.Lepas tu kehulu kehilir cari tiket.Takde!Dah habis!Takde!Gilo!

Saya menggigihkan diri ke Kl Sentral.Semua tiket pun habis,saya rasa nak berdebar memikirkan nasib tersadai di negara sendiri.Nak balik Perak hokeh!!

At last, berjaya jugak saya balik Perak keesokan hari.Hari Sabtu.Naik keretapi Thomas n Frens .Kl-Ipoh jam 9 pagi.Kenapa tak balik Taiping?Sebab semua tiket habis hokeh.Ipoh ja yang terhangat di pasaran.Semua plan nak pergi majlis tunang ka, majlis kahwin segala bagai, semua terbatal.Sedih dan sangat penat hokeh.Pengalaman tertinggal bas adalah penat jika dikenang.

Kat sini nak buat ucapan ringkas sikit.
Terima kasih la buat Ema yang susah payah nak risaukan keadaan saya.Romong yang susah payah pergi ambik dan hangkut saya ke KL Sentral pagi-pagi.Memberi penginapan percuma di rumah 'teman tapi mesra' Romong, Zihan.Kepada Zihan, thanks kepada layanan mesra sepanjang malam.Housemate-housemate Zihan,yang best.Tertinggal bas, dapat kawan baru hokeh.Dan tak lupa kepada Fiwdaus yang sentiasa menjadi pengupdate sepanjang tempoh kesusahan.

Kepada Dayah nama glamer Obet,memang sampai sekarang aku rasa tak best sebab tak dapat menjadi teman setia sepanjang tempoh pertunangan sedangkan aku dah janji, insha Allah hari perkahwinan, aku akan bersama.Ewah.Shida yang tak dapat hadir ke majlis kahwin n last but not least, kepada Zai.Bukan tak nak datang.Bukan tak nak bawa Achik ke hapa.Tapi memang berada dalam kesulitan.Semoga semuanya berbahagia!

Adusss...dah penat rasanya.Entry ni macam terlalu banyak dimuatkan nama orang.Boleh saya berhenti tanpa penutup?Ok, calo bette!







Comments

Nilco Syrup said…
yaaaa..aku mau jumpa kalian!
queenlyana said…
hahaha rosnah mat aris ko cakap..?? hahaha Patong aku kan sepsi. Memang layak lah boh rosnah mat aris. haaha

nice to meet you too darling..!

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar