Ucapan Khas Hari Bapa

Align Center

~Ayah adalah hensem dan manis.Cuba tengok muka saya macam siapa sekarang..~

Entry ni ditulis untuk ayah.Sambil cakap dekat ayah yang sedang tengok National Geographic cerita feberet ayah

"Ayah, akak nak tulis entry tentang ayah.Nanti ayah bukak blog baca.Ok"

Ayah bilang

"Ok"

Ayah memang macam ni.Serius tapi penyayang.Itulah ayah.

Silalah baca ayah.Ini paksaan.Eh?Suka hati maw paksa ayah.Haha.

Ayah,
Ayah adalah yang terbaik pernah dimiliki oleh saya.Carilah 1000 ayah di donia ni pun, ayah tetap yang terbaik.Boleh kalahkan Perdana Menteri sekalipun sebagai ayah!Ayah memang terbaik!!

Ayah,
Ayah tidaklah mengandungkan, melahirkan atau menyusukan.Tapi ayah tetap super de best.Ayah serius tapi penyayang.Paling mengkagumkan, ayah tak boleh tengok anak-anak bersedih, nanti ayah yang terover dramatickan.Ayah adalah segalanya.T_T

Ayah,
Terima kasih atas jasa - jasa yang tak ternilai.Yang tak pernah miss bagi duit belanja dulu, yang tak pernah miss jemput dan hantar akak ke sekolah, yang selalu ajar akak Matematik dari sekolah rendah sampaila ke sekolah menengah.Ayahlah cikgu Matematik terbaik.Ayahlah yang rajin mengajar akak melukis, belikan colour Buncho , crayon, pensil 24 batang yang di request berkoyan koyan semata mata nak bagi akak menang pertandingan melukis kan.Owh ayah!!!
Itu baru sekecil zarah jasa ayah.Kalau nak di senaraikan, macam tak terhitung banyak nya.Dari benda kecil, sampai benda yang paling besar, akak taw, semua ayah sanggup buat demi anak-anak.Sanggup belikan akak basikal,sanggup belikan motor,sanggup belikan kereta,sanggup nak hantarkan ke tusyen sebelah malam, sanggup datang ke UKM semata mata nak tengok motor yang rosak, segalanya ayah sanggup buat.Even tadi akak tengok iklan Mee Goreng Mamee dan request nak makan, ayah balik dari masjid, tengok-tengok ayah dah tolong belikan.Hebatkan ayah.Kalau boleh semua keperluan dan kehendak anak dia nak penuhkan.Semata mata taknak buat anak anak ayah susah kan.Itu memang perangai ayah, sampai akak pun dah banyak kali cakap ke ayah "Takpa la ayah, kan akak dah besar".

Ayah,
Selamat Hari Bapa.Kehadiran ayah tiada galang gantinya.I LOVE YOU TILL THE END OF MY LIFE.. big hugs from kakak!!

Ayah, sini ada ucapan dari adik yang duduk di sebelah buat karangan sambil berangan.Isk adik ni.....

Ayah,
Semoga panjang umur
Sihat selalu
Ayah sorang dalam hidup adik

Tamat.Adik dah tak reti buat ayat dah.

Adik, macam mana nak UPSR ni??Huh!!

Comments

queenlyana said…
Kirim salam dekat ayah :) Selamat hari ayah untuk ayah.
Noor Shakella said…
akak,

kasih ayah tk ternilai :'(
yonna said…
masuk entry ko ni, aku tak tahu dah banyak mana baldi aku nangis disebabkan entry father's day ni T____T
LUVLYDIYANA said…
lyana :
waalaikumsalam!! :)
LUVLYDIYANA said…
kiela :
sangat ok!!wat entry pun rasa nak nangis T_T
LUVLYDIYANA said…
yonna :
bukan setakat ko,aku wat entry ni pun nangis dulu jap baru tulis,,sbb tu ta bley tulis memanjang..kang memanjang la air mata berguguran...T_T

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar