Tuesday, June 22, 2010

Tulisan Random Tentang Bola

~Fakta Piala Dunia : Pertama kali diadakan di Uruguay pada tahun 1930 : Sumber Google ~

Update laju laju.Tadi rasa taknak update.Sekarang rasa nak update.Eh, macam biskut Chipsmore pulak.Sekejap nak, sekejap taknak.Tadi rasa nak baca skrip jurupantun, tapi bila dah baca , rasa nak update blog.Baiklah.Kita update blog dulu, kemudian kita mengkaji skrip.

Sekarang saya melaporkan :

"sepanjang perjalanan pulang dari pusat tusyen tadi, saya mendapati kedai kedai makan amatlah sesak dan penuh dengan laki laki yang menonton bola.Kedai yang tak selalunya penuh pun hari ni saya nampak penuh.Kedai yang takde skrin besar pun hari ni saya dah tengok, siap beli yang baru.Bau kedai pun ada lagi..Wallaweh"

Dasyat kan penangan bola.Sampai dulu kedai yang tak laku pun jadi maju.Dah laku, pergi beli tv besaq gedabak nah hambik kau!Cukup ja habis musim bola.Simpan saja tv dalam kotak.T_T

Then, saya berperasaan pelik kenapa kaum laki tak suka tengok bola di rumah.Kan lagi best tengok bola bersama isteri kesayangan chenta hati.Sambil tengok bola, isteri bancuhkan kopi.Tak cukup lagi, bila lapar ,isteri boleh hidangkan Biskut Cap Ping Pong.Takmaw Biskut Cap Ping Pong, boleh request nak makan apa saja dekat isteri.Isteri pulak sanggup pegi buat malam-malam melayan karenah perut dan bola si somi.Apa sajalah.Demi u si somi!Demi u!!Ewah...emosi menggeliskan terpapar di khalayak ramai.Itu contohlah.Tapi tetap juga nak melayan bola di kedai yang air kopi rasa dia pun entah apa lah sedap sangat.Kan lagi best tengok bola bersama si isteri yang manis chantek rupawan.Itu saya pelik.Hanya lelaki yang paham.

Urm, perempuan pulak, yang baru nak melayan bola di kala musim bola ini mempunyai ciri :

  • Beremosi secara pelik.Belum lagi nak gol dah terjerit jerit.Tak dapat gol, sampai habis separuh masa pertama dia ulas.Sampai Hasbullah Awang pun boleh resign kalau dengar.Dasyat ah.T__T

  • Tak setia pada team feberet.Mulanya sokong Korea.Sebab mengaku tahap kesetiaan tinggi terhadap Asia.Tapi bila dah Portugal goreng sampai hangit, mula dah chenta beralih arah nak dekat Portugal.Mulala cakap minat dekat Christiano Ronaldo padahal sebelum ni berita dia tukar ke Real Madrid pun,tak penah amik kesah.

  • Tak paham tentang bola pun.Tapi time musim bola ni, semua pemain dia mendakwa dia kenal.Siap nak cakap berapi rapi.Waddahel.Ok, takpa.Semangat 1 donia, 1 bola.Kita terima dakwaan sebegini.Walaupun menyampah kadang kadang.

Dan Saya?

Mempunyai perasaan yang biasa- biasa saja terhadap bola.Tengok pun tak kadang kadang.Tengok hanya pada game yang saya rasa best.Tiada taksub pada satu pasukan sokongan.Yang juara World Cup nanti, saya akan pilih sebagai pasukan idaman.Tapi Kaka tetap pemain paling cute di antara pemain.Itu tak boleh ubah.Hahaha.

Ok, sekarang dah habis.Saya kembali baca skrip :

Mekar budaya bangsa tersohor,
Falsafah bangsa pengukir zaman,
Pesta pantun hidup subur,
Agar terpelihara budaya berzaman




1 comment:

Noor Shakella said...

musim bola, kedai mamak jadi tumpuan :) even kat uma ade tb besaww pon, mamak jgk best :)

REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI