Tolong Tanggalkan!

Esok Sabtu dan kemudian Ahad.Dengan tibanya Ahad maka berakhirlah cuti sekolah serentak dengan pesta kenduri kawin.Pergh..banyak sungguh perlu menunaikan kewajipan sebagai jemputan tahun ni.Sampai tak terpergi untuk semua kenduri.Sangat banyak ok!

Bila dah banyak sangat kenduri kawin, banyak jugaklah penunjuk arah yang di tampal di tiang tiang trafic light, tiang lampu, tiang telefon, tiang bendera,segala jenis tiang lah nak tampal.Tak cukup tiang, pokok pun jadi mangsa.Satu tiang, bukan setakat 1 atau 2 petunjuk arah....kadang kadang hambik kau.Sampai lima.Siap letak bunga manggar semua.Kalau boleh letak lampu lip lap lip lap, pelita ka, bunga bunga keliling tiang, saya rasa memang dah ada orang buat dah.Macam tiang tu pengantin punya.Mentang mentang lah RAJA sehari.Pandai pandai buat undang undang sendiri.


Untuk memasang petunjuk arah di tiang tiang kegemaran ramai, saya tak kesah lah.Sebab ianya membantu orang nak cari rumah pengantin di mana.Sekurangnya, tanda arah tak berbayar ni boleh lah membantu untuk cari rumah pengantin kan.

Tapi yang mengannoyinkkan saya adalah bila dah pandai letak petunjuk arah secara meriah di tiang tiang awam, awam tu maksudnya bukan hak kau.Hak orang ramai.Pandai lah nak tanggalkan balik.Tadi saya ke Seberang Jaya.Saya rasa sepanjang perjalanan yang ada traffic lite dan tiang, penuh dengan petunjuk arah ni.Saya dah bilang, saya tak kesah dengan kehadiran sebarang petunjuk arah ini.Tapi bila dah berminggu minggu kahwin, tak reti nak tanggalkan balik, nampak tak macam menyemakkan pemandangan Malaysia?Penuh satu tiang nak tampal!Mentang mentang dah seronok kahwin,sampai dah lupa dah arah rumah di jaja.Aduyai....

Rimas betul saya tengok.Yang dah pandai tampal tak reti nak tanggal.Tolonglah tanggalkan.Semua tu adalah sampah.Patutlah negara Malaysia kotor.Di tiang tiang pun bertampal sampah.Memang ini menyampahkan.T_______T

Comments

ASaDa RyutaRo said…
hahahahaha.. adakah ini luahan org yg tgh cemburu? lalalala~

**spatutnya diorang kena tanggalkan dengan secepat mungkin benda tu. nk tunggu surat saman majlis perbandaran jugak ke?
ku_Merpati said…
pagi tadi, aku ker klang ternampak ada orang kerja perbandaran ..cabut-cabut penanda yang bukan2 di "signboard" jalan..menyusahkan orang lain nanti...huhuhu
Noor Shakella said…
btol tu you, kdg kawin dah berbulan bulan kot, pehhh, tk reti nak tanggalkan pelan tu, bajet die pnye jalan ker.
LUVLYDIYANA said…
asada : eceyceyceycey..saya student lagi..tak leh kawin lagi la..hahah

mebi kot.dah kena denda baru nak menyalak
LUVLYDIYANA said…
ayu :
aku rasa semak dengan keadaan tu!!sampah semua nya.T_T

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar