Pelajar Separuh Masa

Saya dah dapat balik Perak.Yeay!Sumpah terharu setelah berbagai onak ranjau berduri di lalui.Hujan Panas di redah.Naik LRT,naik ERL,naik Putra,naik komuter, naik teksi, jalan kaki, naik bas, tertinggal bas, naik ketapi.Baru sampai rumah.Ha,ambik kau.Pengangkutan awam mana yang saya tak naik semalam?Cuba bagitaw.Betapa struggle nya saya nak balik ke bumi Perak negeri kecintaan.Dah dapat balik, sampai rumah mula buat muka pelik sebab macam tak percaya dah sampai.

Meninggalkan blog dan FB berhari hari membuatkan rasa rindu yang mendalam.Sampai terasa nak update status via Mobile.Sebelum ni macam tak berasa takjub sangat dengan perkhidmatan internet di hujung jari.Bila dah jauh dari sumber Streamyx, bila disisi kau dikeji, bila jauh kau dirindui baru terasa betapa untungnya handfon ku canggih sikit.Sikitlah.Tunggu saya memiliki BB ka,iPhone ka, jadi banyak canggih lah.Hahaha.

Dah lah, tamat sesi luahan perasaan.Itu nanti saya buat satu entry khas luahan perasaan sepanjang keberadaan di ibu kota.Nantikanlah...Ewah..

Sekarang saya maw cerita status perkembangan program pengajian saya di peringkat Sarjana.Sebab sudah ada kawan saya yang sudah mengcall, YM, DM untuk bertanya kan tentang keadaan saya yang dah janji kata maw update tapi last-last cerita kawen juga yang saya update kan?Ceit.

Sekarang mari saya mengformspringkan diri sendiri.Aku tanya.Aku jawab.T__T.Sedih bukan.Macam syook sendiri.

Universiti Pilihan?
Ini saya dah tetapkan hati.Setelah buat istikarah berhari hari, doa tak henti henti, saya semakin yakin dengan pilihan saya.Saya maw menyambung pengajian di peringkat Sarjana di USM universiti APEX.Sebenarnya saya terlalu mawkan UKM.SANGAT!.Saya ada kawan,sepupu,lecturer kesayangan, semua kat sana.Plus, saya dah taw lecturer yang bakal jadi penyelia saya adalah Prof Lilia Abdul Halim.Saya sangat adore dia dulu ok.Sebab dulu dia adalah dekan fakulti saya yang sangat baik hati.Saya pernah kelas Micro Teaching dengan dia.Ingat skema.Tapi tak.Sebab tu saya sangat mawkan UKM.


Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu suka kepada sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah jualah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya.

(Al-Baqarah: 216)


Tapi,bila difikirkan jarak,saya terasa tewas.Sebab saya bukan student Full Time taw.Saya adalah student Part Time yang kena berulang ke kampus di hujung minggu.


Kenapa tak amik Full Time?
Sebab saya masih terikat dengan kerajaan malazia selama 5 tahun wajib berkhidmat.Sah jawatan pun belum.Dulu time belajar ijazah sarjana muda duit free.Makan semua ditanggung.Saya 2 tahun pun belum lagi cukup perkhidmatan.Dah gatal - gatal nak pergi sambung balik.Sebab tu hanya boleh buat part time.OK.

Ada yang siap suruh saya tunggu 5 tahun.Kemudian apply lagi duit free sekali lagi.Owh, 5 tahun tu terlalu lama bagi saya ok.Niat saya ni dah tertunggak 2 tahun.Dan saya adalah manusia bebas tanpa ikatan sekarang.Jadi tak salahkan saya berjuang sedikit untuk kehidupan walaupun tak payah nak bagitau 1000 kali kat saya benda ni susah.Saya sedar.Kan dulu dah bilang, saya takkan buat sia sia dalam kehidupan.So, berhentilah bertanya soalan atau keluarkan kenyataan yang bukan-bukan sampai buat saya stress ja kadang kadang.I Know What I'm Doing Right Now translate Saya Tahu Apa Yang Saya Lakukan Sekarang.

Tajaan?
Ada!Duit gaji yang diberi kerajaan secara bulanan.Maksudnya, duit gaji sendirilah!Oh ya..di sini saya nak share beberapa info buat rakan-rakan.Saya ada juga search beberapa dana untuk menanggung pengajian pelajar separuh masa seperti saya.Ini saya nak bagitaw.Tajaan Biasiswa adalah TIADA bagi students part time.Kalau nak mintak jugak, boleh try biasiswa keluarga sendiri memang confirm FREE.Lalalalalala.

Pinjaman MARA
Bermula tahun 2010, peruntukan pinjaman MARA hanya di beri kepada student IPTS bukan IPTA.Untuk IPTA, hanya boleh buat pinjaman PTPTN.

Biasiswa KPM a.k.a Kementerian Pelajaran Malaysia, kementerian saya lah tu..
Info yang ingin di share.Bahagian Tajaan Pendidikan KPM dah bertukar pejabat ke Cyberjaya.So, mana mana kawan yang ada nak mohon biasiswa untuk anak ataupun adik di masa depan kelak, sila ke Cyberjaya.Lokasi pejabat adalah di Jalan Usahawan 1.Cari Maybank di Cyberjaya untuk panduan arah.No telefon Bahagian Tajaan Pendidikan masih tiada buat masa sekarang.Saya call infoline 03 88846000 untuk dapatkan maklumat.

Untuk pinjaman memang tiadalah setakat ini.Sedangkan biasiswa pun dah tak di keluarkan sekarang sejak tahun 2008 ( saya blurr sikit dengan maklumat ini ).Owh, macam mana dengan nasib di masa depan kan.Ada tak lagi tajaan biasiswa.KPM, sayangi lah saya.Saya maw sambung PHD dengan duit KPM kelak.Eh,belum lagi berjuang di peringkat Master dah sebut pasal PHD.Boleh demam macam ni....

Tajaan KPT a.k.a Kementerian Pengajian Tinggi.
Hanya untuk pensyarah dan tutor di pusat pengajian tinggi.Biasiswa seperti yang dalam Mini Budget tu dah tak di keluarkan ok.Dah penuh permintaan.Kalau nak, tunggu belanjawan 2011, apa pula PM nak bagi...alert...Belanjawan penting ok.Dulu saya pun tak heran.Tapi sejak dewasa, saya heran.Sebab banyak kaitan dengan kehidupan peribadi.Yalah, dulu hidup bersandarkan mak dan ayah yang di tatang tatang.Apalah yang perlu dipikirkan bukan...?

Yayasan Negeri Perak
Dah tak boleh buat pinjaman ok.Kalau ada pun hanya setakat 1st degree ja boleh pinjam.Yang selebihnya TAK ADA

Pinjaman PTPTN
Ini ada.Tak silap saya, untuk pelajar part time boleh buat pinjaman untuk bayaran yuran sahaja.Saya tak berapa pasti lagi tentang PTPTN.Setakat ini, itu saja yang saya taw.

Pesanan Untuk Rakan....[ siap ada pesanan,kali ni... ]
Jika ada yang berminat untuk berjuang seperti saya, saya amat menggalakkan.Proses pembelajaran kan berlaku sepanjang masa.Selagi ada masa, pergilah belajar.Jika maw maklumat atau sedikit nasihat, saya boleh bantu selagi terdaya.Insha Allah...


Kahwin?
Ni soalan cepu mas yang selalu di tanya.Tak nak kahwin ke?Isk.Tanyalah kepada seluruh perempaunberusia suku abad seperti saya.Mestilah nak.Tapi saya percaya pada jodoh.Umur berapa pun saya redha jika itu yang Allah tentukan yang terbaik untuk saya.Jika ada jodoh, saya kahwin.Tak semestinya bila dah sambung belajar tu menghalang kita untuk melangsungkan benda baik kan.Fatwa mana yang dapat ni?Kahwin itu kan sebahagian dari agama.Jika di takdirkan saya kahwin ketika belajar + bekerja pun saya redha.Sebab saya taw, apa yang di tentukan Allah tu adalah yang terbaik untuk saya kan?Allah lebih tahu kemampuan saya.

Dah, saya pun macam kaunselor lagi.Ni yang malas nak buat entry macam ni.Nanti terlajak macam terlalu nak bagi nasihat sangat.Sedangkan saya sendiri pun masih kurang bernasihat.

Ok lah kawan kawan.Tentang master saya, itu saya yang boleh di ceritain sekarang.Ada info tambahan, saya ceritakan.Insha Allah.Saya dah capek ni.Sehari bermusafir di jalanan.Esok saya update lagi ya. :)





Comments

ku_Merpati said…
Salam..alhamdulilah,samapai ko nis...
Aku doakan semua berjalan dengan lancar..InsyAllah

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar