Program Mari Melawat USM

Hari Isnin hari ini bukanlah seperti hari Isnin yang biasa.Yang boleh menstresskan sampai rasa sampai rasa nak delete senarai hari Isnin dari kalendar, yang tinggal biarlah hari Sabtu dan Ahad saja.Sympthom Monday Blues.Adatlah.

Tapi hari Isnin hari ini buat diri rasa sungguh best wow weee junior juice.Perasaan cikgu di hari cuti.Semua macam ni.Adatlah.

Hari Isnin hari ni pun saya rasa maw bergembira.Mensetelkan semua kerja yang tertunggak.Nanti bila time bukak sekolah, semua kerja yang tertungggak ni akan berlambak lambak sampai mula rasa sesak dada nak tengok kerja pun dah rasa menyampah.Ini perasaan cikgu selepas cuti.Adatlah.

Eh?Apa kes dengan adat adat ni.Benda yang selalu di buat,boleh di kira adat.Adat meminang, adat bertunang, adat bersanding.Itu semua adat.Sebab orang selalu buat kan.

Plan asal hari ini maw ke hospital buat medical check up.Itu niat asallah.Tapi niat terus menjadi terpesong dari sasaran bila saya mencall kawan saya untuk bertemu janji membawa saya melawat USM yang bakal menjadi sasaran pengajian, dia bilang yang dia free hari ni ja.Yang lain dah fully booked.So, saya cancel semua plan nak jumpa doktor-doktor yang manis, di ubah kepada plan Mari Melawat USM.

Program ini diadakan bagi mengelakkan kekekokan di hari pendaftaran.Tengok tu,memandai kata ini adalah program.Macam gempak sangat padahal yang pergi hanya bertiga.Saya, Raihan dan adik saya Fatin.Raihan adalah bekas student USM.Jadi selok belok USM memang dia dah master.Sebab tu saya mintak tolong dia.Program ini saya buat agar saya tak terkapai kapai macam pelancong jalanan nak cari pintu masuk USM, nak cari mana fakulti, nak cari mana library di hari pendaftaran kelak.Tidak tidak.Ciri kebersediaan kena sentiasa ada.Nanti time mendaftar, pergi sorang sorang pun dah rasa ok dah.Eh, memang saya kena pergi sorang sorang pun time mendaftar nanti.Huh!

Hari ini saya melawat USM.Tak semua tempat saya round.Tapi cukup-cukuplah kalau dah tahu fakulti tempat saya nak mendaftar nanti, library tempat saya nak mencari jurnal nanti, masjid tempat saya nak solat nanti.Itu pun dah lega.Siap saya ulang 2 kali pusing USM nak ingat dah hafal jalan.1st time saya meround USM.Tak besar.Cepat ja nak hafal lorong lorong tersembunyi di jalanan.Tempat tempat yang lain, biarlah saya belajar ketika menjadi pelajar nanti.2 tahun tempoh masa nak meround USM.Kalau tak tahu banyak tempat lagi memang...........

Yang mengkagumkan tentang USM, ada satu tempat boleh tengok Jambatan Pulau Pinang dengan view yang sungguh menggoda panorama hati.Sumpah memang chantek.Rasa kagum dengan Jambatan Pulau Pinang, padahal selama ni ulang alik naik jambatan, sikit pun tak heran.Subhanallah...memang chantek dan sejuk.Sejuk sebab time saya pergi, kawasan tu berangin.Rasa best sangat macam nak berlari lari buat aksi drama.Saya cakap macamlah.Tapi saya tak buat pun.

Selepas melawat semua tempat yang dihajati, saya siap request dekat Raihan nak bawa pergi ke tempat tempat makan seluruh USM.Ini macam penting.Saya taklah berapa berkepentingan terhadap makanan.Tapi bila datang nafsu merambang, makanan tu adalah yang sangat terpenting dalam kehidupan peribadi.Erkkk..kau paham tak?Tak paham jangan pahamkan.Soal perut.

Objektif bagi program hari ini bagi saya adalah tercapai.Saya dah taw sikit sikit selok belok USM.Lepas ni tak payah nak risau nak bawa kereta maw belok kanan atau kiri.Insha Allah dah terer.Ok sekarang,dah habis satu kerja.Kena buat balik kerja pada plan asal.......MEDICAL CHECK UP...di hari Rabu.....hullahop.

Sedikit gambar sebelum bersurai.....


Di depan Masjid.Untuk kesenangan nak bersolat mencari keredhaan Allah dalam menuntut ilmu.Ini penting.Kekuatan saya sekarang pun semua datang dari Nya....~sayu~


Jambatan Pulau Pinang dari kejauhan.Chantek...Subhanallah......


Rasa nak terbang.Angin sepoi sepoi bahasa Malaysia....erkk..??


Di Library.Menangkap gambar dengan keazaman akan selalu pergi.Untuk rekod sebelum ni, macam pelik kalau ada kewujudan saya di library.......


Tadaaa...ini lah fakulti saya..bakal okeh...

p/s : ada tak siapa siapa kawan2 yang amik Sarjana Pendidikan Sains kat sini..?Saya maw kenal....takpun yang sedang mengikuti pengajian di sini.Saya maw kenal dengan dia.Yang boleh bantu membantu di masa depan kelak..Tolong okei kalau ada.Saya perlukan pertolongan.

Dah habis gambar kan.Ok, kita bersurai....




Comments

Marina Muhamad said…
woah!! perpustakaan sendut!!!! hihihi!!! ya ampun catchy namanya!!

anyways, TAHNIAH BUGURU!!!!!
aZHIeeDA said…
wah..kak anis dah nak smbg blaja..hepi for u..blaja leklok tau
LUVLYDIYANA said…
marina :
Ya!!untuk 1st time tengok nama dia sendut pun sudah teringat ke awak.....^_^
LUVLYDIYANA said…
azhleeda :
thanks !!kamu pun sama..ngeh2..

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar