Prevention Is Better Than Cure

Baca Di sini


Nak lebih bermaklumat, sila google.Sekian Terima Kasih.

***********************************

Saya sebelum ini tak tahu pun tentang kewujudan penyakit ini.Tapi bila dah bekerjaya dan mula bersembang dengan orang yang berpengalaman, saya terdedah juga dengan benda ni kan.

Cyst ini adalah sejenis penyakit yang salah satu puncanya adalah dari senggugut. Dulu saya tak ambil kesah pun pasal ini.Tapi, bila 2, 3 cikgu di sekolah menceritakan pengalaman hidup bersama cyst, saya jadi kesah. Sebabnya, cyst boleh juga menyumbang kepada masalah sukar hamil.Ini saya kesah.Sebagai perempuan, walaupun masih belum berkahwin dan tiada berplan maw nak kahwin dalam masa yang terdekat, hal penting sebegini saya kesah.Perempuan mana yang tak nak anak kan?Melahir dan menambahkan umat Islam di dunia.Siapa tak nak kan.

Selain dari sukar hamil, cyst juga boleh menyumbang kepada kanser jika tidak di cegah.See?bahayakan.Cyst ini juda ada banyak peringkat.Kalau teruk, boleh sampai kena bedah.Kalau tak teruk, doktor akan bagi ubat untuk kecutkan cyst.Dan lepas tu insha Allah ok lah.Ada sorang cikgu sekolah saya, dia kena cyst time dia zaman muda.Siap sampai kena bedah.Time tu dia pun risau la sebab dia baru ja lepas kahwin.Tapi bila dah bedah dan baik dari pembedahan, dia terus mengandung dan dah berjaya mengandung sampai 5 kali.Anak anak pun dah besar sekarang.Alhamdulillah....

Tadi, saya dah pergi cek keadaan kesihatan diri.Buat appoinment dengan Dr Jaya yang sangat nice dan lemah lembut orangnya.Time dia consult , saya rasa tak puas.Rasa nak duduk lama lama untuk dengar Dr jaya bercakap saja.Saya pun tak berapa pasti agama apa yang dianuti Dr Jaya.Tapi time dia consult saya, dia siap cakap 'Alhamdulillah' , 'Insha Allah'...buat saya assume mebi dia adalah muslim tapi bernamakan india. Takpun , mebi dia adalah India, tapi memahami agama saya.Saya hanya buat andaian.Tapi tak tanyalah..'Dr, are u muslim?'.Balik rumah baru nak berteka teki sendiri.

Owh, bila Dr Jaya check saya, memanglah saya ada cyst juga.Tapi alhamdulillah masih 3mm.Baru di taraf nak mula.Dr bagi ubat untuk kecutkan cyst, insha Allah Dr cakap, akan kecut.Mencegah awal adalah lebih baik.Rahim ok.Semua tak de masalah.Syukur sebab saya masih lagi wanita normal.

So, mana mana perempuan yang selalu senggugut setiap kali nya datang bulan, saya suggestkan, pergilah cek.Benda ni nampak simple.Tapi, janganlah nanti bila nak kahwin atau dah kahwin, baru nak ambil berat masalah seperti ni.Penyakit dalaman.Kita tak tahu.Yang penting, jagalah kesihatan.Itu kita mesti ambil tahu. Saya pun sebelum ni anggap senggugut adalah penyakit bulanan biasa. Tapi bila dengar sampai ada yang sukar nak hamil sebab senggugut, saya pergilah juga check kesihatan diri. Tak salah pun kalau pergi check kan.

Sebelum pulang, last ayat yang Dr Jaya tanya saya

"When do you want to get marry?"
I dont have any plan

"Dont wait too long to get marry"...

Aik?ni nasihat kesihatan ke atau nasihat mencari jodoh?


Baiklah.Baiklah.Hahahaha.








Comments

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar