Kerinduan Bertandang

Pagi tadi dah dapat last invitation card dari housemate saya yang last akan kahwin sebelum saya.Kami dulu serumah 5 orang saja.Actually, ada lagi 2 orang. Tapi yang 2 orang tu, duduk sekejap ja.Sorang pindah masuk kolej balik, sorang lagi pindah masuk rumah kakak dia.Yang paling close, dengan ber 5 ni la....


Wani Che Seman.
Kedudukan bilik : Di bahagian bawah.
The One And Only



Us yang ber5 : Gambar semua rojak.

Kema , Anis , Laa , Farah n Wani

Gambar di bawah :

Wedding my housemates yang best dan mengkagumkan


Farah n Din Mat Tap
Tarikh : 01 / 05 / 2010


Laa n Emi

Tarikh : 5 / 06/2010


Kema n Fauzan

Tarikh : 13 / 06 / 2010

To all my housemates yang di sayangi , sampai habis hayat nanti, saya takkan dapat lupa kenangan kita :

  • Cuci rumah yang macam sampah bila 1st time masuk dan tiap kali buka semester baru.Time tu je kot kita cuci rumah secara beria.
  • Masak sama-sama.Makan sama sama.Wallaweh.Ini macam ta bley lupa.Kenangan di dapur adalah kenangan terbest kita kan.Sampai masak kuali pun naik hitam.Lepas tu yang paling kelakar, kita semua masak ada style macam-macam.Aku , Laa dengan Kema style lebih kurang sama ja.Style orang Perak.Bila time Farah monitor jadi ketua masak, kita mula mula , rasa terpelik pelik sikit dengan style Jawa dia.Tapi last last masyuk jugak dengan style masakan dia walaupun dari negeri yang berbeza. 1 Malaysia kan?Rindu!!T__T
  • Dengar bebelan makcik sebelah rumah tiap tiap hari marah anak dia.Kesihan.Lepas tu kita rasa macam nak telefon teledera kan.Huih!!!Aku rasa ,anak dia yang bongsu comel tu dah tadika kot sekarang.Kesian.Comel2 pun kena marah.
  • Selalu tengok AF dekat mapley sama-sama.Sampai mamak tu pun macam dah boleh nak kenal muka kita.Lepas tu teruja bila Mawi menang.Sekarang?Nama Mawi pun tamaw dengar.
  • Tak suka 'Kedai Pangkah'.Pastu kita boikot tak nak pergi makan kedai dia.Sebab busy bosy kan!
  • Pergi keluar tengok midnght time boring study.
  • Pergi keluar jalan kl, lepas tu sesat dah tak jumpa cari jalan balik.T_____T
  • Menganjurkan BBQ depan rumah yang paling mengujakan.Sampai budak 'course' kita request suruhb uat lagi tapi kita dah malas dah.
  • Kena ragut, lepas tu berani pulak nak jadi heroin pergi kejar peragut.Hebatlah kita!!
  • Pergi buat Birthday Party sama - sama.Makan sampai tak ingat donia.Paling tak miss, Secret Recipe. Kita semua suka kan.Laa suka Cheese Cake.Kalau Cheese Cake tu , dia la yang pilih!
  • Aku sakit, korang bawa pergi klinik kan?Lepas tu aku nak pengsan atas motor, Laa dah cuak cuak dah.Kasihan laa.
  • Motor rosak,pergi repair sama-sama.Pergi kuliah sama-sama.Lepas tu takde minyak, aku ngan Farah tolak motor sama-sama pergi Shell.Sambil Farah jerit jerit."Malu weh malu.Aku tak nak dah naik motor dengan kau Anis!"...haha.Alah, bila lagi nak expose muka tolak motor kan?
  • Hangkut peti ais dengan mesin basuh sama sama.Nasib baik ada abang Anuar sebelah rumah kan!!!
  • Pergi pusing satu Kajang nak cari kedai nak repairkan tv kita yang rosak yang kita tinggalkan bawah tangga. Tapi last-last kita surrender, mintak sponsor tv dekat family ja!Boleh la kita melepak malam-malam tengok TV.Lepas tu layan cite indon sebelum bukak posa.Apatah tajuk dia.Lupa dah.Cikgu Ariani berlakon.Aku dengan Farah suka.Wani asyik nak tengok kartun ja!Laa tak suka tengok tv.Suka karaoke sorang sorang.Dia la yang memperkenalkan The Stroke pada kita.Peberet band dia dulu.
  • Bukak posa sama-sama.Pergi bazar Ramadhan sama-sama.Satu bangi kita pernah rasa Bazar Ramadhan kan.Tak cukup Bangi, kita pergi Kajang.Wallaweh.Memang muka kuat pergi bazar Ramadhan.Kenangan bukak posa bagi aku yang paling syahdu tak boleh lupa, time 2nd year.Time tu exam.Aku sorang yang amik paper Physic 1 yang mengkillerkan.Habis exam pukul 7.Hujan.Aku balik basah kuyup.Balik bawa muka kelat sebab tak boleh jawab paper tu.Time tu dah bukak posa aku tak turun2 makan lagi.Sebab korang mengrisaukan keadaan aku yang semacam.Korang ketuk bilik aku ajak makan.Mengsyahdukan.Sebab tu aku rindu korang!
  • Kita rajin pergi terawikh untuk seminggu puasa yang pertama sahaja.Yang lain berselang.Semuanya sebab kuat makan!
  • Pemalas nak bayar bil letrik.Itu semua perangai kita kan?Sampai nak kena potong baru nak sentap.
  • Kena curi baju dengan orang Bangla!!Mangsa paling dasyat Laa la.
  • Pergi Sunway Lagoon lepas habis exam.Duduk berendam lama.Tapi mood spoil sebab nak hujan.
  • Pergi Tesco Kajang sorong troli hangkut barang nak bagi penuh peti ais.Perbuatan 1 kali 1 semester.

Sekarang, biarpun kita berada di dunia yang berbeza, tanggungjawab berbeza, gelaran berbeza, saya Cik, korang Puan. Kenangan ini tetap saya kenang sebagai kenangan terbaik dan termanis dalam hidup saya.Saya hidup dalam kenangan terindah bersama diaorang.Dan kenangan itu tak dapat di erase dan delete macam tu ja.Tak mungkin.

Love n Hugs

From Anis


Comments

Noor Shakella said…
hadoiii sis, sebak bace. hehe. giliran sis bile plak sis ?
ayu said…
salam..sedih tapi itu semua takdir ...mungkin takdir kita berbeza...dan jalan cerita yang berbeza...ada hikmah apa yang berlaku..
LUVLYDIYANA said…
kiela:
akak pun sebak...T_____T
LUVLYDIYANA said…
ayu ;
rindu kawan2..huhu

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar