Wednesday, June 30, 2010

Kelmarin , Semalam dan Hari Ini

Hari Khamis , 12.54am [ jam laptop saya ]

Wallaweh..ini macam tak percaya.Saya baru nak mengonline dalam tempoh seminggu.Maksudnya hari isnin tak buka FB, hari selasa tak layan FB, hari rabu mengabaikan FB.Ini macam ajaib.Saya bizi dalam kebizian yang saya cipta sendiri.FB bukan lagi keutamaan yang harus dibuka setiap hari kini.Bukan lagi untuk masa kini dan mungkin akan datang saya pun tak berapa pasti.Wallahua'lam.



Kelmarin, saya dah berjaya menamatkan novel yang kedua di baca sepanjang 25tahun kehidupan.Karipap Karipap Cinta.Sangat wajib di baca oleh peminat karipap.Extra nota penggoda : Sangat wajib dibaca oleh peminat peminat objek yang bercirikan kelakar.Novel ini bercirikan kelakar waka waka Shakira!.Sampai bila tengah baca novel ni anda akan disangkakan makhluk pelik yang tergelak gelak sendiri keseorangan.Habis baca novel ni pun bila teringatkan Ali, memang rasa nak gelak lagi.Memang bersungguh Ali nak ngorat Sarah.Sampai sanggup pergi belajar buat karipap.Sweetkan?

Sekarang, siapa yang belum baca.Saya suggest pergi cari dekat MPH ka, Popular ka.Beli dan Baca. Jangan Beli dan Simpan.Takpun, Beli dan Bagi Orang.Jangan.Jangan tergolong dalam kumpulan orang yang rugi sebab tak baca buku ni.1 hari saya, dihabiskan dengan baca novel kelakar macam ni, memang terasa tak sia-sia.Eh, puji lebih nampak.Esok saya bakal dapat royalti dari penulis kot.Hahaha.

Semalam, sakit perut.Tak sukalah jadi pesakit.Argh.Sedih.T__________T

Hari ini, haishhh...teringat cerita hari ni macam nak geram dalam hati.Petang tadi saya ada appointment dengan doktor untuk medical check up di Hospital Parit Buntar.Punyalah mencabar iman.Sampai 3 jam hokeh saya tunggu nak jumpa doktor.Sampai khatam satu Majalah Solusi saya baca, nombor tak kena panggil-panggil lagi.Nombor pulak panggil tak tentu arah.Berterabur.132 kemudian 212 kemudian patah balik 192.Waddahel.......

Penat-penat saya tunggu sampai dua jam, then ada nurse panggil 'Anis Diyana tukar bilik 5 ya'.Waa.....pengorbanan saya menunggu doktor di bilik 2 macam sia sia kan.Sekarang suruh saya change ke bilik 5.Takpa, sabarlah kau Anis.Sekarang, macam sudah terang lagi bersport light, service hospital kerajaan memang tak boleh pakai.Tak payahlah gantung besar besar Piagam Pelanggan.Janji kosong yang mengarut.Tunggulah saya untuk lagi extra sejam untuk jumpa doktor di bilik 5.Terima Kasih Anis Atas Kesetiaan Anda Menunggu Selama 3 jam daripada Hospital Parit Buntar buat saya hari ini.Sekian.Eh, marah ni! %@$#@^#$ .

Hari ini , meraikan Majlis Persaraan Mantan Pengetua sekolah saya.Ini bukan saja meraikan Majlis Persaraan, tapi macam meraikan perut juga.Banyak sungguh makan hokeh sampai niat untuk menguruskan perut pun diabaikan untuk malam ni. Sampai rasa tak boleh nak tidur ni.Kekenyangan bagaikan ular sawa comel berbatik batik.Sekarang macam dah boleh tahu faktor perangsang saya untuk menulis blog malam ni : Perut Yang Kenyang.LOL

Ah, dah banyak betul kehidupan peribadi di dedahkan disini.Baiklah.Saya perlu bersurai sebelum saya diangkat seperti syook sendiri.Eh, menulis kisah kehidupan adalah sangat menarik untuk dikenang sendiri.Hanya untuk kenangan saya.Sebab tu saya buat blog ni!

















No comments:

REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI