KawenThon Part 3

Nak update tentang kenduri kawen lagi......

Hari kejadian : Di hari Ahad.Sehari selepas selepas wedding Ajlaa dan Ain



Kenduri Kawen Shira di Seri Iskandar.Yang couple berbaju putih tu pun pengantin baru seminggu.Inai pun tak hilang lahi.Wallaweh.Gembira tersengih sengih dah kawen....



Kenduri Kawen Shima di Kampung Gajah.Kredit pic to Murni.Saya punya gambar semua hilang habis terdelete.Padan muka.~Menyesal~


See? Ramai sungguh kawan kawan yang sudah melangkah ke alam baru sekarang.Dan saya yang masih tak baru baru tetapi masih segar bugar seindah bunga yang mekar [ ayat metafora over, saya tau.diam kau!!hahaha ] , akan terus meraikan kawan kawan. Tu kan kerja saya untuk mencukupkan rekod kehadiran ke majlis majlis kawen.Ni dah tambah lagi 2 kenduri yang saya hadir.Kalau ikut jumlah sebenar yang belum saya jumlah kan, lebih 20 kot.Mebi.Gila kau punya banyak.Nanti nak kira.Buat rekod.Cukup 30 kenduri saya hadir, saya kawen.Haha.

Kenduri 1st yang saya pergi di hari Ahad adalah kenduri Shira.Shira adalah kawan sesekolah saya dulu.Kami sepengawas.Setugas juga kadang kadang.Tapi Shira kelas agama.Saya budak Sains.Walaupun berbeza kami tetap sama.Suka gelak.Itu tak boleh blah.

Saya pergi dengan Acik,Anne dan Zura.Semua rakan sesekolah.Rombongan girls only.Lelaki tak bley.Agak berbunyi perkauman di sini.Kami sampai dalam pukul 2 dan elok kitaorang sampai Moon n Husna pun sampai sekali.jadi macam datang together.Gathering kecil di majlis kenduri.Boys pun ada yang tak balik lagi.Ini adatlah.Dulu kita berreunion secara besaran di majlis sendiri.Bila dah masing masing ada komitmen yang tak berbelah bagi, buat reunion di majlis kenduri pun kira jadi.

Lepas buat acara wajib, bergambar bersama pengantin, rombongan girls only bertolak ke Kampung Gajah.Nak pergi kenduri Shima.Kawan sekolah saya juga dulu.Jarak Seri Iskandar - Kampung Gajah tak jauh sangat.Dalam setengah jam sampai la.

Sebab kami dah sampai agak lewat petang, perut pun dah taraf full, jadi pergi ke kenduri ni sekadar nak melawat pengantin.Duduk pun tak lama sangat.Sebab Anne ngan Zura nak balik kl hari tu juga.Sorry Shima.Sebab dah terover time pulak kat umah Shira.Tapi kitaorang tetap datang kan.Dan semoga berbahagia sampai syorga.

Dah selamat dah 2 orang kawan saya kawen.Tahniah!Tahniah!Tahniah!Next week ada lagi.Lagi banyak.Murah nya jodoh kawan kawan.Alhamdulillah... :)







Comments

ASaDa RyutaRo said…
uih.. sampai 3 part kisah kenduri kawen kan.. hahahaha..

semoga cepat la kamoO ketemu jodoh.. hee (^^,)

**rasanya anis ni tgu kepulangan jejaka yaman.. erkk!
ku_Merpati said…
anis..sibuk dengan kenduri kwen jer...tiap2 hari minggu pulak tu..ambl aura...hehehe
ku_Merpati said…
anis..ambil aura, orang kwen...hehehe

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar