KawenThon Part 2

Tiap kali cuti seklah macam dah tak larat nak bagitau dah.Sejak tahun lepas macam saya asyik round kenduri saja time cuti sekolah.Kalau tanya berapa kenduri yang saya dah pegi, saya dah tak boleh nak kira dah.Almost 20 dah saya rasa.Sepanjang 2 tahun.Banyakkan!!

Hari Sabtu yang lalu, kenduri my BFF { best fren forever } di Taiping.Ajlaa adalah kawan sematrik, serumah , seUKM saya dulu.Rumah pun dekat je dengan rumah saya.Kalau tak pergi memang kejam taraf dewa.Eh, yang penting sebab dia kawan saya.Jauh pun saya pergi.Ok,sekarang sila terharu satu bakul.

Peranan saya di majlis kawen kali ni bukan sekadar tetamu.Tapi dah naik taraf sebagai pengapit setelah berjaya menghadiri 20 buah kenduri.Itu syarat utama keberkatan pegapit.*WAJIB*

Ini adalah pengalaman pertama.Tersipu sipu malu tu tak payah nak cakap.Makan pun tak lalu.Eh, macam saya pula pengantin.Bukan.Bukan.Saya hanya mengepit orang bukan di kepit.Tugas saya takde lah berat sangat.Ingat jadi pengapit macam susah sangat.Tapi bila dah jadi , rasa nak jadi lagi.Haha.Boleh dapat bergambar secara FREE dengan banyak nya bersama pengantin.Tangkap gambar!!Itu saya suka.Sampai Obet ngan Syila bagitau macam gambar pengapit lagi banyak dari gambar pengantin di kamera Obet.

Ok, ini sedikit gambar untuk bukti.....

Dan ini Raja Sehari....

Lepas habis tugas sebagai pengapit, saya pergi pula ke kenduri Ain.Kawan time sekolah Fardhu Ain masa kecik - kecik.Plan memang macam tak pergi dah.Tapi bila time nak balik rumah, macam lalu depan umah Ain ni dan rasa patut pergi bila orang dah jemput dengan beria siap call n sms semua, saya ngan Obet pun singgah jap jumpa pengantin.Tapi gambar tiada sebab gambar di kamera saya , saya dah terdelete SEMUA.Saya memualkan sungguh perangai yang bukan bukan macam ni.

Saya perlu beransur sekarang.Malam ni saya cerita lagi.Off sebentar ke tusyen.Tusyen last di hari cuti.Esok saya dah start boleh berjula juli.Yahooooo!!

Comments

ASaDa RyutaRo said…
hahahaha.. kalau nak jadi pengapit pengantin kena hadiri lebih 20 majlis perkahwinan yer.. hahaha..

**ada plak rupanya syarat camtu. isk!
LUVLYDIYANA said…
hehe..tambah lagi syarat baru..cukup 30 datang kenduri..leh kawen.. :P
nurul said…
wahai cik anis...saya tak marah pasal gambar dah 'hilang' tu..if nak gambar sila ke facebook saya yer..neway...kenduri ajlaa memang penat tapi best!

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar