Saturday, June 19, 2010

Housekeeping!!

Hari ini separuh hari di habiskan dengan mengemas bilik.

Merungut jap.. T___T

Cuti sekolah dah nak habis.Ya ampun, sangat tak percaya esok adalah Ahad.Hari isnin dah start kehidupan yang tak normal.Lepas bukak sekolah ni, saya tak dapatlah nak bayangkan kerja yang menanti.Semua lepas bukak sekolah, ada pantun daerah , Silat daerah , Headcount sekolah , Slip Exam, semua tu tunggu lepas bukak sekolah.Tu belum lagi masuk benda2 yang 'ad hoc'.Menyeramkan.Ayoyoyo....

Kasih sayang telah dicurahkan sepenuhnya terhadap blog sempena cuti sekolah ni.Rajin sungguh saya mengapdate.Sempena masa terluang.Karang dah bukak sekolah, kalau blog ditinggalkan bersawang, tu tak payah nak heranlah.Rujuk saja sebabnya di perenggan di atas.

Bukan setakat blog, bilik pun kena di curahkan kasih sayang.Hari ini, separuh hari menghabiskan masa dengan mencunkan bilik.Susun segala bagai collection yang di simpan dalam bilik.Yang perlu ,kita simpan, yang tak perlu kita buang.

Ok, dah habis merungut.Sekian.Terima Kasih.Kita bersurai.

Eh?Dah habis cakap, senang-senang ja maw keluar.Bentar ya,kita tengok dulu gambar koleksi yang ada didalam bilik,sebagai tatapan....


Koleksi hadiah comel dan doorgift dari kenduri kawen kawan.Si kuda tu doorgift kenduri kawen Ajlaa.Hebat kan?Kenduri kawin dapat kuda.Patung konvo, hanya satu tu ja yang tinggal. Ada 3.Yang lain dah nazak di kerjakan sepupu saya.Aduyai.....


Koleksi baju.Susun balik semua koleksi baju dalam almari.Macam dah tak muat dah.Kena susun semula.Ini aset penting ke sekolah.Cikgu ni macam peserta AF.Banyak sangat pengkritik.Contohnya macam kalau pergi sekolah, dua minggu berturut ada terpakai baju sama, adalah tu pengkritik Mama Juwie nak cakap.."Cikgu ni asyik pakai baju sama je"....Tudung pakai tak cantek pun ada nak tegur.."Cikgu, tudung tak cantek!"..Macam macam.Maksudnya, bila pergi sekolah kena perfect.Anda sangatlah diperhatikan disekolah.Gaya jalan, gaya cakap, gaya gelak, jenis baju, jenis kasut, jenis handbag, jenis tudung.Everything lah!Sampai benda kecik pun kadang-kadang students ni nak amik kesah.




Koleksi buku yang di baca sebelum tidur,sambil tunggu orang,sambil miting kat sekolah,sambil jaga exam kat dewan sekolah, HOHO.Alamak!Kantoi!!,sambil tunggu giliran kat bank,sambil tunggu nak masuk kelas, time rasa boring, time rasa nak baca buku dari baca blog, time rasa nak beli buku, tapi ada yang tak habis baca lagi pun ada..Hoho......Ni dia koleksi kesayangan masa kini.I Love Books!!!Sangat2!!Macam nak idamkan sebuah perpustakaan mini di rumah sendiri kelak untuk bacaan saya dan anak anak.Lepas tu saya nak borong 1 MPH ka,Popular ka,letak semua buku dalam tu.Wow bestnya!! I wish.I wish.I wish.

Saya tak pernah baca novel pun.Tanyalah cerita Ramlee Awang Murshid ka, Aisyah Sofea ka,Ahadiat Akashah ka, satu pun saya tak pernah baca, tapi suka paksa orang suruh cerita.Satu satu nya novel yang saya pernah baca, Ketika Cinta Bertasbih.OMG!!Sangat suka cerita tu.Sampai novel pun saya hentam.


Koleksi sampah dalam bilik.Haha.Ni semua dah buang.Sekarang bilik saya dah bebas sampah.Yahoooo!!


Koleksi tempat tidur.Eh, ni bukan koleksi.Tempat tidur ada 1 ni ja.The Pinky Bedroom, siap dengan pakej bodyguard lagi.Ah, saya dah nampak gambar katil ni.Bodyguard yang huggable pun dah memanggil manggil.

Ok, kita bersurai sekarang.Calos adios amigos.

12 comments:

Azwandy Bin Muhamad said...

salam cikgu...

Byk btl bj cikgu...hehe...

leh bukak butik la cikgu...

Dah kawen nanti bj husband cikgu nak letak mana???
ken beli almari besar la cikgu eh..hehehe...

Noor Shakella said...

cuti sekolah dah abes, huhhh.

besttt, sbb tk lah ade bdk2 memekaka maen2 dpn uma.

cikgu, cikgu, jd cikgu pon dah mcm artis kan, hehe, :)

aZHIeeDA said...

wah bebear tu besaq,,huggable=)

ku_Merpati said...

salam...betulla...rasa sekejp jer cuti ni..wwwwaaaaaaa...bila la nak ketemu lagi..

ASaDa RyutaRo said...

hahahaha.. seolah-olah sebelum ini bilik cikgu menyimpan sampah. ke mmg ternak? hihi =P

tahniah dpt kemas bilik.. hbs da cuti sekolah. ayuh kembali ke sekolah. cikgu kena semangat, baru la murid2 semangat nk dtg. heee =)

queenlyana said...

weh bilik ko warna pink..??? kagum aku. Hahaha

LUVLYDIYANA said...

wandy :

beli almari senderi la kot...almari ni pun dah sesak macam sardin dah,..T_T

LUVLYDIYANA said...

kiela :
artis di sekolah je la..hehe

LUVLYDIYANA said...

azhleeda :
sangat best nak peluk!!hehe..

eh..kenapa blog tak leh nak link..tak dapat nak bukak... :(

LUVLYDIYANA said...

ayu :
rindu kan!!ta sabar jumpa ko lagi!!

LUVLYDIYANA said...

asada :
hoh..nakal ye..kata bilik ni menternak sampah..ngeeee...

semalam ta semangat...hari ni macam bersungguh!!!

LUVLYDIYANA said...

lyana :
hahahaha....time bapak aku tanya nak kaler apa, aku otomatik cakap pink tanpa pikir sebab...

REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI