Hapdate Hari Hini


~Sumber Gambar : Facebook Zihan..lampu berkelip kelip..chantek!!~
Hari ni...
  • Hujan sepanjang hari.Dari pagi sampai ke sekarang.Bestnya!!Best sebab sejuk.Saya suka cuaca sejuk yang mendamaikan macam ni.Suka okeh!!Saya tak suka berpanas.Sebab tu kalau acara menjadi penjaga padang di sekolah, sayalah yang paling volunteer untuk menarik diri tanpa paksaan.Untuk rekod tahun ni, dah dua job kat padang saya tolak.1st jadi Pengadil Bola Jaring Daerah.2nd tolong Kak Miza jadi Pengurus Pasukan Sekolah Kejohanan Sukan Daerah.Reason terbesar : Tak Suka Berpanas.Tapi suka perpeluhan.Jadi saya tak suka bersauna untuk kurus.Aktiviti lain untuk kurus saya terima pakai kecuali sauna.T_______T

  • Ramai sungguh cikgu GSTT di sekolah saya.Hari ni datang lagi beberapa orang baru,berapa orang pun ntah saya pun dah tak amik kesah.Banyak sangat ok.Rasa macam nak mencecah ke angka 10 ada kot.Nampak sangat cikgu cikgu di sekolah saya tak cukup.Owh, GSTT ni maksudnya Guru Sandaran Tidak Terlatih.Siapa siapa yang bukan dari bidang pendidikan, nak ngajar sambilan jadi cikgu, boleh mohon ke PPD untuk job ni.Untung untung jadi cikgu kan.Gaji pun lumayan!!

  • Hari ni datang juga adik adik yang nak buat ROS dari UPSI.Ok, sekarang dah boleh menggelar cikgu yang baru datang ke sekolah sebagai adik adik.Saya sudah junior senior sekarang.Maksudnya, senior yang mudalah.Senior tapi muda.Ewah.....Ok,sekarang saya macam dah banyak adik adik di sekolah.Semua yang datang panggil saya Kak..urm..

  • Tadi saya tertido di bilik exam okeh.Owh..ini memalukan.Saya sedang tunggu sorang cikgu ni tengah isi markah.Sebab saya pun nak guna komputer yang sama untuk cek mana mana cikgu yang tak key in markah lagi, terpaksa lah tunggu.Hari ni kan hujan kan.Mata pun asyik nak bermanja kan.Sambil tunggu saya pun tak sedar bila saya tertido, yang saya sedar cikgu tu panggil saya "Cikgu Anis.Cikgu Anis".Eh?Bila masa aku tido?...Ok, malu!Dahla cikgu laki laki.Okeh, aku malu!!

  • Hari ini banyak pulak orang nak tegur saya "Bila Nak Kahwin?".Ok,soalan ni saya macam tak terkejut sangat sebab macam dah menerima kebersediaan soalan.Soalan tipikal.Jawapan pun mestilah tipikal kan.Tadi saya pergi pasar malam, jumpa 2 orang cikgu sekolah lama.Dia tanya soalan sama.Then, jalan lagi, jumpa kawan sepraktikal sama.Tanya lagi soalan sama.Last sekali tadi dekat tusyen, saya sembang dengan Kak Intan, pengurus pusat tusyen saya, dia pun tanya soalan yang sama.Aishhhh..penatlah nak jawab soalan macam ni....Esok kita counting lagi berapa orang nak tanya soalan yang sama.Cukup 100 soalan, saya kahwin.Eh?Hahaha.

  • Saya rasa anak murid saya di tusyen adalah best.Saya mendoakan agar mereka berjaya dalam SPM kelak.Ada satu semangat pada diaorang yang saya suka.Saya suka pada orang yang hendak belajar.Kalau engkau tak nak, haku pun tak hingin.Simple kan?

  • Esok miting miting dan miting lagi.Dulu saya rasa best nak masuk bilik miting.Sekarang saya rasa masuk bilik miting tu adalah perkara termengantuk macam dengar kuliha Falsafah Pendidikan di cilik kuliah.Dang!!

Comments

Noor Shakella said…
cikgu diyana,

murid oke after school break for two weeks tu ?

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar