Wednesday, June 30, 2010

Yang Pertama Kali

Ini ceritera cuti sekolah hari tu.Baru nak tulis.Kisah ini panjang.Sila bertenang dan tarik nafas sebelum menulis.Pesanan untuk aku la tu.Haha.

Yang Pertama Kali : Jumpa Blogger yang manis
Ini kenangan manis yang boleh di catat dalam buku biodata diri.Pertemuan bersama blogger, Lyana dan Yonna.Sebelum ni hanya berkicauan di dunia twitter saja.FB membuatkan hubungan menjadi bertambah mesra.Ewah.Untuk pertemuan pertama memanglah saya berdebar dan termalu malu macam nak menyorok dalam baju.Dulu, saya adalah follower kepada blog diaorang yang best , menarik , tertarik kau memang daboom.Dan sekarang macam tak sangka dari follower boleh jadi kawan blogger yang best.Memang diaorang best dan mesra Bob AF.See?Dari blog pun kita boleh bersilaturrahim kan?Memang blog banyak kegunaan.Eh.Macam buah seribu guna ja saya dengar!


Luvlydiyana n LuvlyYonna....Ini bukan model Lovely Lace.


LuvlyLyana.....yang cintakan sandals...

Mid Valley menjadi saksi pertemuan.Eh.Tak Tak.Mc D di KL Sentral yang jadi saksi pertemuan.Mid Valley tu tempat membeli selipar Lyana.Aha!Kasihan diaorang tunggu saya lama kot sebelum nak sampai ke KL Sentral tu.Komuter punya hal la ni.Grr.Grrr.

Sepanjang pertemuan adalah menghiburkan.Sampai preview untuk filem LBS pun menjadi isu ungkitan.Tapi hari tu saya tak boleh nak memperkatakan tentang Farid Kamil secara banyak sebab saya tak tengok lagi.Tapi bila dah tengok, memang betulla LBS tu tak best.Tak rugi pun kalau tak tengok.Tapi rugi bila tengok.T_____T

Kami adalah suka makan dan kuat sembang dan extra untuk Lyana n Yonna : kuat mengambil gambar.Best!Suka tengok Lyana dengan skill kamera besaq dia.Siap boleh buka kelas tutorial kejap dekat Yonna.Saya?Hanya menjadi objek untuk ditangkap.Itu memang kesukaan saya pun dari menangkap gambar.

Kenangan sebelum berpisah.Kami menangkap gambar - gambar artis belian.Excited bertiga macam tak kesah dengan orang dah.Sekarang, bila tulis tengah terasa rindu dan harap dapat berjumpa lagi.Kali ni wish saya harap-harap ada dengan Liz sekali.Kan?



Artis belian yang menjadi pujaan.....
~Nikko, Dayang Nur Faezah , Rosnah Mat Aris~
Untuk Rosnah, engkau juga berhak glamour.Agagagaga :p

Yang Pertama Kali : Naik Bas
Di tahun 2010.Eh, lebih tepat.Selepas ada kereta kot.Entah di masa bila saya naik bas, saya pun dah lupa.Selalunya, saya pergi naik kereta ja.Tapi untuk kali ni,saya malas sebab Zai dah pergi dulu.Takde kawan saya nak drive.Drive sorang sorang adalah mengantuk hokeh!Eh, naik bas adalah tidak terlalu pelik.Tapi, kejadian berkaitan naik bas adalah kejadian pelik yang saya hadapi.Dahla kali ni tak turun di Puduraya, lagila saya macam terpelik pelik di Bukit Jalil hari tu.Ntah hapa hapa lah plan saya kali ni!

Bukan Pertama Kali : Tertinggal Bas lagi hokeh!
Read : Sila baca secara ulangan.Ini bukan kejadian pertama kali.Maksudnya, kejadian ni pernah berlaku ke atas diri saya.Tapi sebelum ni, saya tertinggal bas, ada Ajlaa.Tertinggal bas di Ipoh.Ada Laa time tu.Tapi kali ni saya sorang.Memang tercuak macam nak nangis hokeh.Waddahel......

Hari tu,saya dah beli tiket siap-siap untuk balik Hari Jumaat.Sebab hari Sabtu tu saya dah plan dengan Dayah, nak menjadi tulang belakang di majlis tunang dia.Dah plan sama Tya, nak pergi kenduri kahwin Zai.Dah plan dalam hati, nak pergi kenduri kawin Shida.See?Memang banyak plan saya hari Sabtu tu kan.Dan memang saya kena balik lah hari Jumaat tu!!

Tiket saya adalah 4.30pm, bas transnasional, Bukit Jalil-Kamunting.Sebelum naik bas, saya dengan Ayu pergi ke KPM dulu.Nak selesaikan beberapa urusan yang patut.Lebih kurang 3.30pm saya gerak dari KPM dan Ayu hantar saya ke Putrajaya Sentral.

Sepatutnya, memang akan sampai tepat masalah ikut perkiraan saya.Tapi kalau dah memang malang, ia akan berada di mana mana.Petang tu pulak, hujan selebat alam, kilat sabung menyambung sampai ERL yang laju , yang penuh godaan dengan pramugari cun tu pun boleh ter'stuck' dua kali.Sampai 20 minit kena tunggu.Hati saya berdebar tak payah nak cakaplah.Dalam hati menangis macam hujan yang turun lebat.Bas pukul 4.30.Tapi jam 4.20,saya masih dalam ERL yang tak jalan-jalan.Uwaaaaaa!!Kalau ada kuasa terbang.Dah lama saya nak terbang dah!

Saya dah siap-siap call semua talian hayat yang ada.Tapi seperti ditegaskan seperti ayat yang berbold, malang berada di mana mana, semua kawan sekampung saya dah balik hari Jumaat tu.Saya call Alah, Alah dah sampai kampung.Dayah lagi la dah lama kat kampung.Ema tumpang kawan dia, tapi kereta dah full.Saya paksa Romong balik pun tak boleh dia ada Kursus Induksi.Call aunty saya, dia dah balik pukul 6 pagi.Think Anis Think.Memang aku tak boleh think langsung time tu.Gilo!

Saya gagahkan jugalah ke Bukit Jalil, mana taw nasib saya masih ada.Memang sahlah bas tu dah terlepas.Kan dah cakap, malang tu ada di mana mana.Think Anis ThinkMemang tak boleh think.Rasa nak pengsan lagi ada.Aku dah macam pelarian kemboja di negara sendiri weh.Lepas tu kehulu kehilir cari tiket.Takde!Dah habis!Takde!Gilo!

Saya menggigihkan diri ke Kl Sentral.Semua tiket pun habis,saya rasa nak berdebar memikirkan nasib tersadai di negara sendiri.Nak balik Perak hokeh!!

At last, berjaya jugak saya balik Perak keesokan hari.Hari Sabtu.Naik keretapi Thomas n Frens .Kl-Ipoh jam 9 pagi.Kenapa tak balik Taiping?Sebab semua tiket habis hokeh.Ipoh ja yang terhangat di pasaran.Semua plan nak pergi majlis tunang ka, majlis kahwin segala bagai, semua terbatal.Sedih dan sangat penat hokeh.Pengalaman tertinggal bas adalah penat jika dikenang.

Kat sini nak buat ucapan ringkas sikit.
Terima kasih la buat Ema yang susah payah nak risaukan keadaan saya.Romong yang susah payah pergi ambik dan hangkut saya ke KL Sentral pagi-pagi.Memberi penginapan percuma di rumah 'teman tapi mesra' Romong, Zihan.Kepada Zihan, thanks kepada layanan mesra sepanjang malam.Housemate-housemate Zihan,yang best.Tertinggal bas, dapat kawan baru hokeh.Dan tak lupa kepada Fiwdaus yang sentiasa menjadi pengupdate sepanjang tempoh kesusahan.

Kepada Dayah nama glamer Obet,memang sampai sekarang aku rasa tak best sebab tak dapat menjadi teman setia sepanjang tempoh pertunangan sedangkan aku dah janji, insha Allah hari perkahwinan, aku akan bersama.Ewah.Shida yang tak dapat hadir ke majlis kahwin n last but not least, kepada Zai.Bukan tak nak datang.Bukan tak nak bawa Achik ke hapa.Tapi memang berada dalam kesulitan.Semoga semuanya berbahagia!

Adusss...dah penat rasanya.Entry ni macam terlalu banyak dimuatkan nama orang.Boleh saya berhenti tanpa penutup?Ok, calo bette!







Kelmarin , Semalam dan Hari Ini

Hari Khamis , 12.54am [ jam laptop saya ]

Wallaweh..ini macam tak percaya.Saya baru nak mengonline dalam tempoh seminggu.Maksudnya hari isnin tak buka FB, hari selasa tak layan FB, hari rabu mengabaikan FB.Ini macam ajaib.Saya bizi dalam kebizian yang saya cipta sendiri.FB bukan lagi keutamaan yang harus dibuka setiap hari kini.Bukan lagi untuk masa kini dan mungkin akan datang saya pun tak berapa pasti.Wallahua'lam.



Kelmarin, saya dah berjaya menamatkan novel yang kedua di baca sepanjang 25tahun kehidupan.Karipap Karipap Cinta.Sangat wajib di baca oleh peminat karipap.Extra nota penggoda : Sangat wajib dibaca oleh peminat peminat objek yang bercirikan kelakar.Novel ini bercirikan kelakar waka waka Shakira!.Sampai bila tengah baca novel ni anda akan disangkakan makhluk pelik yang tergelak gelak sendiri keseorangan.Habis baca novel ni pun bila teringatkan Ali, memang rasa nak gelak lagi.Memang bersungguh Ali nak ngorat Sarah.Sampai sanggup pergi belajar buat karipap.Sweetkan?

Sekarang, siapa yang belum baca.Saya suggest pergi cari dekat MPH ka, Popular ka.Beli dan Baca. Jangan Beli dan Simpan.Takpun, Beli dan Bagi Orang.Jangan.Jangan tergolong dalam kumpulan orang yang rugi sebab tak baca buku ni.1 hari saya, dihabiskan dengan baca novel kelakar macam ni, memang terasa tak sia-sia.Eh, puji lebih nampak.Esok saya bakal dapat royalti dari penulis kot.Hahaha.

Semalam, sakit perut.Tak sukalah jadi pesakit.Argh.Sedih.T__________T

Hari ini, haishhh...teringat cerita hari ni macam nak geram dalam hati.Petang tadi saya ada appointment dengan doktor untuk medical check up di Hospital Parit Buntar.Punyalah mencabar iman.Sampai 3 jam hokeh saya tunggu nak jumpa doktor.Sampai khatam satu Majalah Solusi saya baca, nombor tak kena panggil-panggil lagi.Nombor pulak panggil tak tentu arah.Berterabur.132 kemudian 212 kemudian patah balik 192.Waddahel.......

Penat-penat saya tunggu sampai dua jam, then ada nurse panggil 'Anis Diyana tukar bilik 5 ya'.Waa.....pengorbanan saya menunggu doktor di bilik 2 macam sia sia kan.Sekarang suruh saya change ke bilik 5.Takpa, sabarlah kau Anis.Sekarang, macam sudah terang lagi bersport light, service hospital kerajaan memang tak boleh pakai.Tak payahlah gantung besar besar Piagam Pelanggan.Janji kosong yang mengarut.Tunggulah saya untuk lagi extra sejam untuk jumpa doktor di bilik 5.Terima Kasih Anis Atas Kesetiaan Anda Menunggu Selama 3 jam daripada Hospital Parit Buntar buat saya hari ini.Sekian.Eh, marah ni! %@$#@^#$ .

Hari ini , meraikan Majlis Persaraan Mantan Pengetua sekolah saya.Ini bukan saja meraikan Majlis Persaraan, tapi macam meraikan perut juga.Banyak sungguh makan hokeh sampai niat untuk menguruskan perut pun diabaikan untuk malam ni. Sampai rasa tak boleh nak tidur ni.Kekenyangan bagaikan ular sawa comel berbatik batik.Sekarang macam dah boleh tahu faktor perangsang saya untuk menulis blog malam ni : Perut Yang Kenyang.LOL

Ah, dah banyak betul kehidupan peribadi di dedahkan disini.Baiklah.Saya perlu bersurai sebelum saya diangkat seperti syook sendiri.Eh, menulis kisah kehidupan adalah sangat menarik untuk dikenang sendiri.Hanya untuk kenangan saya.Sebab tu saya buat blog ni!

















Thursday, June 24, 2010

Next Attraction

Dulu, saya pernah teringin nak tengok teater yang saya luahkan dalam entry ni . Lepas tu ianya datang macam ting!!My wish become true.Yang saya pun tak percaya yang saya boleh dapat juga nak tengok teater di zaman muda remaja.Ewah!Yang saya rasa sebelum ni, 'siapalah nak tengok teater dengan aku'.Thanks Zai n Niza yang berhajat sama nak tengok.Kalau tak, kempunan la kan.



Teater Natrah : Teater pertama yang saya tengok di Istana Budaya.Fullamak best!Maya Karin sangat cantik.Remy pun hensem.Eh, itu tak penting sangat.Yang penting, cerita dia memang mengujakan.Memang tak rugi saya bayar duit teater.

Kali ni , saya rasa nak pergi tengok teater lagi.Untuk cerita yang saya rasa best.Sekarang, saya nak tulis kat sini dengan harapan saya dapat tengok lagi


Uda dan Dara : 10 - 20 Julai
Dara adalah Misha Omar.Saya tak dapat bayangkan sejauh mana Misha Omar berjaya membawa watak ni.Tapi di dengarkan, teater ni bakal menjadi teater muzikal yang sebenar. Maka, saya nak menghayati kebenaran itu. Entah dapat la tidakkan.Tapi macam teringin nak tengok.Tapi macam tiada harapan ja.Tiada siapa-siapa pun yang ada ura-ura nak tengok cerita ni.Urm, kalau tak dapat pun tak pa lah.[ Pujuk diri ]. T___T


Muzikal Tun Mahathir : 24 Sept - 4 okt
Ini kawan saya Mahirah, siap dah texting saya 2 bulan yang lalu."Anis, aku nak tengok Muzikal Tun Mahathir nanti.Kalau free kita pergi".Time tu saya tak tahu pun teater ni bakal di tayangkan.Schedule Istana Budaya, bukan rajin nak hapdate pun.Tapi saya rasa ini pun menarik.Saya pernah baca kisah hidup Tun Mahathir.So, kalau nak feel lagi boleh tengok ni kan.Ok, ni macam ada harapan boleh tengok kan?






Kerinduan Bertandang

Pagi tadi dah dapat last invitation card dari housemate saya yang last akan kahwin sebelum saya.Kami dulu serumah 5 orang saja.Actually, ada lagi 2 orang. Tapi yang 2 orang tu, duduk sekejap ja.Sorang pindah masuk kolej balik, sorang lagi pindah masuk rumah kakak dia.Yang paling close, dengan ber 5 ni la....


Wani Che Seman.
Kedudukan bilik : Di bahagian bawah.
The One And Only



Us yang ber5 : Gambar semua rojak.

Kema , Anis , Laa , Farah n Wani

Gambar di bawah :

Wedding my housemates yang best dan mengkagumkan


Farah n Din Mat Tap
Tarikh : 01 / 05 / 2010


Laa n Emi

Tarikh : 5 / 06/2010


Kema n Fauzan

Tarikh : 13 / 06 / 2010

To all my housemates yang di sayangi , sampai habis hayat nanti, saya takkan dapat lupa kenangan kita :

  • Cuci rumah yang macam sampah bila 1st time masuk dan tiap kali buka semester baru.Time tu je kot kita cuci rumah secara beria.
  • Masak sama-sama.Makan sama sama.Wallaweh.Ini macam ta bley lupa.Kenangan di dapur adalah kenangan terbest kita kan.Sampai masak kuali pun naik hitam.Lepas tu yang paling kelakar, kita semua masak ada style macam-macam.Aku , Laa dengan Kema style lebih kurang sama ja.Style orang Perak.Bila time Farah monitor jadi ketua masak, kita mula mula , rasa terpelik pelik sikit dengan style Jawa dia.Tapi last last masyuk jugak dengan style masakan dia walaupun dari negeri yang berbeza. 1 Malaysia kan?Rindu!!T__T
  • Dengar bebelan makcik sebelah rumah tiap tiap hari marah anak dia.Kesihan.Lepas tu kita rasa macam nak telefon teledera kan.Huih!!!Aku rasa ,anak dia yang bongsu comel tu dah tadika kot sekarang.Kesian.Comel2 pun kena marah.
  • Selalu tengok AF dekat mapley sama-sama.Sampai mamak tu pun macam dah boleh nak kenal muka kita.Lepas tu teruja bila Mawi menang.Sekarang?Nama Mawi pun tamaw dengar.
  • Tak suka 'Kedai Pangkah'.Pastu kita boikot tak nak pergi makan kedai dia.Sebab busy bosy kan!
  • Pergi keluar tengok midnght time boring study.
  • Pergi keluar jalan kl, lepas tu sesat dah tak jumpa cari jalan balik.T_____T
  • Menganjurkan BBQ depan rumah yang paling mengujakan.Sampai budak 'course' kita request suruhb uat lagi tapi kita dah malas dah.
  • Kena ragut, lepas tu berani pulak nak jadi heroin pergi kejar peragut.Hebatlah kita!!
  • Pergi buat Birthday Party sama - sama.Makan sampai tak ingat donia.Paling tak miss, Secret Recipe. Kita semua suka kan.Laa suka Cheese Cake.Kalau Cheese Cake tu , dia la yang pilih!
  • Aku sakit, korang bawa pergi klinik kan?Lepas tu aku nak pengsan atas motor, Laa dah cuak cuak dah.Kasihan laa.
  • Motor rosak,pergi repair sama-sama.Pergi kuliah sama-sama.Lepas tu takde minyak, aku ngan Farah tolak motor sama-sama pergi Shell.Sambil Farah jerit jerit."Malu weh malu.Aku tak nak dah naik motor dengan kau Anis!"...haha.Alah, bila lagi nak expose muka tolak motor kan?
  • Hangkut peti ais dengan mesin basuh sama sama.Nasib baik ada abang Anuar sebelah rumah kan!!!
  • Pergi pusing satu Kajang nak cari kedai nak repairkan tv kita yang rosak yang kita tinggalkan bawah tangga. Tapi last-last kita surrender, mintak sponsor tv dekat family ja!Boleh la kita melepak malam-malam tengok TV.Lepas tu layan cite indon sebelum bukak posa.Apatah tajuk dia.Lupa dah.Cikgu Ariani berlakon.Aku dengan Farah suka.Wani asyik nak tengok kartun ja!Laa tak suka tengok tv.Suka karaoke sorang sorang.Dia la yang memperkenalkan The Stroke pada kita.Peberet band dia dulu.
  • Bukak posa sama-sama.Pergi bazar Ramadhan sama-sama.Satu bangi kita pernah rasa Bazar Ramadhan kan.Tak cukup Bangi, kita pergi Kajang.Wallaweh.Memang muka kuat pergi bazar Ramadhan.Kenangan bukak posa bagi aku yang paling syahdu tak boleh lupa, time 2nd year.Time tu exam.Aku sorang yang amik paper Physic 1 yang mengkillerkan.Habis exam pukul 7.Hujan.Aku balik basah kuyup.Balik bawa muka kelat sebab tak boleh jawab paper tu.Time tu dah bukak posa aku tak turun2 makan lagi.Sebab korang mengrisaukan keadaan aku yang semacam.Korang ketuk bilik aku ajak makan.Mengsyahdukan.Sebab tu aku rindu korang!
  • Kita rajin pergi terawikh untuk seminggu puasa yang pertama sahaja.Yang lain berselang.Semuanya sebab kuat makan!
  • Pemalas nak bayar bil letrik.Itu semua perangai kita kan?Sampai nak kena potong baru nak sentap.
  • Kena curi baju dengan orang Bangla!!Mangsa paling dasyat Laa la.
  • Pergi Sunway Lagoon lepas habis exam.Duduk berendam lama.Tapi mood spoil sebab nak hujan.
  • Pergi Tesco Kajang sorong troli hangkut barang nak bagi penuh peti ais.Perbuatan 1 kali 1 semester.

Sekarang, biarpun kita berada di dunia yang berbeza, tanggungjawab berbeza, gelaran berbeza, saya Cik, korang Puan. Kenangan ini tetap saya kenang sebagai kenangan terbaik dan termanis dalam hidup saya.Saya hidup dalam kenangan terindah bersama diaorang.Dan kenangan itu tak dapat di erase dan delete macam tu ja.Tak mungkin.

Love n Hugs

From Anis


Wednesday, June 23, 2010

Nawaitu

Saya.............



PERLU KURUS!!


Ok,sekarang dah boleh tampal gambar Angelina Jolie sebagai inspirasi..........




Berat badan 24/06/2010 : 54 kg

Berat badan saya nak : 48 kg

Ok, mulakan sekarang!!

Nota Kaki :
Dugaan pertama dalam menuntut ilmu : Tol Jambatan Pulau Pinang di naikkan.Aku angry okeh!Duit yuran pun tak bayar lagi.T_________T

Tuesday, June 22, 2010

Tulisan Random Tentang Bola

~Fakta Piala Dunia : Pertama kali diadakan di Uruguay pada tahun 1930 : Sumber Google ~

Update laju laju.Tadi rasa taknak update.Sekarang rasa nak update.Eh, macam biskut Chipsmore pulak.Sekejap nak, sekejap taknak.Tadi rasa nak baca skrip jurupantun, tapi bila dah baca , rasa nak update blog.Baiklah.Kita update blog dulu, kemudian kita mengkaji skrip.

Sekarang saya melaporkan :

"sepanjang perjalanan pulang dari pusat tusyen tadi, saya mendapati kedai kedai makan amatlah sesak dan penuh dengan laki laki yang menonton bola.Kedai yang tak selalunya penuh pun hari ni saya nampak penuh.Kedai yang takde skrin besar pun hari ni saya dah tengok, siap beli yang baru.Bau kedai pun ada lagi..Wallaweh"

Dasyat kan penangan bola.Sampai dulu kedai yang tak laku pun jadi maju.Dah laku, pergi beli tv besaq gedabak nah hambik kau!Cukup ja habis musim bola.Simpan saja tv dalam kotak.T_T

Then, saya berperasaan pelik kenapa kaum laki tak suka tengok bola di rumah.Kan lagi best tengok bola bersama isteri kesayangan chenta hati.Sambil tengok bola, isteri bancuhkan kopi.Tak cukup lagi, bila lapar ,isteri boleh hidangkan Biskut Cap Ping Pong.Takmaw Biskut Cap Ping Pong, boleh request nak makan apa saja dekat isteri.Isteri pulak sanggup pegi buat malam-malam melayan karenah perut dan bola si somi.Apa sajalah.Demi u si somi!Demi u!!Ewah...emosi menggeliskan terpapar di khalayak ramai.Itu contohlah.Tapi tetap juga nak melayan bola di kedai yang air kopi rasa dia pun entah apa lah sedap sangat.Kan lagi best tengok bola bersama si isteri yang manis chantek rupawan.Itu saya pelik.Hanya lelaki yang paham.

Urm, perempuan pulak, yang baru nak melayan bola di kala musim bola ini mempunyai ciri :

  • Beremosi secara pelik.Belum lagi nak gol dah terjerit jerit.Tak dapat gol, sampai habis separuh masa pertama dia ulas.Sampai Hasbullah Awang pun boleh resign kalau dengar.Dasyat ah.T__T

  • Tak setia pada team feberet.Mulanya sokong Korea.Sebab mengaku tahap kesetiaan tinggi terhadap Asia.Tapi bila dah Portugal goreng sampai hangit, mula dah chenta beralih arah nak dekat Portugal.Mulala cakap minat dekat Christiano Ronaldo padahal sebelum ni berita dia tukar ke Real Madrid pun,tak penah amik kesah.

  • Tak paham tentang bola pun.Tapi time musim bola ni, semua pemain dia mendakwa dia kenal.Siap nak cakap berapi rapi.Waddahel.Ok, takpa.Semangat 1 donia, 1 bola.Kita terima dakwaan sebegini.Walaupun menyampah kadang kadang.

Dan Saya?

Mempunyai perasaan yang biasa- biasa saja terhadap bola.Tengok pun tak kadang kadang.Tengok hanya pada game yang saya rasa best.Tiada taksub pada satu pasukan sokongan.Yang juara World Cup nanti, saya akan pilih sebagai pasukan idaman.Tapi Kaka tetap pemain paling cute di antara pemain.Itu tak boleh ubah.Hahaha.

Ok, sekarang dah habis.Saya kembali baca skrip :

Mekar budaya bangsa tersohor,
Falsafah bangsa pengukir zaman,
Pesta pantun hidup subur,
Agar terpelihara budaya berzaman




Monday, June 21, 2010

Hapdate Hari Hini


~Sumber Gambar : Facebook Zihan..lampu berkelip kelip..chantek!!~
Hari ni...
  • Hujan sepanjang hari.Dari pagi sampai ke sekarang.Bestnya!!Best sebab sejuk.Saya suka cuaca sejuk yang mendamaikan macam ni.Suka okeh!!Saya tak suka berpanas.Sebab tu kalau acara menjadi penjaga padang di sekolah, sayalah yang paling volunteer untuk menarik diri tanpa paksaan.Untuk rekod tahun ni, dah dua job kat padang saya tolak.1st jadi Pengadil Bola Jaring Daerah.2nd tolong Kak Miza jadi Pengurus Pasukan Sekolah Kejohanan Sukan Daerah.Reason terbesar : Tak Suka Berpanas.Tapi suka perpeluhan.Jadi saya tak suka bersauna untuk kurus.Aktiviti lain untuk kurus saya terima pakai kecuali sauna.T_______T

  • Ramai sungguh cikgu GSTT di sekolah saya.Hari ni datang lagi beberapa orang baru,berapa orang pun ntah saya pun dah tak amik kesah.Banyak sangat ok.Rasa macam nak mencecah ke angka 10 ada kot.Nampak sangat cikgu cikgu di sekolah saya tak cukup.Owh, GSTT ni maksudnya Guru Sandaran Tidak Terlatih.Siapa siapa yang bukan dari bidang pendidikan, nak ngajar sambilan jadi cikgu, boleh mohon ke PPD untuk job ni.Untung untung jadi cikgu kan.Gaji pun lumayan!!

  • Hari ni datang juga adik adik yang nak buat ROS dari UPSI.Ok, sekarang dah boleh menggelar cikgu yang baru datang ke sekolah sebagai adik adik.Saya sudah junior senior sekarang.Maksudnya, senior yang mudalah.Senior tapi muda.Ewah.....Ok,sekarang saya macam dah banyak adik adik di sekolah.Semua yang datang panggil saya Kak..urm..

  • Tadi saya tertido di bilik exam okeh.Owh..ini memalukan.Saya sedang tunggu sorang cikgu ni tengah isi markah.Sebab saya pun nak guna komputer yang sama untuk cek mana mana cikgu yang tak key in markah lagi, terpaksa lah tunggu.Hari ni kan hujan kan.Mata pun asyik nak bermanja kan.Sambil tunggu saya pun tak sedar bila saya tertido, yang saya sedar cikgu tu panggil saya "Cikgu Anis.Cikgu Anis".Eh?Bila masa aku tido?...Ok, malu!Dahla cikgu laki laki.Okeh, aku malu!!

  • Hari ini banyak pulak orang nak tegur saya "Bila Nak Kahwin?".Ok,soalan ni saya macam tak terkejut sangat sebab macam dah menerima kebersediaan soalan.Soalan tipikal.Jawapan pun mestilah tipikal kan.Tadi saya pergi pasar malam, jumpa 2 orang cikgu sekolah lama.Dia tanya soalan sama.Then, jalan lagi, jumpa kawan sepraktikal sama.Tanya lagi soalan sama.Last sekali tadi dekat tusyen, saya sembang dengan Kak Intan, pengurus pusat tusyen saya, dia pun tanya soalan yang sama.Aishhhh..penatlah nak jawab soalan macam ni....Esok kita counting lagi berapa orang nak tanya soalan yang sama.Cukup 100 soalan, saya kahwin.Eh?Hahaha.

  • Saya rasa anak murid saya di tusyen adalah best.Saya mendoakan agar mereka berjaya dalam SPM kelak.Ada satu semangat pada diaorang yang saya suka.Saya suka pada orang yang hendak belajar.Kalau engkau tak nak, haku pun tak hingin.Simple kan?

  • Esok miting miting dan miting lagi.Dulu saya rasa best nak masuk bilik miting.Sekarang saya rasa masuk bilik miting tu adalah perkara termengantuk macam dengar kuliha Falsafah Pendidikan di cilik kuliah.Dang!!

Sunday, June 20, 2010

Ucapan Khas Hari Bapa

Align Center

~Ayah adalah hensem dan manis.Cuba tengok muka saya macam siapa sekarang..~

Entry ni ditulis untuk ayah.Sambil cakap dekat ayah yang sedang tengok National Geographic cerita feberet ayah

"Ayah, akak nak tulis entry tentang ayah.Nanti ayah bukak blog baca.Ok"

Ayah bilang

"Ok"

Ayah memang macam ni.Serius tapi penyayang.Itulah ayah.

Silalah baca ayah.Ini paksaan.Eh?Suka hati maw paksa ayah.Haha.

Ayah,
Ayah adalah yang terbaik pernah dimiliki oleh saya.Carilah 1000 ayah di donia ni pun, ayah tetap yang terbaik.Boleh kalahkan Perdana Menteri sekalipun sebagai ayah!Ayah memang terbaik!!

Ayah,
Ayah tidaklah mengandungkan, melahirkan atau menyusukan.Tapi ayah tetap super de best.Ayah serius tapi penyayang.Paling mengkagumkan, ayah tak boleh tengok anak-anak bersedih, nanti ayah yang terover dramatickan.Ayah adalah segalanya.T_T

Ayah,
Terima kasih atas jasa - jasa yang tak ternilai.Yang tak pernah miss bagi duit belanja dulu, yang tak pernah miss jemput dan hantar akak ke sekolah, yang selalu ajar akak Matematik dari sekolah rendah sampaila ke sekolah menengah.Ayahlah cikgu Matematik terbaik.Ayahlah yang rajin mengajar akak melukis, belikan colour Buncho , crayon, pensil 24 batang yang di request berkoyan koyan semata mata nak bagi akak menang pertandingan melukis kan.Owh ayah!!!
Itu baru sekecil zarah jasa ayah.Kalau nak di senaraikan, macam tak terhitung banyak nya.Dari benda kecil, sampai benda yang paling besar, akak taw, semua ayah sanggup buat demi anak-anak.Sanggup belikan akak basikal,sanggup belikan motor,sanggup belikan kereta,sanggup nak hantarkan ke tusyen sebelah malam, sanggup datang ke UKM semata mata nak tengok motor yang rosak, segalanya ayah sanggup buat.Even tadi akak tengok iklan Mee Goreng Mamee dan request nak makan, ayah balik dari masjid, tengok-tengok ayah dah tolong belikan.Hebatkan ayah.Kalau boleh semua keperluan dan kehendak anak dia nak penuhkan.Semata mata taknak buat anak anak ayah susah kan.Itu memang perangai ayah, sampai akak pun dah banyak kali cakap ke ayah "Takpa la ayah, kan akak dah besar".

Ayah,
Selamat Hari Bapa.Kehadiran ayah tiada galang gantinya.I LOVE YOU TILL THE END OF MY LIFE.. big hugs from kakak!!

Ayah, sini ada ucapan dari adik yang duduk di sebelah buat karangan sambil berangan.Isk adik ni.....

Ayah,
Semoga panjang umur
Sihat selalu
Ayah sorang dalam hidup adik

Tamat.Adik dah tak reti buat ayat dah.

Adik, macam mana nak UPSR ni??Huh!!

Saturday, June 19, 2010

Housekeeping!!

Hari ini separuh hari di habiskan dengan mengemas bilik.

Merungut jap.. T___T

Cuti sekolah dah nak habis.Ya ampun, sangat tak percaya esok adalah Ahad.Hari isnin dah start kehidupan yang tak normal.Lepas bukak sekolah ni, saya tak dapatlah nak bayangkan kerja yang menanti.Semua lepas bukak sekolah, ada pantun daerah , Silat daerah , Headcount sekolah , Slip Exam, semua tu tunggu lepas bukak sekolah.Tu belum lagi masuk benda2 yang 'ad hoc'.Menyeramkan.Ayoyoyo....

Kasih sayang telah dicurahkan sepenuhnya terhadap blog sempena cuti sekolah ni.Rajin sungguh saya mengapdate.Sempena masa terluang.Karang dah bukak sekolah, kalau blog ditinggalkan bersawang, tu tak payah nak heranlah.Rujuk saja sebabnya di perenggan di atas.

Bukan setakat blog, bilik pun kena di curahkan kasih sayang.Hari ini, separuh hari menghabiskan masa dengan mencunkan bilik.Susun segala bagai collection yang di simpan dalam bilik.Yang perlu ,kita simpan, yang tak perlu kita buang.

Ok, dah habis merungut.Sekian.Terima Kasih.Kita bersurai.

Eh?Dah habis cakap, senang-senang ja maw keluar.Bentar ya,kita tengok dulu gambar koleksi yang ada didalam bilik,sebagai tatapan....


Koleksi hadiah comel dan doorgift dari kenduri kawen kawan.Si kuda tu doorgift kenduri kawen Ajlaa.Hebat kan?Kenduri kawin dapat kuda.Patung konvo, hanya satu tu ja yang tinggal. Ada 3.Yang lain dah nazak di kerjakan sepupu saya.Aduyai.....


Koleksi baju.Susun balik semua koleksi baju dalam almari.Macam dah tak muat dah.Kena susun semula.Ini aset penting ke sekolah.Cikgu ni macam peserta AF.Banyak sangat pengkritik.Contohnya macam kalau pergi sekolah, dua minggu berturut ada terpakai baju sama, adalah tu pengkritik Mama Juwie nak cakap.."Cikgu ni asyik pakai baju sama je"....Tudung pakai tak cantek pun ada nak tegur.."Cikgu, tudung tak cantek!"..Macam macam.Maksudnya, bila pergi sekolah kena perfect.Anda sangatlah diperhatikan disekolah.Gaya jalan, gaya cakap, gaya gelak, jenis baju, jenis kasut, jenis handbag, jenis tudung.Everything lah!Sampai benda kecik pun kadang-kadang students ni nak amik kesah.




Koleksi buku yang di baca sebelum tidur,sambil tunggu orang,sambil miting kat sekolah,sambil jaga exam kat dewan sekolah, HOHO.Alamak!Kantoi!!,sambil tunggu giliran kat bank,sambil tunggu nak masuk kelas, time rasa boring, time rasa nak baca buku dari baca blog, time rasa nak beli buku, tapi ada yang tak habis baca lagi pun ada..Hoho......Ni dia koleksi kesayangan masa kini.I Love Books!!!Sangat2!!Macam nak idamkan sebuah perpustakaan mini di rumah sendiri kelak untuk bacaan saya dan anak anak.Lepas tu saya nak borong 1 MPH ka,Popular ka,letak semua buku dalam tu.Wow bestnya!! I wish.I wish.I wish.

Saya tak pernah baca novel pun.Tanyalah cerita Ramlee Awang Murshid ka, Aisyah Sofea ka,Ahadiat Akashah ka, satu pun saya tak pernah baca, tapi suka paksa orang suruh cerita.Satu satu nya novel yang saya pernah baca, Ketika Cinta Bertasbih.OMG!!Sangat suka cerita tu.Sampai novel pun saya hentam.


Koleksi sampah dalam bilik.Haha.Ni semua dah buang.Sekarang bilik saya dah bebas sampah.Yahoooo!!


Koleksi tempat tidur.Eh, ni bukan koleksi.Tempat tidur ada 1 ni ja.The Pinky Bedroom, siap dengan pakej bodyguard lagi.Ah, saya dah nampak gambar katil ni.Bodyguard yang huggable pun dah memanggil manggil.

Ok, kita bersurai sekarang.Calos adios amigos.

Friday, June 18, 2010

Tolong Tanggalkan!

Esok Sabtu dan kemudian Ahad.Dengan tibanya Ahad maka berakhirlah cuti sekolah serentak dengan pesta kenduri kawin.Pergh..banyak sungguh perlu menunaikan kewajipan sebagai jemputan tahun ni.Sampai tak terpergi untuk semua kenduri.Sangat banyak ok!

Bila dah banyak sangat kenduri kawin, banyak jugaklah penunjuk arah yang di tampal di tiang tiang trafic light, tiang lampu, tiang telefon, tiang bendera,segala jenis tiang lah nak tampal.Tak cukup tiang, pokok pun jadi mangsa.Satu tiang, bukan setakat 1 atau 2 petunjuk arah....kadang kadang hambik kau.Sampai lima.Siap letak bunga manggar semua.Kalau boleh letak lampu lip lap lip lap, pelita ka, bunga bunga keliling tiang, saya rasa memang dah ada orang buat dah.Macam tiang tu pengantin punya.Mentang mentang lah RAJA sehari.Pandai pandai buat undang undang sendiri.


Untuk memasang petunjuk arah di tiang tiang kegemaran ramai, saya tak kesah lah.Sebab ianya membantu orang nak cari rumah pengantin di mana.Sekurangnya, tanda arah tak berbayar ni boleh lah membantu untuk cari rumah pengantin kan.

Tapi yang mengannoyinkkan saya adalah bila dah pandai letak petunjuk arah secara meriah di tiang tiang awam, awam tu maksudnya bukan hak kau.Hak orang ramai.Pandai lah nak tanggalkan balik.Tadi saya ke Seberang Jaya.Saya rasa sepanjang perjalanan yang ada traffic lite dan tiang, penuh dengan petunjuk arah ni.Saya dah bilang, saya tak kesah dengan kehadiran sebarang petunjuk arah ini.Tapi bila dah berminggu minggu kahwin, tak reti nak tanggalkan balik, nampak tak macam menyemakkan pemandangan Malaysia?Penuh satu tiang nak tampal!Mentang mentang dah seronok kahwin,sampai dah lupa dah arah rumah di jaja.Aduyai....

Rimas betul saya tengok.Yang dah pandai tampal tak reti nak tanggal.Tolonglah tanggalkan.Semua tu adalah sampah.Patutlah negara Malaysia kotor.Di tiang tiang pun bertampal sampah.Memang ini menyampahkan.T_______T

Thursday, June 17, 2010

Menonton Itu Hobi


Saya dah tengok Karate Kid.Memang best.Tidak di sangkal lagi.Filem ni bagi saya lebih kepada pembakar semangat.Tengok filem ni macam nak cakap, yang lemah jangan di hina sangat....Hari ini hari kita, esok hari dia pulak....

Yang best tentang filem ni, tentang part kungfu.Macam mana Dre tu belajar kung fu.Pelan pelan mula dari skill sangkut jacket, sampai la ke skill tiru cara ular.Semua dia gigih belajar.Never Say Never.Tiada yang mustahil dalam dunia ni kan.Dre boleh.Anis pun boleh.Eh?tetiba....

Overall, cerita ni memang best.Kalau nak di bandingkan dengan A Team, saya rasa masing masing ada kekuatan sendiri.Dan masing masing best.Tak rudi kalau tengok dua dua filem ni.A team ada unsur lawak dan action.Karate Kid ada unsur sentimental dan action.2-2 best dalam cara yang sendiri.

Next movie yang nak tengok

1. Salt...sebab ada Angelina Jolie.Suka okei.Dah la hot.Memang kena pergi tengok.

2. Wall Street....saya rasa cerita ni best sebab ada benda yang nak kena pikir.Tengok banyak movie dan terlalu menerima sangat, kadang kadang saya tak suka.

3. Toy Story....ni macam nak tengok dalam bentuk 3D.Pastilah menarik bukan?

4. Sampai sekarang saya mengidam nak tengok Valentine n Letters to Juliet.Dang!..Cari DVD pun tak jumpa2..sungguh menghampakan bukan?Baru nak bermood jiwang.Sighhhhhh......




Prevention Is Better Than Cure

Baca Di sini


Nak lebih bermaklumat, sila google.Sekian Terima Kasih.

***********************************

Saya sebelum ini tak tahu pun tentang kewujudan penyakit ini.Tapi bila dah bekerjaya dan mula bersembang dengan orang yang berpengalaman, saya terdedah juga dengan benda ni kan.

Cyst ini adalah sejenis penyakit yang salah satu puncanya adalah dari senggugut. Dulu saya tak ambil kesah pun pasal ini.Tapi, bila 2, 3 cikgu di sekolah menceritakan pengalaman hidup bersama cyst, saya jadi kesah. Sebabnya, cyst boleh juga menyumbang kepada masalah sukar hamil.Ini saya kesah.Sebagai perempuan, walaupun masih belum berkahwin dan tiada berplan maw nak kahwin dalam masa yang terdekat, hal penting sebegini saya kesah.Perempuan mana yang tak nak anak kan?Melahir dan menambahkan umat Islam di dunia.Siapa tak nak kan.

Selain dari sukar hamil, cyst juga boleh menyumbang kepada kanser jika tidak di cegah.See?bahayakan.Cyst ini juda ada banyak peringkat.Kalau teruk, boleh sampai kena bedah.Kalau tak teruk, doktor akan bagi ubat untuk kecutkan cyst.Dan lepas tu insha Allah ok lah.Ada sorang cikgu sekolah saya, dia kena cyst time dia zaman muda.Siap sampai kena bedah.Time tu dia pun risau la sebab dia baru ja lepas kahwin.Tapi bila dah bedah dan baik dari pembedahan, dia terus mengandung dan dah berjaya mengandung sampai 5 kali.Anak anak pun dah besar sekarang.Alhamdulillah....

Tadi, saya dah pergi cek keadaan kesihatan diri.Buat appoinment dengan Dr Jaya yang sangat nice dan lemah lembut orangnya.Time dia consult , saya rasa tak puas.Rasa nak duduk lama lama untuk dengar Dr jaya bercakap saja.Saya pun tak berapa pasti agama apa yang dianuti Dr Jaya.Tapi time dia consult saya, dia siap cakap 'Alhamdulillah' , 'Insha Allah'...buat saya assume mebi dia adalah muslim tapi bernamakan india. Takpun , mebi dia adalah India, tapi memahami agama saya.Saya hanya buat andaian.Tapi tak tanyalah..'Dr, are u muslim?'.Balik rumah baru nak berteka teki sendiri.

Owh, bila Dr Jaya check saya, memanglah saya ada cyst juga.Tapi alhamdulillah masih 3mm.Baru di taraf nak mula.Dr bagi ubat untuk kecutkan cyst, insha Allah Dr cakap, akan kecut.Mencegah awal adalah lebih baik.Rahim ok.Semua tak de masalah.Syukur sebab saya masih lagi wanita normal.

So, mana mana perempuan yang selalu senggugut setiap kali nya datang bulan, saya suggestkan, pergilah cek.Benda ni nampak simple.Tapi, janganlah nanti bila nak kahwin atau dah kahwin, baru nak ambil berat masalah seperti ni.Penyakit dalaman.Kita tak tahu.Yang penting, jagalah kesihatan.Itu kita mesti ambil tahu. Saya pun sebelum ni anggap senggugut adalah penyakit bulanan biasa. Tapi bila dengar sampai ada yang sukar nak hamil sebab senggugut, saya pergilah juga check kesihatan diri. Tak salah pun kalau pergi check kan.

Sebelum pulang, last ayat yang Dr Jaya tanya saya

"When do you want to get marry?"
I dont have any plan

"Dont wait too long to get marry"...

Aik?ni nasihat kesihatan ke atau nasihat mencari jodoh?


Baiklah.Baiklah.Hahahaha.








Wednesday, June 16, 2010

Tulisan Sebelum Tidur

1. Cuaca sekarang adalah sejuk.Best.Dalam seminggu ni hujan asyik turun di waktu petang sampai ke malam buat tidur pun sampai lena diulit mimpi.Best.Saya suka hujan sebab sejuk.Tapi hanya hujan di waktu petang.Bila hujan di waktu pagi saya tak suka sangat, sebab nanti kain yang di sidai tidak berada dalam keadaan wangi.Kain lembap.Saya tak suka.Eh?boleh pulak nak suka pada hujan petang ja.Hujan pagi macam nak menarik muka masam.Hujan tu kan rahmat.Mana taw tuhan tu nak bagi pagi ka petang ka.Aduyai....

2. Semalam saya menghabiskan masa seharian dengan kawan terbest Tya.Kami dah tengok A team.Plan asal nak tengok Karate Kid.Tapi tiket full.takpela, kami pasrah dengan menyaksikan aksi anak anak buah Anis Team a.k.a A Team.Cerita ni action movie.Tapi ada unsur kelakar.Bagi saya, cerita ni menarik sebab A Team ni cekap dan bijak dalam mengatur strategi.Saya suka ciri ciri tu.Sebab tu saya suka cerita ni.Plus, cerita ni tak skema.Keja nak menembak dan bertumbuk sepanjang masa. Tak tak.Ada unsur kelawakan jugak dalam cerita ni.Jadi tak lah boring sangat asyik tengok orang main tembak tembak je kan.Tak rugi pergi tengok.tapi saya tak tengok Karate Kid lagi.Dengar dengar bestkan....

3. Sekarang musim bola.Untuk rekod setakat ni, saya baru tengok game Brazil lawan Korea semalam.Referee orang Malaysia.Siap nak terbangga bangga.Tapi tu pun saya tengok untuk setengah jam yang pertama sajalah.Lepas tu saya hanya tengok dalam mimpi.See? Nampak sangat saya tak addict pun pada bola.Tapi sebab kedatangan World Cup bukanlah tiap tiap hari, saya dengan berbangga hati menyokong pasukan Brazil sebab ada Kaka.Dia adalah cute dari mana mana pemain bola dunia.Ok.Ni memang ciri ciri perempuan penonton bola kan.....

4. Hari ni saya rasa saya semacam tidak disukai orang.Biasalah, kehidupan yang mencapai usia suku abad ni bukanlah dapat memuaskan hati semua pihak kan.Saya cikgu bukan angel.Saya buat baik pun kadang kadang masih kurang sempurna.Tapi saya tak suka kalau orang tak suka saya atas sebab yang saya tak tahu.Orang judge saya bukan bukan pun saya tak suka.Tak suka.Lebih mudah bagi saya kalau tak suka bilang saja tak suka.Life is easy not complicated.Buat apa nak di susahkan benda yang senang kan.


Monday, June 14, 2010

Program Mari Melawat USM

Hari Isnin hari ini bukanlah seperti hari Isnin yang biasa.Yang boleh menstresskan sampai rasa sampai rasa nak delete senarai hari Isnin dari kalendar, yang tinggal biarlah hari Sabtu dan Ahad saja.Sympthom Monday Blues.Adatlah.

Tapi hari Isnin hari ini buat diri rasa sungguh best wow weee junior juice.Perasaan cikgu di hari cuti.Semua macam ni.Adatlah.

Hari Isnin hari ni pun saya rasa maw bergembira.Mensetelkan semua kerja yang tertunggak.Nanti bila time bukak sekolah, semua kerja yang tertungggak ni akan berlambak lambak sampai mula rasa sesak dada nak tengok kerja pun dah rasa menyampah.Ini perasaan cikgu selepas cuti.Adatlah.

Eh?Apa kes dengan adat adat ni.Benda yang selalu di buat,boleh di kira adat.Adat meminang, adat bertunang, adat bersanding.Itu semua adat.Sebab orang selalu buat kan.

Plan asal hari ini maw ke hospital buat medical check up.Itu niat asallah.Tapi niat terus menjadi terpesong dari sasaran bila saya mencall kawan saya untuk bertemu janji membawa saya melawat USM yang bakal menjadi sasaran pengajian, dia bilang yang dia free hari ni ja.Yang lain dah fully booked.So, saya cancel semua plan nak jumpa doktor-doktor yang manis, di ubah kepada plan Mari Melawat USM.

Program ini diadakan bagi mengelakkan kekekokan di hari pendaftaran.Tengok tu,memandai kata ini adalah program.Macam gempak sangat padahal yang pergi hanya bertiga.Saya, Raihan dan adik saya Fatin.Raihan adalah bekas student USM.Jadi selok belok USM memang dia dah master.Sebab tu saya mintak tolong dia.Program ini saya buat agar saya tak terkapai kapai macam pelancong jalanan nak cari pintu masuk USM, nak cari mana fakulti, nak cari mana library di hari pendaftaran kelak.Tidak tidak.Ciri kebersediaan kena sentiasa ada.Nanti time mendaftar, pergi sorang sorang pun dah rasa ok dah.Eh, memang saya kena pergi sorang sorang pun time mendaftar nanti.Huh!

Hari ini saya melawat USM.Tak semua tempat saya round.Tapi cukup-cukuplah kalau dah tahu fakulti tempat saya nak mendaftar nanti, library tempat saya nak mencari jurnal nanti, masjid tempat saya nak solat nanti.Itu pun dah lega.Siap saya ulang 2 kali pusing USM nak ingat dah hafal jalan.1st time saya meround USM.Tak besar.Cepat ja nak hafal lorong lorong tersembunyi di jalanan.Tempat tempat yang lain, biarlah saya belajar ketika menjadi pelajar nanti.2 tahun tempoh masa nak meround USM.Kalau tak tahu banyak tempat lagi memang...........

Yang mengkagumkan tentang USM, ada satu tempat boleh tengok Jambatan Pulau Pinang dengan view yang sungguh menggoda panorama hati.Sumpah memang chantek.Rasa kagum dengan Jambatan Pulau Pinang, padahal selama ni ulang alik naik jambatan, sikit pun tak heran.Subhanallah...memang chantek dan sejuk.Sejuk sebab time saya pergi, kawasan tu berangin.Rasa best sangat macam nak berlari lari buat aksi drama.Saya cakap macamlah.Tapi saya tak buat pun.

Selepas melawat semua tempat yang dihajati, saya siap request dekat Raihan nak bawa pergi ke tempat tempat makan seluruh USM.Ini macam penting.Saya taklah berapa berkepentingan terhadap makanan.Tapi bila datang nafsu merambang, makanan tu adalah yang sangat terpenting dalam kehidupan peribadi.Erkkk..kau paham tak?Tak paham jangan pahamkan.Soal perut.

Objektif bagi program hari ini bagi saya adalah tercapai.Saya dah taw sikit sikit selok belok USM.Lepas ni tak payah nak risau nak bawa kereta maw belok kanan atau kiri.Insha Allah dah terer.Ok sekarang,dah habis satu kerja.Kena buat balik kerja pada plan asal.......MEDICAL CHECK UP...di hari Rabu.....hullahop.

Sedikit gambar sebelum bersurai.....


Di depan Masjid.Untuk kesenangan nak bersolat mencari keredhaan Allah dalam menuntut ilmu.Ini penting.Kekuatan saya sekarang pun semua datang dari Nya....~sayu~


Jambatan Pulau Pinang dari kejauhan.Chantek...Subhanallah......


Rasa nak terbang.Angin sepoi sepoi bahasa Malaysia....erkk..??


Di Library.Menangkap gambar dengan keazaman akan selalu pergi.Untuk rekod sebelum ni, macam pelik kalau ada kewujudan saya di library.......


Tadaaa...ini lah fakulti saya..bakal okeh...

p/s : ada tak siapa siapa kawan2 yang amik Sarjana Pendidikan Sains kat sini..?Saya maw kenal....takpun yang sedang mengikuti pengajian di sini.Saya maw kenal dengan dia.Yang boleh bantu membantu di masa depan kelak..Tolong okei kalau ada.Saya perlukan pertolongan.

Dah habis gambar kan.Ok, kita bersurai....




Sunday, June 13, 2010

Contest Gambar Best by Asada

Ini bukan entry untuk menang contest sebuah piramid saja.Kalau tak menang pun tak pa.Ceh, mengalah sebelum bertanding.Ini tidak di benarkan sama sekali dalam adat pertandingan.Tetttt.

Entry ini di buat oleh Asada.Contest berkaitan gambar.Saya suka bergambar.Sebab tu saya join.Dan saya ada banyak gambar sebab tu saya join.Dan saya nak menang hadiah.Sebab tu saya join.Errr..bukan kah motif untuk join contest mesti nak menang kan.I'm the winner!!Ceit.Belum tunjuk gambar dah mendakwa winner.

Saya ada banyak gambar.Nak pilih yang mana terbest adalah satu perkara yang sukar dalam hidup.Jadi saya letakkan saja beberapa gambar.Sebab setelah saya baca syarat contest sebanyak 10 kali, tiada jumlah gambar yang di hadkan untuk di letak.Bila dah pasti.Hati berkata yahooo...boleh letak semua folder gambar sebab semua gambar adalah terbest.Tapi bila di fikir saya akan di reject kerana tamak, ok fine.Ini saja akan saya letak...

Semua gambar adalah gambar memori terindah bersama rakan.Yang takkan boleh di buat rancangan ulangan seperti Astro.Tak tak.Kehidupan yang semakin menuju kedewasaan kadang kadang membuatkan cara hidup untuk berfoya foya pun berubah.Jadi semua yang ada adalah kenangan.Yang akan saya sentiasa ingat dan cerita pada anak anak, di zaman muda saya, saya ada banyak kawan yang SUPER DUPER best.Sebab tu saya kata, tak menang contest pun tak pa.Yang penting, kenangan yang tak berbelah bagi terhadap gambar.Saya rasa saya dah menang untuk diri saya.

~GAMBAR - GAMBAR SAHABAT~

With Tya, my bestfren.Ini gambar time Tya di zaman sebelum kawen bersama saya.Dah kawen, kehidupan semua macam dah bizi.Sekarang, saya pun tak tahu bilakah masa berfoya foya macam ni nak datang.Tya pun dah di negara Koala sekarang bersama suami.Sekali sekala balik Malaysia baru boleh jumpa.Tu pun tak lama kan.Sempat la nak tengok Lagenda Budak Setan bersama.Nak tido, lepak-lepak, gosip sampai ke tengah malam macam kena curi curi masa nak buat baru boleh.Tidak seperti dulu lagi. T______T


Sahabat berfoya foya.Wukong, Nalim, Ajlaa n Fizah.Sekarang pun semua dah bawa haluan masing masing.Ajlaa dah kawen.Fizah , Wukong ngan Nalim sibuk kerja.T_____T


Kawan kawan sekolah yang masing masing pun dah bawa haluan masing masing.Aiman n Husna, dah jadi doktor, sebuk manjang la kan.Moon dah jauh di Sabah ba...Yang lain sibuk nak kahwin.Fasa kehidupan memang akan berubah selepas 25 tahun kan?



Bestfren terbaik.Anis,Ema n Romong.Kawan seukm, sesekolah, sekampung,sekereta.Ini kawan.Dari dulu sampai sekarang.Saya berbangga dan bersyukur ada kawan macam diaorang.Sebab time saya susah, saya taw ada kawan.Time saya senang, saya taw saya ada kawan.Lega.Ini saja kawan yang masih tak berubah walaupun bizi.Sebab ketiga ketiga masih lagi berkeadaan solo.Ukhwah masih kuat.Dan jika salah satu dari kami kawen dulu, mesti yang 2 lagi nak sentap.Hahaha.

Ini semua gambar terbaik.Kawan terbaik.Owh, sebenarnya saya ada lagi kawan kawan yang terbaik.Kawan kawan UKM dulu juga adalah terbaik especially housemate2 yang banyak mengajar saya tips memasak.Tapi kali ni saya buat edisi kawan sekolah menengah.Cukup cukuplah tu.Kang kalau saya letak banyak lagi gambar, terasa tamak macam maw bolot hadiah sorang ja.

Asada, sekarang kuasa adalah di tangan gaban anda.....

Saturday, June 12, 2010

Pelajar Separuh Masa

Saya dah dapat balik Perak.Yeay!Sumpah terharu setelah berbagai onak ranjau berduri di lalui.Hujan Panas di redah.Naik LRT,naik ERL,naik Putra,naik komuter, naik teksi, jalan kaki, naik bas, tertinggal bas, naik ketapi.Baru sampai rumah.Ha,ambik kau.Pengangkutan awam mana yang saya tak naik semalam?Cuba bagitaw.Betapa struggle nya saya nak balik ke bumi Perak negeri kecintaan.Dah dapat balik, sampai rumah mula buat muka pelik sebab macam tak percaya dah sampai.

Meninggalkan blog dan FB berhari hari membuatkan rasa rindu yang mendalam.Sampai terasa nak update status via Mobile.Sebelum ni macam tak berasa takjub sangat dengan perkhidmatan internet di hujung jari.Bila dah jauh dari sumber Streamyx, bila disisi kau dikeji, bila jauh kau dirindui baru terasa betapa untungnya handfon ku canggih sikit.Sikitlah.Tunggu saya memiliki BB ka,iPhone ka, jadi banyak canggih lah.Hahaha.

Dah lah, tamat sesi luahan perasaan.Itu nanti saya buat satu entry khas luahan perasaan sepanjang keberadaan di ibu kota.Nantikanlah...Ewah..

Sekarang saya maw cerita status perkembangan program pengajian saya di peringkat Sarjana.Sebab sudah ada kawan saya yang sudah mengcall, YM, DM untuk bertanya kan tentang keadaan saya yang dah janji kata maw update tapi last-last cerita kawen juga yang saya update kan?Ceit.

Sekarang mari saya mengformspringkan diri sendiri.Aku tanya.Aku jawab.T__T.Sedih bukan.Macam syook sendiri.

Universiti Pilihan?
Ini saya dah tetapkan hati.Setelah buat istikarah berhari hari, doa tak henti henti, saya semakin yakin dengan pilihan saya.Saya maw menyambung pengajian di peringkat Sarjana di USM universiti APEX.Sebenarnya saya terlalu mawkan UKM.SANGAT!.Saya ada kawan,sepupu,lecturer kesayangan, semua kat sana.Plus, saya dah taw lecturer yang bakal jadi penyelia saya adalah Prof Lilia Abdul Halim.Saya sangat adore dia dulu ok.Sebab dulu dia adalah dekan fakulti saya yang sangat baik hati.Saya pernah kelas Micro Teaching dengan dia.Ingat skema.Tapi tak.Sebab tu saya sangat mawkan UKM.


Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu suka kepada sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah jualah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya.

(Al-Baqarah: 216)


Tapi,bila difikirkan jarak,saya terasa tewas.Sebab saya bukan student Full Time taw.Saya adalah student Part Time yang kena berulang ke kampus di hujung minggu.


Kenapa tak amik Full Time?
Sebab saya masih terikat dengan kerajaan malazia selama 5 tahun wajib berkhidmat.Sah jawatan pun belum.Dulu time belajar ijazah sarjana muda duit free.Makan semua ditanggung.Saya 2 tahun pun belum lagi cukup perkhidmatan.Dah gatal - gatal nak pergi sambung balik.Sebab tu hanya boleh buat part time.OK.

Ada yang siap suruh saya tunggu 5 tahun.Kemudian apply lagi duit free sekali lagi.Owh, 5 tahun tu terlalu lama bagi saya ok.Niat saya ni dah tertunggak 2 tahun.Dan saya adalah manusia bebas tanpa ikatan sekarang.Jadi tak salahkan saya berjuang sedikit untuk kehidupan walaupun tak payah nak bagitau 1000 kali kat saya benda ni susah.Saya sedar.Kan dulu dah bilang, saya takkan buat sia sia dalam kehidupan.So, berhentilah bertanya soalan atau keluarkan kenyataan yang bukan-bukan sampai buat saya stress ja kadang kadang.I Know What I'm Doing Right Now translate Saya Tahu Apa Yang Saya Lakukan Sekarang.

Tajaan?
Ada!Duit gaji yang diberi kerajaan secara bulanan.Maksudnya, duit gaji sendirilah!Oh ya..di sini saya nak share beberapa info buat rakan-rakan.Saya ada juga search beberapa dana untuk menanggung pengajian pelajar separuh masa seperti saya.Ini saya nak bagitaw.Tajaan Biasiswa adalah TIADA bagi students part time.Kalau nak mintak jugak, boleh try biasiswa keluarga sendiri memang confirm FREE.Lalalalalala.

Pinjaman MARA
Bermula tahun 2010, peruntukan pinjaman MARA hanya di beri kepada student IPTS bukan IPTA.Untuk IPTA, hanya boleh buat pinjaman PTPTN.

Biasiswa KPM a.k.a Kementerian Pelajaran Malaysia, kementerian saya lah tu..
Info yang ingin di share.Bahagian Tajaan Pendidikan KPM dah bertukar pejabat ke Cyberjaya.So, mana mana kawan yang ada nak mohon biasiswa untuk anak ataupun adik di masa depan kelak, sila ke Cyberjaya.Lokasi pejabat adalah di Jalan Usahawan 1.Cari Maybank di Cyberjaya untuk panduan arah.No telefon Bahagian Tajaan Pendidikan masih tiada buat masa sekarang.Saya call infoline 03 88846000 untuk dapatkan maklumat.

Untuk pinjaman memang tiadalah setakat ini.Sedangkan biasiswa pun dah tak di keluarkan sekarang sejak tahun 2008 ( saya blurr sikit dengan maklumat ini ).Owh, macam mana dengan nasib di masa depan kan.Ada tak lagi tajaan biasiswa.KPM, sayangi lah saya.Saya maw sambung PHD dengan duit KPM kelak.Eh,belum lagi berjuang di peringkat Master dah sebut pasal PHD.Boleh demam macam ni....

Tajaan KPT a.k.a Kementerian Pengajian Tinggi.
Hanya untuk pensyarah dan tutor di pusat pengajian tinggi.Biasiswa seperti yang dalam Mini Budget tu dah tak di keluarkan ok.Dah penuh permintaan.Kalau nak, tunggu belanjawan 2011, apa pula PM nak bagi...alert...Belanjawan penting ok.Dulu saya pun tak heran.Tapi sejak dewasa, saya heran.Sebab banyak kaitan dengan kehidupan peribadi.Yalah, dulu hidup bersandarkan mak dan ayah yang di tatang tatang.Apalah yang perlu dipikirkan bukan...?

Yayasan Negeri Perak
Dah tak boleh buat pinjaman ok.Kalau ada pun hanya setakat 1st degree ja boleh pinjam.Yang selebihnya TAK ADA

Pinjaman PTPTN
Ini ada.Tak silap saya, untuk pelajar part time boleh buat pinjaman untuk bayaran yuran sahaja.Saya tak berapa pasti lagi tentang PTPTN.Setakat ini, itu saja yang saya taw.

Pesanan Untuk Rakan....[ siap ada pesanan,kali ni... ]
Jika ada yang berminat untuk berjuang seperti saya, saya amat menggalakkan.Proses pembelajaran kan berlaku sepanjang masa.Selagi ada masa, pergilah belajar.Jika maw maklumat atau sedikit nasihat, saya boleh bantu selagi terdaya.Insha Allah...


Kahwin?
Ni soalan cepu mas yang selalu di tanya.Tak nak kahwin ke?Isk.Tanyalah kepada seluruh perempaunberusia suku abad seperti saya.Mestilah nak.Tapi saya percaya pada jodoh.Umur berapa pun saya redha jika itu yang Allah tentukan yang terbaik untuk saya.Jika ada jodoh, saya kahwin.Tak semestinya bila dah sambung belajar tu menghalang kita untuk melangsungkan benda baik kan.Fatwa mana yang dapat ni?Kahwin itu kan sebahagian dari agama.Jika di takdirkan saya kahwin ketika belajar + bekerja pun saya redha.Sebab saya taw, apa yang di tentukan Allah tu adalah yang terbaik untuk saya kan?Allah lebih tahu kemampuan saya.

Dah, saya pun macam kaunselor lagi.Ni yang malas nak buat entry macam ni.Nanti terlajak macam terlalu nak bagi nasihat sangat.Sedangkan saya sendiri pun masih kurang bernasihat.

Ok lah kawan kawan.Tentang master saya, itu saya yang boleh di ceritain sekarang.Ada info tambahan, saya ceritakan.Insha Allah.Saya dah capek ni.Sehari bermusafir di jalanan.Esok saya update lagi ya. :)





Tuesday, June 8, 2010

KawenThon Part 3

Nak update tentang kenduri kawen lagi......

Hari kejadian : Di hari Ahad.Sehari selepas selepas wedding Ajlaa dan Ain



Kenduri Kawen Shira di Seri Iskandar.Yang couple berbaju putih tu pun pengantin baru seminggu.Inai pun tak hilang lahi.Wallaweh.Gembira tersengih sengih dah kawen....



Kenduri Kawen Shima di Kampung Gajah.Kredit pic to Murni.Saya punya gambar semua hilang habis terdelete.Padan muka.~Menyesal~


See? Ramai sungguh kawan kawan yang sudah melangkah ke alam baru sekarang.Dan saya yang masih tak baru baru tetapi masih segar bugar seindah bunga yang mekar [ ayat metafora over, saya tau.diam kau!!hahaha ] , akan terus meraikan kawan kawan. Tu kan kerja saya untuk mencukupkan rekod kehadiran ke majlis majlis kawen.Ni dah tambah lagi 2 kenduri yang saya hadir.Kalau ikut jumlah sebenar yang belum saya jumlah kan, lebih 20 kot.Mebi.Gila kau punya banyak.Nanti nak kira.Buat rekod.Cukup 30 kenduri saya hadir, saya kawen.Haha.

Kenduri 1st yang saya pergi di hari Ahad adalah kenduri Shira.Shira adalah kawan sesekolah saya dulu.Kami sepengawas.Setugas juga kadang kadang.Tapi Shira kelas agama.Saya budak Sains.Walaupun berbeza kami tetap sama.Suka gelak.Itu tak boleh blah.

Saya pergi dengan Acik,Anne dan Zura.Semua rakan sesekolah.Rombongan girls only.Lelaki tak bley.Agak berbunyi perkauman di sini.Kami sampai dalam pukul 2 dan elok kitaorang sampai Moon n Husna pun sampai sekali.jadi macam datang together.Gathering kecil di majlis kenduri.Boys pun ada yang tak balik lagi.Ini adatlah.Dulu kita berreunion secara besaran di majlis sendiri.Bila dah masing masing ada komitmen yang tak berbelah bagi, buat reunion di majlis kenduri pun kira jadi.

Lepas buat acara wajib, bergambar bersama pengantin, rombongan girls only bertolak ke Kampung Gajah.Nak pergi kenduri Shima.Kawan sekolah saya juga dulu.Jarak Seri Iskandar - Kampung Gajah tak jauh sangat.Dalam setengah jam sampai la.

Sebab kami dah sampai agak lewat petang, perut pun dah taraf full, jadi pergi ke kenduri ni sekadar nak melawat pengantin.Duduk pun tak lama sangat.Sebab Anne ngan Zura nak balik kl hari tu juga.Sorry Shima.Sebab dah terover time pulak kat umah Shira.Tapi kitaorang tetap datang kan.Dan semoga berbahagia sampai syorga.

Dah selamat dah 2 orang kawan saya kawen.Tahniah!Tahniah!Tahniah!Next week ada lagi.Lagi banyak.Murah nya jodoh kawan kawan.Alhamdulillah... :)







KawenThon Part 2

Tiap kali cuti seklah macam dah tak larat nak bagitau dah.Sejak tahun lepas macam saya asyik round kenduri saja time cuti sekolah.Kalau tanya berapa kenduri yang saya dah pegi, saya dah tak boleh nak kira dah.Almost 20 dah saya rasa.Sepanjang 2 tahun.Banyakkan!!

Hari Sabtu yang lalu, kenduri my BFF { best fren forever } di Taiping.Ajlaa adalah kawan sematrik, serumah , seUKM saya dulu.Rumah pun dekat je dengan rumah saya.Kalau tak pergi memang kejam taraf dewa.Eh, yang penting sebab dia kawan saya.Jauh pun saya pergi.Ok,sekarang sila terharu satu bakul.

Peranan saya di majlis kawen kali ni bukan sekadar tetamu.Tapi dah naik taraf sebagai pengapit setelah berjaya menghadiri 20 buah kenduri.Itu syarat utama keberkatan pegapit.*WAJIB*

Ini adalah pengalaman pertama.Tersipu sipu malu tu tak payah nak cakap.Makan pun tak lalu.Eh, macam saya pula pengantin.Bukan.Bukan.Saya hanya mengepit orang bukan di kepit.Tugas saya takde lah berat sangat.Ingat jadi pengapit macam susah sangat.Tapi bila dah jadi , rasa nak jadi lagi.Haha.Boleh dapat bergambar secara FREE dengan banyak nya bersama pengantin.Tangkap gambar!!Itu saya suka.Sampai Obet ngan Syila bagitau macam gambar pengapit lagi banyak dari gambar pengantin di kamera Obet.

Ok, ini sedikit gambar untuk bukti.....

Dan ini Raja Sehari....

Lepas habis tugas sebagai pengapit, saya pergi pula ke kenduri Ain.Kawan time sekolah Fardhu Ain masa kecik - kecik.Plan memang macam tak pergi dah.Tapi bila time nak balik rumah, macam lalu depan umah Ain ni dan rasa patut pergi bila orang dah jemput dengan beria siap call n sms semua, saya ngan Obet pun singgah jap jumpa pengantin.Tapi gambar tiada sebab gambar di kamera saya , saya dah terdelete SEMUA.Saya memualkan sungguh perangai yang bukan bukan macam ni.

Saya perlu beransur sekarang.Malam ni saya cerita lagi.Off sebentar ke tusyen.Tusyen last di hari cuti.Esok saya dah start boleh berjula juli.Yahooooo!!

Friday, June 4, 2010

Yang Bersarang Di Hati : EMO!!

1. Saya takkan explain kepada setiap orang dengan setiap tindakan yang saya buat.TAKKAN.Ini muktamad.Dah takde talian hayat dah.Sebab saya ngerti tak semua orang akan paham apa yang saya buat.Jadi saya tak perlukan pertanyaan banyak sangat.Sebab kalau tanya banyak banyak sangat, nanti saya rimas dan menyampah.Biarkan saja saya bebas bersuara tanpa sebarang akta.Kalau 1 soalan ok lagi.2 soalan ok lai.Masuk 5 soalan tanpa henti dah rasa nak lempang.Bila saya taknak cerita , saya tak nak ceritalah.tak payah lah kau nak tanya ulang tayang soalan banyak kali.Memang siyes menyampah.Sila rujuk balik ayat ke 6.Tak semua orang akan paham apa yang saya buat.Sebab tu saya TAKKAN nak explain satu satu.Tapi bila saya dah tak explain, jangan la kata saya sombong apa ke jadah.Isk,tak semua rahsia hati perlu di kongsi bersama.

Perenggan ini bercirikan : EMO

2. Saya TAKKAN melakukan tindakan yang takkan mendatangkan manfaat langsung kepada kehidupan saya.Maksudnya perbuatan sia sia.Owh.Ini tidak termasuk aktiviti berFB berjam jam.FB adalah berfaedah.FB adalah sejenis 'buku yang bermuka muka'.Makanya semua buku buku yang di baca selama berjam jam adalah berfaedah.Contohnya macam ni lah.Macam perasaan saya tentang nak sambung master sekarang.Saya takkan sambunglah kalau saya taw benda ni sia sia.Takkan saya sengaja nak hambur hamburkan wang, tenaga dan masa berfoya foya saya.Hanya orang gila yang buat macam tu.Sebab tu saya kata saya takkan buat sesuatu yang tak bermanfaat.Sudah jelas?Sekarang perenggan 1 dan 2 macam ada kaitan bukan.Jangan banyak tanya sebab setiap tindakan saya ada sebab dan musabab yang tak perlu di jelaskan satu satu.

Perenggan ni bercirikan : Macam nak EMO jugak.

3. Saya memang tak suka rasa menyampah gila dengan orang yang 1st laser kutuk kita bukan main.Tapi last last dia akan buat benda yang SAMA.Contoh kejadian macam dia nak tegur, "eh Anis merepek ah ko ni".Tapi last last beberapa bulan lepas tu dia akan buat benda yang sama dengan kita buat yang dia kutuk tu.Ni merujuk balik pesan housemate saya yang bakal nak kawen esok.Ajlaa.Dia penah cakap ke saya "Aku malas nak kutuk orang sebab last last mesti kita akan buat apa yang kita kutuk dulu.Selalu macam tu la".See?Memang betul pun kan.Betapa hebatnya putaran alam.So, stop lah menjaga tutur kata.Kata kata tu adalah lebih bisa dari pedang tau tak?

Perenggan ini bercirikan EMO jugak lah!

4. Saya tak suka orang menjadikan saya pesaing dia secara JELAS.Saya rimas.Saya tak suka bersaing.Tapi saya suka cabaran.Sudah jelas kan.Sebab saya yakin dengan kebolehan diri masing masing.Setiap orang akan berjaya dengan cara dia sendiri.Tak perlu semua benda kita nak jadi untuk berjaya.Last last kita jugak akan keciciran.Kadang kadang memang kita jeles sampai ke hati hitam tengok orang berjaya,kaya dan bahagia.Itu lumrah alam.Tak normal kalau kita tak macam tu.Tapi kita tak perlu jadi SEMUA untuk berjaya.

Perenggan ni pun EMO!

5. Saya tak suka orang cakap tentang saya tanpa kenal siapa saya.Tak kenal maka tak cinta.Ewahhh.Haha

Perenggan ini : EMO sikit ja...

6.7.8.9.10..............setakat ni tiada.EMO banyak banyak akan mendatangkan masalah jiwa.Tapi saya taklah beremosi yang terbawa bawa meleret leret.Cukuplah diluah sebelum tidur dan bangun ceria kembali.Ok.Nite peeps.

Selamat Malam nyanyian FT i love u hot!hot!

p/s : saya mengantuk

p/ss : saya mengantuk

p/sss : saya mengantuk

p/ssss : saya mengantuk

p/sssss : saya mengantuk

p/ssssss : saya mengantuk

Maw tido.Nyte!!

Wednesday, June 2, 2010

I'm Offline


Selasa , 1.00 pm.....weet weet


Selasa , 5.00 pm.......arghhhh!!

Aktiviti social networking saya semacam terhenti sekarang kerana ini.Saya kata macamlah.Tapi bila tengok saya on9 saya di YM,di FB dan di twetter tu sekali sekala berkicauan jangan pelik dua macam lah.Sebab saya memang ada.Siapalah yang boleh pisahkan saya dengan dunia maya.Nehi nehi.Kuch Kuch Hota Hai.Tapi saya tak bergerak secara rawak ke blog orang drop komen ke hapa.Komen di FB pun kadang kadang tak terjaga.T____T

Niat nak habiskan tanda exam paper ni sebelum cuti.Lepas tu boleh berjimba jimba.Menari dangdut semua boleh nak buat kalau itu kau suka tapi saya tak.Jadi aktiviti yang macam ni, kita pausekan sebentar.Lagi 1 kelas babe.1 kelas lagi.$#%@^@%.Eh,macam marah.Tak tak.Bukan marah.Tapi tak sabar nak habiskan.Saya ajar 5 kelas.4 dah selesai.Pergh.Legaaaa.Lepas tu saya nak tulis entry sampai 3 entry sehari.Yabedabedooo.Eh tak.Itu tak berani nak janji.Tapi pernah la jugak buatkan.Itu bukan benda pelik sangat.

Lepas tu kan...minggu ni saya tusyen full direct 3 malam berturut.Malam ni ada lagi.Ni ganti tusyen yang saya pernah ponteng dulu tanpa sengaja sebab blackout.Tak pa la.Ni memang tugas kan.Lagipun saya suka dengan budak tusyen saya.Diaorang tak banyak songeh.Tak belagak pandai.Nice and behave.

Eh, tentang master saya tu.Nanti saya cerita next entry.Saya pun tengah bercampur baur masam masam manis jugak perasaan.Banyak sangat untuk di atur next next next.Tapi saya tak buat apa pun.Hanya goyang kaki je sekarang.Percayalah.

Jom pergi sekolah.Lagi 2 hari nak mengabdikan diri.Lepas tu saya cuti dua minggu.Yahoo.Sekarang, korang jeles kat cikgu tak?Buweekkkk. :P


PHD IS A LONELY JOURNEY