Wednesday, May 12, 2010

Takde Apa Pun

Ya Allah.Saya sekarang sesak nafas.Tengok badminton rasa tertekan bagaikan nak termuntah muntah.Tengok, betapa saya beremosi sekarang terhadap permainan 'anak anak Sidek'.

Sekarang aktiviti berblog walking memang tiada langsung.Sisa sisa hidup sepanjang malam di habiskan dengan acara sorak di hadapan tv.Bukan setakat saya, mak pun tumpang dua kaki turut beremosi.Bila dia geram pasukan Malaysia kalah, siap suruh tutup tv.Ni kes emosi terlampau.Hahaha.Saya pulak.Tiap kali pasukan Malaysia kalah.Terasa bagaikan tiada nafas.Bila tengah game, rasa nak terkeluar jantung segala bagai.Ya ampun, kalau saya di Bukit Jalil sekarang, sayalah orang pertama yang pengsan dulu.Banyak sangat bermain emosi jantung nih.Bak kata BSB.."Quit Playing Games With My Heart......"

****************************

Kerja di sekolah pun macam bermain dengan emosi.Ini macam sedia maklun semua orang taw tapi ada yang pura pura tak taw kata tugas guru best asyik kerja nak goyang kaki , banyak cuti , kerja sekejap saja dalam sehari.Ini fitnah terlampau di alam nyata.Cuti hanya untuk students.Kadang kadang time sekolah pun cikgu kena pergi kursus sehingga kurus. Kerja hanya separuh hari, tu pun saya dah dapat rasa tekanan jantung di tahap tinggi.Kalau sehari suntuk cikgu kena bertugas, statistik pesakit jantung di Malaysia pasti meningkat.Ini pasti.

Tapi sebenarnya kami tak kesah.Ini adalah kerja kami.Walaupun kadang kadang kami geram bila students tak nak belajar, tapi kami tetap suruh dia belajar walaupun dia bebal tahap dewasyaithonirrajim.Kami buat paksaan secara kejam asalkan dia nak belaja.Walaupun kadang kadang kami penat tahap separuh nyawa ku pergi,tapi bila students datang nak mintak tunjuk ajar kami tetap berperasaan nak ajar.Dia tak nak menulis, kami bagi pinjam pen.Dia takde buku, kami carikan kertas. Bagi free tanpa charge.Asalkan students kami belajar. Kami akan buat segalanya asalkan students kami berjaya.Kalau dia tak berjaya pun, cukuplah jika dia terdidik menjadi orang.

*******************************

Entry ni di buat atas perasaan saya sekarang tanpa sebarang paksaan.Ya Allah, kenapa students saya nakal sangat?Tak nak belaja langsung?Saya dah penat fotostat latihan.Diaorang bagi hilang.Saya nak ajar, tak masuk kelas.Bila result tak memberangsangkan.Siapa kena push?Siapa kena cari?Cikgu kan..........?

Sekarang dah berperasaan maw ketiduran.Merungut banyak kadang kadang tak mendatangkan hasil apa apa.Cuma saya bersedih dengan sikap students sekarang.Nak mintak 40sen untuk sumbangan Hari Guru pun diaorang boleh cakap.

"Ini Hari Guru.Bukan hari kita.Bukan kita nak sambut.Tak payah bagi duit la..."

See? Apa lagi yang boleh saya katakan?

Boleh bersurai sekarang.


Bye!

Go Hafiz Go!!!!!!!!!!!!!!!!!!









3 comments:

ASaDa RyutaRo said...

siapa hafiz?

hurmm.. jangan merungut. sabor saja. anggap saja mereka semua amanah yang perlu d jaga.

chaiyok!! x lama lagi hari guru.. selamat hari guru utk kamOo.. chaiyok!!

LUVLYDIYANA said...

asada :
hafiz hashim.player badminton negara.kamu jauh di sana.mesti tak dapat nak tgk game piala thomas ni kan.

sekarang sedang dan tengah bersabar.

thanks asada!

Liz said...

gile student ko...kojaq gile cakap mcm tu...budak skola aku kutip singgit sorang..takde pn aku dgr dorang membebel.taktau la kot blakang aku..

REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI