Saturday, May 29, 2010

Saya Bukan Duta Shrek

Phew....

Dah lama tak update blog.Nasib baik blog masih lagi bermusimkan Winter Sonata yang mendamaikan.Tak bertukar musim ke musim durian, manggis, pisang ke apa kan.Boleh jugak saya buat jualan langsung buah buahan di blog.Mana taw boleh kaya.Macam Puan Chika cakap.Nak kaya jual manggis.Hep bentar.Pisang mana musim.Kalau ajar ke students boleh jadi ajaran sesat Mak Pin macam ni.Pisang buah yang bermusim.Sesat.T_____T

Kehidupan seminggu lalu adalah bodysleepy.Mengantuk sepanjang minggu sampai nak update blog tengah malam pun saya dah tak buat dah.Jadi sleeping beauty tunggu masa untuk di kiss baru nak terjaga.Awwww.Itu karut.Minggu lepas minggu exam dah bermula.Sepanjang minggu duduk mengadap jaga budak exam kan.Sungguh memboringkan jadi jaga.Sampai 5 kali duduk, 5 kali bangun, 50 kali menguap pun , masa menjawab belum habis.Jaga exam memang mengazabkan biarpun 5 minit.Sampai saya terbawa ke rumah.Kerja nak mengantuk ja.Kasihan.T____T

Minggu depan, maksudnya esok lah.Saya dah dapat bayangkan kehidupan macam mama.Akan kembali busy bekerja.Sebab minggu depan dah exam paper yang saya ajar.Iaitu ilmu hisab kata orang orang tua.Kalut la nak tanda exam paper sebanyak 5 x 30 x 2 = 300 kertas minggu depan.Kerja cikgu ni macam ni la.Sekejap kau akan jadi relax tahap raja.Sekejap kau akan kalut sampai ke tahap nak bergoyang gerudi tercabut semua otot dah.

Sempena merayakan Hari Wesak, saya pergi tengok raksasa kepala hijau.Shrek nama glamournya.Dalam bentuk 3D yang mengujakan di Sunway Carnival Mall.Yang terletak di Seberang Jaya Pulau Pinang.Tidak jauh dari highway PLUS arah utara.Dekat dengan kampung halaman Faizal Ismail.Haha.Hambik kau.Detail aku cerita mana letaknya Sunway Carnival Mall tu.

Cerita Shrek amatlah menggeletek hati.Yang paling comel.Adalah si kucing meow meow Puss In Boots itu.Kali ni, dia berwajah baru yang lagi super comel.Memang best.Kalau nak gelak secara comel di dalam panggung, pergi tengok cerita ni.Berbaloi untuk seisi keluarga.Pasangan yang bercinta pun boleh bawa awek yang comel pergi nonton cerita ni.Eh, kalau dah nama awek, mestilah comel kan.Best dan lawak.Pergilah.

Next movie, macam nak tengok, Letters To Juliet.Ni kisah cinta.Saya pergi googling show timing untuk TGV Jusco Seberang City.Macam takde lagi cerita ni.Yang ada di TGV Suria KLCC dan TGV yang lain di ibu kota negara Malaysia.Di bahagian utara, lambat sungguh nak sampai movie ni.Ingat dis week nak tengok movie ni.Next week nak tengok Lagenda Budak Setan.Mesti saya berendam kan air mata.Saya emo bertahap tinggi.Bukan boleh sangat tengok cerita yang meruntun jiwa ni.Tengok?Betapa hebat sukanya saya nak pergi nonton wayang kan.Rasa macam nak tengok semua movie yang baru.Tapi tu boleh simpan masuk list dalam wish.

Apa nak tulis lagi?Saya dah tak taw dah.Entry ni di tulis untuk menggoda korang supaya pergi tengok SHREK FOREVER AFTER yang sumpah tak rugi kalau pergi tengok bagi yang berpegang teguh pada prinsip comel itu menggoda.

Err..sekarang korang tergoda dengan saya tak?Eh.tak.Tergoda tak dengan promotion saya yang bukan duta Shrek ni?Hahaha.Pergilah sekarang kalau suka!!!!!!




2 comments:

queenlyana said...

uiiit makcik. I tersangat la nak jumpa you. Boleh tengok movie sesama nanti.

moonib said...

Letters to Juliet is just nice. Warm n relax.

REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI