Thursday, May 6, 2010

Perbelanjaan Di Kantin Masa Depan


~the youngest~


Saya hanya tinggal seorang adik yang masih bersekolah rendah.Yang lain dah menjalani kehidupan masing masing di asrama.Hujung bulan baru balik.Tu pun tak tentu.Yang pasti, cuti sekolah baru rumah ni penuh.Tiada bilik untuk di sewa.Harap maaf.

Adik Fatin pagi pagi seperti biasa pergi sekolah minta duit belanja.Pagi tadi ayah bagi duit belanja.Wallaweh.RM10.Huh.Macam banyak gila bagi seorang budak sekolah rendah yang kehidupannya bukan di bandar.Budak sekolah rendah pun duit belanja dah main pakai duit merah sekarang.

Lepas tu, time sarapan saya tanya mak.

"Mak, kenapa duit belanja Fatin sampai 10 ringgit?"

Sebab saya taw ayah takkan bagi duit secara berlebihan sangat.Kalau mak mungkin.Jadi kalau nak duit banyak sikit, mintak kat mak.Pasti dapat lebihan yang banyak.Mintak 1 ringgit dapat 2 ringgit.Kalau ayah, mintak 1 ringgit dapat 1.50.Dah taw dah.Huahuahuahuahua.

"Sebab Fatin ada kelas tambahan sampai petang.Dia terus tak balik sampai pukul 4.Pagi 5 ringgit petang 5 ringgit"

Saya tanya lagi sebab tak puas hati...dulu 12 tahun yang lampau, time saya darjah 6 paling banyak bawa duit belanja 3 ringgit.Tu pun setiap hari Jumaat.Sebab nak beli nasi ayam special.

"Sekarang belanja kantin sekolah pun dah 5 ringgit?"

Mak cakap.....

"Aah.Kalau nak makan sedap, kena 5 ringgit bawa belanja pergi sekolah. 3 ringgit untuk nasi.1 ringgit untuk air.1 ringgit lagi kalau dia ada apa apa nak beli.Takpun adik simpan je"

Saya terpelik pelik lagi....

"3 ringgit mak, untuk nasi? Mahalnya kantin sekolah adik.Macam dah makanan cikgu harga sampai 3 ringgit"

Mak jawab...

"Aah.kalau bawa kurang,dapatlah nasi dengan kuah pastu telur.Pastu kena berebut dengan orang.Takkan tiap hari nak makan benda yang sama.Kesian mak tengok.Kalau bayar lebih sikit, dia dapat makan , makanan yang order.Sedap la sikit dia nak makan.Baru boleh belaja elok.Makan makanan yang elok"

Saya taw, mak memang mementingkan pemakanan anak anak.Mak pernah cakap, makanan ni jadi darah daging.

Wallaweh.Saya cikgu.Tapi saya tak taw pun sekarang duit belanja students dah mencecah sampai puluhan ringgit sehari.Dulu zaman sekolah rendah saya 12 tahun yang lampau, ayah bagi saya belanja 1.00 ringgit sehari.Kalau saya mintak extra, ayah bagi 1.50 ringgit.Tu pun dah taraf dapat makan bihun sup special berlaukkan ayam.Bihun sup special berlaukkan ayam 80 sen.Air gelas besar zaman 12 tahun yang lalu berharga 50 sen.Di kantin sekolah yang sama.Kira kalau bawa 1.50 pergi sekolah macam dah boleh makan bertaraf raja la.Sekarang di kantin sekolah yang sama, kalau 1.50 tu setakat boleh beli air milo je la.......

Ini kisah tahun 2010.Kalau 10 tahun akan datang, berapa agaknya duit belanja yang students bawa pergi sekolah.Ntah ntah ada yang mencecah sampai 20 ringgit sehari.Phewwww...berpoloh camni!!!!


4 comments:

ASaDa RyutaRo said...

haaa.. baru tau?? saya pun ada sorang lagi adik yg sekolah rendah.

tahun lepas sungguh terkejut sebab belanja dia rm5 utk pagi saja! sekolah punya la dekat. kalau jerit dr depan rumah sudah boleh dgr d pagar sekolah. mungkin di bilik guru pun boleh dengar!

sekarang makanan mungkin sangat mahal. kalau dulu murah, 50sen sudah dpt nasi lemak dgn telur!

kadang2 musykil jugak. bukan sepatutnya di sekolah harga makanan murah ke?

yonna said...

sekolah rendah dah rm10 ke????? pengsan.pitam weh!!

zaman kita dulu, aku belanja rm2 je kot. nasik 50 sen, air 10 sen cmtu. dasyatnya sekarang ni kan T___T sekolah menengah nnt lg byk nak kena belanja haihh.

my note said...

sokong sgt2... adek wani yg sekolah menengah pown 1 hari mencecah rm 20.. huhuhuhu, akadang terpk jugak, makanan kantin nie dh jd cam restroran plak.....

gO mi NaM said...

hai tuan tanah..

REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI