Nak Lagi Please!!!!

Hanya satu perkataan yang menggambarkan keadaan diri saya sekarang iaitu LETIH! Sampai rasa nak pegi tusyen tadi pun termalas malas.Niat lepas balik tusyen nak cibidi bidi cibidi boom boom saja. Tapi akhirnya kini pasti saya tersangkut juga dekat FB yang mendadahkan seperti paracetamol 500gm.

"Amanah Yang Di Beri,
Kami Tak Persiakan,
Apa Yang Kami Janji,
TUNAI TETAP KAMI TUNAIKAN"

Ini lagu yang saya nyanyi secara berjongket dengan rakan rakan seguruan di sekolah semasa Sambutan Hari Guru di sekolah tadi.Ini nyanyian rasmi.Tapi best.Walaupun tiap tahun ulang nyanyi lagu yang sama.Tapi macam tak jemu jemu kan nak nyanyi.Best kan.Meh la jadi cikgu.Boleh nyanyi lagu Kami Guru Malaysia dengan penuh berperasaan terharu.Ini promote.Tapi ingat!!

"Aku kata kerja guru bukanlah semudah yang disangka"

Sambutan Hari Guru di sekolah saya tadi lebih baik dari tahun lepas.Tahun lepas rasa macam nak batal saja semua sambutan Hari Guru jika kuasa Power Rangers di tangan saya.Tahun lepas macam tak terasa sambutan.Terasa seperti perhimpunan biasa cuma ada extra kena baca perutusan.Dah habis...tadaaaaaa..kena balik kelas mengajar seperti biasa.Oh apakah ini sambutan untuk guru?

Tapi tahun ni, ada sedikit perubahan.Students dan cikgu sesi petang macam saya siap kena datang pagi, ada persembahan dan sukaneka segala bagai.Siap ada persembahan nasyid khas dari cikgu cikgu Akademik Fantasia Bulan Madu yang terkeluar.Cikgu kan macam macam ada.Macam macam boleh buat.Nak nyanyi pun boleh taw!Fun la sikit kan.Dari kena mengajar di Hari Guru.Macam tertekan.Guru perlulah di raikan.Sekali sekala.Buat kami terharu satu bakul.Yang paling best, jamuan pun ada dan kek adalah sangat banyak.Wallaweh.Untung betul tokey kek di Hari Guru.

Habis Sambutan Hari Guru,saya ajak Kecik, Shima, Intan dengan Kak Miza untuk teman saya ke klinik gigi.Nak buat check up sikit pada gigi.Tapi bila sampai depan klinik gigi, saya terpelik pelik bila nak bukak pintu, pintu klinik tu tutup.Selalu saya pergi tak tutup.Siap goncang pintu Klinik Dr Foo nak mintak masuk sampai la ada uncle tokey motor jiran sebelah bagitau.

"Isnin tak bukak la dik"

Bila uncle tu tegur, baru saya terperasan yang depan pintu siap tulis.

ISNIN DAN AHAD TUTUP.

Yang diaorang macam dah tak tertahan tahan nak gelak ke saya.Tak perasan okeh.Small matter.:P. Sebab kan plan jumpa Dr Foo tak jadi, kitaorang change plan untuk buat photoshoot.Ini saya suka.Saya memang suka bergambar.Tapi bagila kamera ke saya untuk menangkap gambar.Siyes saya akan buat dalam keadaaan terpaksa sebab gambar saya tak ada.Tak adil tapi saya suka.saya tak suka menangkap , tetapi suka di tangkap.Ekk.Maksud saya : Gambar.Muahahahaha.

Lepas dah syook sendiri menangkap gambar di tempat kelahiran, saya dan rakan rakan pergi mencari tempat untuk mengisi perut yang bergendang gendut tali kecapi.And we choose Yong Tau Fu yummy yummy!!Sedap dan menyelerakan di Bandar Taiping kalau datang rugi tak makan.Niat 1st macam nak makan Keow Tiau Doli.Tapi macam tak feel dah makan, kami choose makan Yong Tau Fu yang deliciousisasia.Perut pulak memang tengah bergendang gendut, memang sesuai lah dengan citarasa terkini bagi perut.Harga berpatutan.Silalah cuba.Perenggan ini di taja oleh Warung Kita. :)

Hari ini best walaupun penat.Esok buat la Sambutan Hari Guru lagi.Please..please..pleasee....




Comments

yonna said…
hah? hari guru tahun lepas kena mengajar ke? HAHAHHA first time aku dengar ada cikgu kena mengajar time hari guru. selalu ada majlis,persembahan dengan makan2 :D hehe

apesal tak tempek gamabr photoshoot? :p
LUVLYDIYANA said…
pelikkan...sekolah aku mmg pelik. kadang kadang.time ada pengetua la.sekarang dah takde.sbb tu jadi tak pelik...hehe

aku malas nak upload kat blog....tu yang tak tempek gambar photoshoot

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar