Friday, May 21, 2010

Kenali Diri Saya


o3 NOV 1985

( Nombor Akar : 1 )

1. Mempunyai kebolehan dan kebijaksanaan
Wow.Ini syiok.Saya mempunyai kebolehan.Yang paling mendedahkan, kebolehan geram terhadap women stuff.Wow wii junior juice.Itu saya suka.Tak boleh tengok baju chantek chantek.Handbag lawa lawa.Heels menggoda.Haku geram!!Itu kebolehan yang nyata.Bijaksana? Eh janganla macam ni.Saya masih tidak sebijak hakim yang bijaksana lagi.....

2. Mempunyai kuasa analisis yang kuat.Dengan kuasa analisis , seseorang itu akan menjadi individu yang berilmu.Tetapi jika seseorang itu membuat kesilapan dalam menganalisa, seseorang itu akan menjadi tamak.
Astagfirullahazim...Ya Allah.Hindarkanlah aku dari jadi tamak.Silap itu tak mengapa.Belajar dari kesilapan.Tapi jangan lah jadikan saya manusia tamak.Suhh suhh tamak.Pergi jauh jauh sifat tamak.TAMAWW!!!

3. Nombor 1 juga merupakan seseorang yang sangat teliti dalam semua perkara.
Saya teliti kadang kadang.Tapi bukan dalam keadaan kecemasan.Kalau dah cemas, kelam kabut segala bagai. mesti ada saja benda nak miss.Eh, tapi dia cakap dalam semua perkara kan.Kena buat kajian balik ni....

4. Individu yang sangat kreatif dan sangat peka.Sekiranya sikap kreatif dan sikap peka ini digunakan sepenuhnya atau diaktifkan,kekayaan akan menunggu individu ini.
Sangat kreatif?Wow wii....Ini macam nak kagum.Sedangkan nak hias bunga pun saya tak reti celah mana pula yang saya kreatif.Owh..mungkin bakat terpendam lain yang saya kreatif.Kekayaan akan menunggu individu ini.Alhamdulillah.Tak lama lagi saya kaya.$$$$$$$$

5. Hiburan menjadi sesuatu yang baik dalam perhubungan awam.
Saya suka berfoya foya.Tak payah cakap banyak dah.Memang suka.Sekian terima kasih.

6. Kekayaan biasanya mendatang apabila umur mencapai 34 hingga 42 tahun.
Owh, ingat tak lama dah.Rupa lagi 10 tahun nak kaya.Eh, ni kaya wang ke kaya anak?Muahahahaha

7. Seseorang yang dilahirkan sebagai pemimpin dan mempunyai kuasa yang kuat.
Power Rangers biru sekarang bertukar!!Dia cakap kuasa saya sangat kuat macam boleh nak jadi Power Rangers dah.Esok boleh try nak gigit besi tengok kalau saya dah bertambah power atau tidak.Urm, saya dilahirkan sebagai pemimpin.Patutlah kat sekolah dulu sayalah Ketua Dorm, sayalah Pengawas, sayalah Ketua Biro entah apatah nama Biro tu.Saya pun dah lupa.Yang ingat, kena jaga dewan makan, bilik sakit dengan dobi.Asal baju hilang, cari saya.Baju dobi hantar tak cukup, cari saya.Owh..saya pemimpin dobi rupanya.Ewah!!Kat rumah pun kerja basuh baju, itu kerja saya.Esok bolehlah daftar nak jadi Ketua Dobi Wanita Cawangan Bagan Serai.Huahuahuahua

8. Mempunyai semangat dalam persahabatan.
Ini memang semangat.Berkawan biar 100000000.Sebab tu saya tak penah miss setiap apa yang orang ajak berkaitan persahabatan.Kita kan kawan sampai syorga kan.

9. Banyak daya tarikan dari jantina yang berlainan
Lorrr..ada juga ni masuk dalam ciri ciri.Celah mana yang menarik pun terlalu subjektif nak komen.Maka abaikan saja ciri no 9 ni.Mungkin ini bukan saya.T___________T

Sumber : Rahsia Tarikh Lahir , Dr Azizan Osman

6 comments:

ASaDa RyutaRo said...

hahaha..

mungkin dengan bukak kedai dobi kamOo boleh kaya.. hahaha..

kreatif?? err.. kreativiti boleh d pupuk.. hee =)

semoga kamOo cepat2 kaya.. boleh belanja saya. kahkahkah..

yg no 9?? tarikan?? eh.. kamOo bila nak kawen? [saja mo bg stress.. lalala~]

Cody said...

Niat Dr Azizan tu baik. Sekarang kamu dah tau apa yang kamu boleeh buat tapi belum kamu buat. Apa tunggu lagi, mula la dari sekarang. Belajar utk jadi kreatif dari sekarang. Berniaga untuk jadi kaya 10 tahun dr skrg. Keluarkan semua yang kamu ada

LUVLYDIYANA said...

asada :
kalau saya kaya, bukan setakat belanja.nak buat kenduri sekampung.hehe.

saya tunggu kamu baru bleh kawen.

LUVLYDIYANA said...

cody :
maw kaya!!tapi nak berniaga tade strategi.T_T

cucutoknor said...

salam ta'aruf...info yg baik,mudahan ada manfaatnya bersama,insyallah

LUVLYDIYANA said...

thanks cuctoknor!

REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI