Sunday, May 9, 2010

Jasamu Infinity Bukan 1,2,3.....


~mak dan adik.Gambar setahun yang lalu~

Apa yang saya buat di hari Ibu?

1.Saya cadang nak masak.Pasti mak terharu air mata darah tengok saya nak masak nih.Mak cakap masak adalah bakat terpendam saya.Sebab saya jarang masak bercirikan lauk.Asyik nak buat kek ja.Tapi sepanjang minggu time adik di hospital aritu, boleh dikatakan tiap hari saya masak dengan hasil yang membanggakan sampai ayah terpuji puji n request nak mintak lagi.Ini adalah satu pencapaian dalam hidup yang harus di banggakan untuk diri sendiri.Huahuahuahuahua.

2.Tapi mak cakap, aktiviti masak kita tangguh sehingga esok.Sehingga abang dah daftar matrik esok.Baru boleh nak masak secara beria.Yela takkan nak masak di hari ibu hanya goreng ikan ja.Tak mencabar langsung naluri kewanitaan.Nak masak dengan nafsu yang teruja, mak cakap

"Kesian abang, kita makan sedap sedap.Nanti dia tengok ja"

Takpa la.Demi adik.Kang die tengok saya punya masakan sedap dan menggiurkan,leh mendera perasaan batin pulak kan.Hohohoho

3.Saya ajak mak makan luar.Mak bilang mak pening kepala.Mendebarkan.Saya takut mak demam.Sebab mak dah baring saja sepanjang pagi.T______T.Takpala, saya bercadang beli KFC take away saja makan bersama keluarga.Abang boleh saya belikan bubur Marry berwarna cekelat.Hanya bubur saja dia boleh makan.

4.Kami iaitu saya,adik,abang,ayah,mak,acu yang baru datang kerumah dengan paksu sambut Hari Ibu bersama.Acara di mulakan dengan memotong kek.Dan makan makan.Lepas tu bersurai.Eh?Tak tak.Makan makan sambil sembang dan bergelak ketawa.Tapi mak tak join lama sangat.Mak pening.Lepas makan terus masuk bilik.

5.Mak disahkan demam pada pukul 5 petang.Badan mak panas.Saya dah agak dah.Mak macam tak sihat sepanjang hari.Ajak mak pergi klinik, dia cakap nak makan panadol dulu.Owh, kadang kadang perangai mak mak ni memang suka bersabar dengan kesakitan.Kalau mak adalah kecik molek kiut miut, saya dah dukung bawa g klinik dah.Sebab mak taknak, saya amik towel kecik basah lap lap badan mak macam mak buat tyme saya waktu di zaman kecomelan terserlah.Hehe.Lepas tu saya kasi ubat.Untuk mak berehat.

6.Pukul 8, demam mak macam dah kebah.Alhamdulillah.Tapi mak macam berperasaan demam lagi.Saya masak malam bercirikan bujang berlaukkan sambal ikan buat mak.Mak makan tapi tak banyak.Lepas mak makan.saya dah sediakan ubat untuk mak.Lepas mak makan ubat,mak rasa tak larat lagi.Saya suruh mak berehat dengan tidur ja.Saya lap lagi badan mak.Letak cool fever.Comel mak macam bayi pakai cool fever.Hehe.Mak bilang lega dan sedap.Boleh tidur.Yahooooooo!!!

7.Esok saya harap demam mak sembuh.Hasil rawatan nurse terbaik.Agagagagaga.Tapi hari ni macam terharu jugak, sebab time saya lapkan badan mak, hati saya berbisik

"Dulu time aku kecik kecik, mak yang rajin buat macam ni.Sekarang turn saya pulak.Dan saya akan buat sebab kalau nak dihitung hitung, benda yang saya buat ni, tak setimpal dengan apa yang mak buat terhadap saya.Sampai saya jadi besar pandai nak ajar orang macam ni, semua sebab mak.Kalau mak dulu tak marah marah saya sebab malas ngaji, tak teman saya buat kerja sekolah, tak bagi semangat kat saya tiap kali tak dapat no 1 kat skola , mesti saya tak jadi seperti saya sekarang "

I LOVE U MAK!!!!

1 comment:

Mira AbdRahman said...

weyh pnjg gilee ang yee entry.
n aku nk komen tercari2 rupayee kt ats.
cett

REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI