Posts

Showing posts from May, 2010

Dah Tengok

Image
Saya dah tengok cerita ni.TADI.Untuk menonton cerita ni TADI sebenarnya tiada dalam plan.Saya dan Kak Ngah pergi Sungai Petani petang tadi.Nak hantar Adik E pergi belajar kau rajin rajin ke MRSM Merbok.On day way balik, masha Allah jem macam sungguh menyeksakan di highway arah selatan.Semua maw pulang balik nak kerja esok kan.Mana tak jalan sungguh padat dah sesak.So, kitaorang decide nak singgah Sunway Carnival Mall yang tepi highwaytu, sampai jalan jadi tak sibuk, tak sesak n tak padat.
Cerita ni tak impressive sangat.Bertaraf biasa.Tapi kalau cerita SHREK yang terhangat di pasaran sekarang tu semua dah full di book.Saya sunggest tengoklah cerita ni dari nak tengok cerita Andartu Terlampau : 21 hari mencari cinta.Dengar tajuk pun rasa nak muntah.Apatah lagi kalau nak pergi tengok.Pengsan.Cerita desperate kot.Aku geli.
Cerita ni menceritakan tentang perebutan takhta untuk menjadi raja.Kalau dah masuk bab sangap nak jadi raja, mestilah ada yang berunsurkan pengkhianatan dan tikam bel…

Saya Bukan Duta Shrek

Image
Phew....

Dah lama tak update blog.Nasib baik blog masih lagi bermusimkan Winter Sonata yang mendamaikan.Tak bertukar musim ke musim durian, manggis, pisang ke apa kan.Boleh jugak saya buat jualan langsung buah buahan di blog.Mana taw boleh kaya.Macam Puan Chika cakap.Nak kaya jual manggis.Hep bentar.Pisang mana musim.Kalau ajar ke students boleh jadi ajaran sesat Mak Pin macam ni.Pisang buah yang bermusim.Sesat.T_____T
Kehidupan seminggu lalu adalah bodysleepy.Mengantuk sepanjang minggu sampai nak update blog tengah malam pun saya dah tak buat dah.Jadi sleeping beauty tunggu masa untuk di kiss baru nak terjaga.Awwww.Itu karut.Minggu lepas minggu exam dah bermula.Sepanjang minggu duduk mengadap jaga budak exam kan.Sungguh memboringkan jadi jaga.Sampai 5 kali duduk, 5 kali bangun, 50 kali menguap pun , masa menjawab belum habis.Jaga exam memang mengazabkan biarpun 5 minit.Sampai saya terbawa ke rumah.Kerja nak mengantuk ja.Kasihan.T____T
Minggu depan, maksudnya esok lah.Saya dah dapat…

Tiada Tanda Tanya

Image
Ini berita gembira bagi SAYA.Sebelum itu mari joget kita bergembira.Alhamdulillah.Baru baru ni saya dapat berita happy yang saya telah usahakan setelah hampir setengah tahun.Clap clap tepuk tangan goyang gerudi semua.Haipp haipp.Apa ni.Ingat ni Anis Darasista yangboleh goyang meliuk liuk?
Dan kini usaha saya berhasil.Alhamdulillah.Syukur.Syukur.Syukur.
Usaha saya untuk mendapatkan sekeping Sarjana baru di stage yang kedua.Stage pertama dulu,time saya nak apply dulu.Ini kali yang kedua saya apply.Yang pertama jawapan adalah mendukacitakan.Yang kedua.Mensukacitakan.Yahoooo yabeda bedoo doo dooo.
Untuk cubaan mengapply kali kedua, saya apply dua universiti.Sebab dua kali apply.Kalau sepuluh kali apply, saya buat application untuk 10 universiti.Hambik kauu.Haha.Tak Tak.Saya apply dua universiti sebab saya hanya berminat dengan dua uni tu ja.Yang tak minat, kita KIV dulu sebentar.
Hasilnya...Tadaaaa.......Kedua dua permohonan saya di terima.Ok, sekarang boleh bagi bunga dengan teddy semua…

Buat Bakal Suamiku....

Image
~KoPi Teh~


Bakal Suamiku.. Telah tercatat namamu untukku di Loh Mahfuz. Juga telah tercatat namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu.. Bakal Suamiku.. Terpanggil aku untuk menulis sebuah warkah khas untukmu yang lahir dari sudut hati ini.. Hanya untukmu.. Yang Allah telah jadikan aku dari tulang rusukmu.. Bakal Suamiku.. Maafkan aku jika warkah ini tak sehebat yang engkau harapkan.. Aku bukanlah wanita yang sehebat Saidatina Khadijah, bukan sesuci Saidatina Aishah, bukan seteguh cinta kasih Zulaikha.. Aku masih tertanya-tanya siapakah dirimu yang Allah telah ciptakan sebagai peneman hidupku, pelengkap hidupku, pembimbingku, imam kepadaku, ketua keluargaku serta bapa kepada anak-anakku nanti.. Siapakah dirimu ? Yang mana satukah dirimu ? Adakah kau sudah hadir dalam hidupku ? Adakah kau belum hadir dalam hidupku ? Adakah kita pernah bersama dan sudah berpisah ? Mungkinkah kau akan hadir kembali dalam hidupku ? Hanya Allah yang tahu.. Penge…

What's On My Mind?

1.Baru lepas study Mathematics Form 5 untuk tusyen esok.Matematik Itu Mudah.Add Math Adalah Menyampah.Hokei.Ini fakta yang saya buat dulu dulu.Sampai hancus lebus busuk lunyai buku AddMate , saya tak dapat A juga.Itu dulu.Sekarang saya rasa Matematik Itu Tak Senang.Indah Khabar Dari Rupa.Sekarang bagi saya,Add Math adalah senang macam nak pergi cakap dekat AddMath I LOVE Usampai mati jom kita kawen jika AddMath adalah orang.Haipp haiip.Dah sebut sebut kawen ni apsal?Muahahaha.

Jap apsal macam nak merepek sangat ni.
Sebenarnya saya risau nak mengajar esok.Tajuk esok macam mencuakkan.Mengajar tajuk tajuk yang tanpa pengiraan adalah susah bagi saya.Esok nak ajar tajuk Plan And Elevation.Senang tapi TAK BEST nak ajar.Kalaulah syllabus ni boleh delete n remove macam FB, dah lama saya buat.Dulu saya ajar tajuk Transformation pun saya rasa bermasalah.Sebab macam saya je yang paham tapi bila ajar kat students, students TAK paham paham.Pengajaran TAK berkesan.Saya STRESS.Kalau AddMath semua ad…

Kenali Diri Saya

Image
o3 NOV 1985
( Nombor Akar : 1 )
1.Mempunyai kebolehan dan kebijaksanaan Wow.Ini syiok.Saya mempunyai kebolehan.Yang paling mendedahkan, kebolehan geram terhadap women stuff.Wow wii junior juice.Itu saya suka.Tak boleh tengok baju chantek chantek.Handbag lawa lawa.Heels menggoda.Haku geram!!Itu kebolehan yang nyata.Bijaksana? Eh janganla macam ni.Saya masih tidak sebijak hakim yang bijaksana lagi.....
2.Mempunyai kuasa analisis yang kuat.Dengan kuasa analisis , seseorang itu akan menjadi individu yang berilmu.Tetapi jika seseorang itu membuat kesilapan dalam menganalisa, seseorang itu akan menjadi tamak. Astagfirullahazim...Ya Allah.Hindarkanlah aku dari jadi tamak.Silap itu tak mengapa.Belajar dari kesilapan.Tapi jangan lah jadikan saya manusia tamak.Suhh suhh tamak.Pergi jauh jauh sifat tamak.TAMAWW!!!
3.Nombor 1 juga merupakan seseorang yang sangat teliti dalam semua perkara. Saya teliti kadang kadang.Tapi bukan dalam keadaan kecemasan.Kalau dah cemas, kelam kabut segala bagai. mesti …

Maw Nonton

Image
Ini adalah senarai movie yang akan datang yang saya NAK tengok!!
LAGENDA BUDAK SETAN


Tadi saya tengok traileer cerita ni kat Astro. Macam terasa sungguh best buat saya rasa nak tengok walaupun saya bukanlah yang tengok cerita melayu kat panggung sangat.Banyak nak tunggu musim raya takpun Astro Box Office kan saya ada. Tengok pelakon pun semua hot macam pisang goreng panas panas semua.Paling hot sebab ada Lisa.Dia tu cantek sangat lah!
PRINCE OF PERSIA

Tengok trailer cerita ni pun macam best nak tengok!Nak tengok!Nak tengok!Cerita ni based on video game kalau tak silap saya.Macam best.Buatkan saya nak tertengok tengok
WHEN IN ROME

Cerita ni dah lepas.Tak sempat nak tengok pun.Dah penat saya jelajah kedai cd kat Taiping nak cari cerita ni.Semua dah habis di jual.Dah habis ke memang tak di jual?Cerita ni tak sempat tengok.Aritu nak tengok, dah kelam kabut nak tayang cerita Orang Besi.Menyampesssss.

Extra Ticket

Image
Tahun ni dah tahun ke 8 Akademik Fantasia.Saya dah start follow secara serius sejak AF 2.Zahid yang berwarna orange.Time tu saya rasa Akademi Fantasia yang paling best.Dengan Farah Breep breep.Saya vote Farah dulu.Sebab dia cun.Ini memang perangai kebiasaan.Vote gadis gadis cun.

Time AF 3 saya jadi follower tegar juga.Tiap minggu pergi tempah kerusi meja dekat mapley semata mata nak dengar Mawi nyanyi.Saya suka Mawi.Dulu.Sekarang tak dah.Sejak dia kawin dengan Ekin.Gila saya menyampah pah pah.
Tapi bila dah naik AF4, dah mula rasa tak best.Faizal orang ganu tu kan yang jadi juara.Time ni saya dah mula follow sket sket dah.Dah tak larat kot nak follow realiti tv show macam ni.Tapi American Idol tetap di hati.Sebab saya rasa diaorang nyanyi real.Bakat memang terserlah.Bukan macam just nak gedik show off depan tv.Buat saya rasa menyampah.Sebab tu saya suka lagi Adam Lambert dari Adam AF yang rambut siap dah belang belang macam tiger.Aummmmm!!
Hari Sabtu nanti saya final AF 8.AF ni saya …

Nak Lagi Please!!!!

Hanya satu perkataan yang menggambarkan keadaan diri saya sekarang iaitu LETIH! Sampai rasa nak pegi tusyen tadi pun termalas malas.Niat lepas balik tusyen nak cibidi bidi cibidi boom boom saja. Tapi akhirnya kini pasti saya tersangkut juga dekat FB yang mendadahkan seperti paracetamol 500gm.

"Amanah Yang Di Beri, Kami Tak Persiakan, Apa Yang Kami Janji, TUNAI TETAP KAMI TUNAIKAN"
Ini lagu yang saya nyanyi secara berjongket dengan rakan rakan seguruan di sekolah semasa Sambutan Hari Guru di sekolah tadi.Ini nyanyian rasmi.Tapi best.Walaupun tiap tahun ulang nyanyi lagu yang sama.Tapi macam tak jemu jemu kan nak nyanyi.Best kan.Meh la jadi cikgu.Boleh nyanyi lagu Kami Guru Malaysia dengan penuh berperasaan terharu.Ini promote.Tapi ingat!!
"Aku kata kerja guru bukanlah semudah yang disangka"
Sambutan Hari Guru di sekolah saya tadi lebih baik dari tahun lepas.Tahun lepas rasa macam nak batal saja semua sambutan Hari Guru jika kuasa Power Rangers di tangan saya.Tahun lepas …

Saya Guru Malaysia

Service streamyx amat mengancam emosi petang ni.Buat saya macam maw bungkus saja modem campak ke laut bagi ikan makan.Ni cubaan ketiga nak bukak gigimail.Nasib baik tidak mendukacitakan dah.Kalau tak..kalau tak..kalau tak...Ewah.Emo!

*****************************************
Itu intro.Bila menulis blog,kadang kadang saya rasa nak buat intro paling susah.macam pembuka ayat untuk meng'ayat' awek atau boyfren.Mungkin diterima atau ditolak.Jadi intro adalah harus simple but nice.Tapi saya kadang kadang saya hentam wa punya suka.Penah jadi serabut but nice pun ada.Tapi bukan itukah concept hentam wa punya suka.Memang kadang kadang hasilnya menarik,dan kadang kadang tidak.
Hari ini 16 Mei.Hari ini Hari Guru.Ok bangun sekarang nyanyi lagu Negaraku disusuli lagu Kami Guru Malaysia.Saya paksa.Sebab ni blog cikgu.Baru meriah.Rasa nak buat pesta.Dulu saya di waktu zaman sekolah, saya syook syook ikut cikgu nyanyi time sambutan Hari Guru.Tapi sekarang, saya sendiri yang menyanyikan untuk …

Takde Apa Pun

Ya Allah.Saya sekarang sesak nafas.Tengok badminton rasa tertekan bagaikan nak termuntah muntah.Tengok, betapa saya beremosi sekarang terhadap permainan 'anak anak Sidek'.

Sekarang aktiviti berblog walking memang tiada langsung.Sisa sisa hidup sepanjang malam di habiskan dengan acara sorak di hadapan tv.Bukan setakat saya, mak pun tumpang dua kaki turut beremosi.Bila dia geram pasukan Malaysia kalah, siap suruh tutup tv.Ni kes emosi terlampau.Hahaha.Saya pulak.Tiap kali pasukan Malaysia kalah.Terasa bagaikan tiada nafas.Bila tengah game, rasa nak terkeluar jantung segala bagai.Ya ampun, kalau saya di Bukit Jalil sekarang, sayalah orang pertama yang pengsan dulu.Banyak sangat bermain emosi jantung nih.Bak kata BSB.."Quit Playing Games With My Heart......"
****************************
Kerja di sekolah pun macam bermain dengan emosi.Ini macam sedia maklun semua orang taw tapi ada yang pura pura tak taw kata tugas guru best asyik kerja nak goyang kaki , banyak cuti , ker…

Application Status

Image
USM dia cakap dalam perhatian berjaga jaga.... UKM Macam biasa Universiti Kecintaan ini boleh mendatangkan kehampaan tahap tinggi.Dari dulu asal saya nak cek status permohonan dengan perasaan beria, mesti last last dia suruh call je fakulti. Lepas tu , orang yang angkat fon dekat fakulti tu mula la angkat fon macam kita kol sekadar nak menyusahkan.Tak 1 Malaysia langsung heh!

dia suruh kol ja....sighhhhh
Saya berharap kali ni dapat.Ni cubaan kali ke 2.Kalau tak berjaya, saya akan cuba lagi untuk kali ke 3,4,5,6,7,8,9..................................sampai tapenat.........

~gemuruh jiwa, semangat membara, dari puncak tinggi di angkasa, bertaruhkan bintang berkerdipan menyerlah jauh dari yang biasa~ GEMURUH SEHHHHH!!!!!















Jasamu Infinity Bukan 1,2,3.....

Image
~mak dan adik.Gambar setahun yang lalu~
Apa yang saya buat di hari Ibu?
1.Saya cadang nak masak.Pasti mak terharu air mata darah tengok saya nak masak nih.Mak cakap masak adalah bakat terpendam saya.Sebab saya jarang masak bercirikan lauk.Asyik nak buat kek ja.Tapi sepanjang minggu time adik di hospital aritu, boleh dikatakan tiap hari saya masak dengan hasil yang membanggakan sampai ayah terpuji puji n request nak mintak lagi.Ini adalah satu pencapaian dalam hidup yang harus di banggakan untuk diri sendiri.Huahuahuahuahua.
2.Tapi mak cakap, aktiviti masak kita tangguh sehingga esok.Sehingga abang dah daftar matrik esok.Baru boleh nak masak secara beria.Yela takkan nak masak di hari ibu hanya goreng ikan ja.Tak mencabar langsung naluri kewanitaan.Nak masak dengan nafsu yang teruja, mak cakap
"Kesian abang, kita makan sedap sedap.Nanti dia tengok ja"
Takpa la.Demi adik.Kang die tengok saya punya masakan sedap dan menggiurkan,leh mendera perasaan batin pulak kan.Hohohoho
3.Sa…

Perbelanjaan Di Kantin Masa Depan

Image
~the youngest~

Saya hanya tinggal seorang adik yang masih bersekolah rendah.Yang lain dah menjalani kehidupan masing masing di asrama.Hujung bulan baru balik.Tu pun tak tentu.Yang pasti, cuti sekolah baru rumah ni penuh.Tiada bilik untuk di sewa.Harap maaf.

Adik Fatin pagi pagi seperti biasa pergi sekolah minta duit belanja.Pagi tadi ayah bagi duit belanja.Wallaweh.RM10.Huh.Macam banyak gila bagi seorang budak sekolah rendah yang kehidupannya bukan di bandar.Budak sekolah rendah pun duit belanja dah main pakai duit merah sekarang.
Lepas tu, time sarapan saya tanya mak.
"Mak, kenapa duit belanja Fatin sampai 10 ringgit?"
Sebab saya taw ayah takkan bagi duit secara berlebihan sangat.Kalau mak mungkin.Jadi kalau nak duit banyak sikit, mintak kat mak.Pasti dapat lebihan yang banyak.Mintak 1 ringgit dapat 2 ringgit.Kalau ayah, mintak 1 ringgit dapat 1.50.Dah taw dah.Huahuahuahuahua.
"Sebab Fatin ada kelas tambahan sampai petang.Dia terus tak balik sampai pukul 4.Pagi 5 ringgit…

KawenThon

Image
Perkahwinan bukanlah perkara aneh di usia 24.Tapi bila anda tak kawen, anda lah yang di anggap bagaikan alien.Ini perkara peik tepi benar.
FB saya dah penuh dengan jemputan kawen dari kawan kawan.Dari penghujung bulan 5, bagaikan ada acara perlumbaan kawen beramai ramai.Mari kita buat senarai semak ada berapa orang rakan yang bakal berakhiri zaman bujang lalalitamplom di bulan 6 nanti.Dah macam Pesta Kawen pulak saya rasa......

~5 Jun~ Perkahwinan rakan baik sebumbung serumah semotor sekereta sebaju dan segalanya.Ajlaa.Di buat di Taiping.Tak jauh dari tempat kediaman.
~29/05~ Perkahwinan Yasser dan Faidah di Taman Serai Maju, Bagan Serai , Perak. Aik. Kenapa alamat rumah si pengantin macam alamat rumah saya je?Agagagaga.Kejadian perkahwinan akan berlaku di kawasan kejiranan saya. Yaser adalah rakan senior saya di sekolah rendah dulu.Tup tup dengar nak kawen.Tahniah!


~13/06~ Persandingan my housemate, Kema di Tapah,Perak.Time ni saya di jemput untuk jadi pengapit sekali.1st time ni nak j…

Perempuan : Jangan Kuat Membebel

Hari ni baru saya taw, perempuan kuat membebel suara kuat adalah sangat mengannoyinkkan sampai rasa nak tampar mulut dia bagi diam.

Hari ni baru saya dapar rasakan , perempuan kuat membebel suara kuat adalah mensampahkan rasa macam maw sumbat saja mulut dia dengan kain.
Itu INTRO.
Sisa sisa kehidupan saya hari ni di habiskan dengan miting.Sampai dua miting saya hadirkan diri hari ni.Sampai naik kebas bontot duduk di kerusi lelama.Biasala, kalau dekat dalam miting semua orang maw cakap kan.Tapi Ya Allah!!ada perempuan yang sangat tak larat saya nak dengar sebab dia asyik nak cakap.Tak henti pulak tu.Macam macam la yang dia maw cakap.Sampai naik pening saya dengar suara dia.Dia saja lah yang betul.Idea dia sajalah yang baik.Patutla orang lelaki tak suka perempuan yang penuh dengan bebelan.Bukan setakat laki.Saya pun tak suka.Pening sekejap.^%#@$^&&
Opppss.Cerita ni takde kena mengena dengan cikgu di sekolah.Tak payah buat spekulasi siapa siapa siapa.Yang nak menjahanamkan saya p…

Saya Peminat Adik Mia Sara @ Amani

Image
Saya memang peminat kipas cap udang kepada Adamaya.Sejak cerita ni ada kat tv3, saya asyik kerja nak balik awal ja.Dulu pukul 6.30 boleh buat buat relax lagi kat skola.Sekarang pukul 6.30 saya dah relax relax dalam kereta nak balik.Ngeeee.
Dulu kecintaan saya pada Adam.Sekarang cinta saya dah beralih arah.Saya dah adore gila pada Amani ni.ComelNakMampus.Memang betullah kata Lisa....
"Secomel dan seunik unik ciptaan adalah kanak kanak"
Errr..lebih kurang macam tu la dialog dia kalau tak silap.

Sekarang, macam banyak sangat unsur kecomelan dalam Adamaya ni.Shahrom pun saya nak vote untuk kumpulan kecomelan.Kecuali Dani.Memang out of list la.Asyik nak sebut BBBBBBBBengong.Kacau kesuwitan rumah tangga orang ja.Tapi kiranya lakonan Faizal tu menjadi la sampai orang nak rasa menyampah dengan dia.Tula fungsi kewujudan Dani dalam cerita ni kan.

Episod hari ni Amani kena tinggal dengan Mama dia.Suwit dan comel gila tengok Amani pergi sekolah.Tak sabar nak tengok esok macam mana respo…

Lalalitamplom

Hari Ini

1.Best fren terbaik dah pergi Yaman.Wallaweh.Jauh jauh betul rakan rakan pergi menuntut ilmu.Semoga success dan pulang membawa kejayaan.Owh.Saya pun tak berapa pasti bila kawan saya akan pulang ke tanah air.Baru pergi pagi tadi sudah panggil maw pulang.Yang pasti, bila pulang nanti jangan lah berbahasa arab dengan saya.Dah failed dah dengan vocab Bahasa Arab ni.Bawa balik daging unta saya maw.Eh?Macam mengidam.Haha.
2.Kawan sepersekolahan juga dah kawen di usia remaja.Tahniah Pawie dan isteri Shida.Isteri anda memang cantek.Jika saya kawen kelak, saya juga berharap muka saya masih lagi cantek buat tatapan umum.
3.Saya nak tengok Iron Man hari ni.Dang!Semua full.Ini agak mengecewakan bagi seorang yang movie maniac.Bukan setakat Iron Man, cerita Ice Kacang, Hoopers pun semua full.Orang sangap gila nak tengok movie arini.Sampai cerita tak best pun orang layan.Tapi biasala, yang ramai tengok couple.Adat orang bercinta kan.Cerita tak best pun layan asalkan dapat tengok wayang ber…