Update Terkini

Update sikit lah sebelum tidur.

1. Adik saya, Abang Chik balik kampung arini.MRSM tak cuti.Tapi dia yang mintak excuse nak balik tengok abang.Tapi bila sampai umah,nak tengok channel ESPN dah takde, dia dah mula bising.World Cup nanti rugi.Argh, saya pula yang terasa rugi.SLupa tentang World Cup sebelum cut SPORT.Sighhh...tindakan yang tidak bijak sekarang.

2. Abang dah selamat operate.9 jam kena operate.Lama gila.Tapi ni semua mak cerita.Saya tak sempat pergi lawat lagi.Mak cerita lagi, gigi geraham abang dua batang kena cabut.Doktor masukkan besi dalam mulut.Untuk sambungkan balik rahang yang patah.Tapi paling ngeri bila mak cerita, mulut abang pun kena jahit.Tak boleh makan selama 4 hari.Ya Allah! kesian nya abang!!!!!!!!

3. Semalam dua perkara kaget berlaku kat sekolah.1st, ada cikgu nak terberanak kat sekolah.Cemas.Cemas.Air ketuban siap pecah lagi lat surau tapi cikgu tu sempat drive dan pulang ke rumah.Hebat! dan Tahniah cikgu tu dapat anak lelaki. Dan yang 2nd, ada anak cikgu sekolah saya juga meninggal setelah baru 3 minggu meninggal.Paling sedih.Itu anak sulong!!!Innalillah....

4. Saya tak dapat bekerja dengan baik sepanjang minggu sebab asyik pikirkan keadaan abang. Mak cakap abang siap nangis.Wahh.Saya taw abang sangat sakit sebab dia susah nak nangis.Anak lelaki kan.

Ok.Tu saja update ringkas.Nite All..Krohhhh Krohhhh Krohh

Comments

ASaDa RyutaRo said…
hidup penuh ragam..

ada sedih, ada hepi..

apa2pun, semoga abg kamOo sembuh cepat..

*hebat cikgu tu leh drive lg time air ketumban dah pecah!

anak cikgu tu meninggal time umur 3 minggu ke?*kurang faham struktur ayat
LUVLYDIYANA said…
asada:

air ketuban la..bukan ketumban..hehe..

anak die, umur 3 minggu dah meninggal.betul la tu..jap je dapat hidup di dunia.

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar