Friday, April 30, 2010

Anak Murid Yang Banyak Ragam

Kisah 1
Tiap tiap hari , tiap kali masuk kelas saya mesti bagi homework math.Sampai students saya pun saya taw naik boring , asal muka saya mesti nak bagi homework, asal homework mesti muka saya.Ekkk??.Then hari Khamis hari tu, saya nak bagi homework.Ada sorang ada murid saya cakap...

"Cikgu, Sabtu Hari Pekerja.Kami kena cuti.Tak boleh buat kerja sekolah."

Ayat ngelat...haha.


Kisah 2
Saya ajar Math 3 kelas Form 1. Ajar Form 1 kadang kadang menkelakarkan sebab diaorang macam kanak kanak yang comel juga saya rasa.Ada sorang student, nama dia Rahil.Banyak gila nak cakap.Sambil menulis pun cakap sampai kadang kadang naik lemas saya.Last last saya cakap.

"Whatever kamu la Rahil, malas dah nak layan kamu"

Lepas tu dia bangun tiba tiba.Sambil cekak pinggan gaya pondan.

"Whatever!"

Hai..macam mana nak marah student macam ni kalau kadang kadang gaya dia melawakkan?Hahaha.


Kisah 3
Saya ajar Math.Kelas belakang pun ada ajar.Kalau Math mestila kena ajar dalam english kan.Kalau dah kelas belakang tu, kalau cakap english haram sepatah pun tak paham kan.Kena la explain dalam BM.Tapi bila saya cakap macam ni

"343 campur 246"

Ada sorang student cakap.

Student : "Cikgu, cakap la dalam Bahasa Melayu"

Me : "Cikgu cakap dalam Bahasa Melayu la ni...."

Student :"Tu yang cikgu cakap campur tu kenapa? Bukan ka kena cakap tambah?"


Hahaha.Lama lama macam ni.Aku pun sakit otak.@#$@%@$@.



Menggamit Kenangan

"Bila April tiba,
Hati mula berkata,
Setahun lamanya,
Perkenalan kita....."

Ini Dr Fazley cakap.Saya tak cakap.Saya cakap........

"Bila Mei tiba
Hati mula berkata
Kawan ku dah kawen
Semua nak kawen.. "

Ok.Ini isu tipical yang harus di perdengarkan oleh gadis suci murni berusia 24 tahun.Harini maka bermula la acara kawen kawen oleh semua housemate housemate saya yang sungguh luvly , baik hati , disukai ramai ,gunakanlah tanpa was was. [ Zaitun pinjam tagline jap.Tapi kenapa housemate saya seperti barangan sekarang?erkkkkk? ]

Bermula nya acara pernikahan Kema pada pukul 10 pagi tadi, maka bermulalah siri penukaran status Cik kepada Puan bagi housemate housemate saya yang luvly, baik hati, di sukai ramai itu.Saya dah call Kema tadi.Bertanyakan khabar menjadi sang isteri setelah hampir beberapa jam.Wah.!!sungguh ceria.Siap jemput saya untuk bertandang ke rumah dia dan suami jika saya ke Tapah kelak.We'll meet soon dear.Owh, Kema juga dah confirmkan saya sebagai pengapit dia untuk majlis resepsi dia, bulan 6 nanti.Ni 1st time saya nak jadi pengantin.Tapi sampai sekarang saya terpikir pikirkan bagaimana keadaan saya di atas pelamin kelak.Mesti aku tercuak cuak!Macam aku yang jadi pengantin ja nak berperasaan macam nih.

Esok, Farah jiran bilik sebelah ketika di rumah sewa milik kita.Hep hep hep.Berani kata rumah itu milik kita.Nak kena marah dengan pakcik botak kepala licin di depan kepala kang!Siyes saya dah lupa apa nama owner saya yang baik hati tu.Tapi yang saya ingatkan kepala dia botak dan licin di depan.Trademark.Itu pasti kita ingat.Kan kan.

Saya try call Farah tadi.Tak dapat.Sibuk dengan majlis agaknya.Maaflah Farah, tak dapat nak attend majlis yang jauh nun di Johor sana.Sekarang mak saya macam agak menyekat perjalanan anak anak secara perseorangan.Masih trauma dengan kes abang agaknya.Saya masih dalam tempoh kuarantin untuk berjalan jalan secara bebas.Tunggu mak dah cool cool sket.Baru pergerakan menjadi rancak semula.Tunggu la.Tunggu.Mak memang camni.Dulu saya ada kes accident dan ragut time naik motor, dia trauma, terus belikan kereta.Motor tak bagi naik dah.Tapi untung gak akibat ragut.Berbaloi baloi!!Heh!

Coming soon, Laa rakan sebilik dan serahsia.29/5 ni bakal menyusul majlis pernikahan.Wah!sungguh pantas dan cepat perjalanan hidup rakan rakan sehousemate.Padahal bila di kenang kenang macam baru semalam masak sama sama untuk berbuka.Macam semalam keluar ramai ramai cari kedai makan.Macam semalam ja pergi order kat abang kereta kuning jiran sebelah nak ayam.Untung berjirankan tokey ayam.Boleh dapat makan ayam secara murah.Dan hati ayam secara free.Sekali sekala ayam juga dapat free.

Lepas Laa, insha Allah turn Wani pulak.Murah sungguh jodoh rakan rakan serumah.Semoga berkekalan ke akhir hayat.Lepas habis turn Wani, sudah pastilah yang terakhir adalah saya.Kitaorang satu rumah isi rumahnya tak ramai.5 orang yang tetap.3 orang berpindah randah dan duduk tak lama.Sebab tu yang paling rapat adalah si dara pingitan 5 orang ini saja.4 sudah di cop orang.Hanya tinggal seorang.Alamak?Hahaha.

Baiklah...sedikit kenangan untuk kita bersama....

~kejayaan di kongsi bersama ~



~kegembiraan dikongsi bersama~


~kesejukan dikongsi bersama~



~kekenyangan dikongsi bersama~


Housemateku,
Selama 3 tahun kita hidup sebumbung.Tidur bersama, makan bersama, masak bersama walaupun rumah kita jarang sekali maw masak, asyik berkawan baik dengan kedai tomyam siam hujung simpang ja.Tapi ingat.Kedai pangkah kita tak suka.Dari dulu kini dan selamanya......

Housemateku,
3 tahun bersama adalah kenangan terindah sangat.Saya begitu syook berhousematekan orang orang seperti anda.Happenin.Dan sangat banyak cerita.Kalau di kenang kenang saya rasa saya lah antara orang yang bertuah mendapat rakan rakan seperti anda yang menjaga saya ketika saya sakit dahulu, yang mendengar keluhan saya ketika saya hilang handset dulu yang membawa saya ke arah kehidupan yang girang wallaweh punya best dulu tahap SUPERB!!.Semua semua semua!Semua saya tak boleh lupa.

Housemateku,
Walau apapun status kita sekarang.Korang masih lagi housemate yang di kenang kenang.Suatu hari nanti kita gather lah secara ramai nak?Tapi biarlah saya bercalon kan suami dulu.Taklah saya sorang ja yang berasa janggal kelak.Hahaha.

Sekian.

Wednesday, April 28, 2010

Random

Salam

Hari hari saya berunsurkan kebiasaan.Saya rasa biasa.Tiada apa yang luar biasa melainkan kalau saya dah jumpa alien itu mungkin luar biasa.Eh, kalau saya terjumpa cik somi pun saya akan anggap itu perkara luar biasa.Tapi cik somi saya bukanlah alien.Dia adalah orang yang mungkin berperangai sedikit alien.Wawawawa.Bukankah kadang kadang ketidaksempurnaan itu adalah kebahagian.Suwit kan!!

Ok.Skip perenggan di atas.Macam miang saja bila dibaca dua kali.Abaikan.HakuTakHeran.Itu biar di simpan saja dalam hati.Wah!!banyak sangat perkara dalam hati yang terlalu kompleks nak dihuraikan secara panjang lebar.Orang tak tau.Tapi aku tau.

Saya tengah tengok cerita The Day After Tomorrow di Tv2.Best.Tapi saya tak tengok lagi.Eh, macam mana la cerita sehiebat ni saya boleh termiss?Nasib baik ada ulang tayang.Tak payah la saya nak ter'perak' bila orang cerita, movie ni ada lebih kurang macam 2012.Eh, 2012 ada lebih kurang macam movie ni.Tidaklah saya tertanya tanya kelak apa jalan cerita.Sebab saya dah tengok walaupun lambat.T___T

Meter kehidupan sekarang menunjukkan tanda merah.Di bawah pengaruh busy.Orang cakap kerja cikgu senang sebab kerja sekerat hari ja.Meh sini siapa yang cakap!Saya nak bap mulut dia.Saya rasa setengah hari tu pun cukuplah seksa.Kadang kadang saya rasa macam boring.Asyik berkejar buat benda yang sama.Rasa macam nak tukar jawatan jadi wartawan pun ada.Macam syook.Berkejar tapi dapat gain banyak experience.Berkejar tapi dapat banyak cowok.Eh?Nak miang lagi.Nak kena??Haha.

Saya tak sabar bila saya nak kena induksi ni.Cepat induksi, cepatlah sah jawatan.Tapi dari khabar angin yang saya dengar, induksi tahun ni macam lambat sikit.Biasalah.Masalah kewangan negara.Woi Woi.Aku nak cepat sah woi.Tak sabar ok!Cek website tadi, baru buat kursus induksi untuk ambilan 1.dari 15/4 sampai 29/4.Pergh..lama gak kalau pergi induksi ya.Saya ambilan ke 4.Lambat lagi.T_____T

Adik saya dah keluar hospital.Alhamdulillah semua ok.Dia pun dah nampak sihat banyak cuma tak boleh cakap ja.Tapi saya rasa best jugak abang ada kat rumah.Boleh teman saya tengok tv malam malam.Boleh teman saya pagi pagi kat rumah.Cuma dia tak boleh cakap.6 minggu tak boleh makan apa apa selain sup.Boleh kurus macam ni.Kalau saya ikut sama program diet abang ni, tak payah pergi Slim World pun saya dah langsing dah.Selamat tinggal pinggang berlemak.

*Best ah cerita ni.Memang best.Hari Selepas Esok.Best!*

Lagi beberapa hari dah nak ke bulan 5.Dah 5 bulan rupanya di tahun 2010.Kawan kawan saya ada pelbagai khabar cerita.Ada yang dah kahwin.Ada yang sedang mengendong kan nyawa di dalam perut.Ada yang dah dapat anak.Kadang kadang macam tak sangka, saya sudah bergelar aunty di usia 24.Berkat usaha kawan kawan. Eh, sekarang tetiba rasa nak miss secara banyak nya kepada kawan kawan.Sudah lama tak berfoya bersama.Saya rindu kawan kawan.Kawan kawan rindu saya tak?

Entry macam dah nak habis dah.Ini entry random tiada motif.

W'salam










Sunday, April 25, 2010

Aku Bukan Loser


Cite The Losers adalah mengasyikkan.Siapa yang tak pergi tengok dia adalah loser.Tak rugi tiket wayang RM 10 bila dapat tengok lelaki yang menggoda jiwa.Heh!Miang ya....Bap sket!

Cerita ni menceritakan 5 orang askar US dalam misi membalas dendam kepada seorang yang jahat yang bernama Max .Cerita ini taklah berat sangat.Action movie.Peminat peminat action movie, tak rugi pergi tengok.Best.Best.Tapi ending cerita ni macam simple sangat.Part tu yang tak best sikit.Tapi overall, dari awal sampai ke pertengahan cerita.Tak rugi pergi tengok.

Movie ni ada juga diselitkan dengan part part kelakar.Boleh tahan kalau nak gelak.Kah Kah Kah.Jadi kalau dah boring nak berserius di panggung, jangan risau, anda juga boleh nak gelak.Takla nampak loser sangat kan kalau asyik nak serius ja kan.

Saya nak tengok When In Rome juga.Siapa yang dah tengok?Best ke tidak?Macam cerita lawakkan juga kan.Saya maw tengok sebab dia cerita lawak.Paling penting cerita tu dekat Rome.Salah satu impian saya adalah nak melawat Rome.Tak dapat pergi, kita tengok sajalah dalam movie dulu............


Update tentang abang....
Abang dalam kondisi yang baik baik saja sekarang lepas pembedahan.Silap info sikit, bukan mulut abang yang di jahit.Memang mulut, tapi bahagian dalam.Sebab tu doktor bagi nasihat abang tak boleh makan selama 6 minggu.Lama gila!Konfem kurus selepas minggu ke enam.

Abang dah boleh cakap sket.Tapi tak la berapa jelas percakapan dia.Tiap hari kena cuci mulut abang 3 kali sehari.Yang paling rasa syukur, abang dah nampak makin sihat sikit sekarang walaupun masih lemah lepas pembedahan.Lagipun, tak makan kan.Siapa yang tak lemah.Betol tak?

Sekarang yang merisaukan tentang kemasukan abang ke matrik.Still nak daftarkan abang, tapi banyak sangat pelajaran dia yang tertinggal nanti.Kalau sebulan lebih tak pergi belaja, banyak gak yang tertinggal tuh!

Sekarang bersabar sajalah abang, tiap tiap hamba Allah semua ada dugaan.Tapi mungkin dengan cara yang berbeza beza.T______T






Thursday, April 22, 2010

Update Terkini

Update sikit lah sebelum tidur.

1. Adik saya, Abang Chik balik kampung arini.MRSM tak cuti.Tapi dia yang mintak excuse nak balik tengok abang.Tapi bila sampai umah,nak tengok channel ESPN dah takde, dia dah mula bising.World Cup nanti rugi.Argh, saya pula yang terasa rugi.SLupa tentang World Cup sebelum cut SPORT.Sighhh...tindakan yang tidak bijak sekarang.

2. Abang dah selamat operate.9 jam kena operate.Lama gila.Tapi ni semua mak cerita.Saya tak sempat pergi lawat lagi.Mak cerita lagi, gigi geraham abang dua batang kena cabut.Doktor masukkan besi dalam mulut.Untuk sambungkan balik rahang yang patah.Tapi paling ngeri bila mak cerita, mulut abang pun kena jahit.Tak boleh makan selama 4 hari.Ya Allah! kesian nya abang!!!!!!!!

3. Semalam dua perkara kaget berlaku kat sekolah.1st, ada cikgu nak terberanak kat sekolah.Cemas.Cemas.Air ketuban siap pecah lagi lat surau tapi cikgu tu sempat drive dan pulang ke rumah.Hebat! dan Tahniah cikgu tu dapat anak lelaki. Dan yang 2nd, ada anak cikgu sekolah saya juga meninggal setelah baru 3 minggu meninggal.Paling sedih.Itu anak sulong!!!Innalillah....

4. Saya tak dapat bekerja dengan baik sepanjang minggu sebab asyik pikirkan keadaan abang. Mak cakap abang siap nangis.Wahh.Saya taw abang sangat sakit sebab dia susah nak nangis.Anak lelaki kan.

Ok.Tu saja update ringkas.Nite All..Krohhhh Krohhhh Krohh

Monday, April 19, 2010

Malang Tanpa Diundang

Malang tak pernah datang sebelum memberi salam.Kita tak tahu bila kita akan susah dan bila kita kan senang.Kalau kita tahu, kita mesti nak elak.Supaya semua yang datang ke kita yang senang senang belako.

Baru ni kita macam shock bila dengar Achik Spin meninggal akibat kemalangan.Orang yang sihat cargas segala bagai, kalau dah memang janji Allah sampai ajal, kita harus redha dengan segala Ujian Allah dari samada Ujian Kesenangan ataupun Ujian Kesusahan.Segalanya harus di tempuh dengan tabah.




Semalam family saya juga shock.Shcok bangat.Bagaikan tak di sangka sangka adik saya, abang di timpa kemalangan semalam.Kasihan.T_________T

Tengahari semalam, abang dalam perjalanan pulang dari rumah Acu di Perai untuk pulang kerumah.Lebih kurang pukul 12.30 dia bertolak.Tapi bila sampai pukul 2 dia tak sampai sampai lagi, kitaorang macam terpelik pelik kenapa abang tak sampai ke rumah lagi.Sedangkan kalau naik motor yang berkelajuan 50km/jam pun boleh mengambil masa selama 1 jam untuk sampai ke rumah.Takkan 2 jam tak sampai sampai lagi.Selalunya kalau abang nak kemana pun, dia mesti bagitau.Jadi hati mana yang tak risau................

Bila hati dah tak sedap, try call ke handset abang.Tapi Not Reachable.Cuba untuk kali ke 2.Terkejut hati bila abang jawab, dia ada kat Hospital Sungai Bakap. Accident.Hati saya mula dah resah.Takut.Kalau keadaan abang sangat teruk.Tak tahu nak cakap.Ini pengalaman pertama dengar adik accident.Dan saya rasa macam nak tersedih sedih pun ada. Tapi bila saya tengok ayah pun dah mula risau, saya try cakap ngan ayah pun ayah dah jadi tak banyak cakap dah, saya akur dengan situasi.

Sampai di Hospital Sungai Bakap, kami terus ke Jabatan Kecemasan nak tengok abang.Abang ada terbaring.Doktor bilang rahang abang patah dan perlu di bawa ke Hospital Pulau Pinang untuk betulkan rahang yang patah.Saya jadi lagi risau.Tapi pada masa yang sama saya syukur juga sebab kaki abang tak jadi apa apa.Abang dulu pernah patah kaki.Time form 3.Time main bola baling peringkat daerah.Itu juga saya risau.Tapi Alhamdulillah seluruh bahagian badan abang ok, kecuali muka.

Abang di hantar ke Hospital Pulau Pinang. Mak ikut teman abang dalam ambulans dan kami follow dari belakang.Mak cakap, dalam perjalanan, abang muntah muntah keluar darah dari mulut sangat banyak.Sedih dan kasihan sangat kat abang.Uwaaa...

Abang di hantar ke Jabatan Kecemasan Hospital Pulau Pinang.Bila doktor dah habis check semua, abang di masukkan ke wad. Doktor xray, dia bilang dua dua rahang abang patah.Kiri dan kanan.Dan sebab abang bila terus pengsan lepas excident dan tak ingat pun macam mana dia boleh eksiden, doktor nak xray lagi sekali untuk pastikan tiada pendarahan dalaman.

Saya sangat risau dah takut bila doktor cakap macam tu.Bila tengok abang, saya macam nak nangis pun ada.Abang dah la nak daftar matrik Gopeng 10/5 ni.Mesti kena postpone kalau tengok dari keadaan abang macam ni.

Pagi tadi doktor x ray abang.Doktor cakap, Alhamdulillah abang takde apa apa pada otak.Syukur.Tapi masih risau.Risau tengok abang yang keluar darah dari mulut tak henti henti.Doktor cakap lagi bukan saya yang cakap, abang kena buat 2 operation, satu operation betulkan rahang, satu lagi plastic surgery.

Esok insha Allah abang akan di operate.Saya harap sekarang abang cepat sembuh.Kembali normal keadaan dia.Saya sedih tengok adik saya macam tu. :(



~abang..cepat sembuh ya!~

Menurut saksi kejadiaan
Disebabkan adik saya tak ingat macam mana dia boleh eksiden, ada india bernama Kumar yang nampak macam mana adik saya eksiden.Dia bilang adik saya di himpit lori lalu terjatuh.Lori tu, dah lari lepas kejadian.Nasib baik Kumar tu yang nampak kejadian, bawa adik saya g Hospital Sungai Bakap.Thanks Kumar.......

Abang, cepat sembuh ya. I love you infinty my big bro!






Friday, April 16, 2010

Info Yang Berminat Jadi Guru Versi 2

Jam sudah pukul 1.39 a.m.Mata masih tamaw ketiduran sebab saya tensi dengan software equations mathematics yang melembabkan saya untuk buat soklan mathematics.Argh.Biarkan dia.Masih ada banyak lagi kerja yang berfaedah selain buat soalan iaitu mengapdate blog.Haha.Pandai dia ye.Update blog pun kata berfaedah. :)

Perangai students sekarang makin menjengkelkan.Saya doa semoga mereka membesar bagaikan johan dengan membuang semua perangai yang tak ketahuan.Sudah hampir dua tahun saya berkhidmat di bidang perguruan.Pengalaman masih kurang tapi masih ada benda yang boleh dikongsi.

Ini saya maw bagitaw.Laluan perguruan sebelum saya bergelar Cikgu Anis.Tetiba macam dramatik pulak memanggil nama dengan Cikgu Anis.Ewah...

Pengajian 4 tahun di Universitas
Ni dah sedia maklum.Kalau maw jadi cikgu haruslah diterapkan dengan ilmu ilmu keguruan di universitas tempatan selama 4 tahun.Saya mengambil ilmu keguruan di Universitas Kebanggaan Malaysia.Pergh.Memang bangga.Universitas mana yang ada jual bubur nasi terbaik di Pusanika.Cuba bagitaw saya.Teda kan.Patutlah aku bangga dengan bubur.Eh?

Menunggu selama beberapa bulan untuk Penempatan
Selepas menamatkan pengajian dengan jayanya, yang kecundang dan tewas, kes ni kita letak di tepi.Saya menunggu masa saya untuk di tempatkan di mana mana sekolah di sekitar Malaysia.Nak sekolah di luar Malaysia,dalam mimpi pun belum tentu dapat lagi.Sebelum di panggil untuk posting, saya di panggil untuk Ujian INSAK.Sebab dulu saya pemegang biasiswa KPM, jadi saya tak payah kena temuduga sebelum posting.Tapi kepada yang belajar dengan bantuan PTPTN, selepas Ujian INSAK, akan di temuduga dulu.Ujian INSAK ni saya tak pasti untuk apakah motifnya.Tapi soalan soalan lebih kepada keperibadian seorang guru.Macam nak bagitaw, kalau maw jadi cikgu, hati mesti kena maw baik.Yang saya ingat salah satu soalan dia tanya

Anda berada dalam keadaan terdesak hendak ke tandas,tapi semua parking penuh kecuali tempat OKU.Apa yang anda akan lakukan

Soalan berbentuk objektif.Ada banyak pilihan jawapan.Tapi yang saya ingat dekat soalan ni saya pegi jawab, akan mencari parking lain.

Haha.Gila kaw.Dalam keadaan terdesak kalau dah takde parking memang kena main hentam jela.Ini soalan yang paling saya rasa nyesal pegi jawab nak cari parking lain.

Modul Ujian INSAK, banyak terdapat di MPH.Pergi je cari.Saya dulu tak beli.Pinjam je.Untuk kegunaan sekali seumur hidup.Kita pinjam.Isk.Isk.

Yeay!Tahniah anda berjaya di tempatkan di ______________
Lebih kurang sebulan lepas buat Ujian Insak dan di temuduga bagi pelajar pemegang PTPTN, anda akan dapat surat untuk penempatan.Time ni jangan nak best sangat sebab anda mungkin di tempatkan di satu tempat yang korang pun sendiri tak taw kat mana.Tapi percayalah, semua keadaan itu adalah takdir Allah.Allah know the best.Kita tak taw apa hikmah di sebalik percaturan hidup yang kadang kadang bukan kita nak.Jadi, dimana pun anda ditempatkan, bersabarlah dan berkhidmat lah dengan ikhlas.

Alhamdulillah, saya ditempatkan di kampung halaman.Senang untuk saya tak payah nak pikir segala kelengkapan saraan hidup semua.Syukur!Syukur!Syukur!

Jangan Ingat Ini Penamatnya
Selepas anda sudah taw penempatan , jangan nak riak sangat ke orang yang korang ni dah konfirm dalam perkhidmatan cikgu ni.Time korang dapat surat penempatan, jawatan korang hanya Guru Sandaran Siswazah Terlatih.Gred gaji pun baru DC 41.Maksudnya korang hanya dapat gaji basic ja.Yang elaun elaun, desas desus kata jadi cikgu kaya, jangan nak percaya sangat.Itu tahyul semuanya.Kita akan kaya.Tapi bukan sekarang.Ewah.Time ni korang masih lagi di kira seperti latihan di alam perguruan.

Ini jalan pertama
Tetapi lepas korang dah menjadi cikgu, time ni korang kena isi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran untuk dilantik menjadi guru.Ini baru isi borang.Kemudian, bila borang semua dah submit, baru korang akan di panggil untuk temuduga SPP.Untuk temuduga ni, korang kena prepare la dengan segala isu semasa pendidikan dan negara.Sebab soalan tak terduga.Yang penting, kena pandai goreng.Saya dulu dia tanya, setuju ke tak Pengajaran dan Pembelajaran Matematik di ajar dalam Bahasa Inggeris.Saya cakap setuju.Apa yang saya goreng sampai hangit pun saya tak ingat dah.Tapi yang saya ingat, saya macam amw berdebat saya dengan si penemuduga.Siapa suruh tanya pendapat kan.

Selepas temuduga....
Bila dah di temuduga, bolehlah anda menjalani kehidupan seperti biasa sambil menunggu result temuduga.Bila dah keluar result dan disahkan anda berjaya, barulah jawatan anda bertukar dari guru sandar menyandar ke Pegawai Pendidikan Siswazah DG 41.Kira time ni barulah korang di kira sebagai guru.Apa pentingnya temuduga SPP ni?Kepentingan dia supaya korang boleh dilantik ke jawatan tetap dan mendapat kelebihan kelebihan elaun.Time ni barula terasa kaya sket.Sikit la dari sebelum ni dapat gaji basic je kan.Agagagagaga.

Jangan bersenang lagi....
Lepas di lantik, jangan nak rasa hepi sangat.Langkah seterusnya, pastikan anda mengisi borang keselamatan dan borang permohonan untuk induksi bagi tujuan pengesahan jawatan.Pengesahan jawatan ni sangat penting.Saya baru sampai ke langkah selepas temuduga.Belum lagi di sahkan.Tapi sekarang, proses untuk di sahkan adalah dalam tempoh 3 tahun perkhidmatan.Sekarang saya dah hampir 2 tahun berkhidmat.Borang keselamatan saya dah isi.Kursus Induksi masih belum pergi.Nanti kalau saya dah pergi Kursus Induksi dan lulus, insha Allah barulah saya boleh disahkan dalam perkhidmatan.Yahooooo!

Akhir sekali....
Selepas pergi induksi,pastikan isi borang untuk pergi Biro TataNegara bagi mereka mereka yang belum pernah pergi lagi seperti saya.BTN ni tidak berkaitan untuk pengesahan jawatan.Tapi berkaitan dengan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan.Tak silap saya,ada juga berkaitan dengan tangga gaji.

Ok.Itu saja.Sebenarnya bila dah disahkan jawatan, barulah di kira sebagai di tahap lega.Sekarang saya masih belum disahkan.Baru dilantik ke alam perguruan.Makanya, saya belum lagi di tahap kelegaan di dalam jawatan.

Ini saja sedikit maklumat yang saya taw untuk di kongsi bersama.Maw jadi cikgu?Korang ingat senang ke?Kirim salam!

Thursday, April 15, 2010

Tooth Fairy


~ ini gigi Pakcik Google~

* Update berkaitan gigi

Gigi saya sekarang dalam keadaan baik.Good baby good.Masih dalam keadaan tersusun.Cuma dalam beberapa hari kebelakangan, saya terasa gigi agak semakin ketat.Macam besi besi ni semakin menolak gigi terutama dua gigi yang jarang di bahagian depan.Perasaan gigi seperti rapat dan ketat.

Dalam perasaan rapat dan ketat, gigi amat tidak menerima sebarang bentuk makanan yang keras.Karipap berkulit keras pun tak boleh diterima untuk di gigit melainkan makan dan terus telan tanpa menggigit.Tapi saya tak buat lah kerja makan dan telan.Maw tercekik nanti padanlah muka.Maka berpuasalah dari segala jenis karipap sehingga gigi kembali berperasaan normal.Tapi pagi semalam saya makan juga karipap sebab saya degil maw makan juga tak tertahan tahan.Pergh...saya suka karipap!

Lagi 2 minggu ada appointment dengan dentist lagi.Gigi saya macam semakin menunjukkan perkembangan baik baik saja.Tak sabar nak jadi model iklan Colgate.Ewah!




Wednesday, April 14, 2010

Kaunter Pertanyaan

Hey hey.Sebenarnya saya pun masih blurr dengan benda ni menarik ke entah.Ini baru hari pertama saya untuk menyertai isikan borang untuk bertanyakan soalan.Sila lihat kotak di sebelah.Ada sudah ruangan bertanya bukan?

Silalah bertanya selagi bukan persoalan yang bukan bukan.Maw tanya tentang gigi kah.Maw tanya tentang bajukah. Maw tanya tentang keguruan kah.Sudah boleh bertanya.Dijamin tiada lagi persoalan.

Eh, sape lagi yang ada formspring?Bagitawlah saya.Leh saya follow dan bertukar tukar soalan.Wah,dah macam ahli panel forum perdana.Haha.

Ok, marilah kita mulakan soalan pertama.Soalan pertama untuk diri.

Lagi berapa harikah nak gaji?Aku nak henbeg baru nih....Oyeaah!




Monday, April 12, 2010

Masalah Itu Mematangkan

Saya ada 5 minit untuk menulis sebelum masuk kelas.Mari kita tulis secara laju laju.Bang Bang Boom.

Hari semalam berlaku dengan lancar dengan penontonan ceritera Malam Berpacaran.Cerita lawak.Ada unsur keseriusan sedikit wat hati berdebar debar dub dub dab.Dan yang pastu ada aksi lucah tidak keterlaluan di pertontankan di sini.Nak tengok tak di suggest untuk bawa anak.Saya bagi 3 bintang cerita ni.Cerita lawak di bulan April.Kah kah kah.Tengoklah cerita ni kalau nak gelak.Betul.Ada unsur lawak.





Masalah hati berjalan seperti biasa.Kadang kadang saya selalu nak tanya, apa yang bakal terjadi dengan saya di masa hadapan.Buruk atau baikkah kesudahannya.Saya tak pasti.Tapi saya sentiasa berdoa agar kebaikan sentiasa memihak saya walaupun sejak dua tiga hari ni, hati macam tak terasa kebaikan.Kadang kadang hati saya bukanlah baik sangat.Saya insan biasa.T___T

Kawan baik, saya berharap anda bertabahlah dengan segala dugaan yang melanda.Anda terlalu baik sehingga saya pun takut nak sakiti anda.Percayalah persahabatan kita akan kekal selamanya selagi kau menerima saya sebagai kawan dalam apa jua cara dan keadaan.

Semalam hati bagai begitu tergeram geram dengan kawan yang tidak saya kenal di masa lampau.Saya tidak kenal.Takkan kenal dan tak mahu kenal.Kerana dia bagi saya pembawa nasib malang saya saja.

Ok, time up.Masa untuk bersurai.Saya perlu mengajar sekarang.Matematik itu mudah.Tapi kenapa students saya ni susah sangat nak paham?Bahagi dan darab adalah sangat problem.Owh,ni pun sebenarnya adalah masalah.Yang saya risaukan.

Ah,hidup ni memang tak lari dari masalah.Tapi percayalah Anis, Masalah Itu Mematangkan... :)


Saturday, April 10, 2010

Contohilah Sifat Naga

Aktiviti hari ini adalah berjumpa kawan wanita.Dah lama amacam tak ketemu Ema my best buddy sejak skola sampai dah besar panjang pun masih lagi best best best.Kalau dah lama tak jumpa, mestilah di selitkan dengan unsur unsur penceritaan yang panjang lebar.Panjang sampai order ice lemon tea segelas pun tak cukup cukup.

Dah kita skip cerita ni..............

Aktiviti paling menarik sepanjang pertemuan adalah pergi ke kelas cara mengajar naga.Ini best.Sejam lebih pun tak terpuas puas.Saya tengok dengan asyik sekali walaupun time di pertengahan cerita lelaki di depan mengadakan perbualan telefon dengan bersuarakan speaker sekali.Rasa maw tendang saja lelaki itu keluar wayang kacau spoil mood maw tengok naga saja.Kau ingat kau bayar 10 ranggok kaw boleh cakap kuat2? Aku pun bayar ok!.



Cerita ini memang best.Ini pujian ikhlas dari hati.Ada nilai moral yang boleh di ambil iktibar.Setiap tindakan lebih berkesan menggunakan akal.Bukan dengan membabi buta.Eh saya sebut babi.Sudah lama sebut babi.Macam terpelik pelik.Dulu kalau sebut babi orang cakap mencarut.Saya kata tak.Diaorang kata ya.Tapi ini bukan mencarut.Ini maknanya tindakan yang tanpa fikir tanpa akal akan mati.T______T

Toothless si naga adalah comel.Macam jika wujud maw saja di buat binatang peliharaan.Senang ke kerja tak payah bawa kereta.Terbang saja guna naga.Cuba lihat matanya.Wah!!Comelnya!!

Cerita ini memang best.Sumpah tak tipu.Bulan ni banyak sangat cerita yang best yang tak di khatamkan lagi.Memang kaya tokey cinema ada peminat setia cerita macam saya ni.Next movie maw saja tengok Date Night dan Clash Of Titans.Bakal menyusul When In Rome.Ni pun macam tertarik tarik maw tengok.Harap semua dapat tengok.Jika tidak pelanggan dvd sajalah saya.Hanya itu pilihan yang bijak.

Baiklah.Entry berakhir di sini.Mak dengan ayah sedang bersorak bila Kedah dah goal.Pasni turn saya pulak nak conquer tv.Saya ada beli cd baru.Percy Jackson and The Olympians The Lightning Theif.Cerita ni saya tak tengok lagi.Tak sempat hari tu.Anda dah tengok?Best ka?

Dah habis cerita ni...skip lagi....

Tadi sebelum pulang hangin betul satu badan.Ada sebuah kereta wira yang harap sport rim ja lawa parking di luar tapak parking dan menghalang kereta saya.Terdapat sekumpulan lelaki tak jauh dari situ.Mengikut pandangan cermin belakang bila saya nak reverse kereta, diaorg macam tengok tanpa perasaan ja si gadia terror reverse ni nak reverse.Bila saya dah give up.Ema mengoffer diri nak jadi tukang jaga kereta.Bila dah jadi macam tu, barulah terhegeh hegeh maw ubah kereta.Sangat annyoink lelaki tiada berperasaan terhadap kaum wanita sebegini.Maw saja saya sumpah agar di telan naga.Toohthless si naga pun berperasaan kasihan.Heh!Contohilah sifat naga jika anda kurang sifat siviknya.


Thursday, April 8, 2010

Kau Bukan Kawan

Saya mengantuk.Entah kenapa.Bila dihitung cukup saja tidur 6 jam.Tapi kepala ting tong macam tak cukup tidur ja.Saya cuba nak tidur, tapi macam tak best dah nak tidur time sekarang.Dah tak feel good dah.Saya tak biasa tidur di waktu kesiangan.

Mood macam swing di pagi hari.Tadi saya bangun pagi pagi dapat sms dari rakan yang sudah lama tidak bertanya khabar.Tanya pulak saya bila maw kawen macam soalan agen pencari jodoh.Itu normal lah untuk soalan bagi kawan yang sudah lama tidak bersua sms.

Tapi bila kau buat ayat serkap jarang, saya dah mula rasa annoyink dengan kenyataan yang bukan bukan yang bisa bikin hati panas saja. Ah kawan, tak payah lah nak diceritakan tentang kisah lama.Buat hati yang tenang berdarah semula.

Dahlah kawan, kalau sudah lama kita tidak bertanya khabar, atau mungkin itu kau anggap itu hanya lawak bodoh kau saja, tapi hati saya yang ada secebis perasaan sensitif juga, janganlah tiba tiba kau nak mendakwa aku macam macam atas kegagalan hubungan saya dulu.Janganlah kau nak dakwa aku yang segalanya seharusnya bertanggungjawab atas keadaan. Tak payah lah.Kau tak taw semua jalan cerita.Tak perlu saya nak explain semua.Saya tak salahkan siapa siapa.Saya taw setiap tindakan ada reason.Dan saya sudah redha.Yang kau tiba tiba pagi pagi nak mengeruhkan keadaan hati aku, kenapaka?

Bila saya dah tak berminat untuk bersembang lagi, jangan kaw jangan tiba tiba pulak sms tanya ke saya.Ko dah hangat hati ke? Hey, apa tujuan kau nak msg aku sebenarnya?Hanya untuk hangatkan hati saya supaya hangit kah?Tulisan berbold merah sebab aku marah.

Kawan, bila kau susah dulu aku tolong. Sekarang bila kau dah senang sikit, kau nak dakwa aku macam macam. Akulah punca segala kesusahan kau dulu.Bukahkah dulu aku dah banyak nasihat kau, tapi kau yang tak pernah amik pusing apa yang aku cakap.Sekarang aku pulak yang salah atas segala tindakan kau dulu. Aku tau dulu kita rapat. Tapi kalau kau terus dengan perangai kau, aku rasa macam dah lama tak kenal kau walaupun kita pernah rapat di masa lampau.

Dahlah kawan, kalau kehadiran kau hanya nak jadikan luka lama berdarah semula.Hentikan.Kita bukan kawan.Kawan bukan hanya datang waktu senang.Tapi datang juga waktu susah.Itu baru kawan.


Wednesday, April 7, 2010

Nama Kita Indah


Semalam saya tiada kerja slumber yaya g googling jap maksud nama saya.Sebenarnya saya dah taw dah maksud nama saya sejak kecil, tapi untuk kepastian yang teguh saya g googling jap.Lepas dah habis cari maksud nama sendiri, cari pulak maksud nama kawan kawan.Macam best tiada kerjaan.Orang cakap nama mencerminkan perlakuan.Mari kita ngetest.Sama tak nama kita dengan perlakuan.

Saya di beri nama Anis yang bermaksud Yang Mesra, Teman Setia dan Ramah Dalam Pergaulan.Huh.Ni macam betul.Macam asyik nak cakap je kan.Bila masa pulak saya tak jadi ramah.Kecuali pada stranger.Saya takut!Ramah pulak memang ramah.Ewah.Kalau nak termalu malu tu pun dalam masa sejam yang pertama.Tapi kadang kadang bergantung juga kepada prestasi kawan kawan.Kalau saya jumpa kawan yang dia pu termalu malu,takkan saya maw lebih dari itu.Macam syook sendiri saja.Ntah ntah dia tak suka.Hahaha.

Diyana tu saya search takda maksud.Bila saya tanya ke mak kenapaka letak nama saya Diyana, mak cakap sebab dulu ayah dengan mak, dizaman muda obses kepada Puteri Diana.Time tu zaman kegemilangan dia.Semua orang suka Puteri Diana.Dan mak harap anak dia jadi cantik dan baik macam Puteri Diana, dan saya adalah puteri yang pertama, sebab tu mak macam syook syook nak letak nama saya Diyana.

Skip perenggan ni kalau rasa nak muntah.Ni mak saya yang bilang ke saya.Setiap tindakan ada reason la bukan.Sama macam saya suka nama Sofia.Sebab tiap kali saya jumpa orang yang nama Sofia, mesti orang tu cantik dan baik.Sampai saya pun tersuka suka.

Diyana tu tada maksud.Diyanah ada maksud.Iaitu agama.Saya menerima maksud agama... :)

Dan apa pula maksud nama anda?Sama tak dengan sifat anda sekarang?Orang cakap nama mencerminkan kelakuan kan?Klik SINI untuk taw maksud nama nama anda.Marilah kita share.. :)

Sekian.Kita bersurai....Selamat pagi Khamis kawan kawan yang indah!

Adam Adalah Kesukaan


"Cinta adalah kekuatan yang mampu mengubah duri menjadi mawar, mengubah cuka jadi anggur, mengubah sedih jadi riang, mengubah amarah menjadi ramah, mengubah musibah jadi muhibbah, itulah cinta........ "

Puisi Ketika Cinta Bertasbih

Sebelum memulakan bicara.Kira pheewit dulu kepada si baju kuning.Phewitt phewiit.Sudah jangan lebih.Dia suami orang.Ayah anak 2.

Tapi ni bukan kisah maw mengintai suami orang.Ceh.Apa kejadah punya kerja.Macam tak bermoral saja.Ini kisah terbaru slot akasia.Setiap petang di tv3.

Saya dah follow cerita ni selama 2 hari.Eh,sebenarnya tiap hari saya akan follow slot akasia.Cerita Na O Mei pun saya follow juga tapi follow tanpa perasaan.Sebab tiap hari lepas balik kerja dan setibanya dirumah, saya mesti nak lepak secara bersenang lenang di depan tv.Tapi untuk cerita Adamaya ni saya follow dengan perasaan tersuka suka.Saya suka okei.

Cerita ni macam ala ala I'm Not Single.Heroin dia still Lisa Surihani.Tapi hero sudah tukar ke Sein Ruffedge.Cerita kahwin paksa.Tapi suwit sebab saya dah taw husben dia mesti caring,loving,penuh kecintaan,penuh kesayangan.Suka suka suka.Saya suka.

Lepas ni saya dah taw,mesti saya tak sabar sabar maw habis kerja pulang ke rumah menonton sinetron.Aik?Sinetron pulak?Bukankah tadi ku bilang akasia.Mesti kul 6.30 saya dah start enjin kereta maw pulang ke rumah.Drive kereta laju sikit bagi 3 minit ja dah sampai.Kalau drive kereta secara bersiar siar sikit, 5 minit akan sampai.Eh,tak payah laju laju pun tak pa.Rumah saya dekat ja dengan sekolah.Ini kelebihan.Yahoooo dot com.

Baiklah cinta.Kita akan berjiwang mulai sekarang.Oyeahhh.Kenapa nama Adam begitu mensuwitkan?Saya suka Adam Nur Kasih.Saya suka Adam Sumpah Bunian.Saya suka Adam Adamaya.Semuanya suwit.Owh!Adam adalah kesukaan.


Biar Lambat Tapi Pasti Dapat

Jika saya berjimat secara SUPER, saya akan kegelisahan di tengah bulan.

Jika saya tidak berjimat secara SUPER DUPER, kegelisahan juga akan datang kadang kadang di tengah bulan.

Jika saya berjimat secara SUPER, saya akan kegelisahan melihat handbag idaman wow gedebush bush bush.

Jika saya tidak berjimat secara SUPER DUPER, kegelisahan juga akan melihat duit habis beli handbag lagi tapi yang saya pakai tiap hari bawa g sekolah hanya 1.

Jika saya berjimat secara SUPER, saya akan kegelisahan juga

Jika saya tidak berjimat secara SUPER DUPER, saya akan kegelisahan juga.....

Baik kita memilih jalan yang terbaik saja...

Berjimat dan akan gelisah....

'Biarlah lambat, tapi PASTI dapat...HAHA'




Tuesday, April 6, 2010

Yang Tidak Beranak Pun Boleh Menumpang Sama

Ini event di PWTC.Hujung minggu ini.Untuk sesiapa yang sudah beranak dan mempunyai anak bolehlah membawa anak beramai ramai.Yang tak da anak, boleh duduk diam diam.Eh, bukan.Yang tak ada anak pun boleh join dua kaki sama.Ini bukan event untuk yang berkeluarga saja.Saya yang masih single mingle bukan double pun terasa teruja maw ngejoin aktiviti seumpama kanak kanak sebegini.Pasti ramai kanak kanak comel yang pintar,comel dan genius genius ada disini.Orang dewasa yang mendakwa dirinya comel juga teruja maw datang.Tapi saya berada dikejauhan.Hanya boleh lihat dari jauh saja.Dari jauh ku pohon maaf.Sampaikan salam pada semua.



Untuk lebih maklumat menjadi kanak kanak smart tag yang boleh lalu tanpa halangan,HAHA kelik lah disini. Saja maw berkongsi maklumat keterujaan untuk kanak kanak.Saya maw sambung bekerja.Melakukan aktiviti penggoolingan bermaklumat juga akan menjadi smart jika tidak dapat ke PWTC.

Sekian sudah tamat.Saya sudah update blog.

Sunday, April 4, 2010

Seksa Kerana Esok Isnin

Hari minggu sudah habis.Hari Ahad dah tamat sampai ke penghujung.Tapi mood kemalasan datang menggunung gila.Sampai blog pun terkena effect dia.Merebak macam virus.HAHA.

Weekends ni sepanjang hari berhibernasi saja di rumah.Sekali sekala berada di rumah berasa sungguh menseronokkan.Paling seronok.Tiada pengaliran wang keluar.Hanya perut saja yang disumbat sumbat makan macam tauhu sumbat saja.Itu seronok jika dinikmati bersama ahli keluarga.

Esok dah start sekolah lagi.Waa...tengah kumpul mood sekarang untuk bekerja selepas bermalas malasan.Sekarang saya berumur 24 tahun.Ada 34 tahun lagi masa untuk bekerja.Owh..apakah?Sanggup kah saya?Korang bukan taw kerja cikgu ni terseksa seksa.Job lain ada tak siap tulis headline.Seksa Jadi Doktor.Seksa Jadi Kerani.Seksa Jadi Bibik.Ada?Ada?Ada?Tak da kan.Jadi saya tak payah explain lebih.Baca headline dah taw segalanya.

Macam ni saya maw dilit balik cita cita masa silam saya.Sekarang cita cita baru saya adalah maw jadi suri rumah yang berilmiah dan bertauliah saja.Kerana saya mencintai rumah.Bukan sekolah.T__________T

Susahnya nak kembali kan mood bekerja di hari Isnin.Siyes MALAS!

Friday, April 2, 2010

Kiamat Sudah Dekat.Kita Sedarkah?

Lihat gambar untuk kesedaran




~tanda tanda kecil kiamat sudah banyak.kita sedarkah?~

Ini Kisah Semalam...

Sejak memiliki gigi besi, dan lebih terperincinya adalah memakai besi di gigi atau yang lebih specificnya lagi adalah braces,dah dah macam panjang pulak introduction.Acara bulanan dalam hidup adalah berjumpa dengan doktor gigi untuk ketatkan besi.Tu wajib jumpa.Kalau tak jumpa, gigi dah tak ketat, boleh gugur jatuh kebumi semuanya.Ha?kau maw tanggung?Haha.

Semalam saya jumpa doktor gigi yang baik hati lagi.Dia perempuan.Berbangsa Cina.Kalau lelaki, berbangsa melayu dan hensem pula,pastilah saya maw jumpa hari hari bukan sebulan sekali.Tapi sebabkan dia perempuan,cina dan baik hati,jumpa sebulan sekali pun tak pa.Eh, merepek pula.Bukankah dah bilang tadi perjumpaan hanya dibuat secara BULANAN.Tak kesahlah samada doktor laki ada perempuan.Heh.

Semalam hari jumaat.Dan kewajiban untuk setiap kaum adam di hari jumaat adalah bersolat Jumaat.Lepas register nama di kaunter pendaftaran, saya duduk dengan senyap di sofa klinik di tepi pintu supaya klau boring boleh saya usha orang dari jauh saja.Dalam asyik asyik tengah mengendap tu, saya tiba tiba terperasan ada sebuah kereta datang parking yang ahli kereta nya semua laki.Dah la bawa kereta berlagak samseng di jalan kecil,parking secara kasar,kemudian keluar dengan slumbernya ke kedai mamak yang ada di hujung jalan untuk makan.Tyme tu saya tengok jam di dinding adalah menunjuk jarum pendek di nombor 1, jarum panjang di nombor 6.Sahlah jejaka samseng ini tak pergi Solat Jumaat.Harapkan kereta saja lawa,tapi tak Solat Jumaat memang takde list calon suami lah.Eh?

Tu yang saya jumpa di pekan kecil,kaum lelaki boleh makan dengan selumbernya tanpa taw ini hari Jumaat di wajibkan keatas kaum lelaki untuk bersolat Jumaat.Yang lagi memualkan nafsu kalau kita pergi ke mall, then tengok ada couple lelaki dan wanita, yang masih lagi berlegar di kawasan mall untuk berasmaradana.Macam takda perasaan.Yang perempuan tu pun satu, kalau sejuta kali syoook jumpa boyfren pun, rasa macam balik rumah pun maw bawa boyfren,pesan la kat boyfren tu suruh g semayang jap.Tak lama pun kalau nak tunggu untuk mendengar khutbah dan solat.Macam tu ada hati nak buat calon suami?Engkau silap dik.Engkau silap.Eh,kenapa saya macam emo?Haha.Cool down babe.Lainlah kalau mungkin yang saya tengok tu adalah wanita seperti lelaki.Itu lagi mungkar.Tapi dah banyak.Tu pun tanda tanda kecil kiamat.Nauzubillah.

Itulah cerita saya di hari Jumaat.Memang dah banyak berlaku.Dan semakin banyak.Tak sedarkah Kiamat Sudah Dekat?

Update about my teeth

Gigi saya telah memberi perkembangan terbaik.Good baby good.Semalam doktor macam ketatkan dan tambah tali kat besi tu macam tali tangsi.Saya terlupa pulak nak tanya kat doktor tu apa fungsi dia sebab semalam saya dah lewat mahu bergegas ke sekolah.Doktor tu kalau di ajak tanya, panjang meleret dia explain.Macam saya paham 100% ja.Haha.Sekarang saya terasa gigi saya sangat ketat.Tak seperti kebiasaan.Saya rasa mungkin sebab diletakkan tali tu nak bagi lebih ketat dan padat.Maka itu namanya Tali Pengetat.Mungkinla.Mungkin.Sebab gigi saya lebih ketat sekarang.

Pemakanan seperti biasa.Tapi sejak dipasang Tali Pengetat, benda lembut yang keras pun nak makam rasa tak best.Seolah memakai pendakap gigi di hari pertama.Semalam nak makan nata de coco pun terasa tak best.Mungkin ini tanda tanda saya bakal kurus semula.Kerana saya akan kurang makan.Ya, sekarang berat body sudah naik dengan mendadak sebanyak 5kg.Macam mana saya tak bilang kalau saya dah gemuk?5kg adalah membimbangkan.T__________T

Bulan depan saya berjumpa lagi doktor perempuan cina yang baik hati itu.Perkembangan gigi seterusnya kita nantikan kemudian.


Thursday, April 1, 2010

Shock

Malam tadi kecoh di twitter dan Fb dengar Din Beramboi meninggal.Dan saya agak shock dan sedih bila dengar berita macam tu walaupun before dis kita dah dengar berita dia kritikal di Hospital Selayang. T___________T

Dari kecik memang saya teruja dengan lawak Din Beramboi dekat Ujang.Saya suka baca.Tapi time tu saya tak bersungguh sungguh lagi nak gelak HAHAHAHA dengar lawak dia.Tapi sejak dah kedewasaan sikit ni, bila dah taw orang gelak kuat tu adalah mendengar lawak yang paling lawak, saya start follow semua cerita yang ada Din Beramboi untuk melawak dan saya bergelak.

Ketawa kan penawar duka.Hilang stress kerja bila dengar orang melawak.Sekarang Din Beramboi dah takda, saya rasa macam kehilangan besar sangat sebab bagi saya tiada orang yang boleh buat lawak sebest Din Beramboi di Malaysia walaupun ada juga yang bilang lawak dia semua lawak bodoh, tapi bagi saya mana ada lawak yang pandai.Dan saya support pelawak pelawak termasuklah Charlie Charplin.Ni paling saya suka.Sejak kecik.

Aishhh, rasa baru je semalam saya gelak ngan Romong dengar riuh pagi Era.Rasa baru je semalam saya pasang Era kuat kuat dalam kereta semata mata nak dengar drama sebabak Era.rasa baru je semalam saya promote kat mak suruh dengar lawak Din Beramboi.Rasa baru je semalam saya gelak kuat dengan Zai dengar lawak Din Beramboi.Tapi itu semua kenangan.Sekarang dah terasa macam takde motif dah nak dengar Era.Sebab saya dengar Era semata mata Din Beramboi.

Semoga roh arwah di cucuri rahmat.Al fatehah buat arwah dan takziah buat arwah sekeluarga.Yang hidup pasti akan mati.Ajal pasti menjemput kita tak kira masa.

REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI