Muhasabah Untuk Hari Ini

Perkara yang TAK baik berlaku......

  • Hari ni saya masuk meeting.Ada isu sket pasal jawatan penolong setiausaha bagi jawatankuasa miting.Antara saya dan sorang cikgu yang mana 1 yang sesuai.Last last saya yang jadi tarikan.Mebi force of attraction saya lebih kuat dari cikgu tu.Ceh.Tapi ini perkara TAK baik sebab kerja saya makin banyak nanti.Percayalah.Bila sudah banyak kerja, saya akan busy body.Bila sudah busy body,saya tak bley maw ngorat phewit phewit camni.Bila sudah tak ngorat phewit phewit, macam mana saya kawen macam ni.See?Ini perkara yang TAK baik bukan....hahahaha

  • Kerani saya hari ni bagitaw yang harapan saya untuk dapat elaun BISP iaitu elaun untuk cikgu cikgu yang ajar sains n math in english masih 50-50.Sebab kat sekolah saya ajar math sahaja.Sedangkan saya punya degree major in physics.Kerani saya cakap sepatutnya saya kena ajar Sains.Kalau saya tidak bernasib baik dalam isu pembelaan wang elaun BISP ni, saya berniat untuk mogok terhadap nombor.Ini TAK baik.Tapi ianya perlu.Dah dua kali saya bermasalah dengan Matematik ni.Dulu time saya nak apply master. Ini kali kedua. Cinta terhalang.Ini TAK baik

  • Saya ditipu secara terangan hari ni.Sungguh kurang asam boi itu budak.Time saya ajar math, saya suruh sorang student ni bukak buku teks.Dia duduk paling depan.Dia kata tak bawa sebab lupa.Saya membebel SIKIT .Dia pandang belakang buat mimik muka ejek saya.Sakit hati.Tapi bila saya ajar, dia tak pandang pun depan, g pusing belakang sembang ngan kawan dia.Saya membebel SIKIT lagi.Dia pandang belakang jelir lidah macam saya tak taw.Sakit hati.Tapi time saya bagi kerja, elok pulak dengan slumber depan saya dia bukak buku teks.Huh.Hati bebal tengok perangai budak yang sorang ni.Kalau saya kuat macam hulk, nak je saya terajang buat ni masuk dalam tin.Tapi sebab tak kuat, saya g belakang kelas, Istigfar banyak-banyak.Pastu dah tenang baru saya cakap kat dia."tak pa, kali ni kamu tipu cikgu...esok kalau ada orang tipu kamu,baru kamu taw rasa sakit hati tu camne"....lepas tu saya senyap tak cakap dengan dia dah.Pandang dia pun saya menyampah.
Perkara yang BAIK berlaku

  • Dapat makan free.Ini best.Untuk semua jawatankuasa Ping Pong sekolah.Makan free selama dua hari berturut kat sekolah.Save budget.Kalau macam ni, miting tiap hari pun saya sanggup.Asalkan makan free.Makan tanggung perut kembung.Ini sudah cukup bagus sekali!

  • Hari ni hujan lebat!Saya suka!! I love rain.Tapi sekejap ja.Tapi tu pun dah kira ok.Rindu gila ke hujan.Dah la hujan lebat gila.Sampai basah basah kelas.Habis tak boleh ngajar.Owh, kalau tak mengajar pun kadang kadang best juga,Ini perkara BAIK.Hahaha.


Comments

ASaDa RyutaRo said…
tahniah la dpt jd Setiausaha miting..hehe :P

budak itu sungguh kurang ajar, dengan selamba badak tipu menipu d siang hari..
spatutnya guna ayat lagi pedas utk dak camtu.. sebut pasal mak ayah or akhirat (if dia muslim bg insaf kaw2 punya)

pasal makan kamOo ni x boleh kalah kan? wahaha.. lagi2 klu free..

selamat menjadi cikgu dedikasi.. moga2 jd cikgu cemerlang..
rajin2 la ambik PTK..
LUVLYDIYANA said…
thanks asada for ur advice..appreciate it..kamu rajin2 belaja.. :)

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar