Saturday, March 27, 2010

Kau Raja Hanya Sehari.Ingatlah!

Apa khabar blog yang bagaikan anak tiri sekarang.Seminggu tak update terasa gersang.Kehidupan yang bizi macam lebah buat kan saya kadang kadang perlu memikirkan mana satu keperluan dan kepentingan yang harus dibuat dulu.Blog ini kepentingan.Kepentingan bila saya nak cakap.Ni ada benda nak cakap ni.Dan saya juga tengah lapang di pagi Ahad ni nak meluahkan.Makanya pengupdatetan blog sebenarnya penting ketika lapang.Saya lapang ni.Penting nak update.Penting!!!.

Ini perkara penting juga saya nak khabarkan.Buat ingatan saya terutamanya dan juga kepada sesiapa yang bakal menjadi pengantin.Kehidupan di suku abad menjadikan kehidupan bagaikan satu perlumbaan untuk berkahwin.Asal cuti sekolah je berderet deret undangan perkahwinan.Alhamdulillah, senang jodoh kawan kawan saya semua.Saya tumpang gembira dan tumpang makan,tumpang tangkap gambar,tumpang bagi hadiah,tumpang dapat memenuhkan rumah,tumpang pinjam pelamin nak posing,tumpang nak goodie bag.Itu pun saya nak.HAHA.

Setakat ni untuk semua perkahwinan yang menjemput saya, Alhamdulillah hampir 80% saya pergi.Tak pernah miss.Saya memang rajin pergi kenduri.Kalau sesiapa kahwin tak jemput saya, rugilah kau seorang tetamu yang confirm datang.Haha.Macam tiap kali RSVP perlu letak nama saya saja tak payah nak tanya dah.

Yang saya nak ceritakan ni, bukan untuk mengungkit.Bukan nak mengata sapa2.Tapi kan saya cakap, sekadar renungan kita bersama.Supaya saya pun harap saya tak buat perkara yang sama.T___T

Tetapi di dalam banyak banyak kenduri kahwin yang saya pergi, ada beberapa kepincangan yang saya rasa perlu di upgrade kan oleh kawan kawan yang belum berkahwin atau bakal berkahwin yang saya harap anda JANGAN BUAT.

Pertama, cara untuk menjemput orang.Saya taw sekarang Facebook menjadi kegilaan.Kadang kadang kawan yang 27 tahun terpisah pun boleh jumpa di Facebook.Kawan kawan bayi semasa kita di hospital dulu pun boleh jumpa di fesbuk.Kawan kawan yang kita kuat kutuk menyampah bagai nak rak pun boleh jumpa di fesbuk Begitu hebat kuasa fesbukSemua orang boleh bergathering di fesbuk.Tak payah nak organize gathering besar besaran untuk kumpulkan ahli sekolah.Tak perlu.Fungsi fesbuk sangat mengasyikkan!

Tetapi kadang kadang saya rasa fungsi fesbuk di salah gunakan untuk bakal bakal pegantin.Saya rasa tak patut bila korang nak kawin,korang HANYA tag kawan korang ,plan ke rumah pengantin.Sini saya tak salahkan orang yang tag plan.Saya hanya rasakan cara ini tak patut untuk orang yang HANYA jemput pakai tag.Tetiba jumpa saya sebagai kawan lama, tegur tak penah, kemudian tag saya then paksa saya suruh pergi kenduri.Alah, ko nak kawin kan.Kerja la keras sket.Apa salahnya mintak alamat saya kat FB,bagi kad kahwin, buat RSVP ka, then barula tag plan perkahwinan.Ni angin takde taufan pun tak datang,tiba tiba tag saya kat FB then mesej saya, Jangan Lupa Datang taw.Perbuatan ini sungguh tak mulia.Sungguh tak mulia lagi bila saya tak tahu pun bila dia nak kawin.Jemput pun tak.Then tetiba chat dengan saya di FB. Anis, jangan lupa datang kenduri aku taw.See?Dia penah ingat tak yang dia tak pernah jemput saya.Tarikh kahwin dia pun saya tak tahu.Bila saya tanya bila dan dimana siap boleh cakap, tu rujuk kat FB aku k.Eh, saya nak kena jemput tiba tiba ni pulak nak kena g godek FB dia untuk cari tarikh dan plan ke rumah pengantin. Korang rasa patut ke tak patut? Jangan ingat hanya kerana kita pernah makan nasi di periuk yang sama, jangan ingat hanya kerana saya memang akan rajin datang kalau di jemput, boleh pulak anda menjemput saya dengan cincai cincai saja.

Then, bila di majlis perkahwinan, saya pernah juga mengalami kes tetamu terabai.Bagaikan datang tak berjemput.Pulang tak berhantar.Saya taw di hari perkahwinan pengantin adalah RAJA.Tapi bukan raja untuk selamanya.Kenala bersikap raja berjiwa rakyat.Even dah jadi raja walaupun sehari, kena la turun takhta layan kawan kawan yang rumah nya bukan lah di sebelah rumah pengantin.Tapi jauh merata rata. Tapi bila kita datang, pengantin macam buat tak kenal kita hanya senyum dan lambai lambai dari jauh.Kita yang datang pun memang dah dari jauh, tengok jela show korang nak tangkap gambar berpelukan bersama sang suami ataupun sang isteri.Sebenarnya, kawan kawan yang datang ni pun paham, hari kepengantinan adalah hari terbizi dan hari terhappy, tapi walau bagaimana bizi kita pun, bagaimana syook nya kita nak tangkap gambar posing berpelukan bersama sang suami pun, kita janganlah lupakan tetamu yang nak meraikan.Stop la kejap untuk bergambar.Tak lari tukang gambar yang di bayar.Kalau bizi sangat sekalipun, pesan saja kepada sedara sedara anda untuk melayan tetamu.Janganlah abaikan kepada mereka bagaikan datang tak berjemput,pulang tak berhantar, goodie bag pun tak di bawa bekal pulang.Isk..isk..isk..

Entry ini bukan untuk mengkomen majlis perkahwinan sesiapa.Tidak.Tapi sekadar pesan memesan buat kita yang belum kawin supaya JANGAN BUAT sebelum terlewat.Biarlah kenduri kahwin kita menjadi kenangan terindah buat kita dan kawan kawan.Majlis segrand grand buat sajian kawan kawan tidaklah perlu.Hanya layanan yang terbaik di pelukan.Ingatlah,Jangan hanya kerana kau raja sehari, kita dah jadi terlupa pada kawan.

Entry macam serius.Gelak lah sikit sebelum bersurai.KAH KAH HA HE HO.... masih serius kah?


3 comments:

Liz said...

contohilah aku...

ko jemput kat fb, hari kawen ko, aku dtg kt fb je la..

meluat weh org tag2 kad kawen ni..apsal kedekut sgt..plis la..aku mmg takkan pegi kenduri mcmtu even die kawan rapat mcm mane pn..

kot takde kad kawen, hp ade, sms ke..call ke tak bole ke?

deenz said...

Technology ade..ble diguna pakai..kdg2,mslh tak plan awal2 wat org just tag sana sini jer..
Tapi xpe,asalkan dh jemput bagi aku ok kot=)
hahahaha...
Different people have different thinking..terpulang pada masing2 nak menilai=)

aZHIeeDA said...

traditional way lagi proper..=)
kawen pun bukan selalu..huhu

REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI