Ini Impianlah Bukan Angan Angan

Saya menulis lagi.Semalam kata nak pause.Sekarang saya tulis lagi.Sekejap sedih sekejap happy.Tapi biasalah, kehidupan manusia mana yang tak dilambung badai, jangan berumah di tepi pantai. Tapi view pantai amat mengasyikkan. Boleh tengok sunset di tepi pantai. Bertambah suwit bila tengok bersama cik somi. Sambil tengok, boleh berpelukan bersama.Ewah.Ni sudah karut marut lalut. Sila abaikan.Insan kuat berangan memang macam ni.

Sekarang marilah kita berangan lagi.Mari kita berangan untuk kehidupan 10 tahun akan datang.Bila namanya angan angan, pastilah ianya suwit suwit belako.Penah ke orang berangan nak pakai kereta kecik di masa depan, baju kecik..eh ini jangan, rumah kecik, duit kecik.Segalanya kecil.Mana ada.Makanya kalau angan angan, ianya haruslah besar.Sekaligus ianya akan membina harapan. Maka disusuli dengan usaha.Eceh.Kata kata pujangga.

Saya di kehidupan 10 tahun akan datang ....di usia 35 tahun..SAYA

( 1 ) Takkan pakai lagi gelaran Cik Seri Anis Diyana.Ini hanya gelaran zaman muda.Panggil saja saya Aunty Anis.Maw panggil Sista Anis pun boleh.Maw panggil adik comel manis pun LAGI BOLEH.HAHAHA

( 2 ) Berharap masih gigih memerah keringat untuk menulis blog.Mungkin saya akan ada blog extra untuk my little angelina jolie dan juga my little wayne rooney buat tatapan peribadi anak anak saya bila ianya dewasa kelak.Eh,ini sekaligus memberi petanda saya sudah mempunyai 2 babies yang berlainan jantina di masa hadapan.Wah..kena memperuntukan masa nak cukup ni untuk blog dikaulah segalanya.Harus!Harus!Harus!

( 3 ) Sudah mempunyai suami.Ini harapan tertinggi.Walaupun saya masih tiada calon suami sehingga kini.Biarlah 10 tahun akan datang saya dah bersuami.Saya juga manusia normal yang mempunyai nafsu untuk berkahwin.Bidadari syurga pun akan dikahwinkan.Begitu juga saya.Doakan jodoh saya.Ameen......

( 4 ) Sudah berjaya menamatkan pengajian master yang saya tengah pohon ni.Owh,di tambah dengan jayanya.Cemerlang saya harap.Juga telah berjaya menamatkan pengajian PHD.Niat saya memang maw belajar sehingga ke peringkat pengajian tertinggi dengan keputusan yang membanggakan sekali.Demi masa depan saya dan anak anak.Eceh.Anakku oh anakku.

( 5 ) Sudah ada kereta baru yang lebih besar kondisi dan keadaan nya. Bumble bee mempunyai tempoh lagi 5 tahun untuk di berehkan.Makanya boleh la pakai kereta baru lepas tu.Wah!!cepatlah lagi 5 tahun.Tak sabar nak berkereta besar!!

( 6 ) Gigih menghantar dan menjemput anak anak di pusat pengajian.Eh eh.Maksudnya anak anak saya sedang dalam proses tumbesaran yang memerlukan mereka di hantar ke sekolah pada ketika ini. Dan saya walau sibuk menghantar anak anak.Tapi masih hot seperti biasa.Eh, ini pun penting.Mama panas.

( 7 ) Gigih membuatkan sarapan untuk cik somi pagi pagi.Tak boleh bangun bagi terus ngedate blog.Tak boleh bangun pagi terus makan je.Tak boleh bangun pagi terus nak tengok Malaysia Hari Ini. Tak boleh dah nak bermalas malas sebegini.Tapi jika saya malas, saya maw deal bersama cik somi.Pergilah menghendap kuih Mak Cik Limah di hujung simpang.Dengan harapan bawalah pulak nasi lemak sebungkus dua.Bukannya anak dara sebungkus dua.Ewah ewah.

( 8 ) Akan bercuti cutian bersama keluarga ketika musim cuti sekolah.Yahoo.Yabedabedu.Akan saya bukak senarai percutian idaman kepada cik somi kelak.Pasti seminggu awal saya dah mula excited nak pack barang.HAHA.Ini kanak kanak atau ibukah? Owh...saya ibu pada kanak kanak yang excited juga seperti ibunya.

( 9 ) Menukar sedikit penampilan peribadi.Ini tak boleh dinyatakan secara detail.Tapi masih dalam konsep peribadi muslimah sejati.Eceh.Eh, kan time ni saya dah jadi ibu.Kena menjadi contoh buat anak anak lah.Kang kena babap nanti.Maw?Maw?

( 10 ) Cukuplah sepuluh.Tak terpikir saya lagi.Mak saya dah bising nak ajak pergi kenduri.Ke rumah Mak Tam di Kedah.Wat kan spoil idea nak menulis.Bye bye my DIOR,LV,GUCCI,GUESS,COACH.Ini pun saya harap saya berjaya memiliki di usia 35 tahun nanti.Hahaha

Sekian.Kita bersurai.Eh, ini semua impian sayalah.Bukan angan angan.Makan kenduri.Mak dah bising.Jom!!

Comments

keen said…
wah3..baekk punya angan2..eh impian..

tambahan yg ke-11:
Saya maw update masakan saya setiap hari di blog seperti wanita pujaan ku kak ekeen...hahaha...
LUVLYDIYANA said…
hah..tu tak miss..tapi kena jadi terror masak dulu baru leh update.sekadang pun masak cam cendol je..

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar