Friday, March 12, 2010

Buku Nota Kecil Comel Saya

Dulu time saya di sekolah rendah, ayah suka pesan dekat saya "dalam poket sediakan buku nota, tulis sifir dalam tu. Time takde keja, bukak buku nota kecil, hafal sifir" Sebab saya tak banyak songeh. Saya buat.Hasil nya saya memang cekap sifir. Bila cikgu suruh hafal, saya antara yang terawal yang boleh habiskan sifir 2 sampai 12 dengan pantas dan tangkas.Itu kisah dulu dulu Tentang buku nota kecil comel saya.

Time sekolah menengah, saya masih ada buku nota kecil comel.Tapi time ni ayah dah tak pesan banyak banyak lagi. Sebab saya dah duduk asrama.Tapi saya still ada buku nota yang comel lagi kecil. Kali ni saya tak tulis sifir dah. Tapi saya suka tulis list barang barang keperluan saya time nak balik ke asrama.Pastu saya koyak saya bagi kat ayah. Suruh ayah pergi beli. Yang tak penah miss dalam senarai, roti gula cap ping pong. Saya memang suka beli dulu.Sebab nak cicah ramai ramai ngan kawan time supper.Tu memang best.Selain tu saya suka tulis senarai kerja sekolah saya dalam buku nota comel kecil.Supaya saya tak termiss satu pun kerja sekolah yang cikgu bagi.Buku nota comel kecil banyak guna.

Bila saya di UKM, saya masih ada buku nota kecil comel.Tapi kali ni saya tak tulis kerja sekolah dah.Saya tulis perbelanjaan bulanan saya.Ye la, dulu hidup bergantung harap dengan biasiswa.Duit free bukan boleh digunakan sesuka hati.Jadi saya suka menulis supaya perbelanjaan tak over budget. Buku nota kecil comel memang berkepentingan bagi saya.

Sekarang bila saya dah kerja, saya masih ada buku nota kecil comel.Tambah tambah bila banyak perkara yang maw diingat sekarang, lagi sangat penting buku nota kecil comel buat saya. Saya letak dalam handbag , buku nota kecil comel saya. Bila ada benda penting yang saya kena ingat, saya tulis dalam buku nota kecil comel saya.Sebelum saya pergi kerja, saya suka nak cek balik buku nota kecil comel saya.Supaya saya update dan tak termiss dengan segala kerja.

Tapi sekarang buku nota kecil comel saya dah hilang. Saya stress. STRESS bila di kenang kenang.Ianya murah tapi berharga.Dah penat saya paksa otak saya kat mana saya letak. Saya lupa. Kali terakhir ianya di lihat semalam. Saya tak suka kalau buku tu hilang,pastu ada orang jumpa mula nak mengkaji isi di dalam.Isk, saya stress bila kehilangan benda yang amat bermakna macam ni.Dahla, saya tak nak cakap lagi. Saya stress. Semoga buku tu hilang tak jumpa jumpa.Itu adalah lebih baik.

Sekian.Ini bermakna penamat.Baiklah.Mari bersurai.Tiada apa, hanya sekadar terkenangkan buku nota kecil comel T____T

2 comments:

ASaDa RyutaRo said...

hahahaha... ke mana saja la kamOo letak buku tu..

semoga jumpa balik.. sudah pasti akan burn bila yg jumpa anak murid n dgn sengih2 pulangkan buku tu.. hehe :P

stress.. stress.. bawak relax sudeyh..

*kagum sebentar dgn kegunaan buku kecil comel iitu..

LUVLYDIYANA said...

asada :
tula...rase mcm last guna semalam.tapi TAK INGAT dah letak mana..hilang benda ni..huhu

REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI