Bila Datang Saya Moody

Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang kamu alami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali kamu period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit

Penyakit sebulan sekali datang memang dah dapat agak. Buatkan mood i spoil sepanjang hari. Nak jalan ke kelas pun rasa tak larat. Rasa nak guling guling ja dari bilik guru ke kelas, macam latihan ala ketenteraan. Hari ni satu hari i tak mengajar. Nak balik mintak mc nak drive pun tak larat. Rasa rela lagi tidur kat belakang bilik guru sepanjang petang. Tu lagi syurga. Macam mana nak balik umah, dua dua belah kaki rasa kejang. Kalau kereta auto rasa save gak nak drive. Ini kereta manual.Menyampahkan.

Seminggu dua ni pun perasaan emo secara melampau batas. Pantang silap sikit, i rasa mula nak telan orang buat sup. Ini perasaan emosi tanpa kawal yang biasa. Ianya datang tanpa di duga.

Sekiranya kamu mengalami dismenorea sejak pertama kali kamu period, besar kemungkinan ianya adalah dismenorea primer. Jadi kamu tidak perlu berjumpa doktor. Dismenorea primer boleh mengakibatkan:

Kekejangan. Bahagian bawah perut kamu mungkin terasa seperti dipulas atau dipintal.
Sakit kepala yang berdenyut-denyut
Muntah atau mual/loya
Sakit kaki dan bahagian belakang badan
Pergerakan usus yang tidak sekata
Pitam

I bila terkena sengugut di sekolah, i akan suruh akak kantin bungkuskan air panas nak tuam kat perut. Tapi hari ni terasa emo kat orang kantin bila i suruh letak air panas, yang dia bagi air tu TAK panas langsung. Taraf suam kuku dah.Nak g kantin balik dah tak larat. Nak je i telan akak kantin tu hidup hidup.Air panas bukan air suam. Hati bengkak sebab geram.Wanita period memang macam ni.Salah sikit pun nak melenting. T_____T

Dismenorea boleh menyebabkan kesakitan yang teruk. Ketika ini, mungkin kamu hanya mahu baring sahaja di katil. Kamu mungkin tidak mahu melakukan apa-apa ketika mengalami dismenorea tetapi seeloknya kamu tidak harus membiarkan kesakitan terus menular. Kamu boleh melakukan perkara-perkara di bawah untuk menolong mengurangkan kesakitan:

  • Lakukan sesuatu! Jangan tunggu sampai sakit itu semakin teruk. Ambil pil penahan sakit untuk mengurangkan kesakitanKebanyakan pil penahan sakit boleh didapati di kebanyakan kedai dan sangat berkesan. Kamu boleh meminta pertolongan ibu atau kakak untuk membeli pil ini. Ingat antara tanda-tanda dismenorea. Pastikan kamu makan sesuatu sebelum mengambil pil penahan sakit. Jangan pendam kesakitan ketika diserang dismenorea.
  • Tuam perut. Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda.
  • Tarik nafas dalam-dalam. Baring dan tenangkan diri kamu. Jika kamu pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising. Kesakitan akan berkurang selepas kamu mengambil pil penahan sakit.
Ok, sekarang i perlu tidur. Mata berat lepas makan ubat.Perlu kerehatan yang panjang.Esok i banyak keja nak buat...Kejohanan Ping Pong kat sekolah, miting AJK Disiplin, miting AJK PIBG. Esok tak mengajar LAGI.

SEKIAN......... Sumber info : Baca
DISINI

Comments

maiyah said…
akak dah x rasa sesugut ni
LUVLYDIYANA said…
orang cakap zaman anak dara je kan yg rasa..huhu

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar