Posts

Showing posts from March, 2010

Kasi Chance Saya Nak bagi Motor Versi 1.

Image
~ entry ni tiada kena mengena dengan gambar.credit to my fren pakcik Fitri for dis pic.saya teringin main salji tapi bukan di genting~
1 April 2010
Hari ini 1 April.Bagi saya hari ini bukan hari yang bodoh.Hari ini adalah hari yang dilalui kehidupan seperti biasa yang bukan sepanjang hari terasa bodoh.Hanya kepada sesiapa yang meraikan hari ini saya rasa seperti tak mengerti tiada hari hari yang bodoh dalam kehidupan tetapi setiap hari adalah hari hari untuk mempertingkatkan prestasi kehidupan.
Ok.Tamat.Itu roti basi pagi.Eh,motivasi pagi.Kalau roti basi kita buang saja dalam dustbin.
Owh,sedikit perkongsian yang tak basi basi lagi.Klik pada tajuk.April Fool Kamu Memperbodohkan Diri Kamu Dihadapan AllahWallahua'lam.
Eh.Dah macam ahli panel program motor versi pulak.Sebenarnya saya ni nak menjawab soalan adik Nor Faisza di shoutbox.Nak tulis situ macam panjang pulak saya nak membebel.Ni menjawab soalan ka berleter?Ini juga pembelajaran tak langsung bila kau dah jadi cikgu.Macam automa…

Pembelajaran Tak Langsung

Saya mencintai sekolah.Ini kalau tak suka pun kena pura pura buat macam cinta kerana separuh hidup saya sekarang adalah di sekolah.Tak suka maw pegi sekolah pun kena belagak seperti suka bagaikan sedang menari shuffle sambil bersorak heep heep hooray.Owh, sungguh teruja.Walaupun tak.Kalau di beri pilihan untuk mengajar di sekolah dan mengajar dari rumah, saya akan memilih untuk bekerja dari rumah.Nampak sangat sebenarnya saya tak suka pergi sekolah.Dulu nak pergi sekolah pun malas.Sekarang nak pergi pun malas tapi rajin sikit dari dulu.Sebab dulu saya masih lagi ponteng kalau tamaw pegi sekolah.Sekarang saya dah tak pernah ponteng dah walau sejuta kali malas.Nampak sangat saya sudah semakin mencintai sekolah sikit sekarang.Ewah.

Jap.Jap.Sebenarnya entry ni saya tataw pun nak tulis pasal apa.Tapi sebab saya tengah pausekan mood untuk menggosok baju kesekolah,saya rasa macam teruja pulak maw cerita pasal sekolah.Dulu kalau pergi sekolah kita hanya taw satu benda ja.Pergi sekolah untuk b…

Kau Raja Hanya Sehari.Ingatlah!

Apa khabar blog yang bagaikan anak tiri sekarang.Seminggu tak update terasa gersang.Kehidupan yang bizi macam lebah buat kan saya kadang kadang perlu memikirkan mana satu keperluan dan kepentingan yang harus dibuat dulu.Blog ini kepentingan.Kepentingan bila saya nak cakap.Ni ada benda nak cakap ni.Dan saya juga tengah lapang di pagi Ahad ni nak meluahkan.Makanya pengupdatetan blog sebenarnya penting ketika lapang.Saya lapang ni.Penting nak update.Penting!!!.

Ini perkara penting juga saya nak khabarkan.Buat ingatan saya terutamanya dan juga kepada sesiapa yang bakal menjadi pengantin.Kehidupan di suku abad menjadikan kehidupan bagaikan satu perlumbaan untuk berkahwin.Asal cuti sekolah je berderet deret undangan perkahwinan.Alhamdulillah, senang jodoh kawan kawan saya semua.Saya tumpang gembira dan tumpang makan,tumpang tangkap gambar,tumpang bagi hadiah,tumpang dapat memenuhkan rumah,tumpang pinjam pelamin nak posing,tumpang nak goodie bag.Itu pun saya nak.HAHA.
Setakat ni untuk semua…

Belon Saya Sejuk

Image
Entry ni penuh dengan gambar.Dah lama saya tak buat entry bergambar macam ni.Bagaikan entry terdesak.Tapi bukan.Saya maw sajikan anda dengan gambar gambar model terbaik di Fiesta Hot Ballon Putrajaya.Eh,maksud saya belon itu adalah model.Bukan saya..Eh,korang.Saya pun pegi hot ballon jugakkkkk.
Saya pergi pada hari Ahad.Hari last.Baiklah.Marilah kita menonton wayang gambar... :)


~Belon di kawasan pertama pada pukul 11 pagi.Hanya dua ni yang kembang.Lagi 2 saya tak snap.Ingat nak tengok belon yang cantik cantik.Rupanya ni ja yang dapat tengok.Cehhhh~

~Boring lalu bertangkap gambar.Tangkap gambar 400000000000000 kali pun saya tak boring.Tangkaplah gambar saya.Ini promote lelong lelong.Tapi saya tak suka tangkap gambar orang.Aku bukan Fotopages eh Aku Bukan PhotoGrapher.Cop cop.Saya tingin nak belon yang kat belakang berwajah Hello Kitty.Nak Nak Nak!!!~

~Sekali lagi.Gambar gadis terbiar di jalanan.Dia tengah berperasaan boring.Biarlah dia begini.Hahaha~

~Saya pergi berdua.Dengan sahabat…

Ini Fakta

Setiap pertemuan ada perpisahan... Setiap permulaan ada penamat... Setiap keseronokan ada kesedihan... Setiap kelapangan ada kesibukan... Setiap kesenangan ada kesusahan...
DAN
Setiap cuti akan ada penghujungnya.............
Itu FAKTA bukan AUTA..tapi saya tak suka...dang!



Ini Impianlah Bukan Angan Angan

Image
Saya menulis lagi.Semalam kata nak pause.Sekarang saya tulis lagi.Sekejap sedih sekejap happy.Tapi biasalah, kehidupan manusia mana yang tak dilambung badai, jangan berumah di tepi pantai. Tapi view pantai amat mengasyikkan. Boleh tengok sunset di tepi pantai. Bertambah suwit bila tengok bersama cik somi. Sambil tengok, boleh berpelukan bersama.Ewah.Ni sudah karut marut lalut. Sila abaikan.Insan kuat berangan memang macam ni.

Sekarang marilah kita berangan lagi.Mari kita berangan untuk kehidupan 10 tahun akan datang.Bila namanya angan angan, pastilah ianya suwit suwit belako.Penah ke orang berangan nak pakai kereta kecik di masa depan, baju kecik..eh ini jangan, rumah kecik, duit kecik.Segalanya kecil.Mana ada.Makanya kalau angan angan, ianya haruslah besar.Sekaligus ianya akan membina harapan. Maka disusuli dengan usaha.Eceh.Kata kata pujangga.
Saya di kehidupan 10 tahun akan datang ....di usia 35 tahun..SAYA
( 1 ) Takkan pakai lagi gelaran Cik Seri Anis Diyana.Ini hanya gelaran zam…

Ketenangan Abadi

Owh hati..kenapa macam tak meriah?Cuba la kau menari nari sket buat tarian shuffle.Dangdut pun ok jugak.Mesti saya akan gembira tak terkata.Giler ah!Aku tak happy.SEKIAN

Ya Allah,kadang kadang saya tak sabar maw tanya sama tuhan.Apa yang akan berlaku pada saya kemudian.Tapi saya tak tahu.Dan saya tak mampu.Semoga cepat petunjuk tuhan bagi.Saya tak dapat berfikir dengan baik sekarang.Cuma bagi saya,ini adalah terbaik supaya banyak hati yang takkan terluka kelak.Insha Allah, perjalanan hidup kamu masih panjang.Saya tidak mahu menjejaskan kehidupan masa depan kamu.Biar sakit sekarang dari sakit kemudian hari yang lebih sakit.Saya harap satu hari nanti kamu merasai dan memahami apa yang saya rasakan.Sayang tak semestinya memiliki,tapi kadang kadang ianya untuk dilepaskan.......
Dahla..saya tak boleh menulis dengan baik sekarang.
*PAUSE* sehingga tenang.............

Asyik Baca Blog Saja

Tadi sebelum balik dari tusyen, ada sorang student saya tegur saya

"Cikgu,saya ada baca blog cikgu,kalau nak komen boleh tak?"
Owh,sekarang ni baru saya taw.Students pun ada yang baca blog saya.Nampak gayanya macam tak boleh banyak sangat nak mencarut dalam blog ni.Korang ni macam tade bahan bacaan lain nak baca.Ada ka blog cikgu di bacanya.Suruh wat keja sekolah tak siap siap.Kate tak cukup masa.Baca blog banyak masa lak.Dang!
Baiklah.Pesan cikgu janganlah terlalu leka dengan pembacaan blog.Ni blog orang dewasa.Yang baik jadikan sempadan,yang buruk buang saja dalam recycle bin.Cikgu juga manusia, yang kadang kadang mempunyai perangai jelik dan pelik.
P/S : Untuk kamu yang kejanya asyik baca blog,main FB,homework untuk cuti sekolah adalah...Mathematics Text Book Page 50 Exercise 3.1. Answer ALL questions....Buatlah.Dari asyik baca blog saja.Sighhhh :P

Fiesta Cuti Sekolah

Jap jap.Sebenarnya saya nak tengah tunggu turn nak mandi ni.Tapi sempat lagi nak berblog kan.Sighhh.Bila semua adik saya dah balik kampung,termasuk mak sedara saya pun balik tumpang menginap sekali, nak mandi pun kena amik nombor.Ini perkara biasa kalau bila taburan penduduk mula padat.T_____T
Jap jap my BFF [ best frang forever rever ] call....
******************** Hidup saya dah mula beragenda bermula esok.Cuti seminggu saya dah mula rasa tak cukup.Setakat ni plan cuti saya adalah
ISNIN ~tusyen
SELASA ~tusyen
RABU ~hari ni free.tapi kalau ada dating on call bersama Yonna ngan Liz di Penang, saya pergi datinglah.Wah!Pertemuan pertama.Berdebar debar.Hahaha.
KHAMIS , JUMAAT n SABTU
~saya turun KL.Saya turun dengan Zai.Mebi dengan Shima sekali.Nak g Hot Ballons Putrajaya, mebi.Jumpa Ain ngn Ikmal, main main cubit pipi.Jumpa BFF..ni dah janji.Kalau sempat nak jumpa Baby Hadif anak Yanti.Nak g KLIBF.Ni pun dah janji sama Ayu ngan Zai maw pegi.Jumpa Ema kalau sempat.T___T
AHAD ~saya FREE....ada nak dat…

Kamu Ni Banyak Cakaplah!

Telefon bimbit banyak guna.Ewah.Ini macam tajuk karangan sekolah rendah.Tiap tiap tahun karangan wajib buat adalah Pokok kelapa Banyak Guna.Sampai sekarang pun ada lagi karangan bercirikan macam tu.Setiap tahun student sekolah rendah memuja pokok kelapa rupanya.HAHAHA.
Sekarang henfon macam da canggih.Siap boleh nak tgk tv pun boleh guna henfon.Agaknya 10 tahun nanti, henfon leh wat jadi iron, hair dryer, lighter dan pelbagai lagi.Henfon sekarang kan banyak guna.
Tapi secanggih mana pun henfon saya.Kegunaan dia hanyalah satu.Iaitu mencall.Atau kata lain nya.Saya guna henfon hanya untuk bergayut.Atau erti kata lain,saya hanya suka call dari sms.Atau kata lain nya,saya amat payah nak tekan butang henfon untuk type sms.Atau.....eh eh..sudah sudahlah atau nya!
Sekarang ni saya dapat mendetect satu perangai saya terhadap henfon.Serius saya dah memang mengabaikan sikit fungsi sms terhadap henfon saya.Kalau saya baca sms, saya paham saya dah tak balas. Nak tulis k yang bermaksud ok untuk tunjuk…

What Next?

cepat lah JUN......tak sabar..what next?

Buku Nota Kecil Comel Saya

Dulu time saya di sekolah rendah, ayah suka pesan dekat saya "dalam poket sediakan buku nota, tulis sifir dalam tu. Time takde keja, bukak buku nota kecil, hafal sifir" Sebab saya tak banyak songeh. Saya buat.Hasil nya saya memang cekap sifir. Bila cikgu suruh hafal, saya antara yang terawal yang boleh habiskan sifir 2 sampai 12 dengan pantas dan tangkas.Itu kisah dulu dulu Tentang buku nota kecil comel saya.
Time sekolah menengah, saya masih ada buku nota kecil comel.Tapi time ni ayah dah tak pesan banyak banyak lagi. Sebab saya dah duduk asrama.Tapi saya still ada buku nota yang comel lagi kecil. Kali ni saya tak tulis sifir dah. Tapi saya suka tulis list barang barang keperluan saya time nak balik ke asrama.Pastu saya koyak saya bagi kat ayah. Suruh ayah pergi beli. Yang tak penah miss dalam senarai, roti gula cap ping pong. Saya memang suka beli dulu.Sebab nak cicah ramai ramai ngan kawan time supper.Tu memang best.Selain tu saya suka tulis senarai kerja sekolah saya da…

Muhasabah Untuk Hari Ini

Perkara yang TAK baik berlaku......
Hari ni saya masuk meeting.Ada isu sket pasal jawatan penolong setiausaha bagi jawatankuasa miting.Antara saya dan sorang cikgu yang mana 1 yang sesuai.Last last saya yang jadi tarikan.Mebi force of attraction saya lebih kuat dari cikgu tu.Ceh.Tapi ini perkara TAK baik sebab kerja saya makin banyak nanti.Percayalah.Bila sudah banyak kerja, saya akan busy body.Bila sudah busy body,saya tak bley maw ngorat phewit phewit camni.Bila sudah tak ngorat phewit phewit, macam mana saya kawen macam ni.See?Ini perkara yang TAK baik bukan....hahahaha
Kerani saya hari ni bagitaw yang harapan saya untuk dapat elaun BISP iaitu elaun untuk cikgu cikgu yang ajar sains n math in english masih 50-50.Sebab kat sekolah saya ajar math sahaja.Sedangkan saya punya degree major in physics.Kerani saya cakap sepatutnya saya kena ajar Sains.Kalau saya tidak bernasib baik dalam isu pembelaan wang elaun BISP ni, saya berniat untuk mogok terhadap nombor.Ini TAK baik.Tapi ianya perlu…

Envy Me

Korang penah tak tengok someone, pastu korang adore gila nak mati kat dia. Tiap hari kita wish akan ada kehidupan yang best macam dia. Tiap hari kita wish kita nak jadi macam dia. Taip hari kita tengok dia, kita rasa nak tiru cara dia. Tiap hari kita wish maw satu kehidupan yang membahagiakan macam dia.Tiap hari kita tengok dia, kita rasa memang nak jadi macam dia!!
Sekarang saya ada seseorang yang saya rasa best nak tengok tiap hari.Semoga bila saya dewasa, saya ada life sebaik macam dia.....
Saya dah jatuh hati dengan life style dia. Memang islamic dan ilmiah itu yang saya sangat suka. Saya suka dia..betul saya suka!
Kadang kadang saya tak sabar maw jadi dewasa.Maksud saya, tak sabar maw tengok satu kehidupan yang kita adore tu tercapai atau tak. Tapi itu semua misteri dan rahsia tuhan kan.Saya hanya mampu berusaha dan berdoa.Semoga mendapat keredhaan Allah.
Ameen Ya Rabbb...







Bila Datang Saya Moody

Image
Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang kamu alami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali kamu period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit
Penyakit sebulan sekali datang memang dah dapat agak. Buatkan mood i spoil sepanjang hari. Nak jalan ke kelas pun rasa tak larat. Rasa nak guling guling ja dari bilik guru ke kelas, macam latihan ala ketenteraan. Hari ni satu hari i tak mengajar. Nak balik mintak mc nak drive pun tak larat. Rasa rela lagi tidur kat belakang bilik guru sepanjang petang. Tu lagi syurga. Macam mana nak balik umah, dua dua belah kaki rasa kejang. Kalau kereta auto rasa save gak nak drive. Ini kereta manual.Menyampahkan.
Seminggu dua ni pun perasaan emo secara melampau batas. Pantang silap sikit, i rasa mula nak telan orang buat sup. Ini perasaan emosi ta…

Cinta Kamu Sampai Mati

Sekarang saya menulis lagi. Bila dah takde keja nak buat , rasa macam tiap minit maw tulis blog. Ini bukan lagi penyakit M yang datang. Tapi macam Sangap Blog pulak saya rasa. Semua blog saya g geledah. Ada yang datang meninggal kan jejak. Ada yang datang tanpa berbekas. Tapi hampir SEMUA blog yang ada dalam list saya, saya menjejak.
Saya dah menulis blog hampir selama dua tahun. Tapi baru setahun saya bergiat secara aktif. Time first2 saya tulis blog dulu masa saya masih lagi student di UKM. Time tu saya tahun akhir.Banyak sangat waktu free.Pulak tu ada broadband maxis yang besar gedabak. Maxis pun tak jual dah broadband besar baling hanjing tu dah sekarang. Kalau jual pun saya rasa maw bungkus broadband maxis. T_____T
Saya menulis blog setelah di inspire kan oleh Kak Shu. Kakak ipar Tya. Time ni dia baru kawin ngan Yeop. Terus berumah tangga di UK dan saya rasa life diaorang sangat lah suwit suwit suwit macam tertumpah gula. Mula saya rasa nak tulis blog time tu. Tapi saya tulis kisah…

I Miss U But Not Crazy

Image
~ikmal : mukanya bolat bolat....~

~ikmal n ain : hidung kemek geram macam nak gigit....gagagagaganas!~

~ain : segala aksi BUGURU yang ajar~
~ashraff : name glame ayap....minuman kegemaran susu ibu~
~ ashraff again : muka jambu ~
Hari ni entry berunsurkan kerinduan. Gila saya gilak sekarang banyak rindu sama ini kiddo kiddo yang kulit semua putih putih halus mulus gila saya jeles. Ini gen belah mak saya. Semua putih putih gebus gebus. Saya adalah pencampuran gen bapa yang agak kecoklatan. Tapi takpe, Olay Total Effects kan ada. Ini bukan promote. Tapi percayalah..ianya memang berkesan.Saya dah memang berbangga tidak riak dah ni.
Tadi saya sudah mencall untuk sembang dengan Ain. Sejak kecik Ain memang sangat rapat dengan saya. Tido pun kecik kecik saya bagi bedtimes stories sama Ain sampai last last bukan Ain yang tido, tapi saya pulak yang terlelap lelap bersama buku.Haha.Usaha untuk menjadi ibu sudah gagal. Saya kalau jumpa Ain bukan saya yang asyik cerita, dia yang banyak cakap.Tambah sek…

Mati Segan Hidup Hujung Minggu

Blog saya dah mula berpenyakit.Macam Mati Segan Hidup Hujung Minggu.Hujung minggu saja yang terupdate.Kisah kisah kehidupan boleh di jadikan sebagai rumusan hujung minggu saja.Saya sekarang macam diserang penyakit M.Ianti Mencantikkan dan Mencutekan.Eh eh.Ini amatlah Mengannoyinkkan.Pasti orang akan mendakwa saya adalah kaum yang suka Memperasankan.Ah , biarlah...manusia memang begini kadang kadang.Saya juga manusia.Seperti anda.
Minggu ni minggu exam kat sekolah.Minggu exam adalah minggu seperti Nak Jaga Segan Tapi Relax Mahu.Siyes memang malas maw jaga exam.Akan mengalami mood kemengantukan sepanjang masa tapi yang best time exam banyak masa untuk bergoyang gerudi saja sebab tak payah nak ngajar pun. Tak payah dah nak terpekik pekik.."Cikgu ajar tengok sini"...."Tolong senyap bley tak?".....tak payah dah. Simpan saja suara emas , daring dan menggoda untuk minggu minggu seterusnya. Ok saya taw, saya Memperasankan lagi.Biarlah...manusia memang begini kadang kadang.…