Saturday, February 27, 2010

Semalam dan Hari Ini, Esok Belum Pasti

LAPORAN SEMALAM
Semalam saya pergi ke Jusco Seberang Perai Citi dengan membawa sepasang niat iaitu nak carik hadiah kawen kawan sekerjaan saya Intan dan pergi menonton wayang. Mm..tak habis habis lagi cerita orang kawen.Sekarang bila time cuti, kerja saya hanya memenuhi undangan perkahwinan ja....

Semalam saya pegi dengan Kak Miza. Sampai sampai je Jusco,kitaorang dah tukar tiket free yang kitaorang dapat dari Zai untuk tengok cerita Little Big Soldier.Untung semalam tak yah kuarkan duit untuk movie kan.Yezzaaa Yariba Yariba.

Cerita Little Big Soldier adalah amat menggeletek hati.Buatkan saya ketawa terbahak hulk hulk tak heran orang dah tengok Jackie Chan belakon siyes kelakar tak hengat. Action dia tak la banyak sangat, kalau adapun semua yang macam kelakar je ala ala Shoalin Soccer.Dia sepak bola pun saya dah rasa nak gelak guling guling dah.

Lepas habis g tengok cerita, kitaorang g survey hadiah kawen. Survey punya survey terpikat weet weet lah saya nak belikan periuk nasi dengan harapan rajin rajin lah Intan ko memasak nasi untuk cik somi. Air tangan isteri tu banyak keberkatan nya.Masaklah walaupun pedih memotong bawang.Eceh.

Kami pulang awal semalam.Sebab dah berniat nak pegi ke majlis nikah Cik Intan kat Masjid Parit Buntar.Budget macam dah lambat sebab pukul 4.10 masih lagi berlegar di kawasan Jusco.Nak nikah lepas Asar. So, bila time balik Kak Miza pulak yang bawa kereta seperti ribut konon konon nak rush tapi bila kami lalu depan masjid macam takde pun kereta lagi so terus kitaorang melengah lengahkan masa di rumah Kak Bani dan pegi sama ke masjid untuk bernikah.Maksudnya Cik Intan yang bernikah dan alhamdulillah semuanya selesai apabila Cik Intan sah bergelar Puan Intan lebih kurang pukul 6 petang.Sudah selesai akhirnya.

LAPORAN HARI INI
Hari ini disebabkan rakan sekerjaan yang kawen maka kami pun pergilah sekali lagi ke kenduri Puan Intan hari ni.Pengantin berbaju hitam putih temanya. Sekarang macam ramai sangat yang pakai tema hitam putih.Sampai dulu saya pernah niat nak pakai theme hitam putih sebab nak tiru Maya Karin macam dah rasa tak maw buat lah pulak dengan kaler tu sebab macam semua nak pakai kaler tu.Saya memang suka kelainan.Kalau dah sama tu,memang saya dah kuburkan sajalah niat hitam putih tahi cicak tu sebagai tema.Tu la...lambat beno nak kawen.Kata suara suara sumbang.Lalu berkata suara merdu.Relax..relax.HAHA.Abaikan kalau tak paham... T____T

Cikgu sekolah ramai jugak yang datang hari ni untuk meraikan rakan setugas yang berkahwin.Yezza..inilah yang dikatakan ukhwah fillah terjalin selamanya.

Sekarang macam sudah tamat cerita.Ini laporan dari saya.

"Yesterday is history,tomorrow is mistery and today is a gift"

Baiklah....hari ini adalah hadiah.Anggap saja saya dah dapat hadiah iaitu hari ini.Sejak semalam tak tahu kenapa saya tiba tiba sangap hadiah.HAHA.Ini betul.Saya maw hadiah!



4 comments:

maiyah said...

tulat lak camne ngeee

yonna said...

motif ko nak hadiah? hahaha besday nak dekat dh ke? :p gagagaga

LUVLYDIYANA said...

kak maiyah :
tulat dapat angpaw..hehe

LUVLYDIYANA said...

yonna :
besday aku lambat lagi..tapi tahun lepas punya besday pun satu hapak tak dapat hadiah.sbb tu sekarang sangap.gila kesian.hehe

REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI