Sunday, February 21, 2010

Money For Life

Entry ini adalah entry pesanan ringkas buat saya.Tiada kaitan dengan mana mana pihak.HANYA UNTUK AKU

Saya rasa saya perlu lebih berjimat cermat sekarang.Status keadaan kewangan akan membimbangkan di pertengahan tahun kelak jika saya tidak mempunyai simpanan yang agak banyak berkoyan koyan rasa bila keluar kan duit tu duit takkan penah nak susut melihat banyak nya duit dalam akaun.Pergh..memang saya mengharapkan macam tu.Memang.

Niat saya nak memburu sarjana kembali bagi kemasukan bulan Jun 2010.Kali ni tak tahu masih ada rezeki ke tak.Last time saya apply GAGAL atas alasan saya bukan students mathematics dan credit hour bagi subject mathematics masa saya ketika saya belajar di sarjana muda dulu hanya lah 18 credit hour membuatkan lecturer saya tanpa ragu ragu mereject saya sebagai pelajar Sarjana Pendidikan Matematik.Tapi yang saya tetap tak puas hati sampai sekarang, yang buatkan saya kecewa satu bakul sampai sekarang, bila time saya call pihak Fakulti Pendidikan UKM, untuk bertanyakan status rayuan permohonan saya, boleh pulak sape ntah yang angkat phone kat fakulti tu siap macam perli saya

"awak dulu tak dapat sebab time degree dulu awak minor math je kan.rayuan sekarang pun awak merayu dalam math eh.mm..macam tak dapat je.lain kali kalau nak merayu, wat la rayuan untuk pendidikan sains"

Ok..Ok..Fine.Saya taw saya adalah golongan mengharap ketika itu.Tapi ayat si wanita tiada bahasa tu buat saya menyampah dah nak tanya tentang status permohonan saya ketika itu.Malas la aku.Kali ni saya apply lagi sekali.Semoga berjaya.Kalau tak berjaya pun saya tak heran.Saya akan apply jugak sehingga berjaya biarpun banyak kali.Saya dah nekad.Kali ni.

Tapi ini bukan perkara suka suka.Banyak pengorbanan yang perlu di buat dan pengorbanan yang utama untuk mencapai cita cita adalah masa dan WANG.Sekarang saya harus lebih berjimat cermat.Jika berjaya, banyak WANG yang perlu di pakai tahun ni dan tahun tahun seterusnya kerana saya adalah pelajar persendirian tanpa biasiswa. Sebab saya apply master ini sebagai student part time.Maksudnya bekerja sambil belajar.Takde banyak biasiswa bagi student part time di sediakan.

Sekarang ni saya PERLU bersikap tak payah nak heran sangat dengan jeans baru ka kalau jeans yang ada tu pun macam ok ja lagi. Tak payah la nak heran sangat dengan baju baru ka, sedangkan baju yang ada pun berlambak ada lagi.Tak payah la nak heran sangat dengan handbag baru ka sedangkan yang lama pun tak buruk buruk lagi.Gulp!Tak payah nak heran dengan segala jenis make up sedangkan kau dah memang cantik secara semula jadi.HAHA.Tak payah nak heran sangat dengan handset baru sedangkan handset lama masih boleh di buat call dan sms lagi.Tak payah nak heran sangat dengan lappy baru sedangkan laptop lama masih dalam keadaan baik lagi.Tak payah.Tak payah.Tak payah maw ikut nafsu sangat nanti semua cita cita itu mati terkubur dalam peti.T____T

Makanya saya perlu lebih berhati hati dalam perbelanjaan sekarang.Berbelanja mengikut keperluan bukan kemampuan......

Untuk segala komen yang tidak berasas yang mencela segala tindakan saya untuk menyambung pelajaran,sila simpan dalam hati.Saya tahu apa yang saya buat.Dan tiada apa yang mustahil dalam dunia jika kita percaya dengan segala kemampuan kita.Susah tak bererti mengalah.

Sekarang saya perlu mulakan langkah pertama dalam memburu sarjana : mengumpul wang yang BANYAK. I love money... $$$$$$.Silakan wang jatuh dari langit untuk saya memburu impian iaitu kahwin...eh bukan..belaja.Heh!

6 comments:

damak krul said...

semangat tol chegu nih...insyallah ader rezeki nanti.

LUVLYDIYANA said...

doa2 la damak...cubaan kali ke 2 nihhh

queenlyana said...

Anis,
bulatkan tekad, bulatkan hasrat. InsyaAllah.. u mesti berjaya kali ni. Pray for you...!

my note said...

Anis...

Berusaha + tawakal = Kejayaan...

InsyaAllah Anis akan berjaya.. go Anis, go go go....Amin

LUVLYDIYANA said...

lyana :
tq my dear..hopefully ada rezeki

LUVLYDIYANA said...

wani :
tq babe!love!!

PHD IS A LONELY JOURNEY