Mencintai Sukan Sepenuh Jiwa

~wajah wajah hakim yang bijak lagi saksama~

Semalam berlangsung nya acara sukan di sekolah saya. Saya ni bukan terror sukan sangat.Suruhlah berlumba lari. Macam ada unsur unsur bakal TEWAS saja walaupun saya berkaki panjang.Sebab itu saya tak suka bermain badminton bersama Si Terror. Sebab kadang kadang menyampah kan bermain dengan Si Terror.Saya baru terkehel kehel nak main, dah mula nak bagi bola secara smash.Ceh..ini pembulian ketika permainan.Memang tidak adil.

Tapi tak terror bukan bermakna tak cinta.Mungkin saya tidak di lahirkan untuk menjadi Juara untuk acara kesukanan.Tapi dalam sejarah hidup saya, penah juga menjadi juara lari dalam guni.So, takde la looser sangat saya dalam sukan ni heh.Cuma tak terror tapi masih lagi mencintai.Maksud nya, jika tengok jejaka jejaka bermain bola, saya masih lagi boleh melayan segala aksi si jejaka.Boleh lagi nak sorak sorak pada si pemain. Boleh lagi nak tengok acara permainan lama lama.Eh, sekarang saya dah musykil sikit samada saya mencintai sukan atau mencintai jejaka si peminat dan pemain bola.HAHAHA

Bila si pencinta sukan ni berada di padang.Heh..tiba tiba ja nak mengaku diri sebagai pencinta sukan.Saya pun macam teruja la jugak semalam maw bagi sokogan moral kepada anak anak murid yang berlari sepantas cheetah saja rasanya. Tapi bila semalam saya di tugaskan jadi hakim penamat, semangat sorak tu macam agak terbatas bila hakim penamat sebenarnya kena bagi tumpuan untuk tahu siapakah juara. Kalau dah terkinja kinja menjerit tu, memang tak leh focus la kan.Ok takpe la, demi tugas...saya tak jerit lah.Walaupun ada jugak saya jerit sikit sikit kat students suruh masuk lorong yang betul pastu habis pulak kena sound.HAHA.Terus ah tak ngaku bila Puan Deva tanya, hakim mana yang jerit jerit tu.Tak pe...hakim penamat kan memang bersemangt sukan.Tapi perasaan nak sorak tu memang macam tak tertahan tahan.Takpela, tahun depan saya maw jadi hakim sorak ja.Maw resign dari hakim penamat.Ceh...

Tapi berasap jugak la kepala semalam.Dengan keadaan cuaca yang panas membahang kalau memasak air pun boleh mendidih rasanya, ni apatah lagi berjemur di tengah padang. Konfem la berasap kepala.Lagak gaya seperti mat dan minah saleh yang berjemur saja.Macam takde apa apa.Cuma baju kitaorang cantik berseragam berkaler pinkish.Bukan nya berbikini pinkish.Dan takde la terbaring baring di tengah padang macam minah minah saleh kan.Tapi ciri ciri nya masih sama.Berjemur di tengah padang.Eh..Comel la baju tshirt kejohanan sukan berkaler pink.Saya suka.Nampak girly gitu.

Untuk acara guru adalah acara yang paling fun.Kredit to Puan Deva yang pandai pandai juga nak reka acara yang macam fun untuk gadis gadis seperti saya.Sebab saya taw, ramai jgak cikgu yang macam tak suka dengan acara ni. Lari berganti ganti 8 x 25 meter. Tapi saya paham juga, bila kita dah semakin menginjak dewasa, nak berlari di hadapan students secara beria ini memang malu malu juga.Tapi biasala, nafsu cikgu yang masih remaja. Nak suruh lari tu pun saya suka juga.HAHA

Acara guru bagi rumah sukan saya disertai oleh 7 orang guru perempuan dan 1 orang guru lelaki.Dan saya adalah pelari yang ke 7.Dan saya berlari bersama cikgu cikgu laki yang jadi pelari ke 7.Heh.Segan la saya maw lari camni.Tapi bila Shimah pas baton ke saja.Macam ada satu aura la pulak.terus nak lari laju laju.Sampai pas baton kat Gopi pelari akhir pun arsa semnagat je.Tapi sayang seribu kali sayang.Keadaan padang amat mengecewakan.Belum lagi habis garisan penamat, Gopi dah jatuh berguling guling.Baton pulak terterbang hilang mana.HAHA.Macam ganas saja.Padahal lari jarak 25 meter je.Tapi Gopi lari jugak tanpa baton.Last last dapat no 2 walaupun pada asalnya kumpulan kami juara.Tak tahu la disqualified ke tak.Kitaorang hentam ja mendakwa group kami dapat no 2.Alah,lagipun ni kan lari just for fun saja.

Lepas lari semua dah terasa nak pengsan bagai.Padahal lari 25 meter ja.Kalau suruh cikgu cikgu ni lari 100 meter, mungkin ada yang terkubur di padang rasanya.HAHA.Tapi memang best bersukan macam ni.Sebab tu saya mencintai sukan sepenuh jiwa walaupun tak terror.

Comments

fndrocka said…
biar tewas si padang..jangan di hati..tu lah ertinya sepenuh jiwa.
fathiahRAIHANA said…
best gila kalaw sume cikgu smangat cmnieh
hahaa
LUVLYDIYANA said…
fndrocka :
hati masih cinta..eceh..
LUVLYDIYANA said…
fathiahraihana:
biasala..cikgu jiwa remaja.. :P

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar