Tiada Apa Yang Mustahil Walaupun Fulus Tiada

Ini kisah percutian tanpa wang.Percutian ini telah diadakan pada dua minggu lepas. Ianya sangat fun walaupun bermasalah fulus di hujung bulan.Tapi tetap fun. Yang penting, pastikan syarat syarat di penuhi dan percutian di laksanakan dengan ikhlas. Kalau tak ikhlas, duit keluar 50 ringgit hujung bulan pun korang rase macam nak menyesal sepanjang zaman.Kan Kan Kan.

Syarat syarat
1. Mesti di sertai lebih dari seorang. Kalau seorang itu bukannya nama percutian yang menghiburkan.Tapi mungkin akan jadi percutian yang memboringkan kerana korang mungkin akan jadi blurr blurr sorang sorang di tempat orang. Sebaiknya ajak 2 orang. Tapi itu lebih kepada honeymoon. Kalau honeymoon, duduk di rumah berdua pun terasa honey. Bila di katakan budget, ajaklah sekurangnya lebih dari 5 orang. Baru semua benda korang boleh share. Duit minyak boleh share. Duit tol boleh share. Duit hotel boleh share.Makan pun boleh share sepinggan 5 orang itu lagi budget kalau maw.HAHA. Untuk percutian kali ini, di sertai seramai 6 orang. Saya, Niza , Zai, Kak Bani, Shimah, Kak Bani n Kak Miza.

2. Jangan demand over sangat tentang bab tidur. Asalkan memenuhi ciri ciri keselesaan dan tidak tidur secara berpelukan kerana sempit itu sudah ok. Ini kan percutian fulus mania hujung bulan. Memang mania arr duit korang kalau g sewa hotel yang harga paling murah pun 300 semalam. Untuk percutian kali ini, kami memilih Hotel Chua Gin yang harga nya RM 98 ringgit untuk 2 master bed dan 1 single bed. Pada malam itu, saya tidur bersama shimah tapi tidak berpelukan kerana ianya selesa ok.Ewah..ewah..HAHA

3. Memilih lokasi percutian yang tidak jauh dari rumah. Lagi jauh, lagi banyak sumber kewangan yang akan di keluarkan. Oleh itu, lagi dekat lagi budget.Yang penting ianya tersenarai dalam tempat tempat perlancongan di Malaysia dan anda jarang sangat nak pergi walaupun di negeri sendiri. Kalau tempat tu dah selalu pergi, itu bukan melancong namanya. Tapi lebih kepada melawat kawasan seperti YB. Percutian kali ni, kami memilih Cameron Highland Tanah Tinggi sebagai pusat percutian. Masih di Perak. Tapi jarang beno teman nak g. Isk..isk..isk..

4. Tidak berbelanja ikut kata setan. Berbelanja ikut kemampuan di hujung bulan. Tak payah la korang tengok tomato nak beli, bendi nak bali, ubi nak beli..sedangkan barang barang tu Econsave pun belambak wehh..Tesco pun ada. Niat kita maw melancong saja. Cukup la kalau anda bertangkap gambar sampai naik mual dada pun itu dah kira kenangan terindah dah. Tapi jangan la lupa nak beli barang kenangan seplastik dua. Nanti macam nampak looser sangat g tempat orang tak bawa balik apa apa untuk golongan bawahan. HAHA. Kita kan di tanah tinggi sekarang. Orang atasan memang akan sentiasa ingat orang bawahan. Kerana orang atasan ini hatinya dalah baik baik belako! Eh eh eh.Teringat saya masa time sembang sembang nak balik dalam kereta hari tu....saya pelik pelik juga kenapa orang orang kaya selalu pentingkan diri saja. Selalu tak pikir kesusahan orang yang di bawah sedangkan kita semua dulu penah susah. Semoga jika saya kaya suatu hari kelak, saya tak jadi orang kaya yang lupa diri. Ok..insaf. T____T . Ini iklan muhasabah diri.

5. Dah takde syarat. Nasihat Menteri Kewangan Cik Seri Anis Diyana : ' Pandai pandai la berbelanja ikut budget' . Kalau ikut nafsu merana. Nak lagi save. bawalah bekal dari umah. Nescaya anda takkan menyesal. Percayalah!!


p/s : gambar banyak di FB. Sila lah ke Fb saya. Yang tak jadi fren, nak add fren pun boleh. tapi add beserta msg...

" Ini menteri kewangan kah? awak mesti banyak wang..."

lalu saya akan balas dalam hati

" Ameeen..semoga saya ada banyak wang.."

eh..eh..setiap kata kata yang baik itu adalah doa kan? doa doa lah yang baik baik untuk saya..

sebab saya pun akan doa yang baik baik untuk anda juga...

i love money.....n money loves me..[ tetiba ]

supaya saya boleh melancong banyak tempat lagi...

eh..eh..taw tak yang saya dah banyak buat list nak melancong??

tapi semua tu saya simpan lagi....

akan saya capaikan hajat semua list suatu hari nanti...

sebab dalam dunia ni tiada apa yang mustahil asalkan nawaitu ada...

Ameen..ameen..ameen...

Ok... callo bette!!!!

Comments

Ah Fatt said…
aku lg suka sorang2
lg enjoy
miza said…
apsal la gmbar aku xda dalam blog nie...nie x adil...
miza said…
apsal la gmbar aku xda dalam blog nie...nie x adil...
LUVLYDIYANA said…
ah fatt :
ko dah kena mula cari pasangan nih...
LUVLYDIYANA said…
kak miza :
alolololo...meh saya cari gambo lain..

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar